14.1.14

Bangga Bila Tengok Kawan Kurus

Hello u olls,

Ingat tak cerita pasai one of my friend,  Mr.  Aiman yang telah hilang berat badan yang teramat sangat.  Memang jeles at the same time sangat bangga bila tengok kegigihan dia telah membuahkan hasil.  Baca sini  :  Personaliti Bulan Jan 2013 | Aiman Syazwan Roslan

Then baru-baru ini,  i olls terperanjat pula apabila melihat seorang lagi rakan agam saya yang tidak kurus tapi 'kurang inchi' (katanya....).  Ohmaigod. Bila I buka Facebook beliau,  gambar-gambar dan post beliau semuanya tentang gaya hidup sihat.  Eksesaizing,  cara makan sihat dan of course gambar beliau sendiri yang kelihatan lebih FABOLOUS!!

She looks gooood!

The last time i met her,  it was end of 2011.  And yes,  we were both very AGAM woman.  We talked about our body issues (perempuan mana tak sembang pasai body issue kan?)  She shared about her troubles masa nak beranak,  of course macam-macam masalah yang dia hadapi.  As a woman yang tak pernah kurus sejak kecik,  dia juga ceritakan kisah bibit percintaan dia dengan suami dia yang mencuit hati ku.

Click read more


Dia kata,  dia berkenalan dengan suami dia masa zaman duduk rumah sewa (time study).  Kisahnya,  dia dan suami menjadi orang tengah kepada housemate masing-masing yang merupakan pasangan kekasih.  Zaman tu,  takdak handphone lagi u olls.  So medium berhubungan adalah telefon rumah.  So when the GF wants to say something to the BF,  depa akan suruh Amelia and Eiz untuk jadi tukang penyampai.

Tapi lama kelamaan, pasangan GF BF itu terputus cintanya,  tapi demam cinta tu berjangkit kat depa dua orang.  Dalam perbualan telefon (saya ulangi dulu-dulu takdak handphone) depa mula memberikan hint-hint percintaan.  Yang paling eager is Mr.  Eiz.  Dia bersungguh sungguh dah bagitau kata dia jatuh hati dengan Amelia.

Tapi Amelia kata,  tak mau....kita ni tak berjumpa lagi.  Baik kita jumpa dulu baru awak buat keputusan awak nak suka kat saya atau tidak.  Amelia rasa kurang yakin dengan dirinya hanya kerana berat badan.  Tapi memang betul u olls,  gadis berbadan gempal,  bukan senang nak jumpa cinta sejati.  Rata-rata lelaki Melayu terutamanya mengutamakan gadis putih molek  berbadan kerengga.

Pertemuan diaturkan.  Mereka berdua ditemani rakan-rakan lain pun berjumpa.  Kata Amelia,  dia paling tak lupa kenangan makan di Mc Donald.  Amelia order Big Mac dan Eiz hanya order nugget ayam.  Amelia makan Big Mac tanpa segan silu.  Kawan-kawan lain ada menegur "Ko ni first time jumpa dia pun nak tunjuk ko makan banyak,"

Tak cukup dengan itu,  lepas makan Big Mac,  dia nampak nugget ayam Eiz tak habis lagi.  Ada lagi banyak keping.  So apa lagi.....Amelia pun tanya "Awak tak mau ke nugget ni?"  Bila Eiz kata dia tak mau,  maka Amelia pun habiskan nugget itu juga.

Lepas pertemuan itu,  Amelia dapat sangka yang Eiz akan hubungi beliau lagi.  Mungkin akan terus dihantui oleh bayangan budak perempuan gemuk yang perabis nugget ayam dan Big Mac.  Tapi no no no!!  Lepas itu,  Eiz tetap hubungi Amelia dan tak lama selepas itu,  dia pun masuk meminang dan mengahwini Amelia.  They are happily married for almost 10 years now.  Anak dah masuk 3 orang.

Tidak dinafikan,  Mr.  Eiz menerima Amelia dengan penuh rasa cinta dan kasih.  Amelia said to me,  he never complain nor ask her to loose weight.  Like some people kata "She is in her comfort zone,"

Just like me.  I used to be 'bergetah' and my face,  macam Dr.  Pitt kata "Dulu saya ingat lagi muka Jumie ada structure,"  Lepas kawen (baru nak masuk 3 tahun) i olls dah berbadan macam makcik-makcik.  Semuanya menaik secara sedikit demi sedikit.  Saya tidak mau salahkan siapa-sapa. Semuanya kerana tiada inisiatif untuk jaga pemakanan dan juga pergi eksesais secara berjadual seperti yang saya lakukan sebelum kahwin.

Me and En.  Khafi lebih kurang 3 months after wedding.  read here  :  3 Bulan Lepas Bergelar Isteri Orang


Saya dapat juga offer untuk supplement secara percuma dan juga join fitness activity tapi saya sendiri yang menolaknya atas alasan-alasan yang entah apa-apa.  Sebenarnya,   kalau mau seribu daya, tak mau seribu dalih.

Jadi bila saya tengok Amelia Shafer looking fabolous on her pictures.  Saya sangat jelessssssssssssssssssssssssssssssssssss.  Menjadi 'kurang inci' dan sihat tubuh badan boleh dicapai oleh semua orang.  Dengan kegigihan,  displin dan panduan yang betul kita boleh lakukannya.  I am 29 this year and i have to do something about my own body and my own life.

This is not about percubaan menjadi Anna Kournikova,  tapi bila kita treat our own body nicely,  'dia' pun akan treat kita balik nicely.  Kepada u olls-u olls yang sedang semakin gemok dan langsung tak kisah dengan apa yang orang kata,  please please please,  sayanglah diri u olls.

Sebagai presiden persatuan wanita agam,  i always ask you olls to please love your own body.  Saya selalu kata,  biarlah gemok janji fabolous.

But this time,  saya nak tambah lagi intipati kepada  kempen itu iaitu,  sayangilah tubuh badan u olls tak kira kurus,  gemok,  sederhana dengan menjaga pemakanan dan selalu bereksesais!!

Kalau dah nampak badan tu macam apom Ipoh dah,  silalah berusaha sikit untuk buat perubahan itu.  Biarlah kecil dan sedikit and im sure u akan rasa sangat happy dan puas hati!!  And u feel good,  u will look good!


Just tengok dia pakai kasut sport and hitting gym macam retis akak dah rasa bangga!!  She is taking a good care of herself.  So how about me?


Akhir kata,  resolusi tahun 2014....................kita usaha untuk hidup sihat.  

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Amelia go amelia go!!!! Kak Jumie join la skali...tp akk da cukup santek dah...(,")

    ReplyDelete
  2. all the best jumie!
    yang penting sihat! yeay!

    ReplyDelete
  3. jom ms jumie, jadi buddy i dalam myfitnesspall..yg penting disiplin

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...