30.1.14

Fazura vs Hanez Suraya

Hello u olls,

Cerita ni dah lama dah habis.  Lebih kurang 2 bulan lalu,  pelakon cantek kesukaan ramai iaitu Fazura telah mengupload satu gambar dengan caption seperti berikut  :


missfazura Imitation is the sincerest form of flattery. Gratefully. But hey girl.. Enough already. It's getting quite Annoying. #Copycat #SameIndustry #FindYourOwnIdentity #BeYourself#BeOriginal

Bila post itu keluarnya,  tiada nama yang ditulis / dimention oleh Fazura.  Tapi kalau takdak angin,  masakan pokok bergoyang.  Akhirnya,  bukaklah story katanya yang dimaksudkan oleh Fazura ialah Hanez Suraya,  seorang pelakon dan juga model,  duta produk kecantikan yang baru dalam industri ini.

Apabila Hanez Suraya disuruh mengulas mengenai perkara ini,  dia tidak tau apa-apa.  Dia pun macam bingung why jadi macam ni.  Perkara ini datang dalam perhatian saya apabila seorang rakan USM suruh i ulas pasai benda ni.

"Kak Jumie....ulas sat pasai kisah ni,"

"Ala nyah...ni semua cerita pergaduhan gadis gadis la....i tak suka la..."

Tapi sebab i sayang kat anak ayam sorang tu.  I pun gigihla bukak macam-macam blog,  Google sana sini and try cari as much information.  Bagi saya pergaduhan ini memang remeh,  tapi ada juga perkara yang boleh kita ambil sebagai iktibar.  

Click Read More

Fazura dalam satu temuramah berkata :

"Status tersebut saya tidak tujukan kepada mana-mana orang dalam industri. Sebagai selebriti, saya juga manusia biasa. Saya juga ada berkawan dengan orang lain. Tak semua perkara yang saya lakukan, berkait dan mempunyai sangkut paut dengan industri hiburan," tutur Fazura lagi.

I rasa macam pelik bila baca statement Fazura sedemikian.  Tidak ditujukan kepada mana-mana orang dalam industri?  Tapi kan hashtag tu ada #sameindustry.  Industri mana lagi nyah.  Ataupun maybe Fazura menujukan kepada rakan-rakan industri seni di Hollywood.  Of coz lah,  sebab Miss Fazura main lepak lepak kat US semua dengan Tara Reid u olls.  Kau ada?

Betul ka Hanez tiru?  Tapi bila i tengok gambar IG depa,  dua dua sama lawa.  Dua dua sama hot.  Tapi yes,  rambut sama.  Make up style sama.  Hidung pun nak macam sama (eeehhh).  U olls figure out la sendiri.


x


x



Then lepas tu,  pihak media macam lebih banyak mengfokus kepada Hanez Suraya.  Banyak blog i search,  semuanya macam Hanez Suraya yang duk kena bagi komen  :

Akses Instagram Disekat, Hanez Suraya Mahu Berbincang Dengan Fazura 

Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada saya, dia akan pertahan dan perbetulkan saya. Tapi saya difahamkan gambar beserta keterangan yang menjadi sensasi itu sudah pun dipadamkannya.
 
Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram (IG), cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik. Apa puncanya hingga jadi begitu andai benar kenyataannya itu memang menyindir saya.

Dah kena sekat la pulaks!!  So u olls dah baca rentetan kisah ni.  Mungkin u olls boleh bagi macam macam pendapat dan terus melabel macam-macam benda negatif kepada Hanez ataupun kepada Fazura.  But before that,  here are my thoughts about this  :
  • Apabila kita hot,  memang orang akan tiru kita.  Apa kita buat.  Apa kita minat.  Apa kita pakai.  Apa kita suka...semuanya akan ditiru oleh orang itu.  Sesungguhnya,  kita kena rasa bangga dengan diri sendiri.  
  • Tapi terkadang itu,  kalau terkena dengan hasutan para rakan-rakan jembalang tanah,  kita pasti akan terasa hati dan tiba tiba rasa macam tak suka dengan si pentiru itu.  Padahal,  dia takdak kacau pun periuk nasi kita.
  • Its very important to always have positive mind.  
  • Kalau kita tak kawal emosi,  kita pun letak benda benda tak sepatutnya kat Internet.  And walaupun Fazura dah padamkan kenyataan copycat beliau dalam IG tapi "Once you put it on the internet, it's there FOREVER"
  • Kadang-kadang kita terlalu adore and respect pada seseorang tu,  kita nak success macam dia.  Kita mesti nak tiru semua rentak dan cara dia.  Tapi kita kena ingat,  kalau kita boleh jana idea and cara rentak sendiri,  kita akan jadi lebih berjaya kerana kita original.  Bolehla tiru sikit-sikit,  tapi jangan la sampai obvious sangat. 
  • Dan kalau orang tak berenti duk puji kita sama macam orang tu....kita pun jangan la duk galak lagi nak tiru sijibek sijibek.  
  • Dalam hal ni,  berdiam durjana adalah lebih bagus daripada duk layan soal soal remeh temeh ini. 
  • Tapi dalam pandangan yang lain,  yang untung dalam kes ini ialah insan yang terima tuduhan kerana tak pasal-pasal i olls pun Google teruk pasai dia.  Padahal sebelum ni i macam so so jeeee...
Akhir kata,  i memang adore Fazura.  Bagi i sekarang,  dia ialah pelakon wanita Melayu paling cantik kat Malaysia ni.  I memang suka style dia!  Tapi bila dah terlibat dengan kes-kes macam ni,  i rasa macam....."Why la mak ayam.  U olls so tahap tahap ratu ni,  patutnya u just chin up and betulkan crown sahaja...."
Yang penting ratu lepak dengan Tara Reid.  Kau ada?

Pengajaran untuk kita,  toksah la duk terlibat dengan pergaduhan budak budak ini.  Berenti tengok Astro Ria.

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. iols tak kenan dengan sikap pajurah.
    suka baling batu sembunyi tangan.
    ini bukan kali pertama dia menafikan menyindir teman retis.
    dulu masa neelopak kena lagi teruk.
    kaki pendek, etc.

    bajet suci padahal fakeeeeee!
    baguslah putuih dgn tmj, tak koser retis gini nak dijadikan future queen

    hanez pulak no komenlah.
    iols tak minat dan tiada isu dgn beliau.
    hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Jumie, saya saaaaaaaaangat suka dengan Fazura. Dia pompuan melayu yang sangat cantek. Sorry kalau saya bersikap menilai luaran dan kecantikan semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Dunia penuh warna warni .. ade yg outspoken .. ade yg hipokrit ...ada yg baik ade yg jahat ... that makes life more interesting

    ReplyDelete
  4. Kak jumie.. Watpa la fazura nk risau.. Dia tu mmg ratu dh.. Org len klu tiru pn mst tau dh tu gaya sapa.. Tgk gaya rambut n pose pn dh tau tu gaya fazura.. Wpun ada org kata fakezura sbb prangai dia apapun aku ttp suka dia sbb gaya dia,cara blakon dia n nmpk cantik sedia.. Aku rs hanez suraya obses dgn fazura sama mcm peminat fazura yg len cuma bila dia sama2 dlm industri hiburan kn jd fazura xmau la ada retis nmpk sama dgn fazura.. Better fazura aggp hanez tu salah sorg peminat ja.. Bru sejuk hati kn..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...