18.1.14

Golden Globe 2014 Fashion Review Part I

Hello u olls,

Seminggu yang lalu telah berlangsunglah Golden Globe Awards 2014 sebagai pembuka tirai untuk pelbagai lagi majlis anugerah filem di Hollywood.  Dan of course tugas I olls akan bertambahlah untuk membuat review fesyen untuk santapan u olls semua.  

So let's start dengan ulasan fesyen Golden Globe Award 2014 part I!  (gitu ada part-part....)


Elisabeth Moss in J Mendel

Komen  :  Baju ini sangat trendy untuk orang-orang muda.  And fesyen macam ini adalah dikira sebagai paling trendy la untuk fesyen red carpet sekarang.  I saw this girl pakai baju ni masa dia terima award for her performance in siri TV Mad Men.  I think baju ini really suits her.  Macam punk sikit tapi tetap macam ayu ayu

Bintang  : 7/10

Lagi ulasan?  Sila click bawah.




Jessica Chastain in Givenchy

Komen  :  Tahun lepas perempun ini pakai baju yang membuatkan dia punya payu dada nampak tidak menggiurkan.  Ampa ingat tak?  Check it out kat sini  :  Ulasan Red Carpet Golden Globe 2013

Well this time dia membuat pilihan dengan baik.  Walaupun warna hitam adalah warna-warna klasik yang agak play safe tapi tak mengapa.  Dia nampak sungguh elegen and stunningly meletops.

Bintang  : 7 /10



Uma Thurman in Atelier Versace

Komen  :  Siriessslyyy?  Baju ni nampak macam fesyen tahun 90an yang sungguh tidak sesuai untuk dibuat comeback for 2014.  Please tukar stylist ya kakak.....

Bintang  : 4/10


Emma Roberts in Lanvin

Komen  :  I olls macam terkejut kerana baju meletops ini dikeluarkan oleh Lanvin sebab design macam ni sangat Dior.  Amat suka apabila baju hitam ini dikenakan dengan subang warna turqoise macam ni.  U guys yang pakai baju kurung pi kerja,  why not sekali sekala,  pakai baju kurung polos warna gelap dengan tudung turqoise.  Pasti meletops u olls.  (bukan buat lawak yaa...memang betui)

Bintang  :  7/10


Kelly Osbourne in Escada Pre-Fall 2014

Komen  :  Jarang orang pakai Escada untuk fesyen red carpet.  I like this dress.  Sesuai dengan personaliti beliau.

Bintang  :  7/10



Lady Victoria Hervey in Gaurav Gupta

Komen  :  Aiiyoyoyoyoyoyoyoyoyo......tulaaaa Golden Globe tak buat memo macam Grammy Awards buat.  Bagi warning siap siap kat semua selebriti agar jangan pakai baju yang mencolok mata.  Untuk wanita yang bertubuh badan biasa takdak benjol-benjol,  akak rasa percubaan ini tidak begitu menarik perhatian.  Cuba bagi Kim K or Kak Beyons ka pakai...tak pun Kak JLO....barulah menangis sampai banjir red carpet depa.

Bintang  :  2/10



Cate Blanchett in Armani Prive

Komen  :  Wanita maskulin ini selalu tampil dengan fesyen yang sangatlah klasik dan sofistikatedly look expensive.  Dulu-dulu akak tak faham apakah baju baju yang dia pakai.  Ada yang sofa dan lapik kerusi.  Mama Regina akan kata "Tu semua avant garde anak ku..." tapi akak tak faham.  Lani baru akak faham.  But this one is timeless meletops!  Suka.  Paling suka adalah bahagian belakang baju ni.  Confirmlah tahun ni punya baju raya i nak buat macam ni sebijik!

Bintang  :  8/10


Sofia Vergara in Zac Posen

Komen  :  Beberapa bulan yang lalu I olls ada perasan Zac Posen pose gambar baju baju dia duk tengah siapkan.  Ada la satu dress itam ropol-ropol macam ni.  Rasanya baju ni la kot yang Zac Posen duk siapkan masa tu.  Potongan ini memang trademark untuk Zac Posen.  Seperti mana trademark skirt net tingkat tingkat daripada Rizman Ruzaimi.

Bintang  :  8/10



Sandra Bullock in Prabal Gurung

Komen  :  Ramai yang gelak kat baju ini.  Depa kata macam pelik sangat.  Memang pelik la.  Nampak macam khemah untuk sarkis.  Tapi sebenarnya dress fesyen lagu ni akan jadi trend tak lama lagi ampa percayalah.  I olls pernah tengok design colour pelik pelik dan potongan macam ni dipakai oleh retis lain dalam Fashion Police and i like it.  Cuma yang dipakai oleh Sandra Bullock ini adalah macam tak relevan sikit.  Maybe sebab dia adalah sedikit kertu (tua) untuk fesyen yang trendy macam ni.

Bintang  :  4/10


Julia Roberts in Dolce and Gabbana

Komen  :  Hang bagi dulang kat dia teruih jadi waitresss!  Kalau dia duduk belakang bar (tak nampak kain dia) orang terus akan order ayak kat dia.

Bintang  :  3/10


Zoe Saldana in Prabal Gurung

Komen  :  Pernahkahhh aku tengok deni pakai baju yang berjenih??????????????????????????????? Pernah tapi dalam filem yang dia berlakon.  Kalau kat red carpet dia mesti akan pakai baju gila gila merapu.  Aku tak percaya Prabal Gurung buat baju ni.  Prabal Gurung ialah fesyen designer kegemaran Michelle Obama and dia buat banyak baju meletops untuk Kak Michelle.  Tapi pasaipa masa buat baju kat Zoe Saldana jadi lagu ni?  Baju ni kan,  macam carik daripada kain-kain belen kat dalam kotak (yang selalu ada kat Kamdar tu),  pastu sambung sambung buat dress.

Bintang  :  0/10


Heidi Klum in Marchesa

Komen  :  Nenjiaaa deni pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aku tak tau pasaipa sejak dia menjadi janda,  dress red carpet dia semua merepek.  Baik tengok dia dress up dalam Project Runaway lagi meletops.  And aku tak percaya Marchesa buat baju ni!!  Tapi rasanya dengan gaya rambut yang berbeza,  better make up and buang eksesori rantai ala-ala coker tu terus akan nampak lebih mahai kot.

Bintang  :  1/10



Hayden Panettiere in Tom Ford

Komen  :  Sangat fesyen 90an!!  Kalau ampa tengok pertandingan ratu cantek tahun 1990-an nanti ampa mesti akan tengok banyak kontesten pakai baju macam ni.

Bintang  :  1/10




Laura Carmichael in Viktor & Rolf

Komen  :  What everlaaaa

Bintang  :  next........................


Julianna Margulies in Andrew Gn

Komen  :  Meletops.  Simple dan cantek.  Corak tu nampak macam sea coral.  Potongan dress ini juga kemas.  Terletak elok pada si pemakai.

Bintang  :  7/10


Melissa McCarthy in Daniela Kurrle

Komen : Detailing yang warna grey kat tengah dress ni menampakkan beliau lebih sloppy. Dress ni tak berapa cantek bagi saya tapi I pernah tengok dia pakai baju yang far more tak elok dari ini.

Bintang : 2/10

Camila Alves in Dolce and Gabbana

Komen  :  Dia ni bini Matthew McConaughey.  Simple dress tapi meletopssss sangat.  Body cantekkk!!

Bintang  :  7/10


Amy Poehler in Stella McCartney Fall 2014 

Komen  :  Stella McCartney memang meletops.  Sangat suka dress ini.  Simple tapi ada detail detail yang menyeksikan dan nampak powerful.

Bintang  :  7/10

Tina Fey in Carolina Herrera

Komen  :  I sangat suka Carolina Herrera.  Tapi sorry dress ini tidak sesuai untuk beliau kerana warna ini membuatkan Kak Tina nampak pucat dan lebih tua.

Bintang  :  6/10



Allison Williams in Alexander McQueen

Komen  :  Lama tak tengok dress agar agar tingkat lagu ni.  Dress ni memang sesuatu.  Kalau si pemakai ni bubuh eyeshadow hitam keliling mata bagi macam horror sikit mesti teruih jadi macam baju Halloween.

Bintang  :  6/10

Leslie Mann in Dolce and Gabbana

Komen  :  Jarang tengok mat salleh pakai peplum.  Perempuan Meleis ja suka pakai Peplum...........................................hahahaha

Bintang  :  6/10


Helen Mirren in Jenny Packham

Komen  :  Sangat suka kerana makcik ini walaupun dah tahap tok tok tetapi pilihan warna yang dia selalu pakai for red carpet adalah jauh lebih meletops dan berani berbanding bintang bintang muda lain!  What i noticed most about her look pada malam itu adalah dia punya subang.  Memang cantek.

Bintang  :  7/10




Amber Heard in Versace

Komen  :  I sangat suka dress terbelah-belah macam ni.  Warna dia cantek.  Suka make up and hair do.  Sangat sesuai dan mendivakan lagi penampilan beliau.  Kalau bagi kat Che Ta mesti Che Ta akan tambah dengan liptick sepink-pink Nicki Minaj,  rantai berlian mastura Habib Jewels dan bulu mata pelasu sampai ke dahi.

Bintang  :  8/10




Reese Witherspoon in Calvin Klein

Komen  :  Sangat suka apabila beliau tampil simple tapi fun dan elegen pada malam ini kerana beliau tiada pencalonan langsung.  Walaupun dia juga adalah nama besar sebab pernah menang Oscar tapi dia macam relaks saja bagi orang lain menyerlah pada malam itu.

Komen  :  6/10 (alaaa...CK belambak bok keluar design macam ni sejak 2005 lagi)




Emma Thompson in vintage Lanvin 

Komen  :  Nanny McPhee ni macam tok tok sangat pakai dress macam ni.

Bintang  :  4/10



Mila Kunis in Gucci 

Komen  :  Potong pendek dress ni teruis jadi macam orang pakai for gimnastik berirama.

Bintang  :  5/10


Tatiana Maslany in Jenny Packham

Komen  :  Simpleee jaaa

Bintang  :  Nextttttttttttttttttt





Sara Paulson in Marchesa

Komen  :  Ampa perasan dak deni sapa?  Deni la berlakon Conjuring,  cerita hantu Tamil tu.  (hahah lawak hambar untuk Nonie)  Anyway,  baju ni lawa tapi untuk orang yang umur 16-21 tahun.

Bintang  :  3/10




Naomi Watts in Tom Ford

Komen  :  Baju ni adalah simple tapi meletops.  Ada potongan kat area tetek.  Ampa tengok betul betul?  Cantek kan?

Bintang  :  7/10



Kate Beckinsale in Zuhair Murad

Komen :  Meletops mak ayam ni.  Dress ini betul betul membuatkan tubuh badan beliau nampak lebih meletops.

Bintang  :  7/10


Tak puas??? Tunggu part II.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...