18.1.14

Golden Globe 2014 Fashion Review Part II

Hello u olls!

So ini review fesyen for Golden Globe 2014 part II.  Sajalah la buat dua part.  Sebab banyak sangat gambar.  Kalau tak ampa kena scroll panjang.  Nak load page pun lama (untuk depa yang internet 2gig) ataupun wifi universiti.  So pecah dua part.  

Ampa baca ni dulu.  Tapi nanti tunggu part III iaitu best and worst dress!!


Taylor Swift in Carolina Herrera

Komen  :  Taylorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....siriesly.  Please walaupun sekali fuck up dalam pemilihan pakaian u olls.  I teringin  nak carut u.  HAHAHA boleh?  Perempuan imej baik ini selalu tampil dengan fesyen yang always meletops dan classic dan ratu sangat.

Bintang  :  8/10


Click read more





Emma Watson in Dior

Komen  :  I terkejut baju funky ini dibuat oleh Dior.  Selalunya dress macam pelik pelik ni dibuat oleh Lanvin.  Adakah i salah information?  Tapi i google banyak kali memang betul dah Emma Watson pakai Dior.  Emma Roberts pakai Lanvin.  Baju ini memang unik.  Kot depan bila berdiri stret u akan nampak macam pakai dress,  tapi bila u jalan.....rupa rupanya ada seluak kot dalam.  Tapi bila kaleh belakang nenjiaa rupa rupanya adalah uniform pesakit kat hospital.  Tapi i sangat suka idea ini.  FRESH!  Sesuai untuk orang orang muda yang kena stay funky macam beliau.

Bintang  :  8/10




Guiliana Rancic in Lorena Sarbu

Komen  :  Kenapakahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??? Dress ini sangatlah biasaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Tula duk komen macam macam dress orang dalam Fashin Police.  Nenjia baju hang pun macam takdak taste.

Bintang  :  Nexttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt



Berenice Bejo in Giambattista Valli

Komen  :  Baju ni merapu.  Tops longgar.  Pastu kolar tiba tiba macam blazer pejabat.  Pastu takdak sleeve.  Pastu tiba tiba ada macam agar agar laut melekat semua kat paha dan bahu.

Bintang  :  3/10



Lupita Nyong'o in Ralph Lauren

Komen  :  Dari awai tengok deni dalam majlis ni i memang duk perati sapa perempuan kulit hitam berkilat ni.  Pakai dress merah macam mana ka meghelit.  I suka keunikan dan keberanian ini.  I suka dress ini juga.  Simple tapi warna tu yang meletops.

Bintang  :  8/10


Amy Adams in Valentino

Komen  :  Baju ni macam murah sangat.  Siriesly macam takdak effort.  Kita pernah tengok kot Amy Adams dalam dress yang lebih lawa lawa.  Sangat tak suka dress ni.

Bintang  :  4/10


Julia Louis-Dreyfus in Narciso Rodriguez

Komen  :  Simple and sofistikated.  Not much to komen.  Sebagai seorang komedian,  bila dia tidak memakai baju yang merepek dan tak tentu hala,  orang akan lebih focus kepada lawaknya bukan kepada bajunya.  Gituuuu pendapat akak.  Over sangat.

Bintang  :  7/10

Louise Roe in Monique Lhuillier 

Komen  :  Suka suka suka suka.  Tahun ni,  baju raya untuk hari kedua adalah design macam ni. Confirm.

Bintang  :  7/10



Drew Barrymore in Monique Lhuillier

Komen  :  Comeiiiiiiiiiiiiiiiiii dia mengandung.  Dengan baju bunga bunga semua.................................Deni memang cute.  Tapi walaupun.......nenjia tengok tang kasut.  5 inchi kot.  Malam tu balik rumah mesti jenuh duk sapu minyak angin kat kaki sebab bengkak.

Bintang  :  7/10



Robin Wright in Reem Acra

Komen  :  Ala ala Noami Watts sikit kan?  Tapi i suka Noami Watts punya version sebab ada macam rantai Jay Z sikit.

Bintang  :  6/10



Michelle Dockery in Oscar de la Renta

Komen  :  Classic design tapi depa buat bagi singkat kot depan.  Ni semua memang trend lani.  Trend skirt kembang tapi nak tayang kasut.  Actually sebenaknya depa potong depan macam ni sebab senang nak jalan.  I dah try pakai skirt kembang.....memang susah nak jalan u olls.

Bintang  :  7/10



Kerry Washington in Balenciaga

Komen  :  Dress ini direka khas untuk wanita bunting ini.  Meletops la depa.  Simple dan sangat suci suci untuk wanita mengandung.  Tapi i tak suka colour ni la.  

Bintang  :  6/10


Paula Patton in St├ęphane Rolland

Komen  :  Aiyoooooooooooooooooooooo nenjiaaaaaaaaaaaaaaa agar agar laut duk mai dah.  Suka sangat dress ni.  Putih salju kosong polos.  Tiba tiba segedabak agar agar laut mai melekat kat bahu.  Memang cantek.  

Bintang :  8/10



Jennifer Lawrence in Dior

Komen  :  Siriessslyyy????????????????? Baju ni macam amik kain putih 10 meter.  Balut kat badan,  bubuh kipas angin Mamak Nasi Kandar kat bawah tiup bagi kain tu kembang,  pastu ikat dengan shelotape hitam.  Tak elok baju ni.  Tapi erm........................maybe baju yang paling cantek dia akan pakai kat Oscar kot....gitu.

Bintang  :  4/10


Zooey Deschanel in Oscar de la Renta

Komen  :  Aku tak faham pasai pa depa (website lain) duk kata baju ni antara baju paling cantek untuk Golden Globe red carpet?  Maybe sebab ramai suka kat deni kot.  Dia kan macam cute cute lawa macam tu.  Tapi siriesly i tak suka dress ni.  Dress ni kalau buat versi kecik pastu bagi budak umur 5 tahun pakai nampak la macam comei. Tapi mak mak orang pakai nampak macam pelik.

Bintang  :  5/10

Margot Robbie in Gucci


Komen  :  Tak sabar nak tengok aksi perempuan ni tampar muka Leonardo DiCaprio dalam filem terbaru depa.  Tak tau la keluar kat wayang Malaysia ke tak.  Rasanya kena tunggu HBO jugak laaa...  Dress ni adalah simple dan cantek.  Tak banyak yang akak boleh carutkan.  So bagi bintang je laa..


Bintang  :  7/10

Anna Gunn in Donna Karan Atelier

Komen  :  Aiyoooooooooooooooooooooooooooooooooooo lamanya tak tengok orang pakai dress leret leret simpul macam ni.  Dulu Charlize Theron la suka pakai macam macam ni kan?  Dress ni sangat cantek.  Napak macam kain ni kena pukau dengan sihir pastu dia lilit sendiri naik jadi baju kat perempuan ni.  I sangat suka simpul kat tetek dia.  Nampak macam mejik!!  Macam mana depa buat jadi baju???  I rasa ni sihir ni...

Bintang  :  8/10

Emilia Clarke in Proenza Schouler

Komen  :  Dress ini adalah pakaian rasmi untuk jenama Kuih Sarang Semut.

Bintang  :  5/10


Jenna Dewan-Tatum in Roberto Cavalli

Komen  :  Dress ini memang cantek.  Tapi sebenarnya eksesori yang benar-benarkan membuatkan Jenna lebih meletops dan semua perempuan jeles dengan dia adalah tu........laki dia tuuuuuu.......makan ati laaaa.

Bintang  :  7/10



Lena Dunham in Zac Posen

Komen  :  Meletops perempuan ni pakai Zac Posen.  Perempuan ini memang selalu fun dalam fesyen fesyen red carpet dia.  Sama ada design polos ataupun printed imej semuanya meletops bagi I.  Sapa kata wanita agam tak elok pakai sleeveless dress.....haaaa...kannnn!

Bintang  :  7/10



Kaley Cuoco in Rani Zakhem

Komen  :  Sangat suka dress ini.  Designer ini sangat creative kerana dia amik kain jarang bermotif bunga besar pastu dia bagi layer layer menampakkan dress ini macam mistik-mistik macam mana ka.  Dress ini nampak macam diambil stret daripada iklan iklan perfume dalam majalah.  Kan??  I suka la dress kembang kembang macam ni.

Bintang  :  8/10

Aubrey Plaza in Oscar de la Renta

Komen  :  Baju ni dengan dress Sandra Bullock ampa boleh sambung buat khemah.  Siriesly tak kisahlah walaupun baju ni dibuat oleh Oscar de la Renta pun.  Baik dress dinner i olls pakai hari tu lagi meletopsss!!

Bintang  :  3/10

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...