19.1.14

Komen Rasis

"Ni la susah nak meeting dengan Melayu......tak on time...pastu duk fikir ada makan minum tak?"  
"Awat u dressing macam Cina bukit?"   
"Bisingnya kat luar tu macam ada Keling mabuk!"

Haaaa ada sapa sapa terasa dengan komen komen di atas?  Berikut adalah beberapa contoh biasa yang selalu saya dengar.  Dari mulut rakan-rakan sekerja,  saudara mara ataupun rakan-rakan.  Sebagai seorang yang cool dan agak tingtong (gila gila sikit) dalam beberapa keadaan,  saya tak pernah rasa offended bila kawan saya dari agama / bangsa lain mengutuk agama / bangsa saya.  Relaks la....melawak ja kot.  Hang kata aku.  Esok aku kata la hang balik.  No point taken.

Masa aku kecik-kecik,  aku dengar lagi macam-macam lawak berkenaan agama dan kaum yang amat melucukan dan kadang-kadang tu memang rasa macam celaka ja.  Sapalah yang reka benda benda ni semua?


I will share u two stories.  Please be aware cerita ini akan betul betul menyakitkan hati sesetangah pihak.

Click read more



Cerita 1 
Kenapa tokong Cina mata sepet?
Kenapa tokong Hindu mata besar?
Jawapan  :
Tokong Cina selalu kena asap gaharu banyak....so tutup mata sikit sebab pedih kena asap banyak.
Tokong Hindu mata besar sebab banyak orang mai pakai sari nampak perut.  So bukakla mata nak tengok perut.



Cerita 2 
Kenapa kita semua tak pernah tengok Allah?
Sebab dulu semua Tuhan-tuhan kat dunia ni main dam (board game).  Buddha,  Dewa Hindu ( tak tau la dewa mana),  Jesus dan Allah.  Tapi dari awai semuanya Allah duk menang.  Depa semua heran pasaipa Dia boleh menang banyak kali.  So last sekali depa dapat tau sebenarnya Allah main tipu.  So sebab tu dia lari masuk dalam Kaabah and sampai lani kita tak dapat tengok dia.  Buddha,  Dewa Hindu and Jesus semua duk cari dia sampai lani dia tak keluar-keluar.

Okay sekarang ampa nak fuck aku?  Bukan aku yang buat cerita ni.  Cerita ini dikongsi oleh rakan-rakan sekolah aku dahulu.  Dari mulut ke mulut.  But not to everybody la.  Just among kami kami yang betul betul sporting dan ting tong.  Masa tu kami muda lagi.  Kami gelak sahaja bila dengar benda benda macam ni.  Tapi sekarang bila dah dewasa,  kami tak gurau benda benda macam ni.  Bila nak berkata benda yang berkaitan dengan agama dan kaum di khalayak ramai,  kami kena berhati hati dengan pilihan kata.

Aku just share kat sini sahaja.  Tapi siriesly mesti ramai yang sedang membaca artikel ni sekarang sedang rasa panas hati dengan perkongsian cerita ini.

Sangat kurang ajar dan bangsat sangat kan rasanya bila orang kutuk Tuhan kita?

Kalau ampa rasa offended dan betul-betul rasa tak suka dengan kebodohan ini,  so ampa janganla buat.  The reason saya berkongsi cerita ini kerana lately saya dapati terlalu ramai Melayu bodoh yang mengutuk bangsa dan agama lain sesuka hati dalam laman sosial seperti Facebook.

Contohnya,  baru baru ini,  seluruh rakyat Malaysia berbangsa Hindu sedang meraikan hari kebesaran agama mereka iaitu Thaipusam.  Perayaan ini amat penting dan hanya diadakan di kuil kuil tertentu sahaja di Malaysia ini iaitu di Batu Caves dan juga di Botanical Garden,  Penang.  Sebagai anak Penang yang membesar di Dato Kramat,  dari kecik lagi aku dah amat dekat dengan perayaan ini.  Tiap tiap tahun aku akan lalu tokong lokasi ritual cucuk besi ke badan di buat (Tokong di Lorong Kulit).

Boleh dikatakan aku lagi banyak kali pi tengok perarakan Thaipusam daripada pi tengok perarakan Maulidur Rasul.

Aku dah biasa dengan sekatan jalan.  Nyiuk (kelapa) penuh jalan.  Perarakan tokong (pada malamnya) and tarian perarakan kavadi.  Bapak aku (Abang Manap) sejak dulu tiap tiap tahun akan meniaga air Milo depan Heritage Penang Club.  Dulu aku duk pi tolong tapi lani dah tua dah tak pi tolong dah.  And yes,  paling aku suka sekali tengok perarakan Thaipusam adalah melihat keindahan warna warni kain sari yang dipakai oleh para wanita.  Oh i reallly love it!!  Indians are very good with colours.

Semalam kawan aku,  Kak Zizie telah share satu status kat Facebook.  Pasai seorang perempuan yang mengutuk dan menyalahkan kesibukan jalan raya kerana perayaan Thaipusam.  Lepas tu,  Mama Regina and Nalainee pun share kat I tentang satu lagi screen capture seorang lelaki duk kutuk pasai perayaan Thaipusam.




Saya sendiri pernah baca benda yang sama.  Tidak lama dulu dalam laman Facebook Group Melayu Pulau Pinang,  admin page itu telah kongsikan beberapa gambar babi hutan yang berkeliaran di taman perumahan Sungai Ara.  Perkongsian itu adalah untuk makluman orang awam dan bagaimana admin sedang berusaha untuk memastikan pihak berwajib (MPPP dan Jabatan Perhilitan) membuat tangkapan kepada babi hutan itu.  Babi hutan bukan macam kucing ataupun tupai.  Silap haribulan,  dia pi sondoi orang duk main bola tak ka pasai???

Masa saya baca perkongsian itu,  saya dapati banyak komen komen rasis daripada rakan-rakan berbangsa Melayu.  Sorry saya tak screen capture.



"Mau tangkap semua babi babi ni.  Tak cukup ka babi yang berlambak atas jalan raya.  Meniaga sana sini.  Yang duk control negeri kita ni?"  antara komen yang paling celaka saya baca.

Sebagai seorang yang mengenali insan yang menulis komen itu,  saya terus komen balik pada komen beliau "Adik...akak tak suka komen kamu ni.  Kamu terlalu rasis dan komen kamu ini boleh dibaca oleh orang ramai.  Mohon kamu delete"

Ada lagi komen macam ser sikit la.

"Ni la kerja depa (Cina).  Saja depa (Cina) mai letak babi kat sini....ni semua saja la nak bagi kita panas.  Apa lagi.  Sampai bila kita nak sabar?"

Gitulah amarah seorang abang.  Sapa la yang nak pi letak babi tak pasai pasai ni.  Hang ada bukti ka babi tu orang mai letak saja saja.  Sekarang ni kat Sungai Ara semua hutan dah depa tebang abih buat rumah banglo buat flat.  Binatang dalam hutan semua dah lari pi mana mana saja takdak tempat dah nak duduk.  Sebab tu la seekor babi ni boleh sesat sampai sini.  I didnt give a reply to that comment kerana tuduhan melampau itu terlalu sarat dengan kebodohan.

Tapi tak lama lepas itu,  admin sendiri delete semua post dalam perkongsian itu.  Bagus admin.  Maybe itulah cara terbaik dan rasa tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh admin. Hope admin lebih peka dengan posting dan komen komen yang dikeluarkan oleh rakan-rakan dalam page itu bagi memastikan objektif penubuhan kumpulan iaitu untuk memperkukuhkan martabat bangsa melayu di bumi sendiri ,selain merapatkan ukhwah dan juga dapat menbina jati diri Bangsa,Agama dan Negara.

Sebagai satu bangsa yang bermartabat,  kita tak seharusnya membalas kebodohan dengan kebodohan.  Kalau kita ada harga diri dan ilmu yang tinggi,  kita tidak akan melayan sesuatu yang lemah dengan kacau bilau.

"Biarlah Kak Jumie....depa pun duk kutuk bangsa kita.  Saya mana boleh sabar,"

"Adik.....sabar dan diam tak semestinya kita lemah dan kalah,"

Saya rasa sangat malu sebab kata kata kesat itu dikeluarkan oleh rakan-rakan sesama bangsa and agama dengan ku.  Apa yang ditulis oleh insan insan seperti ini sejujurnya bagi saya hanya boleh lahir daripada mereka yang tiada pendidikan agama dan sivik,  tidak ada pengalaman bergaul / bersoaial dengan baik dan mungkin dibesarkan dalam keluarga / environment yang menghalalkan perbuatan mengutuk dan menghina bangsa dan agama lain.

Samala ja jugak kepada beberapa kawan-kawan India dan Cina yang selalu keluarkan statement provokasi kepada agama dan bangsa kami.  Ingat cerita seorang lelaki marah dengan tindakan para guru buat perayaan Hari Raya Korban di sekolah?  Komen dia adalah offensive.  Gambar Vivian Lee makan Bah Kut Teh dan ucap selamat berpuasa?  And terbaru,  gambar seorang lelaki Cina tengah nak makan babi panggang dan kata Bismillah.

I dont want to share this but i have to.

Semua kelakuan bodoh ini bagi saya tidak mewakili mana-mana bangsa secara keseluruhan.  Bila saya tengok satu tindakan rasis yang dilakukan oleh seseorang itu.  Apa yang dibuat oleh dia,  tidak mewakili seluruh bangsa dia.  Bagi saya,  tindakan itu adalah contoh kebodohan diri sendiri.  Tiada sentiviti untuk hidup di dalam negara yang berbilang kaum bangsa dan agama.

Kenapa perkara ini berlaku?

Senang sahaja kerana kita tidak saling memahami.  Bila kita tak faham,  kita nak kisah apa?  Kat sekolah kita tak diajar semua ni.  Sekolah hanya ajar untuk dapat 30 A dan kurikulum sekolah mementingkan anak-anak untuk jadi pandai dan bukan bijak!

Untuk memahami sesuatu agama,  saya tidak suruh kalian taksub.  Why not just Google Wikipedia dan baca.  Lepas tu,  kalau ada peluang tanya kepada rakan-rakan dari agama / bangsa berkenaan.  U will fascinate to hear all the details dan reason mengapa sesuatu bangsa / agama tu punya perayaan macam tu.  That is what i do.  Bukan nak suruh pi hafal semua nama nama Tuhan depa.  Hang pi baca dulu betui betui Al Fatihah bagi perbetui baru hang pi hafal benda lain.

Saya pernah tulis satu komen bodoh yang betul-betul offensive untuk orang agama Hindu.  Saya tulis kat gambar kawan saya "Tudiaa...kaliyamma duk mai..."

Then mai friend,  seorang wanita India mai kat i "What u do mean kaliyamma?"

Ohmaigod.  Am i in trouble.  Then i baru tau,  kaliyamma adalah panggilan kepada para dewa.  So tak boleh la kita nak rujuk kepada seorang manusia.  So i pun minta maaf dan delete komen itu.  Saya betul betul rasa malu sebab saya duk ingat kaliyamma ni macam MAK AYAM BESAR (merujuk kepada kaum kaum ibu yang dihormati).

Kepada u olls yang bekerja di syarikat / jabatan yang mempunyai rakan staf daripada pelbagai kaum.  Ada yang vegetarian,  ada yang tidak makan lembu,  ada yang tidak makan babi.  How detail can u be dalam proses meng-order makan for office party?  U kena ingat dan consider semua.  Kalau ada vegetarian,  kena order la makanan yang vegetarian boleh makan.  Janganla satu lauk sahaja untuk dia.  Selalu staf vegetarian paling kesian,  boleh makan nasi sahaja.  Yang lain tak boleh sentuh dah.  Even sayur goreng pun ada ikan bilis!

Kalau ada penganut Hindu or Buddha yang tak makan daging,  do u even care bagi dia ceduk dulu makanan dan lauk lauk lain supaya dia tak guna senduk yang sama sebab mungkin akan tercampur dengan lauk pauk yang ada daging.

And untuk jemputan Melayu,  pernah tak u terfikir untuk ambil katering Muslim sahaja sebab orang Melayu Islam particularly memang jaga bab pemakanan halal.  Kenapa Muslim sangat jaga pemakanan mereka?  Kerana mereka sembahyang hari hari.  5 kali sehari.  Sama macam sami Buddha dan Hindu,  mereka tidak makan sembarangan.  Kerana mereka adalah sami.  Untuk dekat dengan Tuhan mereka kena pastikan makanan mereka always suci.

Satu lagi contoh sikap yang menyedihkan kerana tidak memahami.

Oleh itu, to all my non Malay yang membaca artikel ini,  kalau ada masa,  ampa pun baca baca lah sedikit pasai agama kami.  Why we like this?  And why we like that?  Dan kalau kami bukan seperti yang kami sepatutnya jadi (dalam agama kami),  then kesalahan orang itu bukan sebab agamanya tapi sebab individu itu sendiri.

Saya berani jamin seramai mana kaum Cina dan India tak faham apa itu raya korban,  maulidur rasul,  upacara sembelih lembu,  akikah dan lain lain,  seramai itulah Melayu yang tak faham langsung apa itu vel (laungan vel vel masa tarian kavadi),  kenapa ada Hungry Ghost Festival,  pasaipa ada tarian naga,  dan macam-macam lagi.

"Hey u orang Islam bukan tak boleh minum arak ke?  Kenapa ramai Melayu selalu mabuk di SS?"  tanya seorang rakan ku berbangsa India.

"Alaa.....hang duk sibuk apa.  Awat dalam agama hang,  Tuhan hang bagi ka hang minum arak semua?  Depa yang minum arak tu semua tak insaf lagi....depa nak enjoi..."

"Yalaaa.....Jumie  i nak tanya u.  Dalam Islam u not married tak boleh stay in (tinggal bersama) together kan?  Nanti u kena tangkap khalwat kan?  Tapi how u nak tau dia (pasangan) tu baik ke tak?" tanya seorang rakan beragama Kristian.

"Tell me in Bible...which phrase that allows u not married couple to sleep together?"

Apa yang terjadi dalam rakyat Malaysia sekarang ini adalah kurangnya kefahaman.  Bila kurang kefahaman,  kita pun tidak peka dan sayang.  Bila kita tidak sayang,  maka tiada hormat antara kita.  Usaha untuk menyemai kefahaman,  membuahkan rasa sayang dan menyemai kehormatan antara satu sama lain ini bermula dari rumah.  Kita semua sekarang dah jadi ibu ibu,  ayah ayah kepada anak-anak kita jenerasi dunia akan datang,  kitalah yang bertanggungjawab untuk mengelakkan rasisme ini daripada terus berlaku.

Akhir sekali,  macam mana marah pun kita,  jangan kutuk orang tak tentu pasal.  Elakkan kutukan yang melibatkan agama,  bangsa,  kaum atau fizikal seseorang itu.  Walaupun dalam Facebook (atau apa-apa laman sosial) ingat,  bukan kita sahaja yang baca.  Semua orang boleh baca dan share.  Spread love not hatred.

Sekian.

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Jumie lupa something... jakun... Perkataan ini masih lagi digunapakai oleh orang kita.. Sedangkan jakun itu adalah salah satu bangsa orang asli di msia.... Begitu juga sakai...

    ReplyDelete
  2. Good one Jumie!
    I dah mula rengsa dengan macam2 hinaan terhadap pelbagai bangsa dan agama di Malaysia nih
    Sampailah isu penggunaan Allah pun dah disabitkan dengan politik n so on..
    Serious I rengsa..
    Hope semua boleh hormat agama dan kaum lain kalau ingin agama dan kaum sendiri dihormati..
    Mana yang tak elok tuh kita tegur molek bukan sumpah seranah..

    ReplyDelete
  3. Tengs Kak Jumie... nak share.. hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...