6.1.14

Maniskan Majlis Anda dengan Ministry of Sweetness

Hello u olls,

Dah lama i olls tidak membuat sebarang artikel mengenai persiapan perkahwinan.  Walaupun hakikat akak tau bahawa,  kalau buat apa-apa artikel pasai wedding memang menaik-naiklah rating bacaan pada hari itu.  Tapi nak buat macam mana,  dulu akak buat artikel pasai wedding banyak sebab akak sendiri pun sibuk mentelaah macam-macam informasi sebab akak sendiri nak kawen.  Lani akak nak feeling kawen apanya lagi kan?  Kawan-kawan akak semua pun semua dah feeling masuk anak dua dah.  Kan???

Candy buffet hari pertunangan

Tapi tak apa,  hari ini akak nak cerita pasai seorang kawan akak ni,  dia seorang pengusaha business 'candy buffet'.  Jom kita baca pasai inspirasi,  kegigihan and minat Miza from Ministry of Sweetness!!  


Macam mana u olls dapat inspirasi nak buat business ni?

Inspirasi untuk memulakan bisnes ini semestinya dari majlis perkahwinan yang mana saya mendapat idea ini dari pelbagai sudut. Kalau diperhatikan sekarang kebanyakan majlis-majlis perkahwinan terdapat booth-booth untuk kuih-muih, cendol, ABC, ais-krim dan idea untuk buka booth pun ada pada masa itu cuma produk yang hendak diketengahkan masih belum pasti. Kebetulan tahun saya mula mencari idea ni ada ramai dikalangan kawan-kawan saya yang akan berkahwin, dari merekalah saya mendapat idea tentang “candy buffet”. Lebih menarik lagi booth begini tidak terhad unutk majlis perkahwinan sahaja malah sesuai untuk pelbagai jenis majlis seperti akad nikah, cukur jambul, majlis pembukaan rasmi, majlis harijadi, pot luck, rumah terbuka, berbuka puasa dan sebagainya.



Click read more


Bagaimana sambutan yang diterima oleh Ministry of Sweetness memandangkan sekarang ni candy buffet menjadi trend tetap untuk setiap majlis?

Saya bukan orang pertama mula bisnes ini. Apabila saya mula untuk mencari bahan dan idea, saya dapati sudah ramai yang sudah memulakan bisnes ini tapi tak ramai yang tahu dan berkemungkinan besar target market masing-masing adalah berbeza. Ini kerana di setiap kali saya buka booth di sesebuah majlis, kebanyakan tetamu masih menerima konsep booth ini sebagai sesuatu yang baru dan teruja untuk mencuba dan bertanya mengenai pakej-pakej yang ditawarkan.





Apakah kelainan Ministry of Sweetness berbanding yang lain?

Kami tidak hanya fokus pada candy buffet sahaja kerana tidak semua orang suka konsep candy dan chocolate. Oleh itu kami memberi pelbagai pilihan candy buffet dan candy bar dimana asasnya tidak terhad kepada candy dan coklat tetapi lebih meluas untuk pencuci mulut atau manisan dan mengikut kehendak pelanggan.




Apakah trend dekorasi untuk sweet table sekarang 2013/2014?

Dari permulaan saya menerima tempahan sehingga sekarang, kebanyakan trend dekorasi perkahwinan adalah berbeza untuk setiap tahun. Contohnya tahun 2012 pada awalnya kebanyakan pelanggan sangat menyukai konsep warna-warna pastel manakala hujung tahun 2012 trend Color blocking menjadi tema pilihan pelanggan. Dan tahun ini, warna-warna “champagne” menjadi trend bagi setiap pelanggan.


Tema Color Block – Tiffany Blue & Red

Setiap majlis akan diberi tema oleh pelanggan sendiri dan 80% dari tema-tema yang diberi berdasarkan warna dan ini memudahkan kami kerana ianya sangat subjektif. Hanya segelintir pelanggan sahaja akan memberi tema yang straight forward seperti Moroccan dan English garden.



Tema English Garden


Untuk majlis seperti majlis harijadi pula, tiada trend dekorasi tertentu kerana setiap majlis, dekorasi selalunya diminta pelanggan berdasarkan karektor-karektor kartun tertentu seperti Ultraman, Pocoyo, Barbie, Boboi Boy, Upin & Ipin, Gaspard & Lisa dan pelbagai karektor lagi.



Tema Pocoyo



Apakah dekorasi paling pelik/sempoi u pernah buat?

Dekorasi paling sempoi yang pernah kami buat adalah dekorasi dari hasil idea spontan. Kami terima tema orange. Oleh kerana kebanyakan dekorasi kami menggunakan bunga. Jadi kali ini kami menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama untuk dekorasi.




Apakah cabaran dalam membuat business ini? Ekspetasi pelanggan? Maintainance?

Terdapat banyak cabaran dalam membuat bisnes ini, tetapi kami sedaya upaya jadikan segala cabaran itu sebagai cabaran yang positif yang boleh membantu kami mengenal pasti cara untuk mengelakkan masalah berlaku.

Saya bahagikan cabaran dalam bisnes ini kepada beberapa aspek iaitu penentuan pakej, ekspetasi pelanggan, maintenance, dekorasi pilihan dan paling utama adalah cabaran dari segi makanan yang diyakini halal.


Memilih pembekal makanan bukan sesuatu yang mudah. Pemilihan tempat untuk membeli stok memerlukan ramai nasihat dan paling utama kami membuat rujukan dari JAKIM untuk menentukan kesahihan halal atau tidak. Ini kerana ada candy yang mempunyai permintaan tinggi tapi sukar ditemui mempunyai tanda halal diyakini. Cara paling diyakini semestinya rujukan setiap logo terus dengan JAKIM. Hingga kini, Insya Allah produk yang kami sertakan di setiap booth kami diyakini halal.

Majlis perkahwinan kebanyakannya dibuat di rumah atau di dewan. Cabarannya disini adalah apabila kami haruslah meyakinkan penentuan pakej adalah mencukupi atau tidak untuk tempat majlis. Ini kerana kami ingin memberi pakej yang paling tidak haruslah mencukupi untuk tetamu yang hadir. Bukan booth yang asal ada. Contohnya majlis yang diadakan dirumah, pakej pilihan boleh diambil paling rendah untuk 150 orang dan jika majlis dibuat di dewan, pakej pilihan sekurang-kurangnya paling rendah untuk 400 orang. Penentuan ini sedikit mencabar kerana tidak ramai pelanggan fikir pakej akan dipengaruhi oleh tempat majlis. 




Ekspetasi pelanggan sudah tentu menjadi salah satu cabaran seperti ekspetasi terhadap makanan yang mencukupi dan kedua dekorasi yang menarik. Ini kerana tarikan utama booth ini adalah manisan dan dekorasi. Dekorasi memainkan peranan penting untuk menampakan setiap manisan yang dihidangkan menarik dan akan menaikkan selera tetamu.

Maintenance menjadi salah satu cabaran untuk bisnes ini kerana jagaan rapi terhadap mesin coklat dan baling-balang kaca perlu dititik beratkan. Bermula dari cara penggunaan, cara basuhan dan cara simpanan harus diambil kira.




Macam mana kalau ada insan-insan yang ingin tempah u jauh jauh ke Penang?
Setakat ini, kami pernah menerima tempahan luar dari Selangor seperti Melaka, Perak dan Penang. Setiap tempahan luar kawasan akan ditambah caj pengangkutan dan petrol. Suka saya tekankan disini, pelanggan kami dari Penang mungkin antara yang akan memperoleh penjimatan dari segi caj pengangkutan. Ini kerana berdasarkan pengalaman kami menerima pelanggan dari Penang, beliau membuat survey awal tahun sedangkan majlis beliau berlangsung pada hujung tahun. Untungnya disini, kita semua sedia maklum syarikat penerbangan selalu memberi tawaran tiket murah kan…Jangan terkejut kalau saya katakan kos pengankutan untuk pelanggan dari Penang ini lagi murah dari pelanggan dari Perak. Peluang begini tak usah dilepaskan! J


Candy Buffet Penang


Candy Buffet Temerloh




Ada tak selebriti yang pernah tempah dengan u olls?

Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang menerima tempahan dari pasangan Irma Hamie & Redza Shah Azmeer dimajlis bertandang yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Selangor. Tema yang diberi adalah Ungu dan Kuning, pengantin lelaki memilih bunga lavender sebagai dekorasi utama.




Candy Buffet Irma Hasmie & Redza Shah Azmeer



Ministry Of Sweetnes. Pernah muncul dalam mana-mana media tak?

Alhamdu lillah. Setakat ini dalam media cetak kami pernah diberi 2 paparan mukasurat sebanyak 2 kali dalam majalah Pesona Pengantin keluaran September dan Oktober 2012. Dan semestinya kami direview oleh blog yang hot lagi letusss www.JumieSamsudin.com.










 Pesona Pengantin Keluaran September & Oktober





Selain dari perkhidmatan candy buffet, apa lagi yang ada dari Ministry of Sweetness?

Untuk yang lebih suka DIY, kami mengediakan pakej sewa untuk barang-barang candy buffet dan kami juga ada menerima tempahan single product seperti berikut;

Cheese tart - blueberry cheese, strawberry cheese, chocolate cheese, kiwi cheese dan chocolate.



Rainbow cake 



Red Velvet







Strawberry truffle cheese di Majlis bersama peminat – Fasha Sandha



Muffin – Perisa Blueberry, Kiwi, Chocolate, Vanilla



Custom chocolate bar untuk novelis Rin Ahmad – launching novel Gadis Edisi terhad



Chocolate Flakes

Muffin dan Custom Chocolate Bar selalunya kami terima order untuk goodies. Kami pernah menerima tempahan muffin dari paling minima 50pcs hingga ke 1000pcs untuk goodies. Untuk chocolate bar pula, setiap chocolate bar adalah direka oleh kami sendiri mengikut spesifikasi yang telah diberi oleh pelanggan dari segi warna, perkataan dan gambar. Untuk chocolate bar ini kami terima tempahan luar kawasan juga kerana mudah di-kurier dan diterima dalam keadaan selamat. Kami pernah menerima tempahan paling jauh dari Sabah dan Larkin johor Bharu.





Chocolate Bar

Chocolate Pretzel

Apakah nasihat u olls kepada customer yang nak tempah perkhidmatan u olls? Apakah perkara yang u olls nak tau daripada mereka?

Kepada customer yang nak menempah perkhidmatan dari kami, paling utama adalah bajet untuk memudahkan pemilihan pakej. Ini kerana kami punya harga pakej serendah RM120 hinga RM2000. Antara perkara-perkara penting yang kami perlukan adalah tarikh majlis, tempat majlis, jenis majlis, jumlah tetamu asal, pakej yang dipilih sekiranya sudah membuat pilihan pakej dan juga tema majlis.



Apakah harapan u olls dalam business ini?

Harapan kami paling utama adalah agar setiap perkhidmatan kami berjaya memuaskan hati pelanggan-pelanggan yang menerima khidmat dari kami dan untuk bakal pelanggan, kami berharap anda terus menghubungi kami untuk setiap kemusykilan yang ada dan teruskan memberi sokongan kepada MOS agar terus maju di masa akan datang.


Nama : Karmiza Abu Bakar
Umur : 28
Asal : Semenyih, Selangor
Nama perniagaan : Ministry of Sweetness
Perkhidmatan : Candy Buffet & Dessert Bar
Link FB page : Ministry of Sweetness
Instagram: #MinistryOfSweetness handle by ig acc “Karmi_Miza”
Website/Blog : www.ministryofsweetness.my
Lokasi perniagaan : Shah Alam
No tel : 019-6453128
Emel : ministryofsweetness@gmail.com
Range harga : RM120 – RM2000++












No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...