21.1.14

Ning Baizura - Bukan Wanita Sempurna

Hello u olls,

Terketar-ketar kita mendownload sebuah petikan video dalam wassap yang dihantar oleh anak ayam kita.  


"Mak ayam............sila tengok video ni cepat.  From Ning Baizuraa.........mesti u sukaaa,"  kata anak ayam itu.

Setelah menontonnya dengan penuh rasa keterujaan terlampau bercampur dengan rasa hiba,  eksaited,  seram sejuk dan terperanjat saya pun bertanya kepada anak ayam saya;

"Awat u antar petikan video je?  Takdak kat YouTube ke?"

"Entahla mak ayam.  I download ni siap siap.  Tadi i cari kat Youtube balik tapi tak jumpa..."

"Mesti kena banned ni.....video ni meletopss sangat noks,"

Nak tau video tu meletops tahap mana? Sila click bawah


Tapi sebenarnya video ni tak kena banned pun.  Maybe anak ayam kita eksaited macam mana ka,  cari link tak jumpa.  Sebab video ini masih baru.  Diterbitkan oleh RumpunRecords melalui laman Youtube mereka.  I tak mau cerita apa-apa lagi,  sila hayati lirik di bawah dan tontonlah sendiri videonya.  

Bukan Wanita Sempurna - Ning Baizura 
Hati diam membisu
Menduga mencari tahu
Ada apakah denganmu
Hati makin curiga
 
Mendengar sebuah cerita
Ada apa kau dengannya
Aku bukan wanita sempurna
Aku pastilah ada kurangnya
 
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati
Aku merasa dia curang
Aku merasa ditiadakan
Aku sakit hati
Sakitnya setengah mati
Jangan anggap cintaku tiada




Haa dah tengok? What say u?

First of all,  saya amatlah bangga dengan penerbitan video muzik ini.  Melalui kata-kata lirik dalam lagu ini,  menceritakan penderitaan seorang wanita apabila pasangannya telah mengecewakannya.  Dia akui dia bukan wanita sempurna.  Walaupun dia tidak pernah cuba untuk mencari cinta lain tapi dia amat sedih apabila pasangannya menduakannya.

Clichenya,  lirik lagu ini adalah seperti lirik lirik lagu balada yang lain.  Sedih,  kekecewaan,  cinta tidak sampai,  cinta yang dipermainkan,  cinta yang dimungkiri.  Tapi bila dicernakan dalam sebuah seni video,  ada PLOT TWIST yang betul betul menggoyahkan hati hati kita yang menontonnya.  Si dia yang berada di hati suami kita ialah seorang lelaki.

Mengapa saya bangga dengan penerbitan video ini?

Untuk orang seperti saya yang selalu merapatkan diri saya dengan isu-isu wanita,  saya amat sinonim dengan kes-kes ini.  Acapkali saya menulis tentang hati-hati wanita yang terguris dan keliru apabila mereka mendapat cinta dari seorang lelaki yang biseksual atau lebih menyedihkan homoseksual.  Saya juga kerap dapat personal message yang meluahkan hati hati wanita yang ditiadakan oleh insan bernama lelaki yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Berikut antara artikel yang pernah saya tulis dalam kategori isu yang saya perkatakan  :

Saya mohon maaf kalau ada kalanya mesej kalian terpaksa saya letakkan di tepi kerana saya sudah terlalu penat untuk menjawab persoalan-persoalan itu.  Kerana ada kalanya soalan kalian seperti "Haruskah saya teruskan hubungan ini?" amat menyesak hati saya.  

Sebab itu saya bangga dengan penerbitan video ini.  Ning Baizura memang seorang wanita (MAK AYAM DIVA BESAR) yang pernah mencetuskan huru hara dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keterbukaannya dalam isu seksualiti.  Tapi kali ini,  keterbukaan ini dilakukan dengan amat baik.  I LIKE 384734368 juta kali.

Isu ini bukan hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam dilema ini,  bukan juga hanya untuk lelaki lelaki yang mentiadakan hati hati wanita yang setia kepada mereka,  tapi mesej dalam video ini juga harus ditujukan untuk hati ibu-ibu yang mempunyai anak homoseksual.  Oh mothers!!   Please do not tell me the only untuk insafkan anak-anak 'patah' mu ini adalah dengan mengahwinkan mereka dengan seorang wanita.  Tidak kah kalian fikirkan masa depan wanita itu?  Kalian juga seorang wanita kan?

Pembikinan video ini juga kemas dan tidak serabut.  Walaupun hasil solekan untuk diva kita tidak memberikan keadilan kepada kecantikan semulajadi Ning Baizura but its okay,  mungkin sesuatu yang perlu difokuskan oleh pengarah video ini,  make up HD adalah amat penting dalam pembikinan video HD.  Baju Ning juga ada yang agak merapu.  I think a simple dress with dark colours will make her look more serious and kita (penonton) boleh lebih fokus kepada nyanyian,  muzik dan lirik lagu dan bukan kepada rambut,  mekap dan bajunya. Lakonan Ning seperti biasa....meletops.  She can act (dia dah berlakon banyak filem kot).

Akhir kata,  please please please saya harap pihak pihak berwajib tidak melarang tayangan video ini.  

ps/  lirik yang i suka dalam lagu ini  " Aku merasa ditiadakan  Aku sakit hati  Sakitnya setengah mati"

Love
Jumie Samsudin




Sapa yang Youtube kena banned kat opis,  ini screen shot yang akak rakam untuk u olls.








2 comments:

  1. Yes! Agree 7895804372627 juta kali psl "  Oh mothers!!   Please do not tell me the only untuk insafkan anak-anak 'patah' mu ini adalah dengan mengahwinkan mereka dengan seorang wanita." Jumie i came across this situation twice hokayyy! Yg satu tu gle novel sgt sbb hari yg nk nikah tu dat guy bleh text je my bestie ckp dia x bleh nk teruskan. N terus MIA! Haru okay majlis kwn i tu.. dahla b4 family match make tu, my fren mmg dah on relationship with cik jan engineer... tuptup x jd alasan mak dia dat guy duk jauh kt pantai timur. My fren duk selangor. Tu yg my fren follow la pilihan mak dia. La ni my fren tgh membujuk hati kecewa la... jrsian my bestie.. =(

    ReplyDelete
  2. baru nk kutok mekap and baju dia macam burrr....hahaha...!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...