23.1.14

Penyanyi Wanita Dakwa Dipaksa Turun Pentas Kerana Bertudung

Hello u olls,

Semalam heboh pasai kisah seorang penyanyi wanita bertudung yang dipaksa turun pentas kerana bertudung.   Sebelum kita cerita panjang,  jom baca kisahnya dulu.


BERNAMA - Wednesday, January 22, 2014
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung.

Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.

"Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu," kata Marinatasha Isnariah Mustapar dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini hari ini.

Click to read more


Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media itu mengesahkan menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu. Freddie berkata isu diskriminasi terhadap wanita bertudung tidak seharusnya berlaku dinegara ini dan berharap pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.

"Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberitahu Bernama, syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.

"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.


Okay,  ini pula penjelasan wanita ini dalam video.




Berikut adalah pendapat saya :


  • Bagi saya sebagai seorang penyanyi (recording artist / freelance) yang dijemput untuk membuat persembahan bertanggungjawab untuk mengetahui tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan persembahan itu.  Lokasi,  jenis persembahan,  tema majlis,  jemputan dan paling penting kehendak penganjur majlis.

  • The reason kita kena tahu semua ini adalah sebagai persiapan sebelum kita buat persembahan.  Mungkin ada perkara baru yang perlu lakukan ataupun perkara lama yang harus diperbaiki.

  • Sekiranya kehendak dan keperluan majlis adalah tidak bersesuaian dengan cara persembahan kita,  kita seharusnya dengan rasa tanggungjawab menolak job itu dengan baik.  Tidak boleh terima mana-mana job nyanyian dengan fikiran tangkap muat.

  • Dalam kes ini,  mungkin wanita ini tidak mendapat maklumat penuh daripada orang tengah / pengurus pentas / ataupun siapa sahaja yang bertanggungjawab meng-hire beliau sebagai penyanyi pada malam itu.

  • Siasatan perlu dibuat sebaiknya sebelum menuduh mana-mana pihak secara melulu kerana hal ini bukan soal racisme tetapi soal etika kerja dan rasa timbangrasa kedua dua pihak.

  • Sekiranya betul apa yang dikatakan oleh wanita ini bahawa dia dipaksa turun pentas depan orang ramai (please rujuk video),  bagi saya pihak penganjur seharusnya boleh suruh dia turun pentas dengan cara yang lebih baik.  Contohnya,  bagi dia nyanyi dulu satu lagu and suruh MC panggil penyanyi ke belakang.  And then settlelah apa yang patut.

  • Tapi yang menghairankan saya,  kenapa walaupun telah disuruh turun oleh pihak penganjur (hingga memalukan),  wanita ini masih mahu ke depan untuk buat persembahan?

  • Wanita ini juga menyatakan bahawa ini bukan kali pertama dia rasa di-'diskriminasi' sebegini.  Malangnya,  mengapa dia masih tidak belajar daripada situasi?

  • Ramai yang memberikan tanggapan negative kepada wanita ini seperti "Suara adalah aurat,  patut duduk dirumah dan lain-lain,".  Bagi saya,  i dont have any problems dengan penyanyi bertudung (saya juga penyanyi),  tetapi of course,  bila kita dah pakai tudung,  banyak pengorbanan yang perlu dilakukan and kena jaga tata tertib dengan baik kerana bertudung bukan semata-mata sehelai uniform / fesyen tetapi lebih dari itu.

  • Isu ini amat sensitif.  Saya harap pihak Castmet tampil dan buat makluman mohon maaf dan terangkan kisah pihak kalian.  Kalian juga ada hak untuk bersuara.
     
  • Kalau saya ditempat wanita ini,  (saya juga penyanyi dan dulu pernah nyanyi di hotel,  lounge,  pub dan private function) saya juga akan rasa malu dan marah apabila berada dalam situasi ini.  Bukan senang nak jadi penyanyi (apatah lagi penyanyi picisan yang tiada nama macam recording artist).  Bayaran yang diterima kadang-kadang menyedihkan berbanding dengan penat lelah dan masa kita.  Ada kalanya pula,  orang buat tak layan dengan nyanyian kita dan layan kita macam murahan sangat.  Bila kesempitan wang,  kadang-kadang terpaksa nyanyi kat restoran atau pub
    yang ada pentas penyanyi bunga kalung. Kita menyanyi, orang naik kalung bunga. Satu kalung dapat RM50. Sedih noks walaupun suara kita sehebat Pavaroti.
Akhir kata, saya setuju sekali dengan komen seorang teman Facebook yang menulis "Dalam penceritaan ni,  kenapa pihak penganjur lebih memahami kedudukan seorang wanita muslimah dari diri dia sendiri?"

Sekian, love u olls.

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...