10.1.14

Review Movie 47 Ronin

Hello u olls,

Akak agak macam sedih kerana awal tahun 2014 ni tak banyak filem best best yang keluar.  Tapi takpalah.  Kelmarin (Rabu malam) I dan kawan-kawan office telah bertengok wayang di Queensbay Mall Penang.  Oh lamanya tak mai Queensbay.  ( I jarang nak meronda dalam shopping complex ya).

So we olls pun tengok cerita ni.  47 Ronin!


Jalan Cerita  :

Cerita ini adalah adaptasi daripada lagenda bagaimana 47 orang ronin (samurai takdak tuan) yang menuntut bela atas kematian tuan depa yang mati.  Kisah lagenda ini menjadi kebanggaan rakyat Jepun.

Tapi of course,  bila cerita ni ditulis semula oleh Hollywood,  depa pastikan akan meng-Amerika-nizedkan segala benda yang boleh depa Amerika-nized kan.

Kisah ini bermula apabila Kai,  seorang budak lelaki berlari (seperti lari dari sesuatu) di dalam hutan.  Beliau berjaya ditangkap oleh Lord Asano dan kuncu-kuncunya.  Lord Asano adalah macam pemimpin tertinggi (daimyo) di tanah Ako,  iaitu salah sebuah daerah penting di Jepun pada ketika itu.  Tapi para Samurai (kuncu-kuncu Lord Asano) tak suka kat Kai ni sebab depa kata dia ni 'half breed'.  Tapi Lord Asano suka kat budak ni dan bawak balik duduk di negeri dia.

CLICK READ MORE


Walaupun semua orang tak suka kat Kai sebab dia 'half breed',  tapi Lord Asano tetap benarkan dia duduk kat dalam negeri tu sebagai orang terbuang.  Kai membesar dan tinggal seorang diri di sebuah pondok di tengah hutan.  Tapi Kai ni dia macam ada satu kuasa yang luar biasa.  Satu hari,  kekuatan dia terbukti kerana dia telah bunuh satu binatang misteri yang amatlah besar.  Sedihnya,    samurai-samurai Lord Asano menidakkan kekuatan Kai.


Binatang first yang mati kena bunuh dengan Kai.


Nak dijadikan cerita,  satu hari,  Shogun akan mai melawat negari Ako untuk menyaksikan pertandingan kekuatan antara samurai di bawah kepimpinan daimyo Lord Asano and seorang lagi orang bangsawan yang dipanggil Lord Akira.  Lord Akira ni watak jahat.  Dia memang dari dulu nak kongker dan jadi ketua kat negeri Ako.  So memang dia duk plan macam -macam nak bunuh Lord Akira.

Mizuka ahli sihir jahat yang ada mata dua kaler.

Lord Akira ni ada ahli sihir perempuan yang sangat jahat.  Ahli sihir dia ni nama Mizuki.  Just a moment before pertandingan,  Mizuki telah mensihir samurai Lord Asano dan menyebabkan dia tidak boleh fight.  So,  bila jadi macam tu,  Kai yang berada di bilik Samurai kena sihir tu...dia pi pakai baju Samurai dan keluar fight dengan Samurai Lord Akira.  Fight punya fight....sekali dia punya topeng terbuka.  Bila topeng dia terbuka.....semua orang terkejutlah kerana seorang 'half breed' yang duk fighting!


Keanu Reeves yang hemsem.


Shogun amat marah.  Dia kata kejadian ini amat memalukan.  Orang buangan macam half breed tak boleh jadi Samurai dan hanya Samurai yang boleh bertanding dalam perlawanan yang maha agung ini.  Sebagai pembalasan,  Kai akan dihukum pancung.  Masa tu la,  anak Lord Asano iaitu Mika telah berlari dan menyelamatkan Kai.  Sebenarnya,  Mika dah lama mencintai Kai dan Kai pun cintakan Mika.  Tapi kerana perbezaan darjat,  mereka tidak dapat disatukan.

Perbuatan Mika menyelamatkan Kai amat memalukan Lord Asano.  Shogun juga terkejut melihat kejadian itu.  Disebabkan Lord Asano sanggup meminta maaf dan mengaku bertanggungjawab di atas kejadian ini,  maka Shogun 'meringankan' hukuman ini dengan mensuruh semua Samurai memukul Kai.  Masa ni sangat horror dan sadis sekali.

Malam itu,  Lord Asano tidur dengan tidak tenang.  Dia sebenarnya sangat sedih dengan kejadian yang berlaku hari ini.  Dia rasa sedikit malu dengan perbuatan anak kesayangannya iaitu Mika.  Dan pada ketika itulah,  Mizuka telah datang dan mensihir Lord Asano.  Lord Asano yang telah dirasuk terus tiba tiba mengamuk dan masuk ke bilik Lord Akira dan cuba untuk membunuh beliau.

Tindakan beliau ini telah ditangkap oleh para pengawal.  Esoknya,  Shogun telah menghukum Lord Asano dipancung kerana perbuatannya itu melanggari etika sebagai seorang daimyo iaitu tidak boleh menghina tetamu apatah lagi cuba membunuh tetamu.  Tetapi oleh kerana Lord Asano telah memberi banyak kesejahteraan kepada negeri Ako,  maka Shogun bagi pilihan kepada Lord Asano untuk membunuh diri sendiri untuk membuktikan kesucian dirinya sebagai seorang bangsawan.

Yes,  please jangan terkejut dengan cara ini.  Inilah kod-kod etika yang dipakai oleh ketamadunan Jepun kuno.  Setiap pemimpin amat patuh dan menghormati kod-kod etika ini.  Bagi Lord Asano,  keputusan Shogun untuk memberikan pilihan kepada dirinya untuk bunuh diri adalah satu peluang yang dia amat dia hormati dan hargai.  And yes,  esoknya,  dia bunuh diri di hadapan semua orang.

Apabila dia telah membunuh diri,  46 orang Samurai di bawah Lord Asano telah menjadi Ronin.  Ronin ialah samurai tiada tuan.  Samurai yang tiada tuan tidak boleh bekerja (tukar profession).  Mereka akan jadi pelarian.  Mereka juga tidak boleh berkhidmat di bawah pemimpin lain.  Sekali lagi,  kita tak boleh pertikaikan kod-kod etika yang mereka guna pakai ini.  Selepas upacara bunuh diri Lord Asano,  semua Samurai di bawah Lord Asano diminta untuk serahkan pedang Samurai mereka dan Shogun telah memberikan perintah kepada depa semua untuk tidak membalas dendam di atas kematian tuan mereka.
 
Oishi dan para samurai menyerahkan balik depa punya pedang samurai.



Mika diberi masa untuk berkabung selama 1 tahun,  selepas itu dia disuruh kawen dengan Lord Akira.  Semua 45 samurai disuruh lari keluar daripada negeri Ako.  Ketua Samurai iaitu Oishi di buang dalam lubang hitam untuk mematahkan semangat dirinya.  Kai,  (the half breed) di jual di Pulau Belanda sebagai hamba.  Dan of course Lord Akira telah dilantik sebagai daimyo untuk negeri Ako.
Rick Genest yang berlakon watak penjaga pintu di Pulau Belanda berlakon tak sampai 30 saat pun. Tapi.......amboiiihhh dapat satu poster gambar dia saja. Macamla watak dia besar sangat.  Kepada sesiapa yang tak tau,  Rick Genest ni dikenali sebagai Zombie Boy kerana dia memang badan dia penuh dengan tattoo.  Dia  selalu tampil dalam video music artist terkenal contohnya Lady Gaga.

Selepas 1 tahun,  Oishi telah dibebaskan daripada lubang hitam.  Walaupun setahun dibuang dalam lubang hitam itu,  tapi dia tidak patah semangat.  Dia tetap kuat hati mengumpulkan semua 46 orang Samurai di bawah kepimpinannya itu untuk membalas dendam ke atas kematian Lord Asano.  Dan masa tulah,  dia pi cari balik Kai di Pulau Belanda.

Selepas depa semua berkumpul,  depa semua pun merancang bagaimana nak balas dendam kat Lord Akira dan kuncu-kuncunya.  Tapi pada ketika itu,  ada juga Samurai dalam kalangan gang depa yang tak suka dengan adanya Kai.  Bagi depa Kai ni macam kasta rendah dan hina gila.  Dia tak sepatutnya ada kat situ.  Tapi ketegasan Oishi lama kelamaan membuatkan semua Samurai lain buka mata dengan kekuatan Kai.

Kai dan Oishi


Saya sangat suka scene ni di mana depa jumpa sami sami dalam gua untuk mendapatkan pedang!

Dipendekkan cerita (ampa pi tengoklah sendiri nanti),  depa semua berjaya membalas dendam ke atas kematian tuan mereka iaitu Lord Asano.  Lord Akira dan ahli sihirnya Mizuka telah dibunuh oleh Oishi dan Samurai yang lain.

Now we come to the best part of the story,  lepas kejayaan ini,  Oishi dan semua 46 Ronin (so now depa semua dah jadi 47 orang la sebab masuk dengan Kai sekali),  depa pi jumpa dengan Shogun macam serah diri.  Shogun pun membuat keputusan,  depa semua sebenarnya telah melanggar perintah daripada Shogun iaitu untuk tidak balas dendam.  Oleh itu depa semua akan dihukum pancung (PANCUNG LAGI..............................orang Jepun ni memang suka pancung kepalaaaa).
Tapi Shogun kata,  dengan mengambil kira kesetiaan semua mereka terhadap tuan mereka yang telah mati,  Shogun suruh depa bunuh diri dan mereka akan mati sebagai Samurai.  And u know what??? Semua 47 depa sangat happy dan menerima keputusan ini dengan hati penuh hiba kerana terharu.  U know why depa rasa happy?  Because depa akan mati sebagai Samurai dan bukan sebagai Ronin.

Nak tau lepas tu jadi apa?  Ampa pi la tengok sendiri kat wayang.  Tak rugi pi tengok wehs!!

Yang Best  :

  • Efek depa memang meletops.  Kos untuk buat filem ni mencecah 200 juta USD.  So of course memang cun la!!
  • Costume yang depa pakai semua cantek-cantek i suka tengok (Tapi ada juga beberapa baju Mika yang merapu sikit ala-ala Nicki Minaj).
    Shogun dan Lord Akira bercakap dengan Mika.  


  • Jalan cerita ini diolah dengan baik (walaupun sedikit di Amerika-nized).
      
  • Before this saya selalu baca dan tengok rancangan Discovery Channel pasai Samurai and their "code of honor" tentang macam mana depa ada ranking-ranking depa.  Peranan dan kefungsian sosial depa.  Tapi,  bila tengok cerita ini,  baru i lebih faham tentang betapa depa menghormati depa punya "code of honor".  Rasa macam meremang bulu roma juga!

    Kita tak boleh nak pertikaikan depa punya "code of honour".  Memang kita tak akan faham why depa buat macam tu.  Depa punya peradaban ini memang berbeza dengan budaya kita dan of course setiap budaya sesuatu kaum / masyarakat ada ciri-ciri tersendiri yang mungkin pelik dan tak masuk akal hasil daripada influence cara hidup,  agama dan faktor-faktor lain.
  • Ritual bunuh diri secara serah diri tu depa panggil sebagai 'seppuku' yang bermaksud potong perut.  Ritual ini sebagai dilakukan oleh para Samurai dalam beberapa situasi contohnya apabila mereka kena tangkap dengan musuh,  daripada depa dibunuh oleh musuh,  depa lebih rela bunuh diri untuk tidak memalukan pasukan mereka.
  • Pulau Belanda tempat Kai dibuang adalah tempat yang betul-betul wujud dalam pemerintahan Jepun pada ketika itu (kurun 17).  Pulau Belanda dipanggil sebagai Dejima sebauah pulau artificial (tanah tambak) yang menjadi satu-satunya pelabuhan untuk orang asing seperti Portugis dan Belanda untuk mai berdagang.  Orang asing iaitu Portugis Belanda dan lain-lain kaum barat hanya boleh duduk kat situ sahaja.  Dan rakyat Jepun pun dilarang masuk ke daerah itu kecuali pekerja pekerja rendah yang tiada kepentingan kepada society.  Depa tak boleh masuk tanah Jepun yang lain.  Orang Jepun ni memang sangat berdaulat masa tu.

    Gambar lukisan lama yang menunjukkan daerah Dejima.  Sampai lani daerah ini masih wujud.  Tapi dia dah lain dan menjadi tarikan para pelancong.  

Yang Tak Best  :

Ada satu ja i tak suka...

  • Cerita ini agak lama (almost 2 jam) dan agak slowwwwwwwwwwwwwww untuk sesetengah babak.  Duduk di atas seat biasa memang rasa macam kebaih pungkur sedikit.  Saya mencadangkan kalian beli DVD dan tengok kat rumah sambil berdamai di atas tilam / toto / sofa yang maha empuk.


BINTANG  :  8/10

Ramai yang review kata gambar ni tak best.  Tapi dah almost dua minggu filem ni keluar....tapi wayang masih full lagi!  Maknanya gambar ni memang bestla.  Tak perlu iklan over-over.  Promotion adalah dari mulut ke mulut.  So im giving 8/10.


1 comment:

  1. Saya dah tengok cerita ni. Memang best.. 9/10 bintang...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...