8.1.14

Tudung FAREEDA Dipatenkan

Hello u olls,

Anda peminat tudung FAREEDA?  Yes,  u olls ramai yang suka tudung ini.  Tudung ni bukan murah u olls.  Satu pasang boleh mencecah ratusan ringgit.  Akak-akak staf USM merebut-rebut ya beli tudung ni kat butik Fareeda yang original kat Permatang Pauh.  Satu-satu jenama tudung kat dunia ni (i think) yang boleh ditukar beli,  dijual sebagai pre-loved items (second hand) kepada pengguna yang lain dengan harga yang tinggi,  ala-ala pengumpul beg Birkins dan beg LV dah u olls!!  Kau ada?

Ada orang yang mencemuh keghairahan wanita-wanita yang meminati tudung ropol dan bertingkat ini.  Ada yang amat meminati design tudung Fareeda ini sehingga sanggup beratur panjang untuk menjengah ke butik-butik Fareeda yang authentic.  Apa pun,  terpulang kepada u olls!

Semalam, pihak Puan Faridah Zakaria (pemilik rekaan-rekaan tudung FAREEDA) dan syarikat FAREEDA Global Resources Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan NOTIS AMARAN melalui semua media-media utama di Malaysia menyatakan bahawa rekabentuk tudung ini telah dipatenkan.


Click read more





Reaksi Orang Ramai
I baca kat Facebook Page FAREEDA...Nyata Jelita.  Ramai yang menyambut baik usaha ini.  Yelah u olls,  peminat tudung FNJ ni sanggup berhabis ratusan ringgit untuk dapatkan karya tudung FNJ yang original.  Tapi tengok kawan lain,  pakai tudung ropol tingkat sama ja glamornya dengan harga tak sampai RM40.  Ada orang yang tak kisah,  tapi kalau jenis yang dengki khianat ni,  pastinya akan rasa tak puas hati nok.  Dibelek-beleknya tudung kita sambil berkata "U punya Fareeda ni ori ke?"

Ada juga yang tak puas hati dengan tindakan FNJ.  Paling bodoh sekali akak baca satu komen perempuan Meleis ni "Beg chanel, gucci, LV, Polo, Bonia, n sewaktu dgnnya pn byk gak tiruan. .tp teda pla syarikat2 ne nk kuarkn saman kpd yg menciplak. .emm, Dunia, duniaaaa...."  

Maksudnya "Beg Chanel, Gucci, LV, Polo, Bonia and sewaktu dengannya pun banyak gak tiruan. Tapi,   tiada  pula syarikat-syarikat ni nak kuarkan saman kepada yang menciplak. emm...Dunia, duniaaaa..."

Akak rasa macam nak meninggal baca kebodohan statement perempuan ni.  Inilah yang terjadi kepada wanita Melayu yang kurang bacaannya.  Duk habis tengok Astro Ria sahaja.

Seterusnya komen negatif adalah mereka kata tudung ni terlalu mahal.  Kalau nak beli yang original,  diorang tak mampu.  

Contoh komen "Camne nk beli yg ori.. org malaysia bukan semua jutawan.. dah la mahal.. klu org yg susah tu x dapat la nk pakai tudung pattern yg cantik cikit.. dari segi kualiti kain bkn sme pun.. pattern jew sama.. ramai lagi yg akan beli fareeda tu.. golongan2 atasan mesty cari fareeda punya,yg susah cam kami ni x mampu..,"

Gituuuu lah akak.  Kau tak mampu.  Pakai jela tudung Bawal.  Janji tutup aurat kan.  Esok lusa kat Akhirat,  bukan Allah tanya,  "OKAY YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG FAREEDA PI KANAN....YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG HANATAJIMA PERGI KIRI..."  Kan?  Akak yang rambut oren ni (Dye rambut setiap dua bulan) hang jangan tanya.  Akak sah-sah dah masuk tempat tu (takut nak tulis).



Gambar they olls they olls masa press conference for notis ini.


Pendapat Akak
Pada pendapat akak,  (ampa mesti teruja nak dengar desiran kata-kata akak kan?),  akak sokong tindakan FNJ untuk mempatenkan diorang punya design ini.  Bagi akak ini adalah satu tindakan yang profesional.  Sebagai seorang usahawan,  kita kena selalu peka,  berusaha untuk majukan business kita dan paling penting memberikan yang terbaik kepada para pelanggan yang selama ini menyokong perniagaan depa.  Dengan mempatenkan karya tudung ini,  akak rasa FNJ memang dah buat yang terbaik for their business and for all peminat setia FNJ.

Tahniah untuk FNJ!

Semoga tindakan ini disambut baik oleh semua pihak.  Juga untuk we olls para pengusaha / peniaga dalam apa juga bidang,  kita kena berani dan selalu fikir ke depan.  Kalau tak jadilah macam nasib tudung Ariani,  dulu sikik punya popular ka!  Lani mana adaaaa?????  Teruih tak popular dah.

Sekian.  Love u olls!


ps/  terimalah gambar anak buah akak Fariha dan Farihin (kembar laki pompuan).  Fariha cute gila pakai tudung :)  Bukan Fareeda tu.

Fariha and Farihin yang comels gila! 

Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan Yang Always Jelita

4 comments:

  1. saya pun setuju kak, sape bg komen bodoh tu mmg kurang membaca..ahahhaahaaaaa semua benda mesti dipatern kan, klu x semua org boleh buat benda yg sama mcm kita, so x eksklusif la nnt rekaan kita...klu x buang masa je kawan iolls belajar undang2 bab pattern ni..hahahahahahaaaaa

    ReplyDelete
  2. sama la mcm rojak mak bee tu..dah dipatern kan ke blum ek? y tiruan pun ada byk..so mcm kita kalo terbeli y tiruan mesti tak puas hati kan sbb kualiti tak sama mcm rojak mak bee y original.. :)

    ReplyDelete
  3. sayeh x sokong mana2 pihak sbb sayeh x pki tudung tingkek2 ni. tp maybe gak sayeh yg ketinggalan ketapi dlm bab tudung2 ni, sbb sayeh ni kenal tudung tingkek2 lbh dulu kt tmpt2 lain br tau wujudnya fareeda ni. kesian kan sayeh. x pe lah, sayeh serahkan bab tudung mahal2 ni pd yg pakar je lah. ngeeeeeeeee (^^,)v

    ReplyDelete
  4. "OKAY YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG FAREEDA PI KANAN....YANG TUTUP AURAT PAKAI TUDUNG HANATAJIMA PERGI KIRI..." Kan? Akak yang rambut oren ni (Dye rambut setiap dua bulan) hang jangan tanya. Akak sah-sah dah masuk tempat tu "
    - this is funny! hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...