28.1.14

Ulasan Anugerah Juara Lagu 28 by Jumie Samsudin

Hello u olls semua,

Seperti yang dijanjikan,  dilampirkan ulasan panjang lebar mengenai AJL28 yang menjadi acara tahunan di blog JumieSamsudin.Com.  First of all thank you untuk semua yang bersama-sama dengan saya dalam Twitter pada malam AJL28 yang lalu.  (Follow me at @jumiejumie)

Memang meriah Twitter malam tu.  Hashtag #ajl28 menjadi worldwide trending.  Dalam kita semua bergembira bersama kawan-kawan and family menonton rancangan TV yang menjadi kebanggaan TV3 malam itu di rumah ataupun di Stadium Putra,  Bukit Jalil,  ada juga beberapa suara sumbang yang memberikan komen-komen hambar yang agak menyedihkan.

Maybe depa rasa cool untuk menyatakan yang mereka tidak layan music Malaysian mainstrem.  Mungkin mereka terlalu urban :)  Dan ada juga yang melemahkan semangat dengan mendoakan benda benda tak elok apabila melihat ramai anak muda bersorak riang dalam stadium tu.  Saya sangat sedih kerana kata-kata itu lahir daripada graduan universiti yang seharusnya mempunyai pemikiran yang lebih positif.

What everla........


I hope u olls semua enjoy menonton AJL28 malam kelmarin.  Saya pun enjois.  Sambil makan nasik putih dengan sambal udang petai sebanyak dua kali (masa before start dan masa tunggu keputusan) HAHAHAH.  Oleh itu,  jom kita baca what i have to say about AJL 28 kali ini.

Click Read More


Opening
Persembahan pembukaan oleh Mus dan Shila Amzah.  Shila Amzah of coz tampil dengan suara yang mantap menyanyikan lagu Mahakarya Cinta.  Tapi baju yang beliau pakai nampak bulky dan tidak memberikan pujian yang baik kepada wanita yang mempunyai tubuh badan yang masih jelitawan.  Mungkin terlalu terikut-ikut dengan tema Game On kali ini.



Mus nyanyi tak masuk beat!!  Sedihlah.  Penampilan beliau tidak GAME ON langsung.  Very the rock rock like biasa biasa.



Selepas itu,  ada dua budak lelaki buat dribble bola keranjang.  Rentak dribble perlahan dan dua dua budak tu nampak macam tak yakin.  Nampak sungguh tak profesional.  Ada sorang budak tu terlepas bola and apala camera pi focus masa dia duk berlari turun pentas kejar bola.  Producer tak tengok betul betul ke angle camera mana paling meletops.

Bila DJ Fuzz spinning baru meletopsss! Diiringi dengan tarian budak budak baju putih yang mantap.

Selesai persembahan simple ini,  muncul video rakaman dua pengacara Scha Alyahya and AG Hot.FM yang seolah-olah sedang berada dalam dunia digital videogame.  Tak lama lepas tu,  kami dirumah terus disajikan dengan iklan-iklan Celcom XPAX and maggi ntah apa-apa.  Bukan 1 iklan.  Tetapi almost 5 iklan.  Memang mengtahikan.  I tidak rasa impak langsung.  Okay fine,  tanpa bayaran iklan yang beribu ribu itu manalah staf TV3 nak dapat gaji,  tapi ada banyak lagi cara untuk menyampaikan iklan kepada penonton.  Please be more creative.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • HAHAHa mus nyanyi masuk lambat #ajl28 opening shila amzah meletops
  • #ajl28 #opening budak dribble bola tu nampak tak mantap. siap jatuh lagi. bagi budak budak baju putih tu saja pun nari lagi letops
  • #ajl28 #opening like tahi.  Pentingkan iklan penganjur??? aparaaaah orang dah tunggu dari pagi kot
  • perhatian @tv3malaysia kami kat rumah tengok iklan ja #ajl28 sungguhla tahi!
  • RT @azraazni: @jumiejumie sabarlah lalink.. Tadak iklan, kami tadak gaji nnt // penyampaian iklan boleh tapi mengaburi opening yang sedih



Aku Pelat by Salam Musik
Persembahan pertama yang tidak menghampakan.  Depa semua tampil dengan pakaian pahlawan melayu yang diurbankan.  Penyanyi wanita dalam kumpulan ini iaitu Eyza yang juga penulis lagu ini tidak kurang hebatnya.  Lincah menyanyi dan berdansa dalam dress ala-ala PGL itu.  Tapi kawan-kawan i tertanya,  awat dia menari macam tu?  Akak,  memang budak budak underground music ska alternatif and what so ever...menari macam tula.  Macam main acilut at at acilut koci lompat nestum nesti pak aji tukang cat.  Lagu ini memang meletops.  Susunan semula oleh Datuk Ramli MS untuk AJL28 pun best,  tapi starting dia macam tak berapa best sikit.  Formasi tarian ahli kumpulan Salam yang lain (yang duk main main terompet tu semua),  agak berceramok.  

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Pembukaan sajak...kerlasssss #akupelat hahah wehs memang penyajak ni pelat D. #ajl28
  • bestnya and bangganya Malaysia ada muzik meletops seperti ini #akupelat #ajl28
  • Persembahan pertama yang tidak menghampakan. Tahniah Salam Aku Pelat #ajl28





Takkan Terpisah by Black
Black muncul simple.  Pembukaan persembahan dengan lighting ala-ala UFO nak turun dan permulaan muzik okestra yang menggempakkan.  Lagu balada ini memang tahap tahap Grammy Nominations u olls (pada I).  Pada permulaan,  nyanyian Black amat meyakinkan.  Dia nyanyi dengan sangat smooth.  Tapi pada bab bab akhir,  ada beberapa bahagian dia nyanyi macam off pitch.  Suara dia sedap secara keseluruhan tapi saya dari awal dah boleh jangka dia tak boleh menang persembahan terbaik / vokal terbaik sebab kesalahan vokal itu terlalu ketara.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Takkan Terpisah adalah lagu kegemaran saya malam ini :) Nanti nak buat soundcloud lagu ni la #ajl28
  • Muzik Takkan Terpisah ni ala-ala Story Of My Life One Directions. I like #ajl28
  • Black Takkan Terpisah.Ada bberapa pitching yg terlari.tp emosi dia mmg meleps. siap baling baling tiang mic sekali #ajl28




In Love With You by Noh Salleh feat Aizat Amdan
Depa dorang ni memang cool.  Pakaian ala-ala The Beatles.  Bergaya and very the happening nampak depa macam really enjoy playing and singing the song.  Nothing much nak kata pasai persembahan depa.  I really enjoy their show.  Tak over.  Padanan vokal terkawal :)

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Meletops depa buat ala-ala The Beatles! #ajl28
  • Sejak Aizat buat persembahan pegang cawan tahun lepas. 2013 semua jantan jantan feeling simpan kumis #ajl28
  • Lagu In Love With You ada keistimewaannya. Kalau menang i tak akan terkejut :) #ajl28




Hanya Aku by Hyper Act
Lagu ini mempunyai fan paling ramai malam itu.  Lagu yang menjadi runut bunyi untuk sebuah drama TV.  Persembahan Hyper Act tidak menghampakan.  Tampil simple dengan suit serba putih.  I suka pilihan fesyen and warna itu kerana tidak mengaburi persembahan mereka.  Kostum dan prop persembahan boleh membantu sesuatu persembahan tetapi bukan mengganggu persembahan itu.  Kita nak tengok show bukan kostum semata-mata.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Hyper Act ni banyak peminat. Lagu ni memang sedap. Tapi vocalist dia tak berapa kendu sangat. HAHAHA #ajl28
  • Vocalist Hyper Act ni macam B ung Moktar. HAHAHAHA Steady Zizie #ajl28




Bosan by Stacy
I was expecting something yang lain dari yang lain.  Tempo lagu ini diperlahankan.  Rentak tari dan juga pergerakan Stacy lincah tetapi bak kata anak ayam i Ezal "nothing new la kakak".  Bila dia pakai suit hitam,  dia nampak lebih kecik.  Warna cerah dan metalic mungkin boleh bantu appearance dia di atas pentas.  Saya setuju dia potong rambut pendek.  Kerlas.  Satu-satunya persembahan yang ada terbang-terbang u olls.  Game on katanya.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Meletopsss Stacy potong rambut!! #ajl28
  • Stacy Bosan. Tempo slow.Tarian beliau pun tak berapa lincah. Step macam biasa saja. #ajl28




Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Persembahan Hafiz memang ditunggu tunggu.  Komposer dan penulis lirik lagu ini adalah pasangan suami isteri yang mempunyai nama yang digerunkan dalam area AJL.  Saya suka apabila Hafiz tampil tampa rambut kerinting.  The only thing yang saya happy nak cerita pasai persembahan Hafiz adalah kemantapan suaranya yang SEBIJIK MACAM DALAM YOUTUBE!!!  Gila meremang saya mendengarnya.  Setiap kali camera focus kat muka Hafiz,  hati saya berdebar takut kalau kalau he messed up dalam nyanyian lagu ini.  Tapi dia masih maintain emosi feeling feeling sendu sesuai dengan lagu ini.  Memang Hafiz layak menang persembahan terbaik!
My Tweet (@jumiejumie) :
  • hhhhhuuuuuuuu Hafizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz #ajl28
  • Kalau ampa tengah frust cinta jangan dengar lagu ni Bahagiamu Deritaku by Hafiz terlalu senduuu #ajl28
  • Hafiz sofar suara dia plg sedap.Better dari Black. Harus menang best vocal.X over tp membuatkan kita macam neves dengar dia nyanyi. #ajl28






Penglipurlara by Hazama feat The Penglipurlara
Lagu ini adalah favorite saya.  Rentak muzik dan lirik lagu ini meletops.  Tapi entah kenapa persembahan Hazama malam ini macam tenggelam.  Adakah beliau over confident?  Belum sampai ke chorus pertama,  Hazama dah sounded sangat semput.  So walaupun di akhir persembahan,  Hazama cuba mengolah cara nyanyian kepada nada-nada tinggi,  tapi bagi i,  i dah turn down dah.  Can i also say that Hazama tak sesuai ada jambang dan kumis,  siries nampak macam pekerja kontrak yang tak sempat shave.  Trend secangkir kopi Aizat untuk lagu Terukir Di Bintang biarlah untuk they they olls yang kendu berkumis saja.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Penglipurlara!! suka lagu ni #ajl28
  • Back up singer untuk lagu Penglipur menghampakan #ajl28
  • This is my favorite song but Hazama nyanyi sangatlah semput tak bestla. Hang tarik tinggi tinggi pun lepas tu orang dah hampa #ajl28




Ikut Rentakku by Jacklyn Victor
Nyanyian Jacklyn Victor memang tidak dapat disangkal lagi. Vocal beliau yang amat mantap ini memang amatlah kena buku dengan ruas apabila memilih diva diva vocalist Malaysia yang amat disegani seperti Dina,  Adibah Noor,  Atilia,  Salamiah Hassan and one of their lady friend.  Dalam persembahan lain-lain,  kita boleh dengar kelemahan suara latar yang agak sumbang terkalanya.  Tapi for this persembahan memang mantap la!! I sangat suka.  Cuma i nak komen adalah nombor satu,  dress tu!  Design memang fun fun ala-ala Broadway kan.  Tapi colour tu gelap and tidak compliment background yang juga gelap.  And bukankah dua tahun lepas masa persembahan Beribu Sesalan,  Jack Kak Ning and Shila pakai purple jugak?  Komen kedua adalah,  kan kalau bagus all the diva (back up singer) macam nyanyi kat tepi sikit.  Masa part last baru ampa mai and perform sebaris dengan Jack.  Baru kerlas u olls.  Ini dari awal,  mak duk nampak Kak Dibah je duk pose pose nari kat belakang Jack.  Ampa kat stadium i tak tau la.  Tapi we olls kat dalam memang nampak tu jer la...

My Tweet (@jumiejumie) :
  • RT @mkahr87: Cuba bayangkan @jumiejumie bersama dengan 5 diva kat blkg tu....// yes tapi buang Atilia and Salamiah Hassan
  • Meletops JV dgn 5 diva di blkg.Barulah mantop backgroup singer macam ni!Tapi i lebih suka if background singer ke tepi sikit. #ajl28





Sahabat by Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
Persembahan ini tidak ada tarikan langsung.  Scene anak-anak muda duk melepak dan bergurau senda sangatlah scene teater Kasanova masa akak berlakon dulu.  Tarian mereka berceramok and tidak ada impak kepada appearance pentas.  Persembahan Syamkamarul sebagai pendatang baru tidak menghampakan.  Beliau tidak semput dan suara maintain sedap.  Begitu juga Najwa Latif yang dari awal maintain ala-ala ayu dengan baju bertunang.  Oh yes!! Why Najwa pakai dress warna Bendera Pulau Pinang?  Sedang rakan-rakan penari background pakai ala-ala urban,  tiba tiba u olls pakai dress macam nak bertunang.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Sleeq ni muka macam Nadeem BOSNET #AJL28
  • Syamkamarul....macam bapss jeeeeerrrrrrsssss #ajl28
  • Warna and design dress Najwa Latif sangat Bendera Pulau Pinang #ajl28




Tanda Tanya by Azlan And The Typewriter
Lagu ini memang sesuatu.  Ada peminat tersendiri.  Saya tak berapa boleh follow lagu ini sebab lagu macam ni jarang mendapat tempat di hati pendengar Malaysia.  Tapi persembahan depa memang mantap.  Suara Azlan tetap maintain walaupun dia dah gemok sikit.  Saya tak terkejut kalau lagu ini boleh menang best song.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Azlan lani pungkok dah up #ajll28
  • Azlan nyanyi best. Tapi lagu tanda tanya mmg membuatkan i penuh dgn tanda tanya. Maybe i tak boleh IN dengan music rock laju macam ni #ajl28



Kau Yang Terindah by Alyah
Lagu ini ala-ala lagu balada zaman Siti Liza and Liza Hanim.  Tapi kalau ampa dengar original song dengan susunan muzik untuk persembahan malam tu memang beza.  Ternyata Datuk Ramli MS susunkan lagu ini menjadi lebih meletops pada malam istimewa ini.  Alyah memilih tema pahlawan gladiator.  Lagu ini tidak memberi apa-apa impak kepada saya.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Insat Penanggal akan keluak. Pukul penanggal dapat 100 point #ajl28
  • Dress Alyah ala-ala dress Rizman Ruzaimi for ZZ je. Cuma versi putih. :( #ajl28
  • Penari perempuan kat atas tu rasanya tak perlu kot. #ajl28





Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
Lagu ini adalah my favorite song for 2013.  Masa mula mula depa tampil sambil main guitar. I was like????? Apala rap rap duk main guitar ni semua.  Macam poyo sahaja.  Susunan muzik macam tak best!!!  Lagu original lagi best.  Lebih rancak.  Lebih catchy.  Tapi paling best bila last kopek depa tabur ala-ala duit kat para penonton.  Memang meletops.

My Tweet (@jumiejumie) :
  • Apakah rapper main guitar macam ni. Tak bestlaaaaaaa macam tak feel #ajl28
  • Susunan muzik untuk Kalau Aku Kaya memboringkan. Aku lagi suka original susunan lagi. Tapi depa baling duit. #ajl28
  • Altimet dan Awi telah merasuah semua penonton dengan membaling duit #ajl28





Persembahan Penutup
Waris,  Ziana Zain,  Amy Search, Zaidi One Nation Emcess,  DJ Fuzz and Dato' M Daud Kilau adalah lebih happening daripada persembahan pembukaan.  Saya amat kagum apabila Kak Ziana tampil bukan sahaja dengan baju Rizman Ruzaimi yang meletops malah dengan vocal yang kembali mantap.  Saya sedih apabila beberapa fasa yang lalu,  lepas Kak Ziana kawen,  she cannot sing anymore.  Suara dia macam tak boleh sampai.  Tapi malam ini....dia memang melepsss!!  Amy Search memang best.  Tapi paling best adalah Dato M Daud Kilau dan kerusinya.  Habis semua orang dalam Stadium Putra nampak sangat enjois dan sama-sama menari masa Dato M Daud Kilau datang dengan kerusi arak arak macam tu.  Yes,  saya setuju dengan ratusan Twitter yang berpendapat,  persembahan terbaik harus diberikan kepada Dato M Daud Kilau!

My Tweet (@jumiejumie) :
  • BESNTAAA Kak @iamZianaZain vocal sangat meleps macam dulu dulu balik! Tahniah kak kerana kembali meletops. #ajl28
  • Gilaaaaraaaahhhh EMDAUDKILAU duduk atasssssssssss sofaaaaaaa.....................#ajl28
  • Penari kat belakang tu tak perlu. Kami nak tengok EMDAUDKILAU and Waris sajaaaaa #ajl28







Persembahan Terbaik - Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Tidak dapat disangkal.  Siapa yang telah berjaya membuatkan saya menonton dengan penuh rasa nervous layak untuk mendapat anugerah ini.





Vokal Terbaik - Ikut Rentakku by Jacklyn Victor
I agak terkejut + gembira dengan pilihan ini kerana saya duk ingat depa akan bagi semua kat Hafiz.  Terima kasih para juri kerana mengiktiraf vokal wanita Malaysian Idol ini!!





Pemenang Ketiga - Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
Yes!! Saya sangat suka kerana mereka adalah salah satu lagu favorite saya.  Kalau lagu ini menang nombor 3 pastinya tempat ke 2 dan 1 akan diberikan kepada lagu lagu dengan genre pop / rancak yang semakin mendapat tempat di hati kita,  penyokong muzik Malaysia :)





Pemenang Naib Juara - Hanya Aku by Hyper Act
WOW!!  Pasti seronoklah para penyokong Hyper Act yang amat ramai ini.  Lagu ini sedap.





Juara - Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Lagu ini best!!!!  Memang layak menang.  Tapi bagi saya......................................saya agak kecewa juga kenapa Aku Pelat by Salam Muzik langsung tidak mendapat nombor.  Lagu Bahagiamu Deritaku meang hebat.  Tapi lagu seperti ini sudah seringkali diperdengarkan kepada peminat muzik Malaysia sejak tahun 1990 an lagi.  Balada sendu.  Why not bagi pada lagu lagu nafas baru dengan rentak hip hop ska macam Aku Pelat.  Kita kena naikkan lagu lagu macam nila!  Tapi saya hormati pilihan para juri.  Tahun depan sila buang Azmeer daripada barisan Juri.  SEKIAN.
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Tahniah Hafizzzz. Lagu ni sedap. Tapi kalaulah #ajl28 angkat lagu AKU PELAT. Aku rasa lebih happy sebab lagu baru macam tu diiktiraf :)
  • Tapi apa pun aku happy juga sikit sebab lagu KALAU AKU KAYA menang. Tu semua muzik muzik kini :) #ajl28



Pengacara - Scha Alyahya and AG HotFM
Ramai yang tak puas hati dan tak suka dengan persembahan dua muka baru dalam majlis berprestij ini.  Apa pun,  pendapat saya berlainan.  Bagi saya depa memang dah buat yang terbaik.  Come onla...depa baru first time kot.  Tapi saya suka cadangan kawan office saya,  "Depa mau bagi pengacara lama dua orang bergabung dengan pengacara baru dua orang ni dulu....then tahun depan barulah depa buang pengacara lama tu...."
My Tweet (@jumiejumie) :
  • Kepada siapa yang tak kenal AG ialah announcer radio HOTFM.  Cuma rambut pacaknya malam ini membuatkan ampa tak kenal :) #ajl28
  • Pengacara #ajl28 dua dua okay!! i suka.  tak over. #buatmasaini
  • Sudah sudahla pengacara baru #ajl28 depa first time kot.  Masih merangka signature sendiri :)



Tema
Tema AJL28 kali ini sangat gempak.  Video game u olls.  Game On menjadi kata-katanya.  Tapi set up pentas masih menyedihkan.  Bentuk biasa dan masih mengekalkan ciri lama iaitu statik stage.  Backdrop LED memang meriah tapi sayangnya mainan lighting tidak begitu meng-gahkan.  Hiasan prop pentas seperti pokok pokok ranting sangatlah old fashion.  Semua tu idea lama.  Takdak pembaharuan. I rasa pentas AJL27 lebih meletops.



Overall : 7/10
Saya hanya bagi 7 bintang per 10.  Memang best sebab semua bintang bintang muzik hebat Malaysia beraksi tapi sayangnya tidak ada effort pembaharuan.  Tidak banyak gimik.  (Kecuali kerusi Dato M Daud Kilau).  Set up pentas tak berapa mengkagumkan.  Susunan muzik,  ada yang best ada yang tak.  Tiada muka baru dalam penampilan persembahan khas.  Asyik asyik Amy Search.  Bagi saya,  persembahan AJL28 kali ini lebih kurang macam lain lain kongset Sure Heboh sahaja.  And TV3 masih buat persembahan dalam bentuk SD.  Bila u olls nak HD ni?



Ehsan gambar  :  ROTIKAYA.COM

3 comments:

  1. thanks for this post jumie...iols tak dpt tgk show penuh AJL malam tu sbb gi dating. huhu...by the way, backup singer Jac yg sorang lagi tu adalah ELVIRA ARUL...deni mmg femes dgn vocal utk genre Soul, Jazz and Blues seangkatan Atilia..and deni la yg main watak Effie White dlm pementasan Dreamgirls versi Malaysia kat Malaysian National Theatre tak lama dulu...

    apapun fesyen retis malam tu amat membosankan...termasuk baju Ziana...bosannn...dress bosan.,rambut bosan,mekap pun bosann...i'm expecting somthing different from ZZ.....baju dress kembang purple Jumie Samsudin pakai masa anual dinner aritu lagi grandd kowttt...gitewwww ...peace/love-MAE ;)

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan ulasan hang.. and lagu Hafiz tu mmg best tapi dah lapuk la muzik mcm tu.. Aku sedar sesuatu la, aku mmg respect kat LY and Baiduri ni and suka semua lagu2 depa buat.. Tapi depa yg buat lagu Aku Cinta Padamu utk Siti Nurhaliza and aku rasa depa tiru lagu Celine Dion, I Love You.. Cuba hang dengaq balik.. And utk lagu Hafiz ni, laki aku dengaq lagu ni and dia tanya aku "awat lagu ni mcm lagu Stevie Wonder berjudul Lately".. So aku mcm terdiam sat sebab LY yg dari pemerhatian aku mmg pernah aku rasa menciplak lagu Celine Dion (bagi pandangan dan pendengaran aku la).. So aku pun terus Youtube lagu Lately and memang first few melody macam lagu Bahagiamu Deritaku.. Aku xberani nak tuduh-tuduh sebab mungkin itu semua secara kebetulan.. Tapi hampa dengaq and compare sendiri.. Lain org lain deria pendengarannya..

    ReplyDelete
  3. jumie...tang jatuh bola tu aku stuju sgt dgn ang.....nmpk funny k0t ble b0la tu jtuh..pastu mamat tu d0k kejar b0la tu....perlu ke de dribble tu...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...