27.1.14

Ulasan Mengenai Artikel "Marriage Isn’t For You" daripada Seth Adam Smith

Hello u olls,

Tidak lama dulu saya pernah kongsikan sebuah artikel daripada blogger Seth Adam Smith yang bertajuk Marriage Isn't For You.  Dalam artikel itu,  secara ringkasnya Smith mencatat pengalaman beliau masa ingin mendirikan rumahtangga.  'Self doubt' menghantui dirinya.  Keyakinan diri seringkali tiada dalam hati.  Namun jawapan yang pasti daripada ayahnya membuatkan dia nekad untuk teruskan niat mengahwini kekasih hatinya.

 "No, a true marriage (and true love) is never about you. It’s about the person you love—their wants, their needs, their hopes, and their dreams. Selfishness demands, “What’s in it for me?”, while Love asks, “What can I give?” - Petikan dalam artikel beliau.

Kalian boleh baca artikel penuh (in English) kat sini  :  Artikel "Marriage Isn’t For You" daripada Seth Adam Smith

Kawan saya,  Kak Elle bagitau kat saya "Jumie,  I rasa u kena ulas artikel tu.  Artikel tu baguih.  Tapi orang tak faham kot.  U kena bagi faham...."

Baiklah...so here are my simple thoughts about this artikel.  Mohon perkongsian daripada kalian juga.  Input artikel ini adalah amat penting untuk kita yang sudah ataupun masih belum berumah tangga.


Click Here To Read More



Point 1 :

My dad giving his response to my concerns was such a moment for me. With a knowing smile he said, “Seth, you’re being totally selfish. So I’m going to make this really simple: marriage isn’t for you. You don’t marry to make yourself happy, you marry to make someone else happy. More than that, your marriage isn’t for yourself, you’re marrying for a family. Not just for the in-laws and all of that nonsense, but for your future children. Who do you want to help you raise them? Who do you want to influence them? Marriage isn’t for you. It’s not about you. Marriage is about the person you married.”

My say  :
  • Apa yang dikatakan oleh bapa Smith adalah amat tepat sekali.
  • Perkahwinan bukan untuk diri kita.  Tetapi untuk siapa yang kita kawen tu.
  • Ramai yang telah silap konsep perkahwinan.  Orang selalu beranggapan,  "bila aku kawen aku akan happy!" Tapi hakikatnya,  proses kerja dalam perkahwinan tidak berjalan seperti itu.  
  • Oleh sebab itu,  ada isteri yang lepas kahwin minta macam-macam daripada di suami.  Minta suami beli itu beli ini.  Tidak mau jumpa keluarga mentua.  Suami pula,  lepas kawen,  MINTA semua isteri siapkan.  Dari siapkan baju hingga makan dan minum.  Kalau isteri tak siapkan,  terus jadi isu.
  • Perkahwinan juga adalah untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada anak-anak yang bakal lahir dalam keluarga itu (if you are planning to have kids).  Bapak Smith menegaskan tentang siapa yang kamu nak bantu untuk jaga anak?  

Point 2 :

I realized that I wanted to make her happy; to see her smile every day, to make her laugh every day. I wanted to be a part of her family, and my family wanted her to be a part of ours. And thinking back on all the times I had seen her play with my nieces, I knew that she was the one with whom I wanted to build our own family.
My say  :

  • Ada orang yang nak kawen dengan seseorang itu kerana harta,  rupa.  Ada juga yang kahwini seseorang itu atas nama cinta dan hatinya yang baik.  
  • Kat sini,  Smith menegaskan dia kahwin dengan kekasihnya kerana dia kata dia nak tengok kekasihnya senyum dan gembira hari hari depan dia.  Dia nak kekasihnya menjadi sebahagian daripada keluarganya.  
  • Perkara ni simple je.  Masa bercinta...ayat ayat ni semua jadi buah buah cinta la.  Tapi sejauh mana kita zahirkan lafaz ini?
  • Oleh itu,  bila dah kawen nanti,  dua tiga bulan,  duk mai dah sikap sikap lama yang boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga,  haruslah kita muhasabah diri kita dengan persoalaan seperti ini.  
  • Janji kita untuk terus tengok pasangan kita bahagia.........sejauh mana kita berusaha untuk teruskan dia bahagia? 

Point 3 :

My father’s advice was both shocking and revelatory. It went against the grain of today’s “Walmart philosophy”, which is if it doesn’t make you happy, you can take it back and get a new one. 

My say  :
  • Pendapat bapa Smith ini juga adalah bertentangan dengan falsafah perniagaan Walmart (ala -ala Tesco la kat US).  Kalau tak suka dengan satu satu produk,  just bawa balik ke Walmart dan depa akan bagi yang baru.  
  • Perkahwinan bukan macam itu.  Kalau u are not happy with him / her.  Tanpa usaha untuk baiki keadaan,  u terus anggap perkara ini tidak menjadi kenyataan dan terus give up dan cari yang baru.
  • Banyak kes di mana,  apabila sudah setahun dua duduk bersama,  di dia telah tunjuk belang.  Berani ada hubungan dengan insan ketiga.  Perhubungan yang dimulakan dengan suka suka menjadi siries dan menjadi masalah kepada hubungan yang sedia ada.  
  • Adakah insan-insan ini menggunakan konsep Walmart?  Ataupun depa langsung tak pikiak apa-apa kecuali diri sendiri.  Kalau depa pikiak pasai pasangan masing-masing,  takdak hati langsung la nak pandang kepada orang lain.
  • Ada sesetengah orang,  bila dah tak ada baru nak belajar menghargai.  Sebab tu la banyak yang duk jadi gila talak. 
Point 4 :

Love is about the person you love.
And, paradoxically, the more you truly love that person, the more love you receive. And not just from your significant other, but from their friends and their family and thousands of others you never would have met had your love remained self-centered.

My say  :  

  • Kesimpulannya kata Smith,  kalau kita ikut cara yang dia cadangkan,  kita end up 'menerima' lebih banyak kasih sayang bukan sahaja daripada pasangan kita tetapi juga daripada insan-insan disekeliling pasangan kita seperti keluarga,  kawan-kawan dan lain lain.  


Akhir kata dari saya  :
  • Kalau tak mampu buat orang lain bahagia jangan commit.  
  • Jangan sia siakan hidup orang lain untuk kepentingan diri sendiri (status,  permintaan ntah apapapa dan sebagainya).  
  • Jangan jadikan hidup orang lain sebagai eksperimen.
  • Terkadang dalam hidup rumah tangga,  kita macam hilang dan tak tau kita berdiri di mana.  Cepat-cepat betulkan diri.  Jangan sampai benda dah jadi tahi.
  • Kepada kamu yang hidup dengan pasangan yang abusive dari segi mental dan fizikal,  kamu tak boleh ikut sangat teori ini!!  Dah sah sah laki / bini hang tak boleh buat hang bahagia macam Smith cadangkan.  So nak duduk situ sangat lagi ka?
  • Jangan lupa baca ni  : Penceraian Di Awal Perkahwinan
Love u olls semua!

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...