9.1.14

Ulasan Teater Bisikan Cinta by Jumie Samsudin

Hello u olls,

Tahun lepas (wah...rasa macam lama dah) actually dua minggu yang lalu akak telah berkesempatan untuk menonton sebuah teater yang bertajuk Bisikan Cinta di Pelenggang Cahaya USM. Sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada September yang lalu, Teater Bisikan Cinta telah dinobatkan sebagai "Johan" dan meraih anugerah "Pengarah Terbaik", "Pelakon Lelaki Terbaik", "Pelakon Pembantu Terbaik" dan "Busana Terbaik".

Masa pertandingan September yang lalu,  akak tak dapat pi tengok,  so i have to take this chance la.  Tambahan pulak,  my sifu Azhar Jalil berlakon juga dalam teater ni.

So jom baca review daripada akak.

Lakonan  : Yoomyn Myn, Kayrol Unwar, Azhar Jalil, Tok Moh , dan Arezarul Niezam, dan penampilan istimewa Pirates Prince a.k.a Danial Bowl Bintang Mencari Bintang.

Karya : Razali Ridzuan

Arahan : Intan Farhanim Othman

Produksi : Final Year Student Drama dan Teater dgn kerjasama School of The Art dan Kersani

Tarikh Pementasan : 11-13 Disember 2013 (Review ini dibuat berdasarkan pementasan hari ke 3)

Tempat : Panggung Pelenggang Cahaya USM

Pas Masuk : RM10


Sinopsis :
  • Cerita ini mengisahkan tentang Mustika yang diculik oleh teman lelakinya Ikmal ke sebuah hotel murah.  Masa tu Mustika pengsan.



    Click to read more

  • Ikmal upah seorang budak lelaki yang macam dungu sikit untuk pi beli minyak gas.  Tapi tak tau pasaipa.
  • Kat hotel tu,  ada dua ja staf.  Sorang pondan nama Khaty and sorang lagi apek tua yang jaga kaunter.  Depa yang tolong Mustika buka ikatan kat tangan dia ketika Ikmal keluar dari hotel.  Depa mula mula duk ingat Mustika ni bini Ikmal (ataupun awek) tapi rupanya Ikmal ni jahat dan dia nak bunuh Mustika.


  • So,  bila Ikmal balik,  Mustika pun rancangla nak selamatkan diri dia dan lari daripada Ikmal.
  • Entah macam mana pergelutan dan pergaduhan berlaku,  Mustika still duduk dalam bilik tu dengan Ikmal.  Drama pun bermula.
  • Ikmal nak bunuh Mustika sebab dia nak balas dendam.  Dia kata,  Mustika dah tipu dia.  Masa tu,  kita rasa macam tak puas hati kat Ikmal,  macam dayusnya hang kan?  Hang tak puas hati kat perempuan,  hang nak bunuh dia.
  • Tapi lepas tu,  Ikmal pun katalah...dia bara sebab Mustika lah dia boleh dapat HIV AIDS.  Dia kata dia tertipu.  Dia kata lani family dia semua buang dia.  Dia dah la anak sorang dalam keluarga dia.  Dia kata lani semua ahli keluarga dia macam dah buang dia dan kecewa dengan dia.
  • Masa tu,  kita jadi macam nak benci pulak kat Mustika!!  Mustika pulak macam buat pengakuan......memang dia tau selama ni dia tau dia ada HIV tapi dia tetap buat hubungan seksual dengan Ikmal tanpa menghiraukan yang virus itu akan masuk dalam badan Ikmal.  Mustika gelak dan mengilai macam seronok gila sebab dia dapat tipukan lelaki.  Rasa macam marah pulak kat Mustika.
  • Tapi sebenarnya...............lepas tu,  Mustika pun bagitaulah pasai pa dia sanggup buat macam ni.  Dia kata,  dia ni macam dilahirkan oleh pengemis (orang miskin gila) (sorrylah akak macam lupa sikit bab ni),  Mustika ni dibesarkan kat kawasan sampah sarap.  Macam gelandangan gitu.  Pastu dia duduk dengan bapak dia yang jahat gila.  Bila dia semakin besar,  bapak dia nampak macam dia ni lawa...(memang pelakon cerita ni Myn adalah seorang perempuan yang lawa!!) bapak dia paksa dia pakai baju seksi seksi semua.  And satu hari,  bapak dia jual dia kat orang jahat.  And dia kena rogol ramai-ramai.  Dari situlah dia dapat penyakit tu!  Dan sejak itu,  dia memang benci dan tak suka dengan lelaki.
  • Di atas kemuncak pergelutan antara Mustika dan Ikmal...akhirnya........bukan Mustika yang mati.  Tapi Ikmal!  Mustika bunuh Ikmal teruih.

Para Pelakon :

Tok Moh sebagai Apek  
Tok Moh ni memang natural jadi Apek.  Walaupun muka dia memang Melayu habis,  tapi dia punya style cakap memang sangat apek Cina.  So,  i duk bayang,  apek ni mesti anak Melayu Siam ka kena buang pastu Cina bela.  Steady Tok Moh.



Azhar Jalil sebagai Ehsan  
Takkan nak komen apa apa pun kita punya sifu berlakon.  Scene lawak adalah apabila Khaty dukung Ehsan untuk ajak cek-endut.  Scene lawak celaka apabila Ehsan dalam dialognya menambah "Hang ni Zarul kan?  Dulu hang sekolah dengan aku...duk main bola semua.  Kak Jumie duk sorak kita kat tepi padang..."  Hareeeeeee. (Semua pelakon mengesahkan bahawa bila ada scene lawak,  suara I olls adalah paling kuat sekali).  Cuma satu ja i nak komen,  Ehsan ni budak dungu-dungu kan?  Tapi dia punya dressing terlalu 'kemas' untuk budak dungu.  Dia kena pakai selekeh sikit lagi.  Maybe pakai slipper dengan seluak pendek ka.  T shirt murah murah ka.


Cik Syahnaz and Azhar (depa dua adalah sepupu)


Akak dan Azhar.


Azrul sebagai Khaty  
Azrul adalah seorang lelaki ya.  Dia berlakon watak maknyah pencuci di hotel tu.  I sangat suka dengan lakonan beliau.  Dia nampak naturallllllllllllllllllllll and semua perkataan mak-mak ayam digunakan oleh beliau dalam dialog.  Beliau betul betul membuat research dengan baik.  




Pose sendu bersama mak ayam. (Ehk...sapa mak ayam ni....?)


Uncle Kayrol  sebagai Ikmal  
I memang suka kat Uncle ni.  Elok budak ni.  HAHAHAH...tetap kan?  Untuk pengetahuan ampa,  Uncle adalah nama paling top untuk apa-apa watak hero kat USM ni.  Bukan sahaja sebab dia ada rupa tapi dia memang boleh berlakon.  Tapi pada pendapat I,  malam tu,  tak tau la Uncle terlebih energy atau kurang energy...i rasa macam watak Ikmal tu macam 'tak stabil' sikit.  Maybe sebab.....Myn sangat bagus kot sampai Uncle tak boleh nak faik balik :) U know what i mean.



Myn sebagai Mustika  
I first time tengok Myn berlakon full.  Sebelum ni tengok dia berlakon secara gerak tari (Mahabarata-Revisited) and watak-watak kecil dalam teater yang lain.  Tapi first time tengok dia berlakon ni,  i have to say...i really salute perempuan ni.  Walaupun dia kuruih kedekiang and kecik untuk seorang wanita teater....tapi i think suara dan ke-jelas-an pengucapan dialog dia membuatkan dia betul betul tampil di atas pentas.  Cuma satu ja...........rambut tu............ELLA sangat la u olls!!!  Mak rasa macam nak pi ikat rambut u olls masa u olls berdialog.  HAHAHA.  Actually takpa kalau nak lepas rambut (natural la kan.......) tapi kalau nak lepas please stop flip your hair every 2 perkataan u sebut.



Yang Tak Best 
Katil kat dalam hotel tu.  Memang la hotel murah.  Tapi kalau boleh carilah katil yang nampak kukuh and bubuh sheets betul betul.  Yang ni tugas penghias set.  Kena buat detail tu bagi elok.  Nanti kalau USM nak buat apa-apa pementasan yang melibatkan katil,  sila contact saya,  saya ada beberapa buah katil yang boleh saya sedekahkan.  Katil kat rumah saya ni banyak.


Yang Best 
Jalan cerita best.  Skrip best!  Pelakon semua best!! Memang patutlah teater ni menang banyak anugerah pada festival baru baru ini.  Memang puas hati.  Me and Cik Syahnaz (my boss) memang sangat enjoy persembahan malam tu.  Memang tak rugi kami pi tengok.

Satu lagi benda best adalah kat lobi Pelenggang Cahaya,  pihak produksi membuat satu papan post it yang membenarkan para penonton yang datang untuk menulis dan mencatatkan kata-kata cinta mereka.  I did not post anything (or i did but i forgot) but here some of the notes posted by para penonton yang datang ke teater ini  :












Kesimpulan 
Saya sangat respek dengan orang - orang baru yang menghiasi pentas Bisikan Cinta.  Orang baru means pelajar pelajar USM yang muda muda ni macam Intan and Myn!  Keep up the good work people.  Hope satu hari ampa akan menghiasi warna-warna seni tanah air macam senior senior ampa yang lain.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...