28.2.14

Perhentian Getaway 2014!

Insya Allah tahun ini kami akan ke Perhentian untuk honeymoon 2014.  Tahun tahun dulu (first year kawen),  kami pi Cameron Highland.  Second year kami ke Terengganu - Kelantan trip with my parents.  And this time,  kami akan ke Perhentian.  

Macam mana sibuk pun,  setahun sekali kena pi bercuti mana-mana and really spent time together.  I really love the experiences we had in Cameron Highland.  Memang mendamaikan.  Sepanjang jalan aku tergedik-gedik kat dalam kereta sebab nak pi honeymoon katanya.  


Ampa boleh baca cerita Cameron Highlands kat sini  :




Click read more  

27.2.14

Aku Sebagai Julia

Tidak lama dulu,  saya ada buat annoucement yang saya akan berlakon dalam sebuah teater. Akak Dapat Tawaran Berlakon (lagi)   Dalam Kehadiran Sofea adalah sebuah karya hasil nukilan Razali Ridzuan dan skrip ini pernah dipertandingkan dalam arena teater negeri Pulau Pinang dan peringkat kebangsaan sekitar 1 dekad yang lalu dan telah mendapat kemenangan yang membanggakan.  Hasil skrip ini sebentarnya dihasilkan melalui jalan cerita yang ringkas dan di improvise oleh para pelakon secara bersahaja.  Catatan dialog yang dilontarkan inilah yang dikumpulkan dan digilapkan menjadi sebuah skrip.


Click Read More

26.2.14

Candy Crushing

Siapa sini main Candy Crush?  Candy Crush adalah sebuah aplikasi permainan dalam talian “online game” yang memerlukan kita menyusun atur gula gula yang pelbagai bentuk dan warna untuk mengumpul markah tertentu.  Setiap peringkat mempunyai halangan dan cabaran tersendiri.  Permainan ini memerlukan pemain untuk menyusun atur strategi,  membuat perkiraan dan percaturan dengan baik agar sebuah cabaran itu dapat diselesaikan. 

Gambar ehsan  :  Zaraterez / Instagram

Click Read More

25.2.14

Penceraian Erra Fazira dan Engku Emran

Akak menerima mesej daripada seorang anak ayam "Wahai perempuan sihir yang agam.. tahukah anda kenapa erra vercheraikan? #mohon pencerahan mak hayam. Tq."

Cerita keretakan rumahtangga Erra Fazira menjadi gossip hangat sejak dua tahun yang lalu.  Tapi masing-masing merahsiakan kisah kenapa dan mengapa.  Ketika menjadi pengacara Primadona,  Erra Fazira pernah terkeluar beberapa statement yang menunjukkan dia bakal menjadi janda tak lama lagi.  Sorry i tak ingat kata-katanya,  tapi masa dengar apa yang dirakam dalam rancangan itu memang i rasa macam sesuatu yang ikan di situ.


Engku Emran on the other hand bukanlah calang-calang lelaki.  Seorang rakan saya pernah bermeeting dengan Engku Emran.  Habih dia duk wassap kat i tak berenti "Wehss aku tak boleh focus dalam meeting.  Engku Emran ni gila emsem nak mampuih.....aku rasa kejang lutut sat,"

Berbalik kepada soalan anak ayam kita,  why depa bercerai?  Jawapannya.  Mana I olls nak pi tau.  Even if i ialah kawan baik kepada Erra Fazira,  bukan hak i olls untuk tahu dan membuat story kepada semua.

Penceraian adalah sesuatu yang amat memedihkan.  I pernah tulis beberapa artikel tentang penceraian dalam blog i ini.  Rajin-rajinlah kalian selak-selak artikel lama dalam blog ini.

Memang seronok bergossip dan bercerita pasai penceraian artist.  Apatah lagi apabila artist itu ialah seseorang yang sangat cantek dan popular.  Dalam kes ini,  lebih hangat jadinya kerana beliau sudah bernikah dua kali.  Sebelum ini dengan Yusry Halim.


Cerita Lebih...Please Click More

24.2.14

Pengalaman Berlakon dalam Teater Lawak Utagha

Pengalaman ini memang berbeza daripada pengalaman-pengalaman lakonan saya lain yang terdahulu.  Sebagai seorang yang amat baru dalam dunia lakonan teater,  saya rasa jemputan untuk menjadi pelakon dalam pementasan ini saya terima dengan rasa yang gembira tapi pada masa yang sama saya tetap feeling kekwat 'diva'.


"Kalau takdak poster bubuh muka saya...saya nak tolak tawaran ni,"  boleh tak sikap I ni?  Begitulah kekekwatan akak yang mulanya disunting oleh stage manager,  Mr.  Lanun Resdong sebagai make up artist.  Pada mulanya,  pementasan ini hanya melibatkan pelawak lelaki sahaja.  Tetapi Cikgu Mat a.k.a Senibayan yang terkenal dengan otak 2 minitnya tiba tiba ingin memasukkan dua watak wanita.  One is Najua P Ramlee sebagai Che Embun (watak utama a.k.a heroin) dan aku sebagai Teacher Fatimah,  watak sampingan.

Tiada skrip yang diberikan
Yes, tiada skrip yang diberikan kepada para pelakon. Cuma jalan cerita 'storyline'.  Maknanya para pelakon kena improvise sendiri berdasarkan situasi.  Untuk otai otai teater dan nama besar dalam Maharajalawak seperti Ropi Comey,  Yus Jambu dan Shuk SYJ pastinya ini bukan sesuatu yang sukar.  Antara pelakon hebat lain yang amat popular dalam pementasan team teater Resdong seperti Shazli,  Mamak, Mamu Raja Lawak pastinya mereka tidak ada masalah dengan assignment ini.

Aku terima cabaran pementasan yang hanya memberikan 3 hari kerja ini.  Jumaat production meeting.  Sabtu practice and rehearsal.  Ahad siang technical running dan penambahan last last minute and malamnya pementasan.  Kau mampu?




Muka muka penat masa taklimat diberikan oleh pengarah.  Akak dan Abu Mamu duk gelak saja.  HEHEHE
Credit photo  :  Helimantoro Kak Limah
Click read more 

22.2.14

Mohon Jutaan Maaf untuk Jega dan Keluarga

Salam hormat to all,

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan maaf kepada keluarga Saudara Jega dan Dr.  Santhi atas paparan cerita dalam blog saya yang bertajuk "Benda Baik Masih Berlaku".

Tujuan saya menulis kisah ini adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang kekuasaan Tuhan dan janji Nya kepada kita agar terus membuat baik sesama manusia tanpa perlu mengharap pada balasan.

Selepas mendapat kebenaran daripada saudara Jega,  saya memutuskan untuk menulis cerpen ini dan memaparkannya dalam blog saya untuk dikongsikan bersama kalian semua.

Namun,  ada pihak yang tidak selesa dengan perkongsian ini.  Saya menghormati keputusan ini dan telah mengeluarkan artikel berkenaan dari laman blog saya atas permintaan saudara Jega sendiri.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada saudara Jega dan Dr.  Santhi.  Saya harap kalian tahu yang saya tidak pernah berniat untuk membawa kesusahan kepada kedua dua pihak dan sentiasa mendoakan semoga kalian dan keluarga akan terus diberkati kebahagiaan dan rezeki daripada Allah SWT dan kekal bahagia hingga selamanya.

Yang benar,
Jumie Samsudin

20.2.14

Memperkena Kawan di Pejabat (Office Prank)

Sapa pernah memperkena kawan di pejabat?  Ataupun mat salleh kata 'office prank'? Ataupun orang Penang kata membuat dajai kepada rakan pejabat.

Saya telah membuat banyak kali.  Tapi ini paling cute.  Kepada rakan kerja saya.  Nama dia Zack.  Dia seorang yang popular juga kat Penang ni sebab muka dia banyak kali masuk Astro.  Sebab itu dia suka bersikap berlagak dan sombong ketat dengan I olls.

Oleh itu,  ketika ketiadaan beliau di pejabat,  saya membuat sesuatu.  Apa yang i olls buat?



Click untuk tengok gambar penuh

Nuance of Rebab Fantasy (Mengadap Rebab)


Aku tak pernah terbayang macam mana jadinya apabila mak yong bergabung dengan opera.  So here is, Nuance of Rebab Fantasy (Mengadap Rebab) oleh Rosnan Rahman, Syafinaz Selamat dan Koir Kebangsaan Malaysia sempena Konsert Kembara Muzikal Teater dan Filem yang berlangsung pada 23 & 24 November 2013 di MaTiC. Thanks Mama Regina for sharing this!! I want to share it with all of u. Memang kagum sangat!!

Post by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

19.2.14

Busy Busy Week

Hello u olls,

Mintak maaf malaikat 44 kita tak update lama dalam blog ini.  Hope u olls semua tetap menyinggah blog i olls hari hari dan membaca artikel - artikel lama yang sangat banyak.  Bagi rating akak tinggi maintain u olls.  Tak komen pun tak apa.  Sebab nanti orang orang sewa iklan kat blog akak marah pulak kan.

"Suka Sgt tgk Jumie Samsudin nyanyi...berlakon...Sgt best...so sweet sgt2...tq dear" - Arissa Watie Penang MUA.


Anyway,  kenapa akak busy ?


16.2.14

Saksikan Jumie Samsudin Dalam Teater Muzikal Lawak Utagha pada 16 Feb 2014 @ DTSP USM



Tarikh : 16 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra USM
Harga Tiket : RM 50, RM 40, RM 30 & RM 20

Hubungi Skuad Tiket : 
Hasrol 012-5618434 
Halimantoro 017-4571837 

11.2.14

Wanita Sebagai Bahan Ujikaji

Hello u olls,

Sanggupkah u olls menjadi bahan ujikaji?  Bukan bahan ujikaji untuk buat produk kecantikan / solekan,  tapi bahan ujikaji untuk hidup seseorang.

Baru-baru ini,  seorang teman saya (perempuan) datang berkongsi kisah.  Dia mengenali seorang lelaki hampir 2 tahun.  Atas desakan keluarga,  dia memberitahu teman lelakinya bahawa family beliau suruh depa percepatkan hasrat untuk berumahtangga.  Biasalah,  kita orang Melayu.  Nak kawen ada macam-macam prosedur.  Semua prosedur ni,  seperti merisik,  perbincangan dua belah pihak,  pertunangan dan segala yang lain dulunya dijalankan oleh ibu bapa.  Tapi zaman sekarang,  all the preasure diletakkan atas kepala kita sebab kita sendiri yang lebih mengenali keluarga bakal pasangan kita itu.

Proses untuk memastikan kedua-dua pihak keluarga mendapat persetujuan yang baik sebelum perkahwinan ini dijalankan memang memberikan sesuatu cabaran kepada kedua-dua pasangan ini.  Of course akan ada selisih faham,  miscommunication and macam-macam hal lagi kerana kedua-dua keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza.

Gambar Ehsan  :  wallsfeed.com

Saya juga melalui pelbagai masalah masa nak kawen dulu.  Belah kita kata lagu ni.  Belah sana nak lagu tu.  Tapi semuanya membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita dan keluarganya malah pada masa sama kita mungkin boleh lihat their 'true colours'.


Click read more


10.2.14

Dear Kak Jumie : Haruskah Saya Terima Cinta Lelaki Gay?

Dear Kak Jumie, 
I just read your blog regarding gay issue.  Sebenarnya I tak tau dengan siapa saya harus share this problem.  Bila bercakap soal dunia gay,  I would say that I know their world.  My BFF is one if the community.  I jenis yang senang berkawan with them all since I was in university.  Saya tidak pernah rasa kekok dan sentiasa menerima mereka dengan hati tanpa prejudis.   

Gambar sumber  :  Citizenwarrior.com

But what I’ve been facing lately really drag me into a confusing and awkward life phase kak.  Saya mengenali seorang lelaki.  Dari awal perkenalan dia macam okay sahaja.  Tapi hinggalah satu hari,  dia confessed dekat saya yang dia ialah seorang gay.  Dia juga confessed dengan saya tentang hubungan dia dengan bekas kekasih (seorang lelaki gay juga) yang menyebabkan dia mula-mula menjadi gay.  Dulu zaman sekolah menengah,  dia kata dia tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki ataupun perempuan.  Tapi bila masuk zaman universiti,  dia temui perasaan ini apabila didekati oleh seorang lelaki gay.  
CLICK READ MORE

8.2.14

A New Concept of Tuition Centre : KATZ ACADEMY

What is KATZ Academy?

KATZ Academy melatih calon SPM berdasarkan 4 teras yang utama iaitu Knowledge, Attitude, Transdisciplinary dan Zero-defect. Calon bukan sahaja akan dilatih mengikut subjek, malah pembentukan karektor, rentas bidang serta penguasaan softskills.




Apakah sesuatu yang dimiliki oleh KATZ Academy yang u olls nak share dengan orang lain? 

KATZ Academy akan melatih calon menggunakan pendekatan Neuro-linguistic Programming (NLP) dan Emotional Experiential Learning (EEL). Menyedari hakikat bahawa calon perlu mendapat dorongan secara berterusan, maka pihak akademi turut menawarkan program motivasi kepada semua calon secara PERCUMA setiap bulan. Selain itu, pelajar terbaik setiap bulan mengikut subjek akan mendapat kursus tambahan PERCUMA yang dapat memberikan pengalaman baru kepada calon. Contohnya kelas menembak, lawan pedang, menunggang kuda dan sebagainya.


Click to read more

6.2.14

Saksikan Akak Dalam Teater Muzikal Lawak Utagha pada 16 Feb 2014 @ DTSP USM

Hello u olls semua,

Tak sangka cempedak jadi nangka (style orang dulu dulu bila kata tak sangka),  akak mendapat offer untuk menjadi salah seorang pelakon dalam pementasan teater muzikal anjuran Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia,  Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.



Mula-mula dulu,  pihak produksi adala contact I.  Nak suruh i jadi make up artist depa.  Masa tu,  akak sengap dulu tak mau bagi jawapan sebab tarikh tu i ada event kat office.  Dah lama lepas tu,  boss besak depa,  Mr.  Lanun menge-call akak.  Akak ingat dia nak suruh akak make up lagi.  Kisahnya,  dia nak suruh akak berlakon pulak kali ni.  Sebab penulis skrip kata,  depa nak kena ada watak perempuan yang boleh menyanyi.  Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh teruih tak pikiak panjiangg terus kata yes.  Tamaknya i.

Click more 

Cerita Jebat dan Ariana Rose

Hello u olls,

Sekarang ni boleh kata hampir 90% wanita wanita Malaysia sendu hampir setiap malam kerana feeling menonton drama TV yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Nelydia Sendrose dan Sharnaaz Ahmad (orang kampung I, anak Bashir Ahmad). And satu lagi drama iaitu Ariana Rose lakonan Keith Foo dan Nur Fathia. Yang letopsnya, bapak I pun bila mai rumah we olls feeling suruh bukak cerita Jebat and Ariana Rose ni. Takut terlepas katanya.


So adalah hamba Allah yang wassap akak dan suruh I review pasai drama ni. Maybe dia tak tau taste i macam mana. I pun katalah, "Sorry nyah mak tak tengok cerita feeling macam ni,"

Click to read more

5.2.14

Sikit Sikit Takpa, Lama-Lama Kita Pasti Meletop

Hello u olls,

I nak share dengan u olls satu video menarik.  Sapa yang tak boleh tengok Youtube,  mai sini i nak cerita what is the story disebalik video bertajuk Boiling Frog Experiment.


Dalam eksperimen ini,  menunjukkan macam mana seekor kata (amfibia berdarah sejuk) yang akan lari daripada haba panas apabila badannya didekatkan kepada air yang sedang mendidih.

Tapi apabila dimasukkan dalam air sejuk,  katak itu kekal duduk diam.  Tanpa diketahui oleh katak,  si pengeksperimen telah membuka api dibawah periuk takungan air itu.  Maka perlahan-lahan suhu air itu menaik.  Tapi katak tidak menyedarinya.  Oleh kerana kata amfibia berdarah sejuk,  dia boleh adjust suhu badannya mengikut keadaan sekeliling.

Walaupun suhu air sudah mencapai 80 darjah tapi katak itu tetap muka macam relaks sahaja tak lompat pi mana-mana.  Walaupun tadi,  apabila didekatkan dengan air panas,  katak itu cuba melarikan diri.  Tapi dalam keadaan ini, katak kekal dikedudukannya kerana katak sedang mengadjustkan suhu badannya dengan air di dalam takungan itu.

Suhu air tetap menaik.  Sambil katak terus mengadjust suhu badannya dengan persekitaran,  tanpa disedari,  air sudah ke tahap 100 darjah iaitu tahap didih.  Maka masa itu,  katak dah tak sempat nak ubahsuai apa dah.  Dia pun mati direbus.

 

Click to read more


4.2.14

Haria Penang Haria

Hariiiaaa Piii Harriaaa piiiii.....Hariaaa pi.....Hariaa Penang Hariaaa....

Sapa pernah dengar lagu ni????  Sebagai orang Penang akak sangat berbangga sebab anak watan Penang menghasilkan satu lagu meleps macam ni.  Lagu ni best and paling best depa rap dalam bahasa Penang.  Kerlas u olls.  Anyway jom tengok video depa and baca interview akak dengan depa.   Kerlas akak interview artist laniiiii!!!


Oh cup cup cup.....kepada orang orang bukan Penang yang tak tau apa maksud Haria...Haria ni macam perkataan kata kerja yang boleh digantikan untuk satu perbuatan yang agresif,  perbuatan yang kuat,  cepat,  dan tangkas.  Kita juga boleh gunakan perkataan haria untuk perbuatan negatif seperti memukul dan menyerang sesuatu tampa belas kasihan.

Contoh ayat 1 :

"Aku balik rumah time tengah lapar sangat sangat ni.  Pastu ada nasi kat atas meja.  Apa lagi,  i pun makan la nasik itu dengan lahapnya"

ganti perkataan haria

"Aku dah la duk lapiak bakhiang masa balik ghumah tengok baguih punya nasik dalca ataih meja.  Aku pun tak kira apa aku haria la nasik tu sampai habih...."

Contoh ayat 2 (negative exp)  :

"Turun kau Jebat.  Sudah berapa lama aku tunggu kau.  Mari turun ke bawah...kita lawan sama sama anak jantan.  Sudah lama aku menanti untuk beradu tenaga dengan kau Jebat,"  kata Hang Tuah.

ganti perkataan haria

"Hang turun Jebat.......hang jangan duk buat leceh.  Kalau hang bukan ponen hang mai turun bawah ni.  Aku dah lama nak haria hang!!,"  kata Hang Tuah.


   

Read the interview

Fashion Review 56th Grammy Awards 2014

Hello u olls,

Dengan rasa segan silunya akak pun membuatlah review fesyen yang sendu untuk 56th Grammy Awards 2014.  Kenapa akak kata sendu?  Kerana tiada Lady Gaga,  Rihanna,  Mylie Cyrus, Kim Kardashian dan Heidi Klum.  Sapa setuju dengan akak sila angkat tangan sorang sorang depan PC?

Tapi takpala,  akak review jugak.  Baju baju depa semua tak berapa meriah pun u olls.  Persembahan Grammy,  ada yang meriah.  Ada yang biasa-biasa ja.  Sebab lagu lagu tu semua dah pernah perform kat big big event lain.  And macam Pink,  my boss kata,  dah bohsan tengok makcik tu menari belit belit badan dengan kain.


Persembahan yang paling akak suka adalah persembahan penutup Macklemore and Ryan Lewis,  Queen Latifah,  Madonna and sapa ka perempuan gemok tu.  Kesian kat perempuan gemok tu,  dia ialah penyanyi asal untuk lagu itu (bab suara perempuan),  tapi setiap kali persembahan besar,  mesti kena jemput satu penyanyi perempuan yang lebih meletops untuk nyanyi dengan dia.  Macam dia tak cukup letops kan!!  Persembahan itu juga menjadi meletops kerana 30 pasangan 'same love' telah berkahwin di dalam persembahan itu.  Melepsss noks.  Kita yang tengok kat TV Malaysia and Youtube ni,  haruslah tak dapat tengok the real show.  Dah banyak scene cium mulut yang depa potong.


Persembahan kedua yang akak suka ialah Lorde iaitu perempuan ala-ala pontianak tua.  Horror perempuan ni nyanyi.  Macam nak menurun pun ada.  Tapi the whole arena kekal sepi masa dia nyanyi.  Memang feel u olls.

Tengok kuku diaaa!!
And of course,  paling akak suka ialah persembahan mabuk dalam cinta oleh sepupu akak iaitu Beyonce dan suaminya abang Jay Z.  Ramai yang menguturk kakak sepupu i kerana tampil dengan baju berseluar dalam ini.  Tapi bagi i,  we olls dah biasa dah tengok bogels bogels ni.  So relaks jer laa.


Feeling dak sepupu i?



Okay jom kita tengok fesyen-fesyen kali ni.  Sendu u olls...siriesly takdak yang menarik pun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE