6.2.14

Cerita Jebat dan Ariana Rose

Hello u olls,

Sekarang ni boleh kata hampir 90% wanita wanita Malaysia sendu hampir setiap malam kerana feeling menonton drama TV yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Nelydia Sendrose dan Sharnaaz Ahmad (orang kampung I, anak Bashir Ahmad). And satu lagi drama iaitu Ariana Rose lakonan Keith Foo dan Nur Fathia. Yang letopsnya, bapak I pun bila mai rumah we olls feeling suruh bukak cerita Jebat and Ariana Rose ni. Takut terlepas katanya.


So adalah hamba Allah yang wassap akak dan suruh I review pasai drama ni. Maybe dia tak tau taste i macam mana. I pun katalah, "Sorry nyah mak tak tengok cerita feeling macam ni,"

Click to read more

Tapi akak tak layan bukan sebab akak tak layan drama Melayu ya. NOO!! Akak suka kot drama Melayu. Tapi akak memilih genre. Kalau genre yang very the bukan berkenaan dengan cinta terlarang, wanita terinaya, cinta anak orang kaya dan anak orang biasa dan apa-apa seangkatan dengannya memang akak tidak akan layan. Kenapa akak tidak layan? Adakah kerana taste akak terlalu tinggi dan feeling Hollywood sahaja. NOO! Akak tidak layan cerita cinta sendu begini kerana akak tidak mahu menyajikan hati dan jiwa akak dengan fiksyen sendu sendu macam ni.


Natijahnya bila tonton cerita sendu macam ni, kita pun akan jadi sendu. Kita akan feeling senyum sorang-sorang depan TV. Kita akan feeling nak dicintai macam tu. Kita akan feeling marah bila ada konflik padahal konflik tu semua adalah konflik sendu yang semuanya boleh diramal dengan senarai cliche sinopsis cerita drama cinta Melayu.

The last drama bersiri cinta yang akak tonton dahulu kala ialah Rosalina Ayamor!! Tapi tu bukan cerita Melayu. Itu cerita Mexico. Akak pun feelinglah bubuh bunga rose sahaja kat telinga bila keluar cekcur. Ada orang kampung i pun panggil i PALOMAAA!!!! Masa tu umur akak 18 tahun, kerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin Kak Nani Bayan Baru. I ingat lagi episod akhir Rosalinda, i sanggup curi tulang pi kedai spa sebelah sebab kedai dia ada TV. Akak pun feeling la tengok Rosalinda dan Fernando José Altamirano kawen kat gereja.....



Sejak tu akak memang tak tengok dah drama bersiri. Sebab akak tak mau terjerumus dalam kancah kebelungguan, penungguan, sengsara jiwa akibat kisah kisah sendu ini. Hormon akak dah la tak stabil. Ini tak tengok drama feeling pun akak hari hari berdrama kat rumah. En. Khafi (suami akak), pernah berkata dalam satu perbualan kami.

"Pasaipa abiang jarang dan tak berapa suka mai tengok I berlakon teater," kata I sebab dah banyak kali i berlakon teater. Dia pernah mai tengok i berlakon sekali ja (Kasanova).

Ampa tau dia kata apa?

"Halaa....hang hari hari kot duk berlakon drama kat rumah. Perlukah aku tengok teater pulak??"

Okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Jawapan yang amat menyentapkan.

Inilah jawapan panjang mengapa akak tak berapa layan cerita drama Melayu. Bukan sebab cerita itu tidak bagus. Lakonan pelakon kita meletops juga. Walaupun ada juga yang nan hado. Sebab kita selalunya cari pelakon berdasarkan pilihan wanita wanita posing di swimming pool dalam Mangga dan bukan berdasarkan memberikan peluang kepada anak-anak muda keluaran institusi seni negara yang banyak pengalaman di pentas teater.

Saya tidak menonton drama Melayu kerana saya tidak suka genre cinta sendu.

Baru baru ini, ( a few years ago), akak ada ikut satu drama TV Melayu. Yang ni memang akak suka dan sangat follow. Yang ni memang tak kena mengena dengan genre cinta. Ini tentang kisah masyarakat Islam yang ekstrimis. Lakonan Eman Manan, Fauziah Ghouse, Nur Fazura dan Emma Fatimah. Tahajjud Cinta!! Fuh. Cerita ni memang best. Harap sangat ada sambungan cerita ini. Cerita macam ni i suka.  Cerita ni pasai kuasa gender,  politik agama dan kekeluargaan.


I suka genre sejarah, masyarakat, kisah benar, penyiasatan, hantu-hantu, misteri, kekeluargaan, wanita and sometime....comedy :) Antara drama bersambung yang i follow adalah Walking Dead, Madmen, American Horror Story, True Detective dan macam-macam lagi yang popular kat TV. Reality show pun i ada ikut juga. Not KIM KARDASHIAN or Guliana Rancic. Depa tu macam bodo bodo semua. I suka, Duck Dynasty. HAHAHAH.

Okaylah, kalau esok lusa penerbit drama TV Malaysia berani melabur untuk storyline macam ni i akan sokong and follow. Sekian dulu. Akak tak kisah u olls nak feeling-feeling dengan Jebat ka apa semua. Tapi kalau u olls feeling saja tengok cerita macam ni, tapi pengajarannya u olls tak boleh nak serap secara positif. Buang masa sahaja u olls.

Sekian, terimalah gambar Fernando Jose berseluar dalam.

Love,
Jumie Samsudin

 





6 comments:

  1. Hahahahahaha nice entry Jumie... last time iolls bru je bring up psl citer Arianna rose kt tv.. sbb motiiiippp sgt dah kene rogol then bleh forgive forget fall in love dgn perogol as if okayyyyy lelaki bleh make mistake n repent. N pompuan u hanya baik if u willing to forgive forget. What t !@#$$//&&*×! N ni bkn fisrt drama cmni. B4 diz pon ade a few... scarry tau..wlupun citer2 ringan tp ditonton sume lapisan umuq!! Same as u bkn i x layan citer melayu. I suke hokayy drama melayu..and u r sooo right. Tahajjud cinta tu story line die mmg best. Konflik sgt & buat kte berfikir...thumbs up for this entry!!!♡♡♡♡

    ReplyDelete
  2. Samalah. I pun tak boleh layan drama melayu. Dah lama tak layan series. Terakhir gossip girl. Ahaha sebab i ikut sejak 1st season

    ReplyDelete
  3. setuju jugak..lagi pun sume ni dr novel2..
    cari la novel y thriller ke..tp org kita ni suka y tangkap leleh..nak kata apa..

    ReplyDelete
  4. yesssss...citer macam ni telah bjaya mensaiko saya untuk nak laki saya jadi macam hero dlm citer..baik tgk masterchef australia..tapi ada jugak citer melayu yg best dan ada yg langsung tak membina minda..skrg pulak trend adaptasi novel..

    anyway akak tengok tak citer misstresess?? (betoi ke eja camni?)...
    memang best..heroin citer charm dulu belakon..

    ReplyDelete
  5. kelasss pn.Jumie, taste kita serupa nohh.....

    ReplyDelete
  6. Hahahahha I'm a big fan of Rosalinda Ayamo too. Tergelak besar tengok pic bogel abiang Fernando Jose hahahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...