4.2.14

Fashion Review 56th Grammy Awards 2014

Hello u olls,

Dengan rasa segan silunya akak pun membuatlah review fesyen yang sendu untuk 56th Grammy Awards 2014.  Kenapa akak kata sendu?  Kerana tiada Lady Gaga,  Rihanna,  Mylie Cyrus, Kim Kardashian dan Heidi Klum.  Sapa setuju dengan akak sila angkat tangan sorang sorang depan PC?

Tapi takpala,  akak review jugak.  Baju baju depa semua tak berapa meriah pun u olls.  Persembahan Grammy,  ada yang meriah.  Ada yang biasa-biasa ja.  Sebab lagu lagu tu semua dah pernah perform kat big big event lain.  And macam Pink,  my boss kata,  dah bohsan tengok makcik tu menari belit belit badan dengan kain.


Persembahan yang paling akak suka adalah persembahan penutup Macklemore and Ryan Lewis,  Queen Latifah,  Madonna and sapa ka perempuan gemok tu.  Kesian kat perempuan gemok tu,  dia ialah penyanyi asal untuk lagu itu (bab suara perempuan),  tapi setiap kali persembahan besar,  mesti kena jemput satu penyanyi perempuan yang lebih meletops untuk nyanyi dengan dia.  Macam dia tak cukup letops kan!!  Persembahan itu juga menjadi meletops kerana 30 pasangan 'same love' telah berkahwin di dalam persembahan itu.  Melepsss noks.  Kita yang tengok kat TV Malaysia and Youtube ni,  haruslah tak dapat tengok the real show.  Dah banyak scene cium mulut yang depa potong.


Persembahan kedua yang akak suka ialah Lorde iaitu perempuan ala-ala pontianak tua.  Horror perempuan ni nyanyi.  Macam nak menurun pun ada.  Tapi the whole arena kekal sepi masa dia nyanyi.  Memang feel u olls.

Tengok kuku diaaa!!
And of course,  paling akak suka ialah persembahan mabuk dalam cinta oleh sepupu akak iaitu Beyonce dan suaminya abang Jay Z.  Ramai yang menguturk kakak sepupu i kerana tampil dengan baju berseluar dalam ini.  Tapi bagi i,  we olls dah biasa dah tengok bogels bogels ni.  So relaks jer laa.


Feeling dak sepupu i?



Okay jom kita tengok fesyen-fesyen kali ni.  Sendu u olls...siriesly takdak yang menarik pun.




Taylor Swift in Gucci
Jala ikan yang diglitterkan.  




Rita Ora in Lanvin
Kertas ni dulu kita akan beli buat kraftangan kat sekolah.  Bila gosok gosok dengan pensel dia akan jadi macam bentuk sempol.  Tapi dahsyat deni buat baju.


Amber Rose in Naeem Khan
Perempuan ni macam alien wekshop yang bewarna emas.




Ciara in Emilio Pucci
Ohpohcot akak dah mengandung.  Meletops juga.  Tapi akak nanti lepas bersalin dalam pantang takleh rambut kusut mangsai macam ni ya.



Chrissy Teigen in Johanna Johnson
Wanita meletops ini ialah isteri kepada John Legend.  I tak tau pasaipa glitter sangat in untuk red carpet baru baru ini.  Tapi tak semua orang pakai glitter akan nampak meletops.  Contohnya baju ini,  siriesly nampak macam persembahan pentas yang cheapos.



Faith Evans
Dulu masa i teenagers,  i sangat suka perempuan ni.  Beliau ialah penyanyi RNB yang sangat meleps pada sekitar tahun 90an.  Dah tua dah beliau.  Baju ni....erm....okayla kot.  For someone trying to be modest.  




Beyoncé by Michael Costello
Dengan segala hormatnya,  diumumkan inilah baju yang i akan pakai pada hari raya nanti.  HAAAAA.  Meleps tak noks.  Akak dah tunjuk kat suami akak.  Walaupun dia memberikan komen lahar tapi akak tak kisah.  Anyway,  ramai yang kata baju ini tak lawa sebab nampak macam kain lapik tv yang mak kita suka bubuh dulu dulu (masa zaman TV lebar la).

Tapi u olls,  bagi akak,  dress ala-ala lace 'nalla' (besar) akan menjadi trend tidak lama lagi.  Tak percaya ampa tengoklah.

Tahun lepas,  JLO pakai dress ala-ala macam ni untuk Golden Globe.  Ampa boleh tengok kat sini :  JLO Golden Globe 2013

Nak story sikit pasai dress ni,  direka dan dibuat oleh Project Runaway punya alumni iaitu Michael Costello.  Dia buat dress ni and letak kat dia punya studio.  So,  apabila dia dapat call daripada celebrity stylist iaitu Ty Hunter yang nak mai studio dia and tengok apa-apa baju yang meleps dia ada,  so dia pun pasangnya dress ni particularly dibuat saja-saja dengan size yang betul betul muat untuk mannequin dia iaitu size 4.    Bila Ty Hunter tengok,  dia pun berkenan.  Makanya,  dipendekkan cerita,  Ty Hunter adalah stylist untuk Beyonce and keluar Knowles (termasuk adik dan maknya).  So diala yang bagi baju ni kat Beyonce.

Di Hollywood,  tugas seorang stylist adalah amat mencabar.  Especially celebrity stylist.  Tugas mereka bukan sahaja memastikan baju yang dipakai oleh seseorang selebriti tu cantek dan terkini,  malah dia juga bertanggungjawab untuk pi tengok apa design terbaru,  baju,  kasut,  clutch,  make up,  hair do and sebagainya.  

Contohnya,  bila mai satu big event,  i akan hire sorang stylist ni,  dia akan proposed la 2 ataupun 3 ensembles.  Why i said ensembles?  Sebab dia susun dah siap siap koordinasi dress,  rambut,  make up,  eksesori dan sebagainya.  Pada big event,  dia akan memantau proses mengandam selebriti itu dan memastikan imej selebriti itu adalah meleps.

Sebab baju mahai boleh dibeli oleh sesiapa sahaja,  tapi style,  taste dan gaya...tak semua orang ada :) 

Anyway,  tunggu album raya i tahun ni.



Paris Hilton in House of Milani
Dress ni pun ala-ala dress kak Beyons jugak.  Tapi nampak macam murah sangat u olls.  Maybe sebab dia sekeping takdak pungkok dan pinggang.  So dia nampak macam kayu berkertas warna glittter.



Katy Perry in Valentino
I sangat suka dress ni.  Sapa yang come up dengan idea dress ini sangatlah jinies.  I suka warna dia,  and make up and hair do kak Katy.  


Kacey Musgraves in Armani Privé
Kak,  orang tak pakai dah dress dress macam ni....sekian.



Iggy Azalea in Elie Saab
Pelik tengok perempuan ni. Tiba tiba pungkok besar kat tepi.  Sangat cheating lebih kat padding.  Dress ni.....biasa ja.  Macam jubah jubah putih tapi potong lengan.  Next.



Skylar Grey in Michael Costello
Dress ni macam diperbuat daripada parlak.  Ampa tau dak parlak tu apa?  Tikar minyak. 



Sara Bareilles in Blumarine
Tak tau pasaipa i tengok dia ni i rasa macam teringat kat katun Chicken Run.  Sila pecat stylist u sekarang.



Cyndi Lauper in Alexander McQueen 
Meletops tok ni pakai McQueen.  Kau ada??



Kelly Osbourne by Badgley Mischka
Oleh kerana rambut beliau adalah ala-ala baju putih terlebih nila,  oleh itu,  dia hanya boleh baju baju colour gelap macam ni saja baru nampak macam vouge.  Other than that,  dia akan nampak macam Jojo's Circus.



Queen Latifah by Carman Marc Valvo
I bara bila En.  Khafi kata bila dia tengok Queen Latifah malam tu dia kata "Hang mesti rasa hang macam deni kan???"  Hareeeeeeeeeee....Mak lagi vougedevas okay.




Madonna in Ralph Lauren
Berapa umur Madonna?  97?  Anyway,  masa dia nyanyi dengan Macklemore...suara dia sangat kedengaran tua.  Sorry tok.



Fantasia Borinno
Dress ni macam something tak kena.  Nampak macma murah ja u olls.  Tak taula maybe colour ni terlalu dull untuk beliau.  Oh ya.....i lama tak kata benda ni.  Macam nak pi ziarah kematian sahaja.



Tia Carrere
NEXT.



Lorde
Deni kalau malam-malam lalu depan rumah aku,  mampuihla aku akan keriau surah Yassin kat tingkap.  Takut okay.



Ariana Grande in Dolce and Gabbana
Boring la u ollsss.  U olls kena revamp your gaya sikit.  Suara dah letopss.



Pink in Johanna Johnson
Makcik tarian kain gantung ini kekal nampak meleps dengan dress merah dari Johanna Johnson,  seorang deisgner dari Australia.


Miranda Lambert in Pamella Roland
Percubaan tidak berani mati.




Natasha Bedingfield in Christian Siriano
Warna dress ini tidak sesuai untuk beliau yang tiba tiba blonde pula.  Beliau nampak lebih pucat dan hampir hampir sopak.  Anyway,  dress ponco ini juga tidak cantek.  Nampak macam ahli sihir yang tersalah pilih dress.  And why the muka dia nampak macam SJP now? (in a bad way)



Giuliana Rancic in Alex Perry
Warna ini macam sesuai untuk beliau yang berkulit tanned ini.  Anyway dress ini juga padanan kain kain renda tau.  Ampa amati betul betul.  Tapi dress ini juga play safe oleh beliau.  Maybe dia hanya akan all out masa Academy Award next month.


Gloria Estefan in Gustavo Cadile
Dress ni cantek tapi sangat tok tok.



Colbie Callat in Ezra Santos 
Maybe kalau dia pakai push up bra dia akan nampak lebih vougedevas.  And tukar gaya rambut tu.  Nampak macam tiada effort langsung.


Tamar Braxton 
Biasa ja.  NEXT!


Alicia Keys in Armani Privé 
Dress ni pun biasa.  Sedihla.



Anna Faris in Fitriani 
Anna Faris lani muka pecah lobs.  Sekian.



Kathy Griffin
Ada lagi ka orang nak pakai dress anakonda macam ni?



Anna Kendrick in Azarro
Tak suka colour dress ni.



Bonnie McKee in Gustavo Cadile 
Siriesly deni macam Mystique dalam cerita X Men.




Paula Patton in Nicolas Jebran
Sapa perasan kat dada dress ni ada dua lion bertemu muka.  Kerlasss kan????? I suka dress ni.  Tak semua yang pakai dress ini akan nampak meletops.  Selain Paula,  kalau i pakai.....pun akan meletops juga.


Pharell William
Semua orang gelak topi deni.  Macam busut jantan.  Tapi come on...Pharell kot.  Dia pakai apa pun semua meleps.



Daft Punk 
Tahukah ampa bahawa dua mamat yang pakai helmet ni adalah pelakon sahaja.  The real Daft Punk duduk relaks sahaja tepi depa macam dalam majlis Grammy.  Hanya orang yang betul betul cool sahaja akan buat ni iaitu bayar pelakon pakai helmet and tolong amik award best record of the year kat pentas!!

The actual Daft Punk.




Macklemore and Ryan Lewis
Bagi akak..depa ni la man of the night!! Cayalah depa dorang.  Semoga terus terusan buat lagu yang best untuk kita semua.

4 comments:

  1. lagu semangat ari isnin saya ialah can't hold us. ;)

    ReplyDelete
  2. very nice :D
    Excellent post. I learned a lot reading it. Thanks.
    http://www.infokarimunjawa.com/2014/08/paket-wisata-karimunjawa-2-hari-1-malam.html
    http://www.infokarimunjawa.com/2014/08/paket-wisata-karimunjawa-3-hari-2-malam.html
    http://www.infokarimunjawa.com/2014/08/paket-wisata-karimunjawa-4-hari-3-malam.html
    http://www.infokarimunjawa.com

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...