4.2.14

Haria Penang Haria

Hariiiaaa Piii Harriaaa piiiii.....Hariaaa pi.....Hariaa Penang Hariaaa....

Sapa pernah dengar lagu ni????  Sebagai orang Penang akak sangat berbangga sebab anak watan Penang menghasilkan satu lagu meleps macam ni.  Lagu ni best and paling best depa rap dalam bahasa Penang.  Kerlas u olls.  Anyway jom tengok video depa and baca interview akak dengan depa.   Kerlas akak interview artist laniiiii!!!


Oh cup cup cup.....kepada orang orang bukan Penang yang tak tau apa maksud Haria...Haria ni macam perkataan kata kerja yang boleh digantikan untuk satu perbuatan yang agresif,  perbuatan yang kuat,  cepat,  dan tangkas.  Kita juga boleh gunakan perkataan haria untuk perbuatan negatif seperti memukul dan menyerang sesuatu tampa belas kasihan.

Contoh ayat 1 :

"Aku balik rumah time tengah lapar sangat sangat ni.  Pastu ada nasi kat atas meja.  Apa lagi,  i pun makan la nasik itu dengan lahapnya"

ganti perkataan haria

"Aku dah la duk lapiak bakhiang masa balik ghumah tengok baguih punya nasik dalca ataih meja.  Aku pun tak kira apa aku haria la nasik tu sampai habih...."

Contoh ayat 2 (negative exp)  :

"Turun kau Jebat.  Sudah berapa lama aku tunggu kau.  Mari turun ke bawah...kita lawan sama sama anak jantan.  Sudah lama aku menanti untuk beradu tenaga dengan kau Jebat,"  kata Hang Tuah.

ganti perkataan haria

"Hang turun Jebat.......hang jangan duk buat leceh.  Kalau hang bukan ponen hang mai turun bawah ni.  Aku dah lama nak haria hang!!,"  kata Hang Tuah.


   

Read the interview


JS  :  Siapakah pencipta lagu ini dan bilakah lagu ini diterbitkan? Sesi rakaman buat di mana? 
Sebenarnya lagu Haria Penang Haria merupakan lagu yang diterbitkan oleh saya sendiri (Nawi) dan di bantu oleh Al-Z yang juga merupakan jurutera bunyi untuk lagu ini. Lagu ini di cipta oleh Daney (Daney On The Beat), seorang pencipta lagu (beatmaker) yang berusia 16 tahun. Semua proses rakaman dan adunan muzik dibuat di IBP Studios yang juga menjadi 'publisher' untuk lagu ini. Proses rakaman hanya mengambil masa 1 - 3 bulan. Kami mengambil masa yang begitu lama adalah untuk memastikan lagu ini mencapai kualiti yang kami inginkan. Bagi proses music video pula, kami mengambil masa dalam 2 hari. Pengambaran dijalankan di sekitar bandaraya Georgetown, Stadium Bandaraya, Padang Kota, dan hanya pengambaran bersama WARIS dan Juzzthin yang juga merupakan artis undangan dalam video ini dijalankan di hadapan Stadium Bukit Jalil. Selain dari WARIS dan Juzzthin dijemput sebagai artis undangan, M.I.O artis dari Kuala Lumpur juga turut diundang ke dalam music video Haria Penang Haria.
Lelaki dalam gambar ini ialah Nawi.  Boleh follow dia kat Twitter @nawi24.  Cute jugak budak ni.  Ala-ala teddy bear u olls.



JS  :  Kenapa lagu ini diterbitkan? Ada inspirasi?
Lagu ini diterbitkan sebagai memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang (Penang FA) yang baru sahaja naik ke Liga Perdana 2014 setelah menjadi juara di Liga FAM 2013. Kewujudan lagu ini juga adalah ingin menyuntik semangat kepada rakyat Pulau Pinang untuk turun ke stadium bagi menyokong pasukan negeri beraksi. Saya mendapat inspirasi lagu ini setelah melihat semangat yang ditonjolkan oleh Ultras Panthers yang merupakan penyokong tegar atau dikenali sebagai pemain ke 12 Pulau Pinang yang memberi sokongan tanpa henti. Saya melihat itu sebagai tamparan hebat buat saya sebagai rakyat Pulau Pinang untuk menerbitkan lagu ini sebagai sumbangan kecil saya kepada pasukan bola sepak Pulau Pinang.



JS  :  Siapakah penyanyi penyanyi (rapper) yang merakamkan lagu ini?
Al-Z dari kumpulan rap NtahSape2Ntah (NSSN) dan Muariffah dari kumpulan rap Lawa Nie Geng (LNG) merupakan artis yang turut berkolaborasi dengan saya di dalam lagu ini. Mereka merupakan pilihan artis yang saya mahu, kerana mereka berasal dari Penang dan mempunyai aura tersendiri untuk memantapkan lagu Haria Penang Haria. Lagu ini turut dijayakan bersama pihak Ultras Panthers dan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.



JS  :  Bagaimana orang ramai boleh beli lagu ini? Maybe kat Itune? Or single CD?
Buat masa ini kepada anda yang berminat boleh dapatkan caller ringtones lagu Haria Penang Haria bagi semua syarikat tele komunikasi. Boleh dapatkan code untuk CRT di dalam MV lagu Haria Penang Haria by Nawi ft. Muariffah (LNG) & Al-Z (NSSN) (Search it at Youtube!). Kami akan memuat naik lagu Haria Penang Haria di itunes tidak lama lagi. Anda boleh like page saya di FB www.facebook.com/officialnawi dan follow twitter saya @Nawi24 untuk update terbaru mengenai muzik saya.



JS  :  Ada apa-apa program TV/gig / concert yang akan menampilkan lagu ini?
Kami masih baru dan masih dalam rangka promosi untuk lagu ini. Jadi, jika anda di luar sana mempunyi sebarang majlis ingin mengundang kami boleh email kepada saya: nawimail@gmail.com

Lirik Lagu Haria Penang Haria 
TU DIA HARIMAU KUMBANG DAH BANGUN,
TARING DIASAH, MASA UNTUK MENGAUM,
SETIA SEJATI BERSATU BERSAMA,
KIBAQ BIRU PUTIH KUNING DALAM SATU BENDERA,
KAMI DOK MAI, AMPA JANGAN BUAT LECEH,
NANTI KENA GELECEK, SAMPAI TAK DAPAT BOLA - CEK,
PENYUDAH DENGAN MUDAH, TENDANGAN PENALTI,
HARIMAU KUMBANG MENGGANAIH, AMPA JADI SAKSI,
DARI BAWAH KE ATAIH SAMPAI PUNCAK LIGA,
DARI DULU SAMPAI LANI KITA KEKAL LAGENDA,
SEMUA RAKYAT BERSATU, KITA TURUN PADANG,
PAKAT DOK SOKONG DARI PULAU SAMPAI SEBERANG,
ULTRAS BERSORAK, CHANT DI SETIAP ARENA,
CAKARAN MAUT, HARIMAU KUMBANG UTARA,
SINI STADIUM KERAMAT, INI BANDARAYA,
PERLAWANAN DAH TAMAT, HARIA PENANG HARIA!

[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 4
 
MUTIARA BELUM PUDAQ NI DIA BAGUI PUNYA KILAU
RIMAU KUMBANG KLUAQ PULAU TENGOK SAPA BERANI HALAU
SATU STADIUM JADI HINGAQ DENGAN SUARA
SAMPAI BUAT KAPLA MATA LAWAN JADI CACA MARBA
ORANG KATA DEPA TAKKAN SAMPAI MANA
CUBA TENGOK SEKARANG KITA JUARA LIGA
RANCAK ATAS BOLA BARU NGANGA
BALIK BINTANG DULU KALA 98, 02
KIBAQ BENDERA BAWA PIALA KEMENANGN
DARI BANDARAYA SAMPAI STADIUM BATU KAWAN
GENDANG DARI PADANG SAMPAI PANTAI
BUDAK-BUDAK UTARA PAKAT-PAKAT BUAT RAMAI
BUNYI MASIH BERGEMA BIAQ BUKAN JUARA
ATAS PENTAS ARENA KITA MAIN MACAM BORIA
PEGANG CARTA TABIK MERZAGUA
LAUNG PULAU PINANG HARIA PENANG HARIA
 
[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 4
 
DULU PUNYA KHABAQ LA NI TOKSAH DOK CERITA
KAMI SAJA BUAT GEMPAQ KAMI SAJA BUAT DRAMA
SAJA NAK KASI CHANCE AMPA SEMUA RANGKUL PIALA
MASA AMPA DAH TAMAT KAMI NAK GHAMPAIH SEMULA
SAYA BUKAN CERITA LEBAT NI BETUI SAYA HABAQ
NANTI SAMPAI SATU MASA AMPA SEMUA PAKAT KETAQ
MAI LA APA PUN SEMUA BENDA KAMI LANGGAQ
AMARAN DAH DIBERI, JANGAN KATA CHEQ TAK HABAQ
53, 54, 58, 74
EMPAT KALI ANGKAT PIALA MALAYSIA KAMI DAPAT
YANG LA NI LIGA SUPER SEMUA SEKALI DAPAT TIGA
CAMPUQ SEKALI KEMENANGAN LIGA FAM KELIMA
APA TUNGGU LAGI SEMBOYAN DAH KU BUNYI
LAUNGAN KATA KERAMAT SEMUANYA BERISI
WAHAI PULAU MUTIARA NEGERI PULAU PINANG
HARIALAH MUSUHMU
HAMBAT SEMUA KELUAQ PADANG 

[CHORUS]
HARIA PENANG HARIA X 8

Orait!!  Itu sahaja.  Apa pun....jom ramai ramai kita sokong lagu ni.  Ampa semua please lagu ni banyak banyak kat FB.  Bagi meletops.

Sekian.

ps/  I taste kat Muariffah!!

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...