24.2.14

Pengalaman Berlakon dalam Teater Lawak Utagha

Pengalaman ini memang berbeza daripada pengalaman-pengalaman lakonan saya lain yang terdahulu.  Sebagai seorang yang amat baru dalam dunia lakonan teater,  saya rasa jemputan untuk menjadi pelakon dalam pementasan ini saya terima dengan rasa yang gembira tapi pada masa yang sama saya tetap feeling kekwat 'diva'.


"Kalau takdak poster bubuh muka saya...saya nak tolak tawaran ni,"  boleh tak sikap I ni?  Begitulah kekekwatan akak yang mulanya disunting oleh stage manager,  Mr.  Lanun Resdong sebagai make up artist.  Pada mulanya,  pementasan ini hanya melibatkan pelawak lelaki sahaja.  Tetapi Cikgu Mat a.k.a Senibayan yang terkenal dengan otak 2 minitnya tiba tiba ingin memasukkan dua watak wanita.  One is Najua P Ramlee sebagai Che Embun (watak utama a.k.a heroin) dan aku sebagai Teacher Fatimah,  watak sampingan.

Tiada skrip yang diberikan
Yes, tiada skrip yang diberikan kepada para pelakon. Cuma jalan cerita 'storyline'.  Maknanya para pelakon kena improvise sendiri berdasarkan situasi.  Untuk otai otai teater dan nama besar dalam Maharajalawak seperti Ropi Comey,  Yus Jambu dan Shuk SYJ pastinya ini bukan sesuatu yang sukar.  Antara pelakon hebat lain yang amat popular dalam pementasan team teater Resdong seperti Shazli,  Mamak, Mamu Raja Lawak pastinya mereka tidak ada masalah dengan assignment ini.

Aku terima cabaran pementasan yang hanya memberikan 3 hari kerja ini.  Jumaat production meeting.  Sabtu practice and rehearsal.  Ahad siang technical running dan penambahan last last minute and malamnya pementasan.  Kau mampu?




Muka muka penat masa taklimat diberikan oleh pengarah.  Akak dan Abu Mamu duk gelak saja.  HEHEHE
Credit photo  :  Helimantoro Kak Limah
Click read more 


Kisah percintaan Che Embun dan Zamri (Shuk SYJ) membuatkan seorang budak nakal dalam nakal iaitu  Hamdan (Yus Jambu) rasa iri hati.  Dia juga ada hati dengan Che Embun.  Oleh sebab rasa tak puas hati,  Hamdan telah menfitnah Zamri mempunyai affair dengan Teacher Fatimah (yaitu I olls).  Che Embun percaya kepada fitnah itu dan memilih Hamdan sebagai cinta hatinya.  After 8 years,  mereka semua bertemu dalam reunion sekolah.  Zamri ingin meluahkan rasa cintanya pada Che Embun lagi.  Tapi pada ketika itu,  Hamdan dengan megahnya menceritakan yang dia akan berkahwin dengan Che Embun tidak lama lagi.  Akhirnya?  What happen?

Akak tak mau cerita!! Sapa suruh ampa tak mai tengok.

Siriesly akak rasa a little bit sedih jugaklah kerana ramai teman-teman rapat akak yang tidak kelihatan pada malam itu.  Ada yang kata depa terlupa dan ada kerja kerja yang menghalang.  Tapi tak apa.  Akak pun terlalu sibuk dan kalut ke sana sini,  tak dapat nak wassap semua orang untuk remind betul betul.  Takpalah,  nanti keluar DVD Lawak Utagha ampa beli na.

Teacher Fatimah
Inspirasi watak ini datang daripada seorang insan yang bernama Teacher Fatimah iaitu cikgu Bahasa Inggeris untuk anak Cikgu Mat (Seni Bayan).  Watak ini adalah watak sampingan yang pada saya ialah 'watak bahan' untuk para komedian untuk "goreng dan makan".  Dalam erti kata lain,  watak saya,  tidak boleh nak buat lawak sangat tapi boleh membuatkan orang lain tertawa apabila watak-watak lain berdialog dengan saya.
Teacher Fatimah yang Tembun
Saya pernah bekerja dengan produksi Resdong's sebagai make up artist pementasan mereka.  Memang semuanya bikin pecah kepala.  Tiga hari tak boleh tidok duk teringat gelak gelak dengan depa di belakang pentas.  Tapi kali ini kena beraksi dengan depa di atas pentas sebagai salah seorang pelakon.  Dengan tambahan beberapa komedian otai.


Pada hari latihan,  akak memang gelak banyak dan tak boleh berhenti sehingga ditegur oleh producer.  "Jumie boleh senyum dalam watak bila diperlukan.  Tapi tak boleh gelak banyak,"  Yalah u olls.  Mana boleh kita gelak pada lawak sendiri kan?  Alhamdulillah pada malam pementasan.  Akak boleh control!

Here are the trivia yang i olls nak kongsikan dengan u olls berkenaan dengan pengalaman ini  :
  • Pak Yus ialah seorang yang series di belakang pentas.  Tapi kadang-kadang dia macam juah jugak.  Setiap kali dia jumpa akak dia kata "Jumie,  nak taik,".  Ada kisah di sebalik mengapa dia kata macam tu.  Gang-gang Resdong's boleh faham.

  • Shuk SYJ ialah seorang yang amat putih melepak.  Dah la gemok gemok.  Memang comel macam gula gula kapas.

  • Achan yang menjadi pembuka pementasan muncul dengan pakaian ala mamak India.  Untuk pengetahuan u olls,  dia ialah seorang Melayu Mamak Penang yang berasal dari Kampung Dodol.  Nama betul dia,  Mohd Asrar.

  • Mamak PiMaiFM terkena pukul dengan baseball bat masa training yang menyebabkan dia sesak nafas dan....menitiskan air mata.  Alhamdulillah tiada perkara series berlaku.  After 5 minutes dia dah pulih dan boleh bangun tergedik-gedik dan mengusik Jumie Samsudin di belakang pentas.

    Mamak PiMaiFM a.k.a Non tak puas hati dengan Teacher Fatimah sebab dapat 2 bintang.  
  • Babak Pengetua Haji Sood dan Teacher Fatimah bercinta ditambah ke dalam cerita hanya 5 jam sebelum pementasan.  Bak kata Abu Mamu "Impian menjadi kenyataan," HAHAHAHAH.


  • Ini kali pertama saya bekerja dalam produksi 95% lelaki.  Dan biasalah u olls lelaki kan?  Semua otak kuning taik anjing punya.  Kotiok.  Ada saja depa nak buat lawak yang melibatkan aktiviti kelucahan dan kepornoan.  Sebab itulah saya pesan siap siap kat budak budak Make Up Artist,  "Kena supporting kerja dengan depa.  Jangan amik ati,"
  • Kumpulan muzik ialah daripada team Dewan Budaya dan dipimpin oleh Azmeer.  Memang sangat happy bekerjasama dengan beliau.  Walaupun sakit dikutuk 'tak cukup untuk TV' masih lagi segar dalam ingatan but saya amat terharu kerana Azmeer sudi bersama-sama dengan kami sampai habis show.

  • Semasa latihan pertama untuk babak 'kelas muzik bersama Teacher Fatimah',  scene latihan kami ini mengambil masa 40 minit!! Sebab semua pelawak terlalu seronok untuk membuli 'Teacher Fatimah' di dalam kelas.  Paling kuang ajak ialah Abu Mamu sebab dia suka mai kat meja cikgu dan buat buat nak sapu sampah.

  • Watak Hussein Pengawas yang dilakonkan oleh Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang) mempunyai 'kenan' ialah berdasarkan watak seorang teman Shazli PiMaiFM yang betul betul mempunyai 'kenan'.  Dalam keadaan biasa,  tiba tiba dia akan tarik ala-ala sawan.

  • I olls memakai kasut Abu Mamu dan dia memakai kasut i olls untuk pementasan ini.

  • After make up artist memake up Shazli PiMaiFM menjadi tua,  i olls terus berkata kat dia "Wehs..haree muka hang tak elok," HAHAHA style tak cover.  Dia bara kat I sampai lani.

  • Semasa babak histeria dalam asrama,  Tok Moh a.k.a Toyol telah hilang.  Jenuh semua tenaga produksi cari dia keliling DTSP.  Akhirnya tiba tiba dia muncul di tangga pentas.  Memang betul dia jadi toyol malam tu.

  • Walaupun pada scene majlis perkahwinan,  akak masih mampu menyarungkan baju kurung modern yang dipakai pada hari pertunangan akak 4 tahun yang lalu,  tapi hakikatnya akak memang telah menggemokkan diri dengan begitu banyak sekali.  Arghsss tensyen!



  • Akak mendapat gelaran 'ROKOK DAUN' dan juga "Kelempong' hasil daripada mulut Yus Jambu yang hareee itu. Kenapa? Erm ampa tengok DVD la nanti.
  • Lagu pembukaan untuk teater ini ialah Sweet Child of Mine yang dinyanyikan oleh I olls.  Tapi i olls adalah semput.  Entahlah mungkin sebab gemok sangat kot.



  • Najua P Ramlee mempunyai suara yang amat sedap.  Asalnya,  lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dimasukkan dalam scene pementasan ini kerana ada rakan Cikgu Mat yang datang masa kami training berkata "Kenapa Cucu P Ramlee tak nyanyi lagu P Ramlee?"  And when she sang this song.....siriesly akak rasa meremang bulu roma!!!!!  Suara dia memang sedap.

  • Pementasa teater muzikal ini mengambil masa 3 jam.  Rata-rata penonton amat terhibur dengan pementasan ini.  Bagi depa tiket yang dibayar untuk menonton cerita ini amat berbaloi sekali.
  • 5 orang Make Up Artist ditugaskan untuk pementasan ini.  Mereka ialah make up artist yang akak kenal melalui Facebook Group Nothern Region MUA.  Akak amat salute kepada mereka kerana menjalankan tugas dengan begitu baik sekali.  Walaupun tidak pernah ada pengalaman dalam pementasan teater tapi depa amat alert dan tak perlu bagitau banyak banyak kali.  Depa juga bertanggungjawab menjadi costumier pada pementasan ini.  Kepada Syafawani Othman,  Dayang,  Arissa Watie,  Syikin dan Shahila.  Salute u olls!

  • Scene paling lawak sekali bagi i olls ialah scene Hamdan nak menikah dengan Che Embun.  "Aku nikahkan dikau Hamdan dengan Che Embun dengan mas kahwinnya 5 kilo kelempong...." cimibaimai betul.

  • We were so happy that isteri kepada Naib Canselor USM,  iaitu Datin Noraizan Jamaludin sudi meluangkan masa untuk menonton pementasan kami.

  • Pihak produksi sedang berusaha untuk membawa pementasan ini ke Alor Star tak lama lagi.  Nantikan annoucement baik dari pihak kami ya :)
Ada satu lagi kenangan manis untuk pementasan teater ini.  Saya minta maaf sebab tak boleh nak kongsikan.  Tapi saya nak ucapkan ribuan ribuan terima kasih untuk team produksi Resdong's,  Lanun,  Cikgu Mat dan juga Abang Reezal the producer.  Kalau ada sumur di ladang,  boleh saya menumpang mandi.  Kalau ada umur yang panjang,  boleh kita berlakon bersama lagi.


ps/  Semua gambar ehsan kepada my talented friend Ibrahim Isa.

Yang benar,
Jumie Samsudin a.k.a Teacher Fatimah a.k.a Rokok Daun a.k.a Kelempong

5 comments:

  1. weee..senyum2 kakmona baca entry kali ni jumie!

    ReplyDelete
  2. wahhh.. mcm excited la nk tgok... nanti cd kuaq kt mana?? nak pi beli..

    ReplyDelete
  3. buat no 2 pulak oi... toksah la bawak p jauh-jauh... jenuh kami nk pi...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...