5.2.14

Sikit Sikit Takpa, Lama-Lama Kita Pasti Meletop

Hello u olls,

I nak share dengan u olls satu video menarik.  Sapa yang tak boleh tengok Youtube,  mai sini i nak cerita what is the story disebalik video bertajuk Boiling Frog Experiment.


Dalam eksperimen ini,  menunjukkan macam mana seekor kata (amfibia berdarah sejuk) yang akan lari daripada haba panas apabila badannya didekatkan kepada air yang sedang mendidih.

Tapi apabila dimasukkan dalam air sejuk,  katak itu kekal duduk diam.  Tanpa diketahui oleh katak,  si pengeksperimen telah membuka api dibawah periuk takungan air itu.  Maka perlahan-lahan suhu air itu menaik.  Tapi katak tidak menyedarinya.  Oleh kerana kata amfibia berdarah sejuk,  dia boleh adjust suhu badannya mengikut keadaan sekeliling.

Walaupun suhu air sudah mencapai 80 darjah tapi katak itu tetap muka macam relaks sahaja tak lompat pi mana-mana.  Walaupun tadi,  apabila didekatkan dengan air panas,  katak itu cuba melarikan diri.  Tapi dalam keadaan ini, katak kekal dikedudukannya kerana katak sedang mengadjustkan suhu badannya dengan air di dalam takungan itu.

Suhu air tetap menaik.  Sambil katak terus mengadjust suhu badannya dengan persekitaran,  tanpa disedari,  air sudah ke tahap 100 darjah iaitu tahap didih.  Maka masa itu,  katak dah tak sempat nak ubahsuai apa dah.  Dia pun mati direbus.

 

Click to read more




Kenapa saya share video ekseprimen ini? Adakah kerana tiba tiba saya feeling ahli biologi.  Tidak,  saya mengeshare video ini sebagai renungan kepada kita semua.  Ada banyak perkara yang berlaku disekeliling kita yang boleh saya kaitkan dengan ekseprimen ini.

Macam mana seekor katak akan cuba untuk adjust dan adapt dirinya dengan keadaan sekeliling tapi at the end of the day,  bila sampai satu tahap,  katak itupun terus menjadi air rebusan sahaja.


Contoh pertama,  dalam hubungan rumahtangga.  Apalah nasib kalau kita ada pasangan yang tidak boleh diharap.  Tidak tau menghormati hidup kita apatah lagi keluarga.  Berkira dalam urusan rumahtangga,  kewangan dan hal hal remeh seperti pilihan siaran TV di rumah.  Memang kasihan melihat insan yang hidup sebumbung dengan pasangan yang kaki buli.  Bukan buli secara fizikal sahaja tapi lebih sedih kalau kita tengok bulian secara mental.  Apa sahaja kita buat serba tak kena.  Ada sahaja komen dan kata-kata yang membuatkan semangat dan moral kita jatuh.  Bukankah dalam hubungan,  kita kena sama-sama memberikan kata semangat untuk pasangan kita.  Jangan terkejut kalau tiba tiba,  si dia terus angkat kaki,  bawak lari baju dan anak-anak,  hang cari satu Malaysia tak jumpa,  tau tau sahaja dapat surat cerai dari Mahkamah.  Memang ada insan insan yang sifatnya macam katak ini,  dia cuba sebaik mungkin untuk kekal dalam air itu walau semakin panas.  Tapi situ sifat katak,  sifat manusia,  sebelum dia mampus,  dia akan buat sesuatu.


Contohnya,  ditempat kerja.  Setiap hari boss kita bagi kita kerja.  Makin hari makin banyak kerja.  Tiada staff bantuan.  Tiada ruang yang kondusif.  Tiada masa yang mencukupi.  Dari sehari ke sehari,  kita cuba untuk selesaikan tugas kita sebaiknya mengikut ekspektasi boss kita.  Pada mulanya,  prestasi kerja kita akan semakin baik kerana kita sudah adjust cara kerja kita menjadi lebih efisyen dan pro aktif.  Tapi lama kelamaan,  oleh kerana faktor persekitaran yang tidak sihat seperti no moral support,  no cuti,  no kata dorongan,  no penghargaan,  seorang staff yang sangat bagus prestasinya boleh menjadi staff yang tahi.  Terperangkap dalam tekanan dan pastinya mengganggu kesihatan fizikal.  Silap haribulan,  seperti katak ini,  kita juga boleh mampus.

Contoh seterusnya,  berkenaan dengan harga barangan harian,  kos hidup yang makin meningkat.  Kita sebagai rakyat marhaen akan terus adapt dari sehari ke sehari.  Gaji tak lebih RM2000 tapi kos hidup RM4000 sebulan.  Korek sana kambus sini.  Kerajaan akan suruh kita berjimat dan bekerja keras untuk memastikan ekonomi keluarga terusan baik.  Tapi orang yang ada koleksi beg Burkins tidak akan tau perasaan orang macam kita.  Mungkin hari ini,  rakyat Malaysia masih boleh adapt dan bersyukur dengan apa yang ada.  Tapi satu hari ini,  bila keadaan menjadi terlalu kronik.  Saya sendiri takut nak tulis natijahnya.  I love my country so much.

Sekadar berkongsi pendapat saya ini dengan anda semua yang sudi membaca.  Adakah anda mangsa buli dalam rumahtangga?  Terlalu dibebankan oleh tugas kerja yang tiada akhirnya?  Sampai bila u guys mampu pertahankan senyuman dalam air panas itu?  Gembirakah?

I let u answer the questions.


ps/  Sorry i tak layan sifat sifat puki yang sendu.


Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. satu pesanan utk kaki buli...last last diri sendiri rugi.Makcik lihat banyak kejadian begini baik dlm rumahtangga dan tempat kerja..Apa apa pun sifat toleransi,sabar,menghargai baik utk jga perhubungan antara suami isteri dan juga tempat kerja.

    ReplyDelete
  2. ya lah jumie ai, kita dok adjust selagi boleh...insuran naik? takpa la bayaqqqq, letrik naik? takpa la nak buat macamana kan ekon kena pasang jugak. harga makanan naik? beli jugak, takkan tak mencekik kan.Kita melaungkan negara maju, ekonomi bagus, pelajabur banyak mai melabur, negara kita terkenal di merata dunia tapi kita hat marhaen ni hidup pathethic. berapa orang hat ada saving ribu-ribu dalam akaun? dapat gaji habis saja la ni. enough said,

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...