11.2.14

Wanita Sebagai Bahan Ujikaji

Hello u olls,

Sanggupkah u olls menjadi bahan ujikaji?  Bukan bahan ujikaji untuk buat produk kecantikan / solekan,  tapi bahan ujikaji untuk hidup seseorang.

Baru-baru ini,  seorang teman saya (perempuan) datang berkongsi kisah.  Dia mengenali seorang lelaki hampir 2 tahun.  Atas desakan keluarga,  dia memberitahu teman lelakinya bahawa family beliau suruh depa percepatkan hasrat untuk berumahtangga.  Biasalah,  kita orang Melayu.  Nak kawen ada macam-macam prosedur.  Semua prosedur ni,  seperti merisik,  perbincangan dua belah pihak,  pertunangan dan segala yang lain dulunya dijalankan oleh ibu bapa.  Tapi zaman sekarang,  all the preasure diletakkan atas kepala kita sebab kita sendiri yang lebih mengenali keluarga bakal pasangan kita itu.

Proses untuk memastikan kedua-dua pihak keluarga mendapat persetujuan yang baik sebelum perkahwinan ini dijalankan memang memberikan sesuatu cabaran kepada kedua-dua pasangan ini.  Of course akan ada selisih faham,  miscommunication and macam-macam hal lagi kerana kedua-dua keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza.

Gambar Ehsan  :  wallsfeed.com

Saya juga melalui pelbagai masalah masa nak kawen dulu.  Belah kita kata lagu ni.  Belah sana nak lagu tu.  Tapi semuanya membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita dan keluarganya malah pada masa sama kita mungkin boleh lihat their 'true colours'.


Click read more




Berbalik kepada cerita teman saya tadi.  Lepas family dia minta pihak lelaki masuk meminang,  dia dan BF pun membuat pelbagai perancangan untuk bertunang dan bernikah.  Tapi dalam proses ini,  teman saya seringkali 'makan hati' dengan tindakan dan juga kelakuan kekasihnya.

Siapa tak sayang family?  Siapa yang tak sayang keluarga?  Tapi dalam kes kawan saya ini,  si lelaki itu rasanya macam lebih menyanjungi keluarganya sampaikan tiada rasa hormat kepada keluarga si perempuan.  Dalam hati yang sendu,  kawan saya pun berkata "Adaka patut,  dia kata,  kalau family u tak mau beralah dengan duit hantaran,  i bawak balik ja family I....I tak akan beralah la..."

Maybe kata-kata itu sebagai satu gurauan.  Tapi come onlah....bergurau apa lagu tu?

Depa sama-sama simpan duit untuk persiapan kawen. Untuk beli barang hantaran dan sebagainya.  Tapi bila si perempuan nak pinjam sedikit duit untuk tujuan peribadi (nanti gaji bayar balik),  si lelaki ada ja alasan tak mau bagi duit.  Tapi bila adik si lelaki nak pakai duit untuk tujuan tertentu,  senang-senang sahaja dia bagi pinjam tampa bagitau kepada kawan I.

Ada lagi beberapa perkara yang membuatkan kawan i 'makan hati'.  I dengar dengan hati yang tenang.

"So lani macam mana?  Hang tetap nak kawen ka dengan dia?"  tanya I.

"Tak tau la Jumie.  Mak bapak aku semua dah tau benda ni.  Macam mana aku nak bagitau kat mak bapak aku.....Lagi aku takut kalau mak bapak aku carikan jodoh untuk aku.  Depa akan piliah ustaz-ustaz.  Aku tak kisah,  tapi zaman sekarang pakai serban or kepiah belum tentu ustaz di hati..."

"Hang ni duk buat macam cerita drama Melayu. Tula duk tengok Ariana Rose banyak sangat.  Hang ada pelajaran, ada kerjaya.  Tinggal sendiri.  Financially independent.  Awat kalau mak hang paksa kawen,  hang teruih stuck tak boleh pi mana mana ka? Hang ingat hang duduk kat Pakistan ka?  Ni Malaysia la..."  akak pun memulakan leteran.

"Tapi macam mana aku nak cakap dengan keluarga aku.  Ataupun aku bertunang dulu dengan dia.  Kalau tak okay,  lepas ni kami putus tunang," kata teman I.

I tercengang dan terus berkata "Hang gila ka!! Hang ingat hidup hang ujikaji untuk dia ka?  Kalau okay hang teruskan.  Kalau tak okay hang dibuang macam tu ja.  Pasai family hang tu,  aku kenal family hang macam mana.  Depa semua orang baik-baik.  Depa sayang hang.  Kakak hang and kakak ipar hang semua baik baik.  Aku rasa kalau hang berdepan dan cakap elok elok pasti depa akan terima alasan hang.  Hang dah dewasa.  Hang kena treat diri hang macam dewasa.  Bila hang tangani benda ni dengan cara profesional barulah family hang akan respect hang,"

Dipendekkan cerita.  Lepas perbualan ala-ala Oprah Winfrey,  kawan i pun pulang.  Lepas sehari. I dapat SMS daripada beliau.

"Jumie thanks sebab hang bagi aku kata-kata semangat hari tu.  Aku dah berdepan dengan bf aku.  Aku bagitau semua perasaan aku.  Aku kata kat dia,  aku tak mau kat dia.  Kalau dia betul nak aku.  Dia kena usaha dengan lebih baik.  And aku dah bagitau family aku juga.  Depa semua okay.  Depa kata,  depa ikut sahaja apa pun pilihan aku.  Thanks again Jumie sebab bagi aku semangat,"

Akak tersenyum membaca SMS itu.  Tapi akak tak balas apa-apa- kat dia sebab fon i rosak macam babi.  And i baru beli fon baru (LENOVO....ituje mampu).  Tapi fon pulak kena barred.  Babilah Celcom ni.  Berkira macam tahi!!

Cerita ini adalah satu contoh macam mana wanita selalunya secara perlahan-lahan membiarkan diri kita menjadi bahan ujikaji kepada lelaki lain.  Sedari atau tidak.  Ada yang sanggup menerimanya dan membiarkan dirinya hidup dalam kongkongan dan juga dominasi.  Selagi dia tidak bersungut dan tidak memberikan sebarang alasan untuk tidak bahagia,  it's okay with me.  Tapi kalau dia bersungut dan sering berkata dia tidak bahagia.....then i will tell u now.  U ARE BULSHIT!!

Kalau hang dah tau hang tak bahagia dan hang masih mau bersama dengan lelaki macam itu,  itu bukan salah lelaki itu.  Tapi masalah u sendiri.

Ada satu lagi kes yang berlaku kepada teman i.  Wanita ini mempunyai suami yang bermasalah.  Selepas bernikah 1 tahun yang lalu,  mereka dikurniakan dengan seorang puteri.  Masalahnya sekarang,  si suami tidak mahu bekerja,  membebankan isteri dengan tanggungjawab fizikal (kewangan) dan lain-lain,  no contribution in their family,  anak dia pun tak mau tolong jaga.  Si suami hanya duduk di rumah dan berikan alasan itu dan ini,  tidur memanjang dan paling menyedihkan ada ambil sejenis dadah untuk enjoy-enjoy!

Akhirnya,  kerana tidak tahan lagi,  si isteri telah menghalau suami keluar daripada rumah itu.  Masa tu,  memang we olls semua kawan-kawan respect gila kat si isteri.  I know its not easy for u to do that to your own husband (Sapa tak sayang suami kan..........) tapi at certain point in life,  kena ambil tindakan drastik macam ni untuk kepentingan diri sendiri dan anak.  Kami memang respect gila kepada kawan kami ni.  Dia memang berpewatakan lembut dan walaupun dari dulu kami tak suka kat suami dia (sebab suami dia ada banyak kes tahi sebelum they olls kawen),  tapi bila dia ambil tindakan drastik macam ni.  Kami memang respect gila kat kawan kami tu.

"Tak sangka kan?  Ingatkan dia tu lemah lembut.  Tak akan buat macam ni,"  kata we olls sambil bergosip.

"Yela u olls...orang macam ni la bahaya.  Diam diam berisi u olls,"  kata i olls.

Sehari lepas si suami kena halau daripada rumah,  Dia cerita kat kami yang dia dapat bunga daripada suami dia.  Happy belated birthday katanya!!!

"Mak ang punya buto...bila birthday hang?"

"2 bulan lepas 12 haribulan,"

"Lani berapa hari bulan?"

"Lani tahun 2014..," kata teman I itu.

Kawan i tak layan. Kawan i kata,  memang dia memang nak ajar sikit suami dia.  Dia kata,  dia berhasrat untuk pergi ke mahkamah untuk dapatkan sesi kaunseling dan failakan kes ini.  I lagi respect la kat kawan i ni.  Memang bagus semua dia buat sendiri.  Urus anak, urus perniagaan and urus kes ini!!

Tapi baru-baru ini,  i contact kawan i.  Sajala tanya khabar.  Dia dah pi report pejabat agama?  Alangkah terkejutnya apabila dia bagitau yang dia dah dalam proses untuk berbaik-baik dengan suami dia.  Dia kata dia nak bagi chance kat suami dia.  Demi anak,  dia kata dia yakin yang laki dia akan berubah.  And dia kata dia tak pi pun pejabat agama.

Respect akak yang tadi duk ada kat tangga ke no 1 carta,  terus jatuh ke tangga ke 26518.  Akak pun katalah,  hang ni apa dia lembut sangat.  Tak sampai 2 minggu hang test laki hang.  Lani hang dah feeling nak bagi chance semua.

"Hang ni apa dia wehs.  Hang kata hang nak uji laki hang.  Dah 2 minggu hang dah lentok pi kat laki hang dah...."

"Hang nak suruh aku buat apa?  Hang nak aku bercerai ka dengan laki aku?"

"Wehs. Aku memang perempuan cukur kening dan berambut oren.  Aku dye rambut aku sebulan sekali sebab uban.  Tapi aku bukan jenis perempuan yang nak suruh orang cerai berai.  Hang kena la ajar sikit laki hang tu.  Hang tengok la...bila hang halau dia sat ja terus bagi bunga.  Dia bukan betul betul  belajar dari kesilapan lagi,"  kata akak tegas kepada kawan akak itu.

"Hang tak faham.  Hang takdak anak,"  kata kawan I.

Okay that's it.  Okay fine.  Mak mengaku mak takdak anak lagi.  Mak terus macam tersentap macam mana ka.  Start dari saat itu,  akak tidak mahu memberi apa-apa komen kepada kawan akak ini langsung.  Rasanya,  dia lebih tahu dengan apa yang dia nak dalam hidup dia.  Kita sebagai kawan-kawan ni seringkali terbawa-bawa dengan emosi kerana rasa sayang kita kepada kawan-kawan membuatkan kita tidak mahu tengok kawan kita merana.

Inilah dua kisah yang boleh kita jadikan tauladan.  Seorang wanita yang rela dirinya dijadikan ujikaji dan satu lagi wanita yang tidak sanggup untuk menjadi ujikaji lagi.  Bukan ujikaji solekan ataupun produk kecantikan.  Tapi ujikaji kehidupan.  Memang betul,  hidup ini penuh rintangan dan halangan.  Masalah dan salah silap.  Semua ini perlu kita pertimbang segala risiko yang ada sebaiknya.  And yes,  saya pernah katakan perkara ini sebelum ini,

Kejayaan suatu rumah tangga, tidak boleh diukur dengan berapa jumlah anak yang telah dilahirkan oleh si isteri, berapa biji rumah yang telah dibeli, berapa banyak kali depa pi honeymoon, berapa besar kereta yang suami depa beli kat depa, berapa bijik berlian mastora yang suami depa beli kat depa, berapa ribu juta ringgit yang telah dikumpulkan... 
Tapi bagi saya, kejayaan suatu rumah tangga itu adalah diukur dengan macam mana orang menghormati hubungan kita suami isteri dan kita sebagai satu unit keluarga.

Wanita kena ada pendirian dan keyakinan dalam hidup.  Saya faham,  keyakinan diri memang boleh turun dan naik.  Wanita yang mempunyai kisah lampau yang menyedihkan mungkin boleh memberikan impak tidak baik kepada keyakinan diri.  Mungkin pernah telanjur dengan bekas kekasih,  dirogol oleh saudara sendiri,  dianiaya oleh rakan-rakan,  seorang yang liar pada zaman remaja dan macam-macam lagi.  Tapi dosa-dosa semalam tidak boleh dijadikan batu ukur kepada personaliti kita hari ini.

Bukan untuk menipu,  tapi kalau kita sendiri menilai diri kita dengan cara yang rendah siapa lagi yang nak jaga martabat kita?  Adakah kerana kita tidak dara sebelum kahwin,  maknanya harga diri kita adalah jauh lebih rendah dengan isteri-isteri orang lain yang dinikahkan ketika masih dara?

Pikir baik-baik apa saya kata.  Jangan duk buat macam kita ni loiii sangat.

Kepada wanita-wanita yang membaca blog saya,  yang dah kawen ataupun tidak,  renunglah apa yang saya kata ni.  Rumahtangga yang sepi tanpa sebarang masalah pun tak best juga.  Kena ada konflik sana sini. Daripada kesilapan kita akan 'grow'.  Tapi janganlah duk biarkan diri kita dalam belenggu masalah itu tanpa penyelesaian.  Makan diri u olls.

Sebagai perempuan,  siapa kata hak rumahtangga ni hanya kat tangan lelaki.  Kita perempuan pun ada hak yang besar.  Kita punya peranan pun sama penting.  Jangan jadi takut kalau kita tidak salah.  Dan jangan pula terlalu berani sampai kita jadi bodoh.  At the end of the day,  if you know what u want,  just stand for it.  Jangan biarkan kita hidup dalam sendu dan lama kelamaan memakan diri.

ps/  cinta biarlah besederhana!

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. lama dah kami dok baca senyap2 ja.. kali ni nak komen.. KAMI SUKA ENTRY NI!!!!

    ReplyDelete
  2. terbaikkkk kak jumie!!!!!!! mencanak habis bulu roma baca entry ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dulu masa belajaq psikologi ada belajar tentang battered woman syndrome.. lebih kurang macam ni larh kowt. Pompuan yang terus-terusan dapat physical atau emotional abuse tapi tetap tinggai sekali dengan abuser (which is the husband/partner) sebab depa percaya partner depa tu omnipotent dan kena patuh sentiasa. Last sekali depa akan bertindak ganas sama ada tinggaikan rumah atau lebih teruk bunuh laki depa. Yearhh, berguna jugak kelas psikologi hat saya selalu ponteng tuh.. haha

    ReplyDelete
  4. Amboii nk kata takdak anak,takkan paham. sentap sebentar saya pun,Kak Jumie. Harap2 wanita yg ada msalh sama akan sedar dan bertindak cepat2.Jangan jadi hamba dalam perkahwinan.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...