27.3.14

#prayforMH370

Dilema saya ketika menulis blog minggu ini adalah apabila semua orang duk bercakap pasai MH370.

On Twit, FB and ramai blogger pun tulis tentang MH370. Sangat menyedihkan dan meruntun hati-hati kita yang sediakala sayu.

Saya ada banyak benda nak tulis tentang perkara selain MH370. Tapi saya takut orang kata saya tak cukup sensitif tentang MH370.

Pada masa yang sama, i dont know what to write (more) about MH370. Takkan saya nak create cerita atau lebih merumitkan, memanjangkan khabar-khabar yang tidak enak untuk dibaca. Hal hal 'konspirasi' tu semua bukan kepakaran saya.

Oleh itu, izinkan saya untuk teruskan menulis catatan blog saya selain MH370.

Semoga kalian memahami.

Love,
Jumie Samsudin

26.3.14

I love U B - catatan isteri pramugara #mh370


Hello u olls,

Luluh hati ku apabila membaca catatan isteri Hazrin Hasnan yang juga salah seorang pramugara MAS yang bertugas di dalam pesawat MH370.  Intan Maizura menulis catatan ini dalam laman sosialnya dan telah membuatkan ramai hati hati rakyat Malaysia yang meruntun apabila membacanya.  Untuk bantu kalian baca dengan lebih jelas,  i type balik apa yang Intan Maizura seperti di bawah.  

Assalamualaikum sayang, 

On the 8th memang mami dah jangka that uare already in heaven but on the next day  I still want to keep my mind positive and hoping that u are still alive and will come back home to us.  Day pass by and there's still no nws from anyone untull last night March 24th 2014,  at 2130 I received an unwanted news saying that u and the rest are resting in deep deep deep sea,  Indian Ocean.  Wow its shocking to me bu Allah love u more.  I redha dengan pemergian mu B.  All that happened is so mysteriously insane.  But who am I to question Allah the Almighty.   He got a better plan for me and u.  Indeed I have to be a bionic women to face reality today.  I will gradually tell Iman that she have lost her papa.  And Muhammad will be my pillar to move on.  Insya Allah Iman and Muhammad wont let u down.  My love for you will stay forever hingga ke Syurga.  Remember I told you i want to be a leafer of all the Angels in heaven??  Im so jealous now that u are now with them but  never mind I will join u someday.  Kan Allah dah janji.   

"Mati itu pasti".   
You are the best husband and papa i could ever ask for.  Allah is great to lend you as a gift to me even for a short period of time but its all good and sweet memories.  Semoga Allah tempatkan u ditempatkan orang-orang yang beriman.   
I love u B.  

Terima kasih kepada Intan Maizura kerana sudi berkongsi kisah hati mu dengan kami.  Berat mata memandang,  berat lagi bahu memikul.  I cannot imagine how am I going to respond this if i am in her position.  Mampukah aku menulis?  Mampukah aku berkata-kata?  Mampukah aku jadi sekuat Intan untuk meredhakan semua ini?

To Intan,  dan juga mereka yang turut merasakan kehilangan ini.  Aku doakan kepada Mu yang Allah kuatkanlah hati hati mereka.  Amin.

This Is Sad : Flight MH370 'Suicide Mission'

Hello all,

My boss in Paris now and she sent me this picture.  Front page untuk surat khabar The Daily Telegraph.  Akak rasa sangat sedih.  Pihak media barat (i say sekutu sekutu US) dari awal lagi memang nak menyalahkan pilot dan co pilot.  Dari awal lagi (Australia) dah buat laporan bodoh yang mengatakan pembantu pilot seorang playboi dan bawak masuk perempuan dalam cockpit dan sebagainya.  Bodohnya laporan itu adalah rakaman gambar antara dia dan perempuan itu telah dibuat 3 tahun yang lalu.  Kenapa sekarang baru over over nak papar semua kat media?  


And then,  sampai sekarang seluruh rakyat Malaysia masih lagi berduka lara.  Depa ni senang senang la macam memerah air limau di luka yang berdarah.

Saya ada duk baca satu kakak ni di Facebook.  Dia selalu share macam-macam artikel dalam timeline dia yang memaparkan segala benda yang mengaitkan kejadian MH370 dengan 9/11 dan segala bana salah silah Amerika Sarikat.

At first saya rasa macam bangangnya teori ini.  Kenapa semua benda nak dikaitkan dengan Amerika Sarikat?  Mengapa kita macam nak kena paranoid sangat?

Tapi lama kelamaan selepas membaca makin banyak artikel artikel dalam timeline kakak tu,  dan melihat gelagat media Amerika Sarikat dan sekutunya ni semua,  i rasa macam semakin benar pulak all those things yang diceritakan dalam teori teori itu.

Ampa kalau rajin rajin,  ampa pi la google sana sini and baca apa yang patut.  Kejadian ni mungkin macam nak mengaburi sesuatu benda besar yang lebih menakutkan.  At the same time,  kita sebagai Rakyat Malaysia kena bersatu.  Janganla kerana kejadian ini kita semua berpecah belah dan saling menyalahkan sana sini.  Duk salahkan kerajaan.  Duk salahkan pihak MAS.  Kita kena bersatu bersama-sama kaji balik kejadian ini dan kenal pasti apa yang kita boleh pelajari daripadanya.

Cannot write more about this matter.  Saya tak mahir dalam perkara ini.  Saya hanya tahu berdoa.  Lindungilah bumi Allah ini.  Ya Allah.

Amin.

25.3.14

Alfatihah untuk MH370

Kesedihan menyelubungi semua rakyat Malaysia dan dunia.

Al Fatihah untuk semua penumpang dan anak kapal MH370.



24.3.14

Review Moview : Dallas Buyers Club

Hello u olls,

Mungkin u olls tidak perasan,  atau perasan,  entahlah.  Sebenarnya sekarang saya dah banyak kurangkan aktiviti business make up make up ni.  Kalau dulu almost every weekend i akan keluar rumah untuk pergi make up orang.  Dari pagi sampai petang.  Sabtu dan Ahad.  Tapi sekarang,  kita dah kurang ambil tempahan.  Bukan kiter nak kekwat awak,  tapi i rasa inilah masanya untuk kita rehat dan hargai masa kita dengan cara yang berbeza.

Alhamdulillah,  aktiviti business make up memang banyak memberikan kita pengalaman hidup,  mengajar kita tentang dunia business,  berkenalan dengan ramai orang dan pada masa yang sama kita pun dapat tambah extra income,  tapi at this point,  i sedar sampai bila i nak terkejar-kejar pi cari duit lagi.  I nak relaks dan refleks pada diri i sendiri.  Sebab itu,  i memang dah kurangkan banyak tempahan make up kita.

Kita banyak isikan aktiviti hujung minggu kita dengan pelbagai aktiviti peribadi bersama kawan-kawan,  family dan buat kerja kerja lain yang kita dahulunya tak berkesempatan nak buat sebab kita sibuk pi make up.  Bukanla kita nak withdraw langsung diri kita daripada benda yang kita minat,  make up dan buat duit memang minat kita.  Tapi pada masa yang sama,  I olls dapat rasakan apa yang i olls buat ini memang betul dan yang terbaik untuk diri i olls dan suami.  Memang i rasa sangat happy dan sedikit lega sekarang.

Hidup ini hanya sekali.  U kena buat yang terbaik yang u mampu.  Jangan cari pasal.  Jangan buat haru.  Because at the end of the day, u tanya balik diri u.....apakah erti 'kemewahan hidup' yang kita cari.

Hari ini i olls nak ceritakan dengan u olls semua tentang cerita yang melayakkan Matthew McConaughey dan Jared Leto mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik dan pelakon pembantu lelaki terbaik dalam anugerah Academy Awards ke 86 tahun ini.  Suatu penceritaan mengenai insan yang berusaha untuk mencari 'kemewahan hidup' setelah mengetahui yang beliau menghidap HIV AIDS.


Click read more

21.3.14

Catatan Malam Ini

Nak catat apa malam ini?

Hanez Suraya
Tak baik nak kata ni.  Tapi nak kata jugak.  BARU ADA AKAI!!  Dia telah dilucutkan daripada menjadi duta produk Aura White.  Bagi akak,  ini tindakan yang amat bagus yang dilakukan oleh syarikat ini.  Pi mana-mana laman sosial / website,  semua orang duk kutuk Hanez Suraya.  Aurawhite pun kena tempiasnya.  Kalau i jadi big boss Aurawhite,  i pun jadi radang apabila orang tulis "AUTAWHITE" kat muka Hanez Suraya.  Akak tidak mempunyai sebarang perkataan akademiah yang sesuai diberikan kepada Hanez Suraya mangkok memalukan jenerasi wanita ini.  Kita just wait and see la.  To Aurawhite,  sorryla i terpaksa tolak pelawaan dan offer u olls untuk bagi contract duta AuraWhite kat i.  Sebagai wanita Venezuela,  i bangga dengan warna kulit ala-ala tanned ni.




Click here to read more

20.3.14

Review Movie : Silver Linings Playbook

Hello ampa semua,

Dah lama i olls tidak membuat review pasai movie best yang i olls tengok.  Yes,  i suka tengok movie.  Tapi not pergi tengok kat wayangla.  I dont really suka pi tengok tengok wayang ni.  Kecuali movie yang i memang suka nak follow la.  Macam Hobbit.



Selalunya i akan suka tengok filem best best dalam HBO dan Fox Movies.  Dengan kemudahan Astro yang boleh merekod ni.  I rasa macam lebih best dan mudah.  Boleh rekod bila bila pun nak tengok balik.

So hari ni I nak share dengan ampa cerita yang mendapat banyak anugerah dalam Oscar untuk tahun 2013 iaitu Silver Linings Playbook.  Jom baca panjiang panjiang.

Click Read More

19.3.14

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Hello semua,

Orang Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya, sapa yang dah try naik jambatan ni? Jambatan yang menjadi kebanggan orang Penang ini mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun ini.  Dirasmikan oleh PM Najib pada 1 Mac 2014.

Sebelum jambatan ini dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai,  saya tengok ramai kawan-kawan saya duk pi kat sini malam-malam and pose gambar elok elok bubuh kat FB and IG.  Jeles okay.  So akak pun feeling la tulis kat Facebook,  saya yang sudi bawak akak pi amik gambar kat atas jambatan tu?  Sekali nenjia,  salah seorang kenalan akak yang bekerja dengan syarikat JK2PP terus faks akak jemputan ke majlis perasmian jambatan tersebut.  GILAAAAAAAAAAAAA!  Akak rasa separas dengan Datin Seri Rosmah Mansor terus.  *cium pipi 2 kali

Gambar ehsan  :  http://www.mauhorng.com/

click to read more

18.3.14

Big Bad Wolf Coming to Penang Again! (2014)

Jumpa ampa semua di sana!!

20-30 March 2014 
9 am hingga 9 pm
Penang Time Square


For more info baca kat sini  :  https://www.facebook.com/bbwbooks

Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

Hello semua,

Semalam saya bersama-sama pelajar Gustavus melawat 3 lokasi penting untuk penganut agama Buddha di Pulau Pinang. Kuil Mahindarama yang terletak bersebelahan dengan Kolej Han Chiang Penang, sebuah kuil Buddha Sri Lanka. Kemudian kami pergi ke Kek Lok Si Penang dan terpana dengan kuil Dewi Kuan Yin yang terbesar di Asia Tenggara. Kami juga berpeluang untuk melihat kecantikan Pulau Pinang dari puncak Pagoda. Dan akhir sekali kami melawat sebuah sanctuary untuk sami Buddha untuk bermeditasi dan belajar di sebuah lokasi yang amat terperosok di Bukit Erskine.



Jom baca cerita penuh

17.3.14

Monopod Camera with Handphone Holder

Hello u olls,

Just nak share dengan ampa gadjet paling bagus yang akak beli tahun ni and akak sangat sangat rekemen untuk ampa semua beli.  I olls beli benda ni sebab ujung bulanni nak pi bercuti dengan En.  Khafi.  Bukan sahaja untuk memudahkan selfie malah memudahkan kami berdua untuk ambil gambar tanpa susah susah suruh orang tolong ambil.

Me in action. Gambar ehsan : Jenna King

Specification and Features

  • Self - Takung Camera Stand
  • Hassie-free solution to narrow lens or self taken photography
  • Take couple/ group shots without the need for passerby's help and as much as you like
  • Portable-lightweight,  retractable.
  • Easy mount on.
  • Adjustable angle and lenght
  • Compatible with standard digital compact cameras
  • Approximate specifications  :
  • Lenght 22-94 cam (adjustable)
  • Weight 110g
  • Available : Black Colour
So lepas dapat benda ni akak pun dah pakai la.  Untuk camera digital and also handphone.  Ampa skru gadjet ampa kat monopod ni and set timer.  Satgi ampa hulok ja ke depan.  Pastu taraaa.......dapatlah ampa amik gambar cantek siap nampak pemandangan lagi.

Ini beberapa gambar yang akak amik dengan monopod!

Kuala Kangsar Field Trip with The Gusties

Hello semua,

Kalau ampa baca blog akak tempoh hari,  i ada pi Waterfall Temples bersama-sama dengan para pelajar Amerika dari Gustavus Adolphus College Minnesota.  Dua hari lepas,  sekali lagi saya berkesempatan untuk join mereka ke lawatan kerja lapangan  di Kuala Kangsar Perak.

Lokasi yang kami lawati adalah Win Craft,  Kampung Kuala Bendang,  Sayong untuk melihat usaha pembuatan labu sayung,  Galeri Sultan Azlan Shah untuk melihat dan mempelajari tentang institusi Kesultanan Perak,  Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom di mana bangunan pentadbiran sekolah ini pernah menjadi rumah penulis / komposer Anthony Burgess dan akhir sekolah melawat MCKK.

Lokasi yang dipilih untuk lawatan kerja lapangan ini adalah berdasarkan kepada penulisan Anthony Burgess dalam The Malayan Trilogy yang digunakan oleh para pelajar Gustavus dalam modul Living Diversity.


Jom baca cerita penuh.  Click read more

16.3.14

Ake Kholi Ho Ya Hopen........

Selamat bergelak tawa di hari Ahad :)




14.3.14

Shanell Harun Creations

Hello u olls,

Do you still remember my friend? I selalu cerita pasai dia dalam Facebook and blog by the name of Shanell Harun. He was the one yang design baju kawen kita yang meletops itu. So hari ini akak dengan rasa besar hati ingin menceritakan tentang kisah beliau dan dunia fashionista yang beliau ceburi.



Shanell Harun telah lama menceburi bidang rekaan fesyen walaupun sejak pada tahun pertama pengajian beliau di UiTM Shah Alam dalam bidang seni rekaan fashion. Lebih membanggakan, hasil pengalaman beliau dalam bidang ini sedikit sebanyak telah membantu beliau yang akhirnya berjaya melengkapkan pengajian dengan flying colours malah hasil koleksi rekaan beliau yang bergelar THE BLACK ROSE for final year project terpilih menjadi koleksi TOP 5 dan telah dipilih untuk dipertontonkan dalam KL Fashion Week kelak.

Model wearing The Black Rose collection by Shanell Harun


So here go a simple video yang menampilkan koleksi The Black Rose  :



To read more about Shanell Harun, please click read more  :

Bomoh MH370

Assalamualaikum semua,

Kita mulakan dahulu artikel hari ini dengan memperingati saudara saudara kita yang masih hilang dalam pesawat MAS MH370 yang sudah hampir 5 hari hilang.  Macam-macam usaha yang telah dilakukan.  Macam-macam cerita yang disampaikan.  Macam-macam spekulasi yang ditimbulkan.  Tapi bayang MH370 masih tiada.

Masa nilah Allah uji kita semua. Sapa yang beriman dengan Tuhan pastinya dia berusaha dan bertawakal dengan ujian ini.  Bukan sahaja kepada mereka yang terlibat dengan usaha pencarian (pihak MAS,  kerajaan Malaysia dan lain-lain) dan keluarga penumpang,  kita semua yang menantikan kesudahan cerita ini juga sedang diuji oleh Allah.

Bercakap tentang kisah dan spekulasi,  saya berterima kasih kepada pelbagai pihak (u olls u olls) yang banyak menghubungi I kat wasssap dan FB untuk berkongsi teori dan macam-macam info berkenaan MH370.  Tapi saya memilih untuk mendiamkan diri dan tidak sebarkan maklumat-maklumat itu dalam FB and blog. Takut tersalah cakap,  ada hati hati yang terluka.  Paling takut,  satgi orang kata kita buat pandai pulak.


Tapi hat ni...............akak nak share jugak.  Dan akak nak kupas juga.  Pasai apa?  HAAAAAAAAAAAA!! PASAI BOMOH MH370.

Click Read More

12.3.14

Melawat Nattukottai Chettiar Temple (Waterfall Temple), Penang

Hello semua,

Hari ini akak nak cerita kat ampa semua tentang satu pengalaman akak melawat sebuah kuil Hindu di Penang bersama-sama dengan para pelajar Gustavus Adolphus College,  USA yang berada di Penang selama satu semester sempena dengan program akademik "Semester in Malaysia : Living in Diversity".  I will tell more about them and the academic program in another article but now i want to share about my experience coming to a temple which is one of the most important Hindu temple (FEELING CAKAP ENGLISH PULAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK) in Malaysia di mana perayaan Thaipusam diadakan malah kuil Hindu ini juga mempunyai tarikan tersendiri iaitu 513 anak tangga (lebih tinggi daripada Batu Caves Temple di Gombak,  Selangor) yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. (Haa...awat tulis Melayu pulak....over)

Seikhlasnya,  tak ramai orang Melayu Muslim yang memilih untuk melawat tempat keagamaan seperti ini.  Tanggapan negatif pasti akan timbul dalam kalangan rakan dan keluarga.  Saya pernah post gambar perarakan Thaipusam di Penang dalam Facebook saya dan menerima komen negatif seperti "Perarakan Maulidur Rasul hang tak join....yang ni hang join?"

Well,  firstly,  bapak saya setiap tahun ketika perayaan Thaipusam akan meniaga Milo Ice di hadapan Heritage Club Penang (laluan utama Thaipusam).  So memang saya akan pergi bantu bapa saya.  Bila ada kat saya,  of coursela i akan ambil gambar perarakan kavadi and warna warni saree yang meriah dan share dalam Facebook.  Tak sangka,  boleh jadi offensive pula.  Tapi saya pasti,  perasaan negatif itu timbul kerana tiada perasaan ingin tahu dan hormat menghormati.

Saya juga bertanya pada diri sendiri,  detu yang komen macam anakhar itu,  dia berarak ke sempena Maulidur Rasul?

So let's read more about my experience

11.3.14

Everybody Need A Little Time Away

Everybody needs a little time away
I've heard her say
From each other
Even lovers need a holiday oooh
Far away from each other

Berikut adalah petikan daripada sebuah lagu yang berjudul "Hard To Say Im Sorry" daripada Az Yet yang berkata semua orang memerlukan masa peribadi walaupun daripada pasangan yang disayangi.

No matter how in love u are with your husband and your kids,  berapa ramai dalam kalian semua (ibu / isteri) yang mempunyai masa bersendirian?  Masa bersendirian di sini bermaksud kamu terus bebas daripada tanggungjawab seharian sebagai ibu  / isteri.  Tak perlu fikir nak masak apa.  Nak beli apa.  Pukul berapa nak kena siap dan sebagainya.  Dalam erti kata lain,  waktu untuk kamu menjadi seorang 'bujang' kembali sambil melakukan aktiviti yang kamu suka seperti melancong,  spa atau melakukan hobi hobi lain.


Secara peribadi,  saya berpendapat,  setiap lelaki / perempuan yang sudah berkahwin dan bergelar ibu atau bapa perlu mempunyai 'day off' ataupun masa peribadi ini.  Bukan untuk melepaskan diri daripada segala tanggungjawab dan berlibur tanpa batasan tetapi suatu ruang dimana kamu dibenarkan untuk menghargai diri kamu dan pada masa yang sama kamu menghargai dan menghormati pasangan kamu.

Click Read More

10.3.14

Red Carpet Fashion Review for 86th Academy Awards [Part II]

Hello u olls,

Okay u olls ini fesyen review part II pulak.  Tak mau cerita panjang dah.  Ampa tengok je la.



Click read more

Red Carpet Fashion Review for 86th Academy Awards [Part I]

Hello u olls,

Awal bulan Mac ini berlangsunglah event majlis anugerah Academy Awards yang amat meletops.  Tapi akak ada cerita sedih disebalik evenet meletops ini.  Akak dah record dah kat Astro.  Pastu tiba tiba bila we olls balik kerja malam tu,  we olls tengok Astro we olls kena potong.  And then we olls punya recording pun dicancelkan.

Celaka hare betul.  So akak pun malam tu feeling call Astro lah.  We olls dah bayar dah bill bulan itu okay.  Cuma ada la tunggakan sikit.  Dia nak kira juga tunggakan tu kisahkan.  Akak pun kena bayarla lagi sikit supaya cukup bayaran minima tu.  Akak pun bayarla noks.  Akhirnya,  depa pun sambung Astro akak.  Tapi lepas tu,  depa duk mesej akak lagi kata ada tunggakan.  Apa lagi,  akak pun call la depa dan buat drama lakonan tahap Jeniffer Lawrence.

So habislah bab tu,  kesimpulannya akak tak dapat tengok full show Academy Awards.  Tengok sikit sikit je kat Youtube.  Yes of course,  akak sangat suka monolog 9 minit yang dipersembahkan oleh Ellen Degeneres.  Simple tapi lawak.  I suka.  Award show kat Malaysia nak buat ala-ala macam nila.  Tapi kita tak reherse betul betul.  Sometimes,  skrip lawak yang dibuat seolah-olah maki/perli seseorang artist tidak dibincang dan dipersetujui oleh pelakon tu pun.  Sebab tu lepas show boleh jadi issue.  Macam they olls ni,  memang well reherse. Camera pun tau nak tala shot kat sapa.  And of course,  Allen perli cow-cow punya kat orang.  Paling mangkak akak suka dia perli Liza Minelli.  Ampa tengok sendiri.

Bercakap pasal para pemenang,  akak amat suka apabila Matthew McConaughey dan Jared Leto menang anugerah pelakon lelaki dan pelakon pembantu lelaki terbaik.  I nak kena cari la DVD cerita Dallas Buyers Club.  Nak tengok macam mana Jared berlakon jadi ponen.

Okay dah dah dah......seperti yang dijanjikan.  Here are my fashion review untuk moments red carpet!  Khas untuk u olls semua.

Jom tengok.


Click Read More

9.3.14

Together We Pray for MH370

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,

Hari ini pasti perasaan sedih menyelubungi hati hati kalian yang membaca blog saya hari ini.  Ya,  begitu juga akak.  Hari minggu yang akak spend bersama suami di rumah (selepas sekian lama tidak dapat berehat di rumah) akhirnya dihabiskan dengan menonton dan membaca berita berita terkini mengenai kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan juga kru kabin yang berlepas dari KLIA pada awal pagi Sabtu dan hilang entah apa terjadi.




Antara insan yang paling aku ingat pada ketika mendengar berita ini ialah my beautiful best friend,  Asmaa kerana suaminya ialah seorang juruterbang MAS.  Lebih luluh hati aku apabila membaca status Asmaa di Facebook malam itu  yang berbunyi "ironing his uniform has never felt this long and heavy.. my heart goes out to the families and the loved ones of those involved.."

Ini ialah luahan hati luhur seorang wanita yang terpaksa merelakan suaminya meneruskan tanggungjawab sebagai juruterbang.  Hati hati mereka yang suami / isteri / anak / ibu / bapa yang juga memikul tanggungjawab sebagai anak-anak kapal terbang juga entah bagaimana sayunya pada saat-saat ini.

Aku menangis teresak-esak masa mendengar laporan Astro Awani yang menunjukkan tulisan wassap seorang anak yang ibunya berada di dalam MH370 yang hilang itu.  Antara bibit tulisannya "Mama....u promised to acompany to untuk ambil result SPM...."

Tapi ada juga akal akal dangkal yang membuat tohmahan dan statement bodoh dalam saat genting ini tanpa menghiraukan hati hati lain.  Zed Zaidi pada awal ada mengatakan "Macam mana kapal besar macam tu boleh hilang?" (something like that).  Bodohnya akal yang berkata tanpa berfikir itu.  Kalau kita rasa Boeing 777 tu sangat besar,  kena ingat Maha Kuasa Allah lagi besar dari segala di dunia ini.

Malam itu,  aku tidur tak nyenyak.  TV aku biarkan terbuka.  Sekali sekali aku terbangun.  Bila check Twitter dan Facebook aku jadi hampa.

Kita teruskan doa.  Kepada Allah kita berserah.

Love,
Jumie Samsudin

6.3.14

Hanez Suraya, Liyana Manan dan Mr. R

Kecoh di internet tentang kisah retis suam suam kuku Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang.  Aku tau,  ampa mesti tak baca dan tak tau pasai kisah ni kan?  So mai sini i cerita secara ringkas untuk ampa semua.

  1. Seorang wanita,  Liyana Manan telah mendedahkan bahawa suaminya Mr.  R telah dirampas oleh Hanez Suraya.  Wanita itu menyatakan bahawa,  dia dan suaminya masih tidak bercerai.  Kes cerai mereka masih belum selesai.  Dia masih isteri yang sah.  Tapi Hanez dengan bangganya memberitahu umum bahawa kekasihnya adalah seorang duda dan Hanez Suraya dengan bangga menayang gambar posing anak-anak Liyana dan Mr.  R dalam IG nya.  
  2. Later on,  Hanez Suraya tampil bersama Mr.  R dan para peguam dalam satu press conference menyatakan bahawa segala tuduhan wanita itu adalah pelasu.  Dia juga berkata,  gambar percutian ke Bangkok antara Hanez dan Mr.  R itu adalah percutian secara beramai-ramai dengan para rakan.  Bukannya percutian berdua.
  3. Hanez Suraya dalam press conference itu menyatakan yang dia hendak pihak Liyana Manan memohon maaf kepadanya.  
  4. Lani,  satu Malaysia pereng dengan Hanez Suraya sebab cara dia pertahankan kisah cinta dia dan Mr.  R adalah amat mengrengsakan.
So apa kata I?

Hanez Suraya

Click read more

Sharnaaz Yang Panas Baran

Hello u olls,

Akak macam kesian baca kisah pergaduhan antara Sharnaaz dan juga pelakon Nisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi.  Akak kesian kat Sharnaaz sebenarnya. Ampa dah baca ka pasai kisah ni? Kalau sapa sapa yang tak mengikuti kisah depa dua ni,  mai sini i bagi simple recap pasai kisah pergaduhan para pelakon drama yang sedang popular sekarang kat TV iaitu Bukan Aku Tak Cinta.




Kisahnya,  secara tiba-tiba Nisdawati buat statement kat para wartawan bahawasanya dia telah dimaki hamun oleh Sharnaaz Ahmad di set lakonan.  Bukan sekali,  tapi dua kali.  Oleh itu,  dia pun mereport perkara ini kepada suaminya iaitu Fauzi Nawawi.  Apabila Fauzi mengetahui tentang kisah isterinya dimaki hamun,  maka dia menghubungi Sharnaaz dan ajak berbincang tentang hal  ini.  Lepas tu,  Sharnaaz pula tampil membuat statement kepada pihak media bahawa ada reason kenapa dia bertindak memarahi Nisdawati dan juga tidak memberikan respons yang baik kepada suami beliau iaitu Fauzi Nawawi.  And story goes on and on....

Click to read more

4.3.14

Rendezvous bersama Datuk Ramli Sarip dalam Blues untuk Teman 2014

Kalian ingat aku pernah nyanyi dengan dia bulan September yang lalu di Dewan Budaya USM sempena dengan Konsert Perdamaian ? Kalian boleh baca di sini  :  THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip  Untuk para peminat rock di Malaysia, tak kira Melayu,  India atau Cina..pasti mereka kenal dan amat meminati insan ini.  Peluang yang diberikan untuk menyanyi bersama beliau akan aku kenang sampai bila bila.

Dalam catatan ku yang lalu,  aku ada catatkan satu penyesalan tak sudah selepas persembahan iaitu aku tidak berkesempatan untuk bergambar dengan Datuk Ramli Sarip.  Oh mengapa? Oh mengapa?



Click Read More

3.3.14

Adam Smith (ANTM CYCLE21) Malaysian mixed American

Hello u olls,

Kecoh akak dapat wassap dari seorang anak ayam yang baru mendapat berita terkini tentang pencarian finalist untuk America's Next Top Model Cycle 21.

"Jumie......katanya mamat ni Malaysian + American,"



Click to read more  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE