Sumbangan untuk Anak Anak Rohingya






Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu. Datuk Ramli Sarip, bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama. Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma. Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM. Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga, aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA! Read here : THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama. Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.

”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”

5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?

Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.

Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.

“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.

“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.

Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.

Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees), bahagian pendidikan. Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur. Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa. Atas permintaan, jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan. Buat masa ini, operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Kami tiba lebih kurang 10 pagi, ditemani oleh Faiz and Naim, rakan pelajar USM yang rapat dengan aku. Depa yang tunjuk jalan. Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love





Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.







Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah. Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua. LOL



Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops. U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat, kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best. Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!! Sila layari : Barak's Best





Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.

Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.

”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”

Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.

”Cikgu...nanti saya mau pi US,”

”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.

”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.

Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.

Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.

“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.

”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.

Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan. Suhaila, Yana, Kak Shuk and Faridza. Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.

Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.

Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar. Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.

Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.


Sopi yang tengah, Jamaluddin yang kanan sekali. Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.

Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.

”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku. Kami tak suruh pun depa cuci. Tapi depa sendiri yang cuci. Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta. Depa tau, orang dah memberi, depa tau nak layan balik dengan elok. Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai, ampa didik depa jadi manusia.

Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.

”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”

“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.

“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.

Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing. Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi, si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya. Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid. Duit upah tu untuk bantu keluarganya. Jamaluddin pulak, bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai. Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”

Aku tutup cerita aku hari ini. Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.

Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends

Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.

  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.

  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.

  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang

Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun

Kelas Tahap Satu: 20 orang.

Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643

Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps : Sekolah Damai Minden

Gambar Sekolah Damai. Yang biru tu la POLO SPORT I. HAHA


Facebook Sekolah Damai
Sekolah Damai Minden

Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar









Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni, memakai jersey QATAR.









Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia, tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

18.3.14

Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

Hello semua,

Semalam saya bersama-sama pelajar Gustavus melawat 3 lokasi penting untuk penganut agama Buddha di Pulau Pinang. Kuil Mahindarama yang terletak bersebelahan dengan Kolej Han Chiang Penang, sebuah kuil Buddha Sri Lanka. Kemudian kami pergi ke Kek Lok Si Penang dan terpana dengan kuil Dewi Kuan Yin yang terbesar di Asia Tenggara. Kami juga berpeluang untuk melihat kecantikan Pulau Pinang dari puncak Pagoda. Dan akhir sekali kami melawat sebuah sanctuary untuk sami Buddha untuk bermeditasi dan belajar di sebuah lokasi yang amat terperosok di Bukit Erskine.



Jom baca cerita penuh



Mahindarama Buddhist Temple
  • Kuil Buddha Sri Lanka ini terletak di 2, Kampar Road,  10460 Penang, Malaysia dan terletak amat dekat dengan kawasan kampung Kebun Lama yang terletak di Langkawi Road Penang iaitu kampung saya dibesarkan.  Dah berpuluh tahun akak duduk situ,  akak tak pernah masuk dan tengok pun kuil Buddha ini dari dalam.
  • Pokok Bodhi yang terletak di hadapan kuil ini dikatakan tumbuh daripada hasil benih pokok Bodhi yang menjadi tempat Buddha menerima 'enlightenment' nya yang pertama di Bodhgaya,  India.  Namun,  pokok Bodhi yang wujud hari ini mungkin berbeza dengan pokok yang menjadi tempat Buddha bermeditasi 2500 tahun yang lalu.
  • Lukisan dalam kuil ini semuanya cantek-cantek dan dilukis oleh para sami yang dibawakan khas daripada Sri Lanka.
  • Nama kuil Mahindarama diambil daripada dua perkataan Pali iaitu Mahinda dan Arama.  Mahinda ialah nama salah seorang putera Raja Asoka India yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran agama Buddha di sekitar Sri Lanka (dahulunya Tambapanni) lebih kurang 2 ribu tahun yang lampau.  Manakala perkataan Arama pula bermaksud tempat suci ataupun sanctuary.  
  • Kuil Mahindarama ditubuhkan oleh ketua sami dari Sri Lanka bernama The Venerable A. Pemaratana Thero.  Dia mengumpulkan beberapa pengikut agama Buddha kawasan Batu Lanchang dan dengan bantuan seorang lelaki Sinhala bernama M.V. Gregory,  mereka membeli sebuah tanah di kawasan Counter Hall (Area Jalan P Ramlee sekarang).  
  • Namun,  akibat daripada masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Counter Hall ini (sampai lani kot),  kuil ini berpindah ke Kampar Road pada tahun 1921 dan siap dibina dan dirasmikan pada hari Wesak tahun 1933.  
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Kek Lok Si Temple,  Penang
  • Kali terakhir saya mai Kek Lok Si adalah ketika berusia 10 tahun.  Mak aii after 19 tahun baru mai balik walhal rumah saya sangatlah dekat dengan Kek Lok Si (rumah saya area Chung Ling High School).
  • Kek Lok Si dalam bahasa Hokkien (dialek Cina yang digunakan di Penang) bermaksud "Temple of the Supreme Bliss".
  • Kalian yang ingin berkunjung ke sini boleh mendaki ke puncak temple dengan berjalan kaki ataupun menaiki kereta.  
  • Kuil ini adalah lokasi MUST VISIT locations in Penang and merupakan lokasi kuil Buddha terbesar di ASIA TENGGARA.
  • Sebuah patung tembaga Dewi Kuan Yin siap dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2002.  Ketinggian patung ini adalah 30.2 meter.  Memang sejak dahulu lagi,  orang Penang memang tahu kat situ memang terletak sebuah patung Dewi Kuan Yin yang bewarna putih.  Saya ingatkan mereka salut patung itu menjadi tembaga.  Tetapi tidak,  akibat daripada kebakaran yang berlaku tidak lama dulu,  patung Dewi Kuan Yin berwarna putih itu (diperbuat daripada batu simen) telah digantikan dengan patung tembaga ini yang jauh lebih besar.  Bahagian patung yang lama masih diletakkan berdekatan dengan patung tembaga yang baru.
  • Kalau nak naik Pagoda,  ampa kena bayar RM2.  Memang cantek taman bunga kat sini.  Macam kat Cameron Highlands i rasa.
  • Kalau nak naik tengok Dewi Kuan Yin kena bayar RM5 dan naik lift.  Kalau nak hike,  tak payah bayar.  
  • Seni bina Kek Lok Si Temples menggabungkan pelbagai seni bina agama Buddha serta elemen kepercayaan masyarakat Tiong Hwa.  Di taman berdekatan Dewi Kuan Yin,  terdapat patung patung mewakili zodiak Cina.  Mr.  Hor,  guru agama Buddha untuk module ini bertanya kepada akak "Jumie,  what year you born in?"  I pun jawab "Ox sir," And he replied "WOW...u are hardworking person,".  Pastu Prof.  Steve pun terus sambut dan berkata "Yes,  she is very hardworking...."  AKAK PUN RASA MACAM KEMBANGGGGGGGGG SETAMAN!
  • Sumber  : Penang-traveltips.com









Boddhi Heart Sanctuary

  • Boddhi Heart Sanctuary adalah sebuah lokasi meditasi dan pusat pengajaran dan pembelajaran untuk sami sami Buddha.  Namun,  segala kemudahan yang terdapat di sanctuary ini juga dibuka kepada orang ramai dari agama yang berlainan juga dibenarkan untuk membuat aktiviti pembelajaran dan meditasi di sini.
  • Mr.  Hor,  pensyarah jemputan untuk topik Buddha dalam modul Religious Experience merupakan salah seorang pengurus di Boddhi Heart Sanctuary.
  • Untuk masuk ke kawasan Boddhi Heart Sanctuary ini,  kita perlu melalui kawasan perkuburan yang usang dan agak menakutkan.  Tapi bila sampai kat pejabat urusan BHS,  ampa akan terpana dengan kecantikan susunan pokok dan alam floranya.
  • Oleh kerana kecantikan pemandangannya,  ramai juga photographer yang ke sini untuk ambil gambar pengantin.  Tapi pengantin Melayu tak ada lagi,  mungkin lepas ni pasti akan ada.  Depa tak kisah :)
  • Para pelajar termasuk saya mengambil kesempatan untuk berehat di sini setelah seharian berjalan ke sana sini dalam cuaca yang amat panas.  Memang best!
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Okay,  so ampa boleh tengok gambar-gambar kami semua kat Facebook saya di sini : Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

ps/ In case ampa wondering awat gambar orang putih yang banyak...depa duk main camera aku sebab suka monopod aku pakai.  Kalau berminat nak beli monopod, boleh contact kat sini : Monopod Camera with Handphone Holder

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. All i can say is ... WOW! Selama beberapa i pi tempat-tempat itu, i pun xtau sedetail itu! Syabas Jumie! Yang Bodhi Sanctuary tu tak pernah lagi pj jejaki.

    p/s ... i suka gambar yang u amik kat Bodhi Sanctuary reramai yang posing umpama the sleeping Buddha ... hahaha ... apa nombor ampat ekor???

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com