21.3.14

Catatan Malam Ini

Nak catat apa malam ini?

Hanez Suraya
Tak baik nak kata ni.  Tapi nak kata jugak.  BARU ADA AKAI!!  Dia telah dilucutkan daripada menjadi duta produk Aura White.  Bagi akak,  ini tindakan yang amat bagus yang dilakukan oleh syarikat ini.  Pi mana-mana laman sosial / website,  semua orang duk kutuk Hanez Suraya.  Aurawhite pun kena tempiasnya.  Kalau i jadi big boss Aurawhite,  i pun jadi radang apabila orang tulis "AUTAWHITE" kat muka Hanez Suraya.  Akak tidak mempunyai sebarang perkataan akademiah yang sesuai diberikan kepada Hanez Suraya mangkok memalukan jenerasi wanita ini.  Kita just wait and see la.  To Aurawhite,  sorryla i terpaksa tolak pelawaan dan offer u olls untuk bagi contract duta AuraWhite kat i.  Sebagai wanita Venezuela,  i bangga dengan warna kulit ala-ala tanned ni.




Click here to read more


#PrayforMH370
Ketika menulis artikel ini,  kita masih tidak tahu sama ada debris lebih kurang panjang 24 meter yang berada di lautan Hindi itu adalah milik MH370.  Sehingga kini saya masih tidak pernah tertinggal untuk berdoa yang terbaik untuk MH370.  Ramai orang duk kutuk kerajaan Malaysia dan MAs dan semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian dan penyemalatan ini.  Dalam 9GAG,  banyak kot komik yang mengutuk kejadian ni.  "U can find a lost Iphone,  but u cannot locate a Boeing 777".  Ungkapan sinikal ini pastinya boleh membuatkan orang orang yang berusaha keras dalam pencarian penting ini menjadi lemah semangat.  One thing for sure,  setiap kali saya ingat tentang MH370 dalam kepala dan hati saya,  saya tak pernah terbayang kita terjumpa kapal ini terjunam,  meletop atau apa-apa yang teruk.
Begitu juga pihak media barat yang membuat pelbagai spekulasi mengenai kapten MH370.  Depa kaitkan beliau dengan DS Anwar Ibrahim dan PKR.  Kalau saya jadi anak beliau,  tak taula macam mana sedihnya perasaan ini.  Dahla bapak kita hilang.  Kalau ada kubur,  bolehlah kita bersedih di situ.  Ini apa pun kita tak tau.  Ditambah pulak dengan tuduhan tuduhan macam tu.

Keluarga MAS yang mengenali kapten depa semua menolak tohmahan itu bulat bulat.  "Saya harap nanti Kapten Zaharie akan pulang ke Malaysia dengan selamat sebagai seorang HERO,"

Tapi saya selalu terbayang,  semua penumpang dan anak-anak kapal MH370 kembali dengan selamat sambil berpelukan dengan ahli keluarga dan mereka yang disayangi.

U all boleh kata akak feeling.  Tapi i always try my best untuk jadi paling positive dalam hal ni.



Keputusan SPM dan STPM
Baru duk feeling nak jadi positive kunon.  Bila tengok budak budak zaman sekarang amik SPM dan STPM semuanya luluih style baguih punya i rasa macam ...WOW!! Macam tak boleh percaya pulak.  Adakah kerajaan kita menurunkan standard pemarkahan?  Sorrylah kalau i bagitau sesuatu yang membuatkan orang jadi marah ka apa ka.  Tapi siriesly,  awat budak budak lani makin pandai ka semuanya?  HAHAHAH.  Soalan aku sungguh tak boleh diblahkan.  Bukan apa.  Baguihlah kalau ampa semua lani pandai-pandai.  Belajar semua dapat 400A.  Tapi jangan duk jadi pandai saja tapi ampa tak bijak.  Nak buat pilihan hidup pun tak reti.  Pi belajak Ostolia ja dah culture shock buka tudung and dye rambut semua bagai.  I dont say perbuatan itu salah.  Tapi hidup ini amat besar dan kompleks berbanding hanya mendapat A dalam peperiksaan.  Okaylah,  tahniah kepada ibu bapa dan guru yang berjaya melahirkan cerdik pandai ini.






Che Ta Mengandung
Tahniah laa dah mengandung.  *muka sentap...........................






Aidil Zafuan dan Zarema
Tahniah jugala depa dua ni dah kawen.  Its good that Aidil Zafuan dah move on dan nak mulakan hidup baru.  Tapi ampa dorang jangan la duk puji puji sangat sesama ampa.  TOO SOON.  Tunggula tak cium lagi bau kentut tu.  Lani semua duk nampak elok.  Anyway,  Zarema ni lawa and classy.  I suka tengok dia.





Dalam Kehadiran Sofea
Ampa ingat dak akak pernah cerita pasai teater yang akak akan berlakon Mei ni.  Well kami duk praktis lagi.  Tapi kami ada gap besar baru baru ni sebab produksi Kersani pun terlibat dengan satu persembahan lagi.  So,  minggu ni baru kami nak start prektis teruk teruk balik untuk pementasan ini. I dah hafal most of my skrip.  Tapi tak dapat berlakon puas puas lagi la.  :(  Ampa semua dah JOIN dalam Facebook group kami dak??? Dalam Kehadiran Sofea (Teater)



Show Kecik Show Besak
Baru baru ni saja buat buat meroyan dalam Facebook "Show kecik kecik semua hegeh la cari aku. Show besak besak, ampa tayang ampa jala bai....takpala. I sedak la i sapa.....kita bukan jeles ja apa. Kita tolong selama ni pun tak pernah minta sekupang pun. #Okaythanksfliphairandblah! — feeling whatever." Lama i olls tak buat status over over macam ni. Sekali sekala kena jugak tulih.  Ada juga yang mai kata kat I,  "Awat hang tak pi komfront ja depa?"  Nak pi komfrant apanya.  Bukan berebut show sejam RM25 ribu pun.  Benda ni hanyalah satu luahan hati.  Yes i rasa sedih dan i rasa macam bersalah pun ada sebab tulis benda ni.  Sebab pi kot mana pun,  nampak macam i yang serr dan tak immature.  Tapi what everla.  Semua ni pengajaran hidup.





Lagi 9 Hari
Nak pi holidayyy bersama En.  Khafi.................arghssssssssssssss bestnya.  Baru baru ni duk tunjukla kat Google.  Baju baju mandi dan plus size beach fashion yang i teringin nak pakai masa kat Perhentian nanti.  En.  Khafi buat macam senyum senyum malaih layan ja kat I.  "Abang ni tak bangga ka kat ya?  Ya ni komfident.  And ya tak payah teruk teruk nak buat lawa ka apa semua.  I em necerel beauty!"  Pastu ampa tau laki aku kata apa?  "Erm...bangga la jugak.  Tapi kadang-kadang malu jugak,"  OHHHHHHHHHHHHHHHH FAINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!  Malam tu kami tak cakap sampai subuh.

Itu sahaja recap untuk minggu ini.  Dont stop #prayforMH370

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...