6.3.14

Hanez Suraya, Liyana Manan dan Mr. R

Kecoh di internet tentang kisah retis suam suam kuku Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang.  Aku tau,  ampa mesti tak baca dan tak tau pasai kisah ni kan?  So mai sini i cerita secara ringkas untuk ampa semua.

  1. Seorang wanita,  Liyana Manan telah mendedahkan bahawa suaminya Mr.  R telah dirampas oleh Hanez Suraya.  Wanita itu menyatakan bahawa,  dia dan suaminya masih tidak bercerai.  Kes cerai mereka masih belum selesai.  Dia masih isteri yang sah.  Tapi Hanez dengan bangganya memberitahu umum bahawa kekasihnya adalah seorang duda dan Hanez Suraya dengan bangga menayang gambar posing anak-anak Liyana dan Mr.  R dalam IG nya.  
  2. Later on,  Hanez Suraya tampil bersama Mr.  R dan para peguam dalam satu press conference menyatakan bahawa segala tuduhan wanita itu adalah pelasu.  Dia juga berkata,  gambar percutian ke Bangkok antara Hanez dan Mr.  R itu adalah percutian secara beramai-ramai dengan para rakan.  Bukannya percutian berdua.
  3. Hanez Suraya dalam press conference itu menyatakan yang dia hendak pihak Liyana Manan memohon maaf kepadanya.  
  4. Lani,  satu Malaysia pereng dengan Hanez Suraya sebab cara dia pertahankan kisah cinta dia dan Mr.  R adalah amat mengrengsakan.
So apa kata I?

Hanez Suraya

Click read more

Lani semua orang duk marah dengan Hanez Suraya.  Bagi akak,  they always two sides of stories.  Sebelum ini kita pernah lalui macam-macam saat retis-retis yang bercerai berai.  Antara penceraian paling sensasi (bagi akak) adalah penceraian Norman Hakim dan Abby Abadi kerana kehadiran orang ketiga iaitu Memey Suhaiza.  masih ingat lagi video khas dalam Melodi menunjukkan Abby Abadi pi serang Norman Hakim di lokasi penggambaran.  Lepas tu,  Norman Hakim kena tangkap basah dengan Memey Suhaiza.  

Satu Malaysia mencerca Memey Suhaiza pada ketika itu.  Mama Regina Ibrahim menegur sikap akak apabila memberikan tohmahan tanpa lapik kepada Memey Suhaiza kerana merampas suami Abby Abadi.  U can read my bitter writing here  :  Norman Hakim kencing 'bertabur'

Kata Mama Regina (saya olah kepada cara yang paling saya ingat),  tak baik kita menuduh orang tak tentu pasal kerana they always two sides of stories. 

Maybe Mama Regina boleh nampak sesuatu yang aku tidak nampak.  Memang betul,  selepas kes tangkap khalwat itu,  Memey dan Norman Hakim memilih untuk mendiamkan diri dan hanya gambar tangisan dan sendu sendan mereka terpapar di laman-laman blog.  Orang masih tidak percaya dengan cara mereka sendu mereka itu.  Orang masih tidak mahu membeli cerita air mata mereka.

Tapi lama kelamaan,  Norman Hakim dan Memey bernikah.  Abby Abadi diceraikan secara elok.  Dan perhubungan mereka dua belah pihak menjadi semakin baik.  Dan lawaknya,  tiba-tiba Abby Abady berubah menjadi wanita PAS,  Mencari Redha Allah katanya. 

Haaa...the rest of the stories mak tak payah sambung.  Ampa pun tau sendiri kan.  Tak payah kita point out sapa baik sapa jahat.  Kita tengok sudah.

Liyana Manan

Dalam kes Hanez Suraya dan Mr.  R,  bagi akak,  adalah satu tindakan yang bodoh untuk si Hanez dan Mr.  R untuk tampil bersama-sama peguam dan membuat statement-statement yang menyedihkan.  Siriesly,  bagi akak,  semua penyataan Mr.  R dan Hanez Suraya langsung tidak menunjukkan yang mereka mempunyai perasaan hormat kepada diri mereka sendiri pun.  

Kalau depa dah takdak rasa hormat pada diri depa sendiri,  so macam mana depa nak hormat kepada diri insan lain.  Dalam kes ini kepada Liyana Manan.

Dari Facebook I : Membaca kisah Liyana, Mr. R dan Hanez Suraya. berada di bawah. Alahai nak amik laki orang pun amikla paras-paras Abang K, Abang Pandi or Abang Bung. Setakat Abang R ni....mak rasa hang punya mandrem tak kuat sangatla.... — feelingbeautiful.


Depa menafikan yang depa pergi bercuti secara berdua-duaan.  Depa kata,  depa pi bercuti secara beramai-ramai.  Aiyo,  hang kalau bercakap benda ni kat makcik duduk Kampung Ulu Bernau mungkin makcik tu akan percayalah "Dak aih...Hanez tu baguih.  Dia pi bercuti ramai-ramai dengan kawan-kawan dia.....laki duk bilik lain...pompuan duduk bilik lain,"

HAHAHAHAH.......hang mai cerita kat kami semua.  Duk buat macam kami ni semua bodo-bodo. Sia sia duit kerajaan selama ni bagi pendidikan secara murah kepada rakyat Malaysia yang kini rata-rata pun ada Diploma noks!

Bercinta dengan suami orang,  benda ini bukan baru.  Mana la kita nak pi tau.  Ini soal hati.  Tapi kalau kita dah terjatuh hati dengan suami orang,  apa pun harga diri kita kena letak nombor satu dulu.  Kalau betul lelaki tu sayang kita setulus hati,  minta dia selesaikan hal hal rumahtangga dia dahulu secara elok sebelum dia datang pada kita.  Di situlah terletaknya harga diri kita.  Kalau dia tak mau melepaskan isteri pertamanya,  pasti ada sesuatu yang tidak kena (bukan pada wanita itu) tapi pada lelaki itu!

Kita jangan jadi buta kerana cinta.  

Akak saja nak share statement lahar mak hayam besar,  Chef Wan yang memaki secara terang-terangan kepada Hanez Suraya ini.  
Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.
Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?
These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.
I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.
Kesimpulan cerita ini,  Liyana Manan,  kuatkan hati la noks.  Allah ada. Biak pila depa nak panggil Karpal Singh jadi wakil peguam depa.  Hang buat relaks sudah.  Lepas Mr R sah ceraikan hang,  pasti banyak produk kecantikan akan offer hang jadi duta itu ini.  Haaa.....hang cari duit banyak-banyak.  U deserve a better life noks!


Sekian.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. sila baca blog akak http://adibahashak.blogspot.com pasal perspektif undang undang sekiranya saman difailkan oleh Hanez Suraya terhadap Liyana Manan

    ReplyDelete
  2. Jumie, mohon share artikel ni kat fb saya ya? Liyana ni kawan skolah rendah saya, saya sure ramai kawan2 kami nak baca artikel jumie.

    ReplyDelete
  3. Sikit punya cantik mcm ni isteri pun nak cari lain..huhu jantan...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...