28.3.14

Orang Kaya Jadian

Hello u olls,

Before i say anything,  please let me share this first.


Click to read more

I totally agree dengan apa yang Mama Regina catatkan sebagai balasan dengan Ms.  Siti Mariam.  Every word of it.  Kalau Ms.  Siti Mariam mai tanya kat I,  pastinya i akan jawab pendek dan pundek sahaja "Mampuih pi la kat depa nyah.  Hidup depa sepi selain bag bag Channel depa,"

I tulih balik apa yang Mama Regina tulih.


Selalunya orang kata keturunan ini cara hidupnya tidak sama dengan kita,  tapi mereka sudah diberi latihan secara langsung atau tidak (finishing school) untuk berhadapan dengan dunia.  Mereka tidak tahu pun mereka kaya.  New Money generation atau kaya mendadak melalui penjualan harta atau durian runtuh pula berbeza,  ada gabungan sifat kampungan mereka dan sifat tamak,  bongkak,  balas dendam baru.  Mereka tampi jengkel.  Malah ada yang tidak berbudaya.  Mereka baik diingatkan tentang asal usul atau diketepikan saja.  

Ingat kaya melena mana pun,  Tidak akan dapat hidup kalau orang sekeliling memandang dia sepi.  Dia pasti ramai kawan dengan duit yang dia ada,  tapi lama lama orang akan belah kalai dia tiada budi pekerti. - Regina Ibrahim

Dalam setiap gang gang kita,  pasti ada seekor dua yang terkategori diri mereka dalam ciri ciri orang kaya jadian ni.  Pastinya dia ni akan jadi bahan stalk and kutuk kutuk kita semua.  Of course semua benda dia beli,  dia buat,  dia makan,  dia pakai dia akan pose ala-ala model Vouge dan bubuh kat IG dia.  Shared kat Facebook.  

Takdak orang like sangat pun picture picture dia ni.  Selalunya paling banyak pun 8 sahaja.  Tapi i berani yakin,  kalau kita ada software untuk tau berapa lahanat duk pi stalk gambak dia setiap satu,  i berani potong rambut I jadi macam Judi Dench untuk mengatakan yang at least 6 juta orang view gambar-gambar dia tu.

Kasihan juga bila kita tau kawan-kawan kita spisyis ni jadi mangsa stalker and bahan untuk dibual senda apabila bertemu.  

Sekali lagi i nak ulang setuju dengan apa yang Mama Regina kata,  "Ada gabungan sifat kampungan mereka dan sifat tamak,  bongkak,  balas dendam baru,"

I like Mama kata balas dendam.  Usually daripada pemerhatian I olls,  those yang duk feeling tayang sana sini ni semua sebab dulu depa tak pernah berkesempatan nak pakai pun benda benda ni semua.  Beg sekolah Swan yang pakai pi sekolah pun hands-down daripada kak or abang depa.  Kalau orang kaya betul,  depa takdak nak tayang apa aih.  U nak kata beg Burberry?  Tok I pakai beg tu untuk Tesco je nok.  Handbag pasar katanya.

Tapi kalau tengok secara positive pula,  macam I,  i tak pernah kisahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh langsung bila tengok orang - orang yang suka share kemewahan hidup depa kat Facebook ni.  Memangla ada jeles sikit.  Tapi takdakla i rasa rimaih sampai i jadi gila duk stalk hari hari Facebook kawan tu and nak tengok apa beg baru dia beli.  Nok tu semua habis energy nok.  Mak,  sebagai lambang kecantikan,  tak akan habiskan masa masa emas mak untuk stalk orang.  Selalunya orang stalk I,  i tak stalk orang.  Gicuuuuuuuuuuu

Berbalik berbalik.  Ha nak kata ni.  I tak pernah ada masalah dengan depa depa yang suka duk share gambar shopping,  makan hebat and pelancongan luar negara ni semua.  Bagi i,  when u work hard,  u betul betul usaha untuk capai apa yang u nak (duit / gaji besar / pangkat/ pendidikan) sampai u mampu nak pakai seluar dalam bertatah rubi jenama VS pun,  i say, WHY NOT? 

I bukan dilahirkan dalam keluarga kaya harta.  Keluarga i adalah kaya kasih sayang dan gelak tawa.  So kalau kata satu hari,  Tuhan nak bagi i rezeki gedebak kat I,  blog i yang sendu ni disponsor beribu ribu pound sterling untuk tujuan pengiklanan,  WHY NOT?  Mak pun akan feeling pakai handbag mahai semua tayang semua kot.  I rasalaaaa!! Adakah i dikira sakik otak untuk berfikir cara ini?  

Entahlah,  maybe i ni cakap je kot macam feeling.  I tau hati i salju.  Mana la nak tau,  kalau i kaya nanti,  i tetap stay humble gitu.  Amin.  Kita doala kita kekal macam tu.

Satu lagi i macam tak kisah pasal hal hal show off ni semua nok sebab siriesly,  ada la seorang lady friend we olls ni.  Dia memang mangsa stalk oleh puak puak we olls la.  Apa sahaja dia beli,  dia pakai,  dia share kat FB dia semua.  And puak puak i ni semua akan  pi stalk la.  Pastu gossip dalam Wassap semua.  

So nak jadi cerita,  selama ni i duk feeling dengar cerita ja la.  Last sekali macam mana ka,  i boleh terSTALK facebook dia juga.  La.....................kisahhhhhhhhhhhhh!!! LV,  Channel,  bersepah u ollls.  Kau ada?  Memang meriahla mak tengok koleksyien sopping dia noks.  

Tapi,  macam mana meriah pun nok,  kalau handbag hang sama dengan Milla Kunis pun tapi style gabungan warna baju,  tudung dan eksosori hang tahap tahap Ramlah Ram.  Takpayahla noks.  Mak sikit pun tak tersentap.  

U can always buy a Channel.  But u can never buy style.  

Lepas mak stalked Facebook kawan we olls tu,  mak mengigau tiga malam.  Siap En.  Khafi kena selawat kat telinga mak 3 kali baru mak boleh sengap sat.  Ha begitulah effeknya apabila melihat gaya gaya Ramlah Ram berbeg Channel.

Berbalik berbalik.  Kata mama Regina "Ingat kaya melena mana pun,  tidak akan dapat hidup kalau orang sekeliling memandang dia sepi.  Dia pasti ramai kawan dengan duit yang dia ada,  tapi lama lama orang akan belah kalai dia tiada budi pekerti,"

There were times in my life,  now many time ago,  i was being very insecure.  Rasa rendah diri yang teramat sangat sampai i jadi sedikit paranoid,  dengki dan pelbagai rasa negative lain apabila melihat pada diri sendiri yang masih berada di takuk yang menyedihkan.  I olls ambil sedikit masa,  peristiwa,  a few good nasihat,  dan akhirnya I olls telah berjaya menghapus sifat sifat sedih ni dalam hati.  I belajar untuk bersyukur pada diri sendiri dan now i sangat yakin dengan diri I.

So kepada u olls semua yang membaca blog akak hari ini,  biak pi la kat depa duk tayang tayang ni semua.  Sebelum kita duk sibuk nak ubah sikap sikap kawan kita ni,  apa kata kita perbetui sifat kita dulu.  Kalau terasa macam duk mai nak jadi dengki,  khianat,  cepat-cepat muhasabah balik diri u olls.  Why u nak sakik hati?  Why u nak ambil kisah?  Why u nak kena susah payah susahkan diri u sendiri?

Orang orang tua kata,  kalau kita duk kata kat orang,  esok lusa,  kita pun akan jadi lagu tu.  Silap haribulan lagi buruk perangai kita.  Maksudnya,  kalau hari ni kita miskin,  kita duk kutuk la kawan kawan kita yang dah berjaya dan kaya beli macam-macam hadiah bubuh kat Facebook.  Kita kutuk and hina depa.  Kita fitnah depa semua.  

Esok lusa,  kita kaya,  kita senang,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kita lagi menunjuk style lagi teruk punya.  Sampai orang lagi menyampah gila gila kita.  Sapa nak peringat kat diri kita time tu?  Kawan - kawan tak akan tegur punya la,  depa akan biar ja u jadi lagu tu.  Barulah depa ada bahan nak stalk.

Akhir kata,  biak pi la kat depa.  

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. mula-mula macam tak berapa suka...
    tp bila baca ulasan Jumie yg bawah tu, saya sangat2 suka dan setuju. Betuulll..... jgn dengki dengan apa yg org ada. Rezeki masing2 kan? Yang kaya keturunan tu mungkin tak merasa susah payah, tak tau macam mana org yg susah tu berusaha nak meningkatkan taraf hidup. Tapi yg biasa susah, miskin, dan berusaha untuk capai impian tu sepatutnya kita contohi usaha mereka, bukan diumpat2. After all, kita semua manusia, hamba Allah jugak. Kaya keturunan atau kaya jadi-jadian, yg dihitung nanti bukan harta benda.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...