4.3.14

Rendezvous bersama Datuk Ramli Sarip dalam Blues untuk Teman 2014

Kalian ingat aku pernah nyanyi dengan dia bulan September yang lalu di Dewan Budaya USM sempena dengan Konsert Perdamaian ? Kalian boleh baca di sini  :  THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip  Untuk para peminat rock di Malaysia, tak kira Melayu,  India atau Cina..pasti mereka kenal dan amat meminati insan ini.  Peluang yang diberikan untuk menyanyi bersama beliau akan aku kenang sampai bila bila.

Dalam catatan ku yang lalu,  aku ada catatkan satu penyesalan tak sudah selepas persembahan iaitu aku tidak berkesempatan untuk bergambar dengan Datuk Ramli Sarip.  Oh mengapa? Oh mengapa?



Click Read More


Beberapa minggu lalu,   saya mendapat call daripada Abang Rudy dari Harian Metro.

"Jumie free tak 23 Feb?  Kita nak jemput buat review event Ramli Sarip kat Hard Rock Cafe.  Hope u boleh review in your blog,"

Sebagai seorang penulis blog yang aktif di Utara,  siriyes aku habak kat hang.........PELUANG MACAM NI MEMANG AKU JARANG-JARANG DAPAT.  So bila dapat jemputan macam ni,  terus aku feeling Hanis Jalika.  Ken!

Invitation rasmi diterima melalui pihak Hard Rock Cafe yang menguruskan concert Blues untuk Teman 2014 Datuk Ramli Sarip di Penang.  Tibanya aku di sana,  pihak PR HRC menjemput ku dengan bicara perkenalan penuh mesra.  Aku juga mengambil peluang ini untuk memberikan penerangan lebih lanjut mengenai blog aku.  Mana tau esok esok,  HRC jemput aku buat review lagi.

Seterusnya,  aku diperkenalkan dengan Ms.  Mala,  production manager untuk concert ini.

"Hello...saya Jumie Samsudin,  blogger," sambil menghulurkan name card ku.

Wanita agam yang ranggi berturban itu menerima kad aku dengan senyuman mesra.

"Ehk...u!! Jumie Samsudin.  I tau!  I follow u kat Facebook and blog!"

Oh mai gooddddddddddddddddddddd!! Mak rasa macam kembang setaman.  Terus rasa macam Jessica Alba macam mana ka.  Tapi peliknya pasaipa tadi dia tak kenal aku?  Bila tengok name card baru dia kenal?  HAHAHA mungkin sebab indah khabar dari rupa.  (Pada name card aku memang ada gambar profile Google yang meletops itu.  Dirakam pada tahun 2008!)

Aku melangkah masuk ke ruang dewan "Hall of Fame".  Orang semakin ramai memenuhi dewan.  Aku keseorangan malam itu.  Suami aku?  Dia pilih untuk bersama teman-teman lama di HRH lounge.  Biar la pi kat dia.

Tengah-tengah dewan dibiar kosong.  Beberapa baris kerusi banquet disusun ditepi dewan.  Aku pilih untuk duduk di kerusi yang dibarisan tengah.  Ada seorang lelaki tua bertubuh kecil duduk disebelah aku.  Dia juga keseorangan.  Aku pun perkenalkan diri. Begitu juga dia,  abang tu pun berasal dari Penang juga.

"Last time i tengok Ramli Sarip masa dia dengan Sweet Charity.  Masa tu kat Singapore lagi.  Tiket masuk nak tengok konsert dia 3 kupang saja,"

HOOOO berapa umur pakcik ni!  Aku yang tadi macam panggil dia nama abang rasa macam janggal pulak.

Emcee memeriahkan majlis dengan membuat quiz rambang dengan para tetamu yang berada di dalam dewan.  Tak lama selepas itu,  muncullah Datuk Ramli Sarip.  Dia memberikan salam dengan suaranya yang garau dan dalam.  Dia memulakan persembahan malam itu dengan sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar.  Tapi tetap menghiburkan.  Teriakan dan sambutan suara daripada peminat membuatkan suasana lebih meriah.  Begitulah gamatnya untuk 1 jam 30 minit yang seterusnya.

Aku kagum dengan kehandalan pemuzik muda yang mengiri persembahan malam itu seperti Tom Anuar, Fauzie Zain, Roza Rasul dan Paang Zaman.  Man Kidal pun ada,  tapi dia datang sekerat jalan.  Sebab dia mai dari KL u olls.








Selesai majlis, aku berkesempatan bertemu dengan Datuk Ramli Sarip sekali lagi. Walaupun dalam kepenatan beliau masih mengambil kesempatan untuk bersama para peminat. Aku tidak mahu ambil masa yang lama. Aku pasti dia pun sudah tidak kenal aku siapa.

Tapi tak apalah,  kenangan ini aku simpan sampai bila bila.  

Malaysian Papa Rock!


Me and Datuk Ramli Sarip.

Untuk peminat-peminat Datuk Ramli Sarip,  jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan beliau dalam tour ini di lokasi berdekatan anda  :

Terengganu 
Gong Badak Indoor Stadium, Kuala Terengganu 
Fri, 7 March 2014 8.45 pm 
RM50, RM80, RM100
Kindly contact +6013 9823 386(Zul) OR +6013 9226 007(Din)

Melaka 
Hatten Hotel 
Sat, 15 March 2014 8.45 pm 
RM153 
Kindly contact +6013 222 2522 (Zizi) OR +6012 267 9672 (Afez) 


Perak 
Kinta Riverfront Hotel 
Sat, 22 March 2014 8.45 pm 
RM55 
Kindly contact +605 241 2287 OR +6019 492 0512 (Ida) OR +6012 577 7889 (Syed) 

Johor 
Persada Johor 
Fri, 28 March 2014 8.45 pm 
RM65 TBA 


Kelantan 
TBA 
Fri, 4 April 2014 8.45 pm 
Price,  venue TBA 

See more at  :  http://www.ilassotickets.com/event/view/475

1 comment:

  1. Saya menyukai musik Blues dan kami di Indonesia belum banyak yang mengenal blues!, terimakasih atas infonya!.Di tunggu kedatangannya di bandung Indonesia
    rental mobil bandung

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...