17.4.14

Belasungkawa Karpal Singh Ram Singh 1940-2014

Hari ini seluruh Malaysia dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang, Karpal Singh Ram Singh.  Ketika i olls sedang memandu kereta pagi tadi lebih kurang jam 7.00am,  i dapat notifikasi daripada aplikasi berita Awani di fon.  Hati i rasa amatlah terkejut.  Kematian ini amat mengejutkan.

Karpal Singh meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di KM306 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung Kampar,  Perak lebih kurang jam 1.03 pagi.  Kereta Toyota Alphard yang digunakan oleh beliau bersama-sama dengan 3 orang penumpang lain (pemandu,  assistant dan anak lelakinya) telah bertembung dengan sebuah lori dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.

Tanpa fikir panjang,  saya pun cepat-cepat memanjangkan mesej ini kepada rakan-rakan di laman Wassap dan Facebook.  Saya juga mesej kepada boss saya,  Puan Ajindar who is also a Punjabi.  Dia terasa amat terkejut terus dan terus menghubungi saya.  Hari ni my boss cuti sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Kuala Lumpur. 

Kami bersama berkongsi emosi.  Aku tak tau ampa semua macam mana,  tapi apabila mendengar kematian memang aku akan duduk terdiam sat untuk lebih kurang 5 minit.  


Click read More

Karpal Singh dikenali dengan keberanian dia menyuarakan pendapat dia dalam bidang politik.  Kadang-kadang penyataan beliau membawa amarah kepada sesetengah golongan kerana melibatkan maruah agama.  Inilah yang tidak bagus apabila politik dan agama digabungkan. Tetapi kalau gabungan ini diuruskan dengan rasa hormat yang tinggi dan sifat keterbukaan pastinya satu keputusan yang baik dapat dicapai.

Nama Karpal Singh akan terus dikenali dan dikenang dalam sejarah politik Malaysia.  Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepadanya Tiger of Jelutong.  

Karpal Singh dan anak-anaknya juga merupakan peguam yang disegani di negara ini.  Saya pernah berkongsi cerita dengan salah seorang teman yang mempunyai masalah saman dengan pihak bank kerana soal kad kredit.  Teman saya itu pusing satu Penang untuk cari peguam yang sanggup lawan kes dia.  Tapi semua peguam yang dia temui menolak kes teman saya itu.  Tapi bila kawan saya tu pi kat anak Karpal Singh,  dia tidak tolak mentah-mentah.  "U gave me 2-3 days,  i will look into this case first,  and i will tell you what i can do."  Lepas beberapa hari,  kawan saya dihubungi oleh anak Karpal Singh itu dan beliau berkata "U have a case.  Lani u nak bagi settle or kita saman balik itu bank.  U boleh menang banyak."

Dalam cerita politik pula.  Anak Karpal Singh yang juga wakil rakyat DAP di kawasan Datuk Kramat Penang.  Bapak dan mak saya yang menetap di area Datuk Kramat Penang mempunyai masalah dengan tuntutan pampasan kerana rumah mereka di tepi sungai (dekat Jalan Langkawi,  Kebun Lama) akan dihapuskan untuk projek pembesaran sungai.  Walaupun mak bapak saya orang kuat UMNO,  Barisan Nasional,  tapi Jagdeep Singh Deo yang membantu dan betul betul memastikan mak dan bapa saya bukan sahaja dapat wang pampasan tapi juga sebuah rumah ganti.  And yes,  dah dapat pun!!

Tolak politik,  agama dan bangsa semua kat tepi,  kalau orang tu betul betul manusia,  dia akan tolong atas dasar manusia.  Itulah sifat yang baik dan harus diteladani.   

Hari ini,  saya berasa angat kecewa apabila membaca timeline rakan-rakan yang beragam Islam di Facebook. Duk kutuk dan menghina Karpal Singh selepas kematian dia.

"Baru ada akai...." "Baguihh! Mampuih dah pun," "Jom kita pi langkah mayat dia"

Ada juga yang berkongsi gambar beliau dengan editing bersama kepilan akhbar yang menulis "Kalau mau hudud,  langkah mayat saya dahulu.  Seorang teman yang juga seorang Melayu Muslim mengongsikan gambar itu di laman Facebooknya sambil berkata,  JOM KITA PI LANGKAH MAYAT DIA.

Omaigod!  Sifat apa ni?

Agama apa yang ajar ampa untuk tidak menghormati orang mati? What ever yang dia buat dalam perjuangan politik dia tetap diingati dan menjadi lagenda dalam sejarah di Malaysia. Some may not like what ever yang dia cakap. Tapi ini tak memberikan lampu hijau untuk ampa kutuk dan hina orang sampai macam tu sekali.
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati).
Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

To all my friend,  ingatlah.  Beliau juga seorang suami,  bapa, datuk,  kawan baik kepada seseorang.  Dia pastinya membawa satu makna besar yang murni dalam hidup orang lain.  Salah ka untuk bagi dia penghormatan terakhir dengan doa yang baik baik.

Akhiri artikel ini dengan rasa penuh hormat untuk seorang negarawan yang berani dan kekal berjuang untuk pendirian parti dan rakan-rakan perjuangannya.

Peace out.

Jumie Samsudin

7 comments:

  1. Sokong artikel u..sokong rasa insani u jugak..(y)
    Depa yg dok kata tu xpikiaq kalau perkara kematian camni jadi kat ahli keluarga,saudara mara,rakan taulan depa apa pulak depa rasa.Lempaq p la sat jiwa politik tu..Pandang lah dari sudut jiwa insan.
    Kita juga manusia biasa yang sering juga alpa dan melakukan kesilapan.
    Kematian tetap di sebelah xperlu berlari atau mengejar..sampai ketika ia akan bernokhtah.
    Hormatilah keluarga mangsa.
    Rest in Peace "Tiger of Jelutong"

    ReplyDelete
  2. betoi.,,tolak politik..sbgai mnusia cara kmatian dia buat kita insaf.kt mn pun dlm bumi Allah ni Allah bleh amik nyawa kita dlm apa cara sklipun...smoga kita buleh contohi sifat nabi kita.insaf bc hadis yg jumie letak tu..somga kita peroleh husnul khatimah.-bc blog smbey pam susu

    ReplyDelete
  3. Allah lebih sayangkan beliau maupun bukan islam tapi beliau tetap ciptaan allah yang abadi...sebab tu allah ambil nyawa nya dan beliau pun telah di angkat keatas sana...syurga mau pun neraka tempatnya kita sebagai makhluk allah tidak perlu berbahas2 di sini..kita yang di sini masih terkontang kanting dan tidak tahu ke mana hala tuju patutnya menyedari dengan takdir allah...just sharing peace no war
    Rest In Peace #Sir Karpal Singh

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah jumie good writing....aku pun asa terduduk tau die meninggal...btl kata hang...jika "dia" seorang manusia die akan bantu org lain atas dasar kemanusiaan bukan atas perbezaan ideologi politik....alhamdulillah murah rezeki parents hang...Allah....ameen...(noxzKL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nok sebab sudi baca blog aku. Thank you so much. I love u noks.

      Delete
  5. Jumie, sedih aku baca komen kawan-kawan hang yang tak dak akai... Orang dah mati, pray for their soul la... aiyo... May he rest in peace, Tuhan lebih sayangkan dia.. He is a legend.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...