21.4.14

Gelaran Asian Next Top Model 2 Milik Gadis Malaysia Sheena Liam

Rakyat Filipina rata rata sekarang sedang marah dengan keputusan yang memihak kepada gadis Malaysia iaitu Sheena Liam yang berjaya menyandang gelaran Asia Next Top Model dalam pertandingan musim kedua ini.  Kenapa mereka marah?  Kerana kemenangan ini telah menumbangkan 2 orang peserta final yang kedua duanya ialah dari Filipina iaitu Jodilly Pendre dan Katarina Rodri.


Mengapa mereka marah dengan kekalahan ini?  Bagi saya,  rakyat Filipina sangatlah obses ketika memberi sokongan kepada rakan senegara mereka dalam pertandingan yang berbentuk nyanyian dan ratu cantik 'beauty pageant'.  Obsesi ini entah sejak bila mulanya.  Tapi u olls boleh tengok sendiri dalam laman media yang memaparkan kisah-kisah kemenangan atau kekalahan peserta daripada Filipina,  pastinya obsesi mereka ternyata jelas sekali dalam komen-komen yang berkenaan.

Inilah yang terjadi apabila Sheena Liam mendapat kemenangan ini.  Suatu kemenangan yang seharusnya dikongsikan dengan pelbagai kegembiraan bertukar menjadi sebaliknya.  Sheena dihentam sehabis boleh.  Dalam artikel temubual Sheena dan Star News,  Sheena bagitau bagaimana dia mendapat 5000 komen kebencian apabila dia post gambar dia memakai stokin baru.  Komen komen seperti 'YOU ARE UGLY' adalah rata rata daripada orang Filipina yang masih marah dengan kekalahan rakan Jodi dan Katarina.

Click Read More
Jodi dan Katarina.


Dalam laman Facebook Asia's Next Top Model, kemarahan yang membuak-buak ini juga memaksa pihak judges dan juga mentor AsNTM untuk membuatkan kenyataan rasmi tentang pemilihan pemenang. Namun, rakyat jelata Pinoy menganggap kenyataan itu adalah satu langkah 'pembetulan' kerana mereka 'takut' dengan komen-komen negative yang terlalu banyak.

Pelbagai tohmahan lain yang dikemukakan.  Paling mengerikan saya adalah apabila ada yang menuduh kemenangan ini diberikan kepada Sheena kerana pertandingan AsNTM kali ini diadakan di Malaysia dan kemenangan ini diberikan kepada anak watan negara ini bagi mengubati hati hati rakyat Malaysia yang sedih akibat kejadian kehilangan kapal terbang MH370. WAT DE FIAK DET I JES RID?
Okay,  before i pi sembang jauh jauh,  ampa semua ingat tak video ni?



Video ini menjadi viral suatu ketika dahulu kerana memaparkan 4 adik-adik yang feeling seronok apabila peserta pertandingan Miss Universe daripada Filipina,  Maria Venus Bayonito Raj berjaya masuk ke semi final.  Noks!  Gila dak??  Baru masuk semi final depa dah terkejang kejang macam ni.

Oleh itu nok nok semua,  tak payahla ampa nak terasa hati or berasa bengong apabila membaca mesej-mesej dan komen nista daripada para Pinoy dalam Facebook ka apa semua sebab ampa just bayangkan depa empat orang ni la yang duk tulis komen komen tu semua.  HAHAH mesti rasa funny kan?

Saya mengikuti pertandingan ini pada peringkat awal,  tapi jadi sedikit boring (sebab pada mulanya biasalah duk tengok drama drama depa ni semua yang suka duk feeling feeling takdak keyakinan) dan i terus lupa nak record dan follow.  Tapi one of my favorite contestant dari awal ialah Nicole Lee daripada Singapore.  Muka dia memang style EDGY gila dan dari awal dia memang banyak bagi gambar-gambar yang cantek.

Nicole Lee.

Jodi juga antara peserta yang come out strong dari awal.  Datang daripada keluarga susah,  Jodi berazam untuk buat yang terbaik untuk keluarganya.  Semangat macam ni banyak membantu juga dalam perjuangan yang memerlukan banyak focus macam ni.  Katarina dari awal dia tidak begitu kuat.  Gambar dia lame dan dia hanya berada di situ kerana dia cantek.

Satu yang saya suka dengan semua contestant kali ini adalah hampir kesemuanya memiliki feature asli seorang wanita Asia.  Dan muka macam Sheena adalah memang ekzotik Asian yang sangat disukai oleh pencetus fesyen tinggi di negara Barat.

Pertandingan AsNTM bukan untuk memilih ratu cantek.  Pertandingan ini mencari model.  Andrew Tan,  pemilik AndrewsModels Malaysia berkata kepada StarNews "I believe the fans were looking for a 'pretty' face to win,  because they are not from the industry," berkenaan dengan kutukan dan cercaan yang diterima oleh Sheena dalam pertandingan ini.  Beliau juga menambah  "But for a model to really make it on an international level,  he or she needs to be able to reinvent herself as a status symbol for coolness,"

Haaaaa....nyaah!  Enough bahasa akademik mak.  Mai sini mak nak bahasakan ampa pulak.  Sah sah la memang Sheena dipilih sebab dia memang muka high fashion.  Muka muka kemek dan sepet ni la yang mat salleh suka sangat dan nak bubuh baju mahai mahai ni semua kat runaway or fashion spread u olls. Lagi kemek muka hang lagi la depa suka.  Janji hang tinggi,  kaki panjang,  kulit cantek.  Kalau muka cantek-cantek ni selalunya hang akan masuk beauty pageants,  movies ataupun pornografi.

Akhir kata,  hope Sheena akan terus menyinar di pentas fesyen antarabangsa dan membawa nama baik Malaysia ke mata dunia.  U go girl!  Satu lagi saya suka pasai Sheena adalah kami mempunyai something in common iaitu minat dalam bidang penulisan.  Sheena akan menerbitkan cerita 'horror fiction' dalam Reader Digest tak lama lagi.  And dia kata,  dia memang minat menulis sebab nanti kalau dah tak buat modelling dia nak terus menulis.  Patutlah during the contestant,  I olls dengar pompuan ni bahasa pertuturan Inggerisnya sangat bagus.  And kawan-kawan semua,  toksah la duk layan perasaan rakyat Filipina yang tak boleh menerima kekalahan.  Biak pi la kat depa.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan






And here are some pictures of our champion!  Sheena Liam.  Muka fierce sangat. And kelebihan dia adalah ekspresi muka yang pelbagai.  








These are her pictures shot for Harper's Bazaar upon her winning.  Gila meleps.  Memang muka high fashion.  

 

2 comments:

  1. jumie..setuju ngn ang..aku mmg folo antm ni.mula2 terkedu jugak tgk awat depa suma xbapa nak cun (utk jadi model la) aku pun xcun. lama2 tgk..oooo..sheena ni pandai sungguh..(wpun aku xpaham lgsg modelling).plg syok tgk gambaq dia masa iklan syampu..yg mata katup..masa tu dah agak dia sure dia menang punya la..

    ReplyDelete
  2. setujuuuuuuuuuuuuu..menyampah tgk komen pinoy2 tu semua..yacksssssss....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...