7.4.14

Jangan Paksa Orang Lain Untuk Memaafkan

Catatan ini saya tujukan untuk wanita-wanita yang telah memaafkan bekas teman lelaki,  bekas suami,  bekas pasangan dan juga untuk wanita-wanita yang telah memaafkan teman lelaki,  suami dan pasangan.

Perhubungan cinta,  kasih sayang yang terbentuk dalam satu hubungan especially hubungan rumah tangga adalah amat kompleks berbanding hubungan kapel-kapel ni.  Hubungan rumah tangga antara seorang suami dan seorang isteri menjadi amat kuat kerana telah berlaku hubungan kelamin dan lebih erat hubungan ini apabila kedua-duanya mempunyai zuriat bersama.  Namun,  hubungan yang terlalu kompleks ini ada kalanya mengalami konflik dan menjurus kepada salah faham dan lambat laun menuju ke arah penceraian.


Apabila berlaku konflik,  almost semua wanita akan cuba untuk mendapatkan bantuan dan perhatian daripada semua pihak yang terlibat.  Acapkali keluarga dan teman rapat.  Of course kita sebagai orang yang paling rapat dengan mereka,  apa lagi yang kita boleh buat?  Kita pinjamkan telinga.  Telinga kita menjadi tempat luahan.

Click Read More



Dan kita bukan manusia kayu.  Setiap ayat dan kata-kata pasrah yang diluahkan itu sedikit sebanyak menggangu perasaan kita.  Kita juga dapat rasakan kesedihan,  kepasrahan, pedih,  geram,  dan segala maknena perasaan negative yang ada dalam kepala otak kita.  Sebab kita juga wanita.  Dan sebab kita sayangkan wanita yang bercerita itu.  Dia mungkin saudara kita.  Dia mungkin kawan kita.

Masa yang kita peruntukkan untuk mendengar kisah luahan ini kita tak minta balasan wang emas.  Kita tetap ikhlas mendengar dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabat/saudara kita itu.  Kita tak mau tengok dia menderita.  Kita tak mau tengok dia bersedih lagi.  Kita tau,  dia berhak untuk bahagia macam orang orang lain.

Tapi entah kenapa,  dalam banyak-banyak pilihan hidup yang ada di hadapan matanya.  Kawan/saudara wanita kita itu tetap memilih untuk kembali kepada pasangan hidupnya yang selama ini membuat pelbagai onar dalam hidup dia.  Tak cukup dengan membuli secara emosi,  kewangan dan fizikal.  Malah senang-senang meletakkan kawan/saudara kita ini sebagai sebahagian daripada pilihan hidup si lelaki durjana itu.  Tapi kini,  setelah apa yang telah dilalui oleh wanita itu,  setelah apa yang kita lalui bersama dengan wanita itu,  senang-senang dia memilih untuk kembali kepada suami/pasangannya.

Berapa ramai antara kalian yang membaca artikel  ini pernah melalui perkara yang sama seperti yang saya ceritakan di atas?

Marah?

Sedih?

Benci?

Pedih?

Marah,  tidak ada.  Sedih,  ada sedikit.  Benci,  langsung tidak ada.  Pedih,  ada sedikit.

Begitulah perasaan saya.

Sekali lagi saya nyatakan di sini.  Artikel ini saya tuliskan untuk wanita-wanita yang telah memaafkan bekas teman lelaki,  bekas suami,  bekas pasangan dan juga untuk wanita-wanita yang telah memaafkan teman lelaki,  suami dan pasangan walaupun setelah selama ini meluahkan pelbagai kesengsaraan dan kesedihan yang kalian hadapi dengan lelaki durjana itu.

Alasan kamu pilih?

Anak-anak.

Sudah tiada siapa lagi yang membantu kamu selain suami.

Dia masih suami aku.

Dia sudah berjanji ingin berubah.

Aku sudah sembahyang istiqarah dan inilah jalannya.

Inilah yang terbaik buat kami berdua.

Kalian boleh pilih semua jawapan-jawapan di atas.  Tapi siriesly i cakap,  kalau boleh,  biarlah ini sahaja jawapan dan alasan yang keluar daripada mulut kalian tentang kenapa kalian memilih pilihan ini.  Tak perlu kalian nak perdalamkan dan perincikan lagi jawapan-jawapan kalian.  Tidak perlu kalian nak kisahkan lagi hal hal yang melibatkan kisah-kisah cinta kalian yang sudah berputih kembali.  Kerana sesungguhnya kalau kalian sudah boleh memaafkan dia,  tidak mungkin saya dapat memaafkan dia juga.  Dan mungkin,  kalau saya sudah boleh memaafkan si dia itu (walaupun dia tidak ada kena mengena dengan hidup saya),  tidak mungkin saya dapat melupakan begitu mudah segala onar yang dia telah lakukan kepada kamu,  sahabat yang aku cintai.

Kamu faham aku?

Sudah tentu tidak.  Kamu sekarang sudah bahagia.  Kamu sekarang sudah gembira dengan hidup kamu yang baru.  Segala dulu yang nampak hitam kini sudah bercahaya.  Kamu rasa lebih yakin untuk berpimpin tangan dan ingin bercanda bersama.  Kamu berdua sudah saling memaafkan.  Kamu berdua sudah tekad mahukan untuk mulakan hidup baru.

Kamu tidak perlu faham aku.

Cuma satu sahaja yang aku pinta dari kau wahai sahabat/ saudara wanita ku.  Jangan paksa orang lain untuk memaafkan hanya kerana kau telah memaafkan.  Jangan paksa orang lain melupakan hanya kerana kau telah melupakan.

Kerana selepas ini,  kalau dia kembali dengan sikap anjingnya,  melayan wanita lain,  membazir wang untuk dadah,  mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga,  memukul kamu,  memukul anak-anak............................................itu bukan pengajaran untuk kau lagi.  Itu pengajaran untuk aku.

Kenapa aku katakan pengajaran itu untuk aku?

Kerana kali ini,  aku tidak mungkin akan berada di sini untuk pinjamkan telinga dan memerihkan air mata.  Bukan aku nak berkira kira dan bersifat kejam.  Tapi sekurang-kurangnya,  fikirkanlah hati hati kami ini juga.  Kami kakak,  ibu,  adik,  sahabat wanita yang amat sayang pada kamu.  Bukan menyalahkan pilihan hidup mu.  Bukan menidakkan jodoh mu.

Tapi kalau inilah yang paling terbaik buatmu,  buatlah apa yang kamu rasa yang kamu harus lakukan.  Dengan syarat,  jangan cerita apa-apa lagi pada kami.  Setiap kata-kata pujian,  aturan cinta,  metrai janji sumpah bahagia antara kamu dan dia seolah olah panah yang menusuk terus ke benak hati kami.  Sudah,  kami tak mau dan tak perlu dengar itu semua.  Kalau itu cinta sejati mu,  tak perlu diungkap dengan kata-kata.  Takperlu dimetrai dihadapan dunia.  Cukuplah antara kamu,  dia dan Tuhan.  Suatu hari nanti,  kalau ternyata cinta kamu dan dia kekal bersama,  segalanya akan terbukti dan kami di sini akan terus memerhati dan tumpang bahagia.

Tidak apa perumpamaan lain yang aku boleh letakkan di sini untuk membayangkan situasi hati hati kami.

Luahan dari hati seorang saudara/sahabat wanita yang sudah memaafkan suami/pasangannya.  Kami bukan jahat.  Tapi kami juga manusia.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...