23.4.14

Menghargai Sebuah Kebebasan - 12 Years Of Slave

12 Years of Slave adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Brad Pitt dan kawan-kawan dan berjaya merangkul banyak anugerah-anugerah besar untuk majlis penganugerahan filem di Hollywood tahun ini.  Antara anugerah yang berjaya digondol adalah seperti Best Supporting Actress dan Best Adapted Screenplay dalam 86th Academy Awards,  Best Actor dalam 67th  British Academy Film Awards.  Namun,  anugerah yang paling tinggi bagi saya adalah terpilih sebagai Filem Terbaik untuk Academy Award  dan BAFTA tahun ini mengalahkan beberapa filem hebat lain.

Saya download filem ini secara haram melalui internet (pengakuan berani) sebab saya tahu kalau beli di Astro First pasti akan ada banyak scene yang ditapis.  Filem ini mengisahkan tentang kesengsaraan seorang lelaki kulit hitam yang dilahirkan sebagai 'free man' pada era awal kurun ke 19 di New York,  Amerika Syarikat namun diculik untuk dijadikan hamba.  Selepas 12 tahun hidup dalam perhambaan,  dia akhirnya telah diselamatkan.  Dia kembali kepada keluarga tersayang yang sudah terlalu lama ditinggalkan dan lelaki bernama Solomon Northup ini menulis kisahnya dalam sebuah buku berjudul "12 Years of Slave".  Ya tuan-tuan sekalian,  kisah ini kisah betul.



Click Read More



Solomon Northup berjalan dengan anak dan isteri.
Filem ini sungguh panjang tempohnya.  134 minit.  Lebih kurang 2 jam 30 minit.  1 jam 30 minit setelah menonton filem ini,  saya berhenti menontonnya kerana sudah tidak tahan untuk melihat seksaan dan juga kekejaman yang dilakukan oleh tuan-tuan tanah kulit putih yang bagi saya bukan lagi kejam tapi sudah hilang akal dan menjadi gila babi.  Tindakan mereka memperlakukan manusia berjiwa seperti sebuah objek membuatkan saya rasa jelek dan bosan.

Kan tadi saya cakap,  saya download filem ini secara haram kerana saya nak dapatkan kandungan tanpa tapisan.  Apa yang saya tonton dalam kandungan filem 12 Years of Slave tanpa tapisan ini memang memeranjatkan rongga akal dan jiwa saya.  Melihat bagaimana hamba-hamba kulit hitam telanjang bulat dengan badan berbirat-birat (parut dipukul / dirotan) mandi bersama-sama di sebuah tempat terbuka begitu menyayat hati saya.  Untuk hamba wanita pula akan menjadi hamba kerasukan seks tuan kulit putih akan hadir sesuka hati pada waktu malam.  Kadang-kadang perbuatan itu dilakukan dihadapan hamba lelaki kulit hitam yang lain.  Mereka terpaksa melihat.  Tidak boleh membantah atau bertindak untuk melindungi wanita itu kerana mereka pula akan dihukum dan diseksa.  Dalam cerita ini,  dibunuh!

Dalam satu scene lagi,  tentang bagaimana hamba-hamba dijual.  Mereka (lelaki dan wanita dan kanak-kanak kulit hitam) disuruh berdiri telanjang dan berdiri di dalam ruang bilik khas (seolah-olah galeri) untuk dipertontonkan kepada bakal tuan yang hendak membeli mereka.  Bayangkan perasaan kalian berdiri telanjang bogel dan orang berjalan dihadapan kalian dan menilai harga diri kalian seolah-olah tubuh badan kita ini adalah sebuah barangan yang boleh dijual beli?

Kan tadi saya dah cakap,  saya berhenti tengok cerita ini sekerat jalan sebab tak tahan nak tengok seksaan yang dilakukan dalam scene-scene filem ini.

Baru baru ini,  saya kuatkan semangat (dan sebab dah takdak filem / cerita best kat Astro) saya pun sambung tonton 12 Years of Slave di mana saya terhenti dahulu.  Lebih kurang pada tempoh 2 jam perjalanan filem ini,  barulah kita sampai ke klimaks cerita.  Watak Patsey yang dipikul oleh Lupita Nyongo' dalam cerita itu telah dituduh melarikan diri.  Oleh itu,  tuan tanah yang bersifat gila babi iaitu lakonan Michael Fassbender  memaksa Solomon Northup untuk memukul Patsey dengan sebuah belati.


Lupita Nyong'o as Patsey


Tabik spring kepada pengarah filem ini kerana berjaya membuatkan aksi ngeri ini dengan begitu REAL sekali!!!!!  Setiap kali tali belati itu hinggap ke badan Patsey,  kita boleh nampak darah terpercik.  Jangan tanya kepada saya bagaimana reaksi wajah orang dipukul belati,  aku tidak pernah tengok.  Tapi masa tengok reaksi itu,  aku rasa lakonan dia memang sangat hebat dan sungguh real.  Apabila camera mengubah focus dari arah belakang,  kita akan nampak bagaimana kulit,  isi daging akan pecah terkoyak setiap kali tali belati itu terkena pada badannya.  Dan ada juga siatan yang melihatkan kepada tulang putih.  OH SHIT! I DONT EVEN LIKE WRITING THESE DOWN!

Malam itu Patsey kelihatan tidur terlentang di atas katil kayu.   Dua wanita (hamba) sedang membantu dia untuk membersihkan luka luka ngeri itu.  Hamba-hamba lain duduk diam mengelilinya.  Melihat Patsey menangis dalam seksaan.

Dan masa itulah.....AKU TURUT SAMA MENANGIS.  Bukan hanya menitiskan air mata.  Tapi aku menangis yang memang menangis dengan hingus dan juga sesak napaih.  Memang tangisan yang rasanya macam dah terlalu lama aku simpan.  Perasaan aku masa itu seolah-olah seperti berada dalam bilik usang itu bersama-sama dengan semua hamba-hamba pada malam itu.  Dan aku terus menangis sampai habis cerita ini.

"Hey...hang pasaipaaa?" tanya suami aku yang dari tadi sedang baring disebelah.  Aku dari tadi duk layan tengok filem ini menggunakan laptop dan earphone.  Apabila dia sedar yang aku menangis sebab menonton filem,  dia ketawa kecil sambil berkata ;

"Dah...dah....duk nangih apa...depa berlakon jaa....." kata suami i olls.

"Abiang....memangla depa ni berlakon.  Tapi cerita ni betui betui jadi.  Memang dulu orang kena pukui sampai macam ni.  Depa terseksa abiang....Ya sedih........," aku terus menangis sampai habis seluruh cerita ini.  Kiranya lebih kurang 50 minit aku terus menangis teresak-esak.

Chiwetel Ejiofor yang memegang watak Solomon Northup adalah seorang pelakon British yang amat berbakat.  Ive seen him berlakon dalam filem-filem lain sebelum ini seperti Salt (with Angelina Jolie) sebagai pelakon pembantu.  Ini first time tengok dia berlakon sebagai watak utama.   Saya tak rasa dia berlakon.  Saya rasa dia terus TRANSFORM jiwa dan raganya untuk watak ini.  Selayaknya dia menang pelakon lelaki terbaik untuk Academy Awards juga,  tapi i think Academy Awards bagi Oscar kepada matthew mcconaughey sebab Ejiofor already won Best Actor Award pada BAFTA 2014.  Of coursela BAFTA kalungkan anugerah ini untuk pelakon British mereka dan Academy Award berikan anugerah ini kepada pelakon Amerika mereka.


Chiwetel Ejiofor  sebagai Solomon Northup



Saya memang amat bersetuju apabila Academy Awards mengangkat cerita ini sebagai Filem Terbaik.  Filem terbaik seharusnya sebuah filem yang benar-benar membawa impak kepada para penonton. Dan inilah yang berjaya dilakukan oleh filem ini.  Harap kalian cuba luangkan masa untuk tonton filem ini.  Sangat berbaloi.

Trivia mengenai filem ini  :

  • Make up artist dalam filem ini melukis misai Michael Fassbender (tuan tanah yang gila babi) dengan air arak untuk memberikan kesan bau arak yang sebenar kepada para pelakon-pelakon lain dalam scene dia sedang mabuk.  Baguih betui teknik ni.  Bau yang di-trigger oleh arak itu memberikan emosi tambahan kepada pelakon lain yang berlakon tanpa dialog.

    Michael Fassbender sedang marah dalam scene.

  • Ejiofor pada mulanya menolak tawaran watak ini kerana dia kata dia takut.  Tapi pengarah filem,  Steve McQueen meyakinkan bahawa watak ini akan menjadi "role of the actor's lifetime'.  DAN MEMANG BETUL PUN!

    Solomon sedang bercakap dengan Samuel Bass watak yang dilakonkan oleh Brad Pitt. Watak kecil ini bertanggungjawab menjadi orang bertanggungjawab membawa berita tentang identiti sebenar Solomon kepada rakan dan keluarga di New York yang akhirnya menamatkan hidup perhambaannya.
  • Steve McQueen memang berangan angan nak tulis sebuah skrip tentang bagaimana seorang lelaki kulit hitam yang dilahirkan sebagai seorang 'freeman' dipaksa untuk menjadi hamba,  namun apabila isterinya memanjangkan kisah benar seorang lelaki bernama Solomon Nothups dia terus rasa teruja dan menggunakan buku tulisan lelaki ini terus sebagainya karya filem seterunya.

  • Anak perempuan Steve McQueen menyuruh beliau mengambil Sarah Paulson sebagai tuan tanah perempuan yang jahat kerana anak dia kata,  Sarah Paulson memang nampak SCARY.

    Sarah Paulson berlakon sebagai tuan tanah perempuan yang sangat berhati kering.

  • Lupita Nyong'o dan Michael Fassbender tidak bercakap langsung diluar babak lakonan.  Sebab depa nak kena berlakon sebab watak yang bertentangan dalam filem ini.  Maksudnya,  dalam filem ni Lupita jadi hamba dan Michael jadi tuan tanah yang gila babi.  So depa tak jadi rapat kat luar scene...sebab nak kekalkan emosi tu!!  Gilaaaa deep.




  • Michael K. Williams yang berlakon sebagai seorang hamba bernama Robert mengalami situasi 'emotional breakdown' di mana dia menangis dan menjerit untuk sekian lama sebab watak dan scene seksaan hamba yang sungguh menyentuh hati.  Depa terpaksa berhenti berlakon sat dan semua crew dan stunt coordinators kena pujuk dia.  GILAAA wehss...kalau aku tak tau laa pulak macam manaa.  Aku kena rasuk hantu teruih kot.

  • 12 Years of Slave adalah filem pertama yang di arah oleh seorang lelaki kulit hitam untuk menang anugerah Filem Terbaik.


    Steve Mcqueen (pengarah) dengan piala yang bukan Oscar :p

1 comment:

  1. issh..aku mmg teringin nak tgk la.wondering kalu aku bleh tahan dak tgk babak2 seksa. still terbayang video lelaki palestin crita 100 askar israel rogol wanita palestin pehtu campak atas jalan..ada satu laki palestin nak tolong tarik pi tepi last2 dia kena tembak sampai mati..ya allah kejamnya dunia ni.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...