8.4.14

Pengalaman Menjual Suara

Hello u olls,

Saja nak share dengan ampa hari tu akak berpengalaman menjual suara untuk satu pembikinan video yang diterbitkan untuk tujuan maklumat kesihatan.  Akak disunting oleh Martin Tang,  seorang pelajar USM yang juga kenalan i olls la.  Dia terlibat dalam pembikinan video ini yang diedit dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  So untuk bahasa Malaysia,  dia jemput akak untuk buat voice over.  Yang bahasa mat salleh punya,  orang putih mana ka yang buat la.  Kerlass tak?  I feel international sangat.

Masa mula-mula nak dapat job ni,  Martin mai jumpa akak and buat recording ringkas.  Dia bagi text video tu dalam Bahasa Malaysia dan suruh akak baca.  Lebih kurang 30 saat.  Pastu suara akak itu dihantar kepada client.  So,  kalau depa suara akak barulah depa pilih and kata YES!

After one week,  akak pun dapat berita gembira daripada Martin.  Dia kata client setuju dengan suara akak.  GITU!!!!  Lepas tu,  Martin pun email kat akak text skrip video tu.  Sebuah video yang menceritakan tentang prosedur rawatan untuk pesakit buah pinggang.  Akak pun retype balik skrip tu agar jadi lebih besar.  Dan perkataan yang susah susah akak study dulu siap siap.

Proses rakaman suara di buat di Studio Gaya Dunia di BJ Complex Penang.  Rakaman mengambil masa lebih kurang 2 - 3 jam untuk satu hari.  Preparation before i olls membuat rakaman adalah first sekali,  baca artiskel banyak kali.  Baca dan faham.  Bukan baca saja saja.  Bila kita faham barulah kita akan buat intonasi yang sesuai dengan ayat tu.  Secondly,  buat exercise mulut macam nak nyanyi,  bubbling and hissing.  Then,  finally masa baca relaks ja. Buat macam nak baca kat orang.

I hope i can share the voice over and video kat ampa.  Tapi sorry tak boleh.  Hak cipta terpelihara.  Tapi tak taula esok esok ampa pi private hospital mana-mana untuk dengar rakaman video ni,  agak-agak ampa boleh perasan tak tu suara I?

ps/  kat bawah gambar I olls dengan Martin.  Muka akak diedit berseri seri jadinya.  Hhahahaha...

Love,
Jumie Samsudin


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...