9.4.14

Sentap Kawan Office Tak Ajak Makan

Salam Kak Jumie, 
Saya adalah salah seorang peminat blog akak yang havoc nih, saya merasakan yang saya seperti mendapat spirit baru bila membaca segala yang ada di blog akak.
Saya nak buat luahan dan saya berharap agar akak dapat memberi sedikit kata carutan kepada mereka yang merasa bangsatwan bukan bangsawan yang dihormati.
 
Di opis saya dikelilingi oleh maknusia yang suka sangat makan kuih talam sampai muka pun boleh bertalam-talam.  One day ada satu lady nih dia mengandung dan segala haram markonah pernah meminta saya membeli kowt-kowt anak dalam perut teringin tak dapat meleleh..saya dengan rasa kasihan dan bergumbira tolong beliau sebab saya pun macam akak juga dah kawin tapi belum datang rezeki nak membuntingkan diri. 
Keesokkan harinya, kebiasaan saya akan bertanya pada beliau nak makan apa?  Dan saya tak tau pulak yang dia dah ade hanjing yang mengajak beliau makan dan tidak langsung mengajak mahupun mempelawa..bukan la kata nak sangat mengikut atau apa tapi kalau dah Kak Nam ade kat sebelah meja jak tak kan mulut beliau penuh emas nak bercakap...takut Kak Nam kirimkah, takut Kak Nam ikutkah?? 
Saya harap kak jumie dapat memberi sedikit carutan kepada orang-orang yang dah banyak sangat makan talam nih. 
Sekian
Kak Nam Junior

Click to read more


Dear Kak Nam Jr,

Hahaha tergelak aku membaca email hang ni. Sah sah hang sentap sebab kawan-kawan office hang tak ajak hang makan.  Pastu teruih hang nak cop depa bangsatwan la apa semua.  Amboi.  Hang ni tak baik hang tau dak.  Kalau betui hang suci murni sebab duk baca blog i olls selalu.....awat hang duk suka suka carut orang tak pasai ni.  Hang tengok akak lani,  hang ada tengok ka akak selalu carut carut kat orang dah?  Dah 3 4 tahun dah akak tak berapa nak mencarut dalam blog akak ni.

Tapi dah hang minta kan?  Mai sini I olls nak carut kat hang dulu.  Lain kali,  toksahlah hang nak sentap sentap sebab kawan kawan hang tak ajak hang makan ka apa ka.  Biak pi la kat depa.  Kalau aku jadi hang,  aku lagi gumbira u olls.  Pi beli makan siap siap masa mai kerja (or bekal dari rumah),  pastu makan kejab kejab je kat office.  

Takdak buang masa pi melepak lama-lama kat luar.  Hang tau la kalau pi beli makan ramai ramai kan nanti amik masa semua.

Toksahla nak sentap sentap dah.  Ingat,  kalau hang betul ikhlas tolong.  Hang tak akan harap balasan.  Malah mengharap esok lusa hang mengandung macam depa pun kira dah macam mengharap balasan.  Kalau hang betul ikhlas,  hang bagi bantuan tanpa mengharap balasan u olls.  Haa.....kan dah kena carut dengan aku?

Tula ampa ni semua duk tengok banyak sangat drama Melayu.  Tula sikap ampa suka nak feeling feeling mangsa keadaan.  Rasa macam menjadi cacian masyarakat.  Rasa macam dipulau komuniti.  Padahal,  semua tu ampa feeling sorang sorang.  Biak pi la depa nak pi makan-makan sekali pun,  janji depa tak suruh hang bayak makanan depa.  And lagi satu,  kalau depa keluak sekali pun sebab depa nak ngumpat hang ka apa ka...biakla....hang kira hot la tu.  Sebab tu depa nak ngata hang.

Dah dah tak mau marah dah apa semua kat hang.  Satgi hang sentap dengan aku tak mau baca blog aku dah.  Dah la ampa ni semua baca ja hari hari satu komen pun tak reti nak bagi.  Janji dengan i olls u olls tak akan sentap untuk benda benda remeh ni semua dah.  Ingat...kita bangsawan.  Kita ada kelas.  Kita tak akan berasa menyingsa dengan sifat sifat negative ni.  Biak pi kat depa.

Love,
Jumie Samsudin

8 comments:

  1. betui... be cool... kalau orang tak ajak, kita leh jimat masa. kluar jap, tapau apa yg kita nak makan... peh tu trus balik opis. leh jugak mejimatkan duit poket. sebab kekadang kalau makan ngan kengkawan ni, kalau de masa tu.. mungkin diorg ajak melencong sikit... kot2 la ter-shopping.... haa.... tak dapat lak nak saving..kot la terlebih belanja kan?

    ReplyDelete
  2. Kelakar sbb benda yg sama pun happened kat I..geng lunch tak ajak lunch. Mula2 ada sentap sikit (tak baik menipu) So one day depa tak ajak lunch i kluar jer sorang tapau. Ada aku kesah ke? I belajar dari situ. Bila dah ahli lunch bertambah maka kuih talam semua pun keluar la. Orang kata; kalau kita suka bergossip akhirnya kita pun akan digossipkan sekali. Padan muka..tapi nasib baik sedar awal.

    For Kak Nam Jr, orang camtu tak boleh dibuat kawan pun dan tak RUGI pun. Sekarang i bawak bekal save cost dan boleh diet. Satu lagi, memaafkan orang boleh menenangkan perasaan kita sendiri. Try!

    bak kata Countess Dowager @DowntonAbbey, don't be sentap dear, it's very middle class. So i pilih jadi bangsawan.

    -Noorhayati Alias-

    ReplyDelete
  3. Heheheh i pon penah rasa jugak situasi camnie..... muka talam lapih.... punyalah i duk tanya depa nak mkn mana semua.... last2 depa keluar pintu belakang & yg best time i masuk p carik dah xdak depa semua... wahhh best sgt rasa sentap tuh... then i dah set dalam otak... ader pon xdak untung, xdak pon xrugi apa2... bila waktu akan menunjukkan siapa deorg pada mata org lain nantie.... so dari sini kita jugak leh kenai mana satu kawan yg akan tolonggggggg kita bila kita susah... dan yg xakan tolong kita time kita susah......

    Apa pon just abaikan deorg..... ader aku kisah....

    ReplyDelete
  4. todiaaa tiga orang komennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. jadi seorg yg berdikari, tak yah mcm rombongan Kak Kiah hanya nak p makan

    ReplyDelete
  6. jumie...
    kami rasa tak payah nak sentap2 sangat kalau kawan tak ajak keluaq makan...
    kena nilai diri kita sendiri jugak, pasepa org keluaq senyap2 tak ajak kita...
    jangan dok sentap n maki org tak tentu hala...
    nilai balik perhubungan kita ngan kawan2 kita, adab kita dengan kawan2 kita, sikap kita dengan kwn2 kita sama ada kita buleh give n take atau tak...
    pada kami, kalau pasai ni kawan2 kami nk sentap, lantak la..
    tak dak pasai nk pujuk2...
    tak rugi tang mana pun kalau tadak kawan yg dok menyentap lagu ni..
    menyusahkan kita ada la...

    sekian.



    ReplyDelete
  7. jgn buang masa kuaq makan time keja.mmg berapi la tgk tempat kossong ja suma cabot pi makan.makan sat sat macam jumie kata tu betoi sgt2...semoga berkat duit gaji kita tu sbb tak curi masa keja pi makan n mgumpat.

    ReplyDelete
  8. hahahahaha... lawaksss... oit jumie, jgn sentap org baca ja xdak komen entry ang!

    ala dik nam jr, chill babe! memula rasa nak pi siat2 muka talam depa tapi after awhile ang dpt nikmat x bazir masa pi lunch baru la ang tau tu Tuhan bagi nikmat kat ang!

    Chill.... masa lunch la pulun punggah sakan khatamkan entries jumie

    -Sal-

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...