31.5.14

Sabrina Hashim, Freelance Make Up Artist

Hello u olls semua,

Hari ini saya berbesar hati sekali lagi untuk memperkenalkan seorang lagi make up artist,  yang based dari Penang.  Her name is Sabrina Hashim.  Dia sebenarnya senior I olls masa di St.  George Girl dahulu tapi tak sangka after so many years,  kami dorang mempunyai minat yang sama iaitu menyolek.  Saya sendiri pernah tengok hasil kerja beliau di depan mata i olls sendiri masa pementasan teater Kasanova in 2012.  Farhan Azizan (AF) personally told me "I likeee her make up!!"  Okay so hari ini,  i olls nak kongsi minat,  passion dan hasil kerja Sabrina Hashim dengan u olls semua.

Sabrina Hashim (kanan) bersama model,  Izyan Khairil.

CLICK READ MORE

27.5.14

Ulasan Teater RINTIS 2014 : Wangi Jadi Saksi


Wangi Jadi Saksi 

Karya : U-Wei Haji Shaari
Lakonan : Eyta Laila (pelajar tahun akhir yang dinilai)
Arahan : Yusof Bakar
Skrip : U-Wei
Genre : Kontemperori
Klasifikasi : PG16


Sinopsis
Apakah benar Jebat dan Tuah bertarung selama tujuh hari tujuh malam? Apakah Jebat benar-benar mahu menuntut bela kematian Tuah? Apakah Tuah yang membunuh Jebat?
Kisah lagenda pertarungan dua sahabat di alam Melayu, ceritera Tuah dan Jebat sering menjadi bualan hikayat agung dari zaman ke zaman.

Kisah tragedi ini telah terakam dalam dua naskah besar Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Apakah kisah pertumpahan darah ini diceritakan secara telus? Atau mungkin masih tersembunyi cerita sebenar yang terpaksa disembunyikan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak?

U-Wei Haji Saari cuba mengupas cerita lagenda ini di sebalik sejarah yang ditanam difikiran kita melalui pandangan seorang wanita, isteri kepada Hang Jebat, Dang Wangi. Apakah yang telah disaksikan oleh Wangi?

Jom baca review I


26.5.14

Dinner Tema Greek Goddess

Hello u olls,

Semester lepas office we olls buat tema Hollywood untuk para exchange program ke USM...haa this semester pulak kami nak buat tema GREEK GODDESS.  Oleh itu,  inilah pilihan stail dan fesyen yang akan akak pakai untuk dinner tersebut.

STEMBAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!




Budak Amerika berlatih cakap Melayu




Pementasan Teater sempena Rintis 2014

Hello u olls semua,

Ini adalah artikel 'bayar hutang'. Seperti semua orang tahu, RINTIS 2014 baru sahaja selesai. RINTIS 2014 merupakan minggu khas di Pusat Pengajian Seni, USM yang akan memaparkan semua projek pelajar tahun akhir yang meliputi major Lakonan dan Pengarahan, Seni Halus, Muzik, Media Baru, Rekabentuk Produk dan Komunikasi Grafik.

Yang i olls nak kongsikan hari ini adalah pementasan teater bagi pelajar Lakonan dan Pengarahan yang mementaskan ada lima buah teater iaitu Wangi Jadi Saksi,  Sayang Sri Tanjung,  Anna,  Dalam Kehadiran Sofea dan Kena Main.

Saya dengan rasa bangga sebenarnya nak bagitau bahawa saya memang amat bangga dengan pementasan teater kat USM.  Tak kiralah yang dipentaskan oleh para pelajar atau kakitangan USM sendiri,  semua memang ada mutu dan kualiti yang boleh dibanggakan oleh pencinta dan pengikut seni teater Pulau Pinang.

Saya selalu duk tolong promot pasai pementasan kat blog dan Facebook saya.  Memang alhamdulillah,  sekarang ni pengikut teater dalam kalangan orang luar USM dah makin ramai.  Saya harap lepas ni kita ada lebih ramai pengikut seni teater.  

Especially daripada ahli keluarga USM sendiri.  Saya sendiri sebagai staff USM sebelum ini tidak pernah amik tau sangat pasai teater teater kat USM.  Before berlakon dalam teater Kasanova,  saya pernah sekali dua sahaja tengok teater kat USM.  Padahal kita kat USM ni belambak lambak punya teater duk ada.

I hope lepas ni,  pementasan teater kat USM mendapat tempat di hari ahli keluarga USM dahulu barulah lebih enak kita nak bercerita dan warwarkan kepada penonton di luar sana.  Feel tengok teater ni lain.  Lebih meletops berbanding tonton wayang.  Sapa yang dah pernah tengok teater sekali....mesti nak mai tengok lagi!

Dan harapan saya lepas ni pulak ialah kalau boleh lebih ramai orang menulis ulasan dan memberikan pandangan mereka tentang pementasan yang mereka telah tonton. 

Tak semestinya kita kena ada PhD dalam bidang ini untuk berikan ulasan.  Sekadar perkongsian ringan yang dicatatkan dalam Facebook / blog.  Apa yang anda suka?  Apa yang anda tak suka?  Lakonan siapa yang paling memberikan kesan?  Apa yang ampa paham dari cerita dan skrip yang disampaikan?  

Catatan ringkas itu boleh dijadikan panduan kepada kami semua,  paling berguna kepada para penggiat seni teater.  Dan kepada kita yang menulis pun,  ada banyak kebaikannya kerana penulisan boleh menajamkan minda. 

TERUTAMA sekali para pelajar USM.  Ampa ni semua duk belajar degree apa semua.  Duk tulis paper macam-macam untuk lecture and classes ampa,  tapi ampa duk mai nganga tengok teater ni semua tak boleh ka buat penulisan sikit review.  150 patah perkataan pun jadilah.  Ampa tau tak,  yang duk tulis skrip drama semua kat TV dan filem Malaysia semuanya orang orang standard SPM sahaja.  And skrip depa baguih baguih dan amat menyentuh jiwa.  Kalaulah skrip-skrip dapat ditulis dari kalangan kalian yang ada degree,  master degree ataupun Ph.D....kan lagi baguihh!!!!  



Okaylah,  here are the 5 teater yang telah dipentaskan.

Click to read more

24.5.14

RTW Dresses, Kebaya Kimono Cardigan and Shawls by @TejaaCouture

Hello peoples yang amat suka window shopping!

Hari ini i olls nak promo satu lagi website yang menjual READY-TO-WEAR (RTW) dresses,  kebaya kimono cardigan and shawls iaitu @Tejaacouture.  Web based depa adalah IG,  so lani semua orang tengok instagram je kan.  So haruslah u olls check out IG @TejaaCouture ni.



Click to read more


PAKEJ SAYA NAK KAHWIN by @TejaaCouture






Pakej Saya Nak Kahwin 
( RM 1000)

1.  Set Hantaran
2.  Sepasang persalinan untuk pengantin
3.  Pre and Post Wed Studio Shoot
4.  Jongkong Emas untuk Pengantin
5.  Khidmat Fotografi
[Pre & Post Wed Shoot  |  2 Jurugambar  |  Liputan 3 Majlis  |  2 unit 8 x 12 album  |  2 unit 16 x 24 bingkai gambar]



Click to read more


23.5.14

Recap 22 Mei 2014

Hello u olls semua,

Minta mahap sangat minggu ini tidak ada banyak cerita baru.  Kerana setiap hari i olls adalah amat busy kat office and apabila malam i olls akan menjadi letih minda dan harapan. Haaa letih harapan?  Perkara baru tu.  Bayangkan juga,  rumah ku yang terletak di Kg Baru Ayer Itam ini adalah sekangkang ungka sahaja dari USM tapi terpaksa redah sejam drive pergi dan sejam lebih drive balik.  Penat tau dak duduk dalam kereta.  Dah la perangai pemandu kereta dan motorsikal di Penang especially di area JELUTONG,  PERAK ROAD DAN AYER ITAM adalah mencelakakan sekali.  Memang celaka yang rasa macam kalau aku Malaikat Maut dah lama dah aku cabut semua nyawa depa.  Bawa motor masuk lane bertentangan selamba badak ja.  Kita yang kereta ni pulak yang nak kena ada pi ke tepi sikit untuk depa.  Memang aku rasa pakcik pakcik,  anne anne,  apek apek yang duk bawak motor kat area ni semua ni dulu duk kerja kat sarkes kot.  Dah biasa bawak motor atas dinding pusing tu.

Actually akak ada banyak benda nak share nak story nak review.  Tapi harap ampa semua menyabak na.  Insya allah minggu ni,  i olls akan karang macam macam kat ampa.

Kepada u olls yang telah membaca cerpen KISAH HATI tu.  Sorryla membuatkan banyak orang menangis.  Tapi harap ampa semua fahami subtext cerita ini.  I love u olls.

Sekian dahulu.

Nanti kita sambung lagi.

I love u olls!

20.5.14

Cerpen : Kisah Hati

Assalamualaikum Kak Jumie,

Thank you sebab sudi baca email saya hari ini. Perkongsian ini amatlah berharga dan ingin saya catatkan sebagai kenangan terindah walaupun amat pahit juga kisahnya. Saya ingin kongsikan kepada akak diharapkan akak editla apa yang patut dan masukkan dalam blog akak yang vouge ini.




Nama saya Syazrin. Berusia 27 tahun. Selepas sekolah, saya tidak bernasib baik macam kawan-kawan yang lain. Sambung belajar ke kolej dan universiti. Saya terpaksa pikul tanggungjawab menjalankan perniagaan keluarga. Selepas sekolah, ayah dan kakak saya mengajar saya selok belok untuk run our business. Alhamdulillah, after so many years, saya dah boleh berdikari dan jaga business keluarga kami ini.

Kisah yang saya ingin saya kongsikan ini bukan kisah perniagaan keluarga saya. Tapi kisah hati saya.

Click read more

16.5.14

NYX Lip by @liplippie

Salam to all,

Nenjia nak cerita mai kat ampa pada tahun lalu i olls telah menerima hadiah meletops daripada seorang peniaga online bernama Wan Syazwani from Alor Star Kedah.  She sent me satu hadiah dalam red wrapping.  Apabila membukanya akak terjumpa lipstick dengan colour yang sungguh meletops meletops.  And with it,  akak dapat mesej melalui email.


Syaz perkenalkan diri.  Dia kata dia meniaga barangan kosmetik NYX yang original daripada Amerika Syarikat.  NYX mempunyai macam-macam range of cosmetic products tapi Syaz focus kat lippie dahulu.  Memang baguihla dia hadiahkan lippie kat akak sebab dalam banyak banyak barang make up,  lippi yang paling i olls suka.

So here are my review! JOM BACA!

Posing dengan lip color XLC08 Skin Tone Lip Colors.

15.5.14

I Am Julia Pereng

Dear all,

Baru baru ini selesai sudah tugas saya melakonkan watak Julia dalam pementasan teater berjudul Dalam Kehadiran Sofea.  Alhamdulillah,  pementasan dua hari kami mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Dua dua hari 100 more people came and watched us.

Julia Pereng tengah feeling.

Kepada u olls u olls yang mai tengok show kami,  akak nak ucapkan ribuan terima kasih atas masa dan duit tiket yang disumbangkan untuk projek pelajar tahun akhir ini.

Kesimpulannya,  persembahan kami alhamdulillah menemui kejayaan.  Ramai orang puji kata set cantek,  lakonan semua best dan depa rasa terhibur.  Skrip ini yang ditulis oleh orang kampung saya bernama Abang Lee ataupun Razali Ridhwan.

14.5.14

Japanese & Seafood Buffet Dinner at Café Laurel, Evergreen Laurel Hotel Penang

Hello u olls semua,

Artikel ini adalah untuk u olls u olls yang mempunyai iman yang tinggi dan ketahanan jiwa yang utuh kerana artikel ini mengandungi gambar-gambar yang bisa menggoyah iman.  Kalau tak berani baca dan tengok gambar ini sampai habis,  sila katop dulu blog ini.

Baru-baru ini I olls telah dijemput untuk membuat review tentang Japanese dan Seafood Buffet Dinner di Cafe Laurel,  Evergreen Laurel Hotel Penang.  Haruslah i olls membawa teman-teman yang sepemakanan dengan i olls.  Tapi we olls we olls semua takderla pergi makan buta u olls,  teman-teman i olls beli coupon potongan harga untuk Japanese and Seafood Buffet ini melalui Groupon di mana kami mendapat harga istimewa RM72 sahaja!!  Sekarang tawaran ni dah habis!!  Tapi i olls tetap nak buat review sebab sajian Japanese and Seafood buffet akan diadakan setiap Jumaat dan Sabtu.  But if u guys nak tunggu offer dari Evergreen Laurel Hotel di Groupon,  ampa boleh subsribe kat sini :   Evergreen Laurel Hotel Penang Groupon Subscribe

Memang puas hati mai makan kat sini sebab terdapat lebih daripada 50 jenis hidangan makanan Jepun dan makanan laut yang disediakan untuk para tetamu.  Ada sashimi,  sushi,  lobster,  salad,  sajian makanan Malaysian style,  steam boat,  tomyam,  kepah, tempura,  stuffed crab,  pelbagai aneka pencuci mulut seperti chocolate mousse, pudding,  lai chee kang,  ice cream dan macam-macam lagi.  Tak boleh nak cerita banyak,  ampa tengok sendiri gambar kami semua makan punya banyak sampai lagi sikit nak keluar darah kat telinga.


Okay,  kalau ampa berani,  jom click read more!

10.5.14

Homemade Green Kimchi by Caramasak.Com.My

Inspirasi disebalik terciptanya Homemade Green Kimchi ini datang apabila Ms.  Lynda (pencipta produk) duk gigih nak masak beef glass noodles (ala Korea) dia pun kena la buat sekali sayur jeruk.  And bila sayur jeruk tu tak habis,  dia pun makan sekali dengan nasi kosong panas-panas.  

Memang sedap dan layan katanya.  Sampaikan sayur jeruk itu menjadi side dish utama dan wajib dalam hidangan keluarganya.  One day,  seorang temannya yang merasa sayur jeruk ini mempunyai nilai komersial meyakinkan Lynda untuk jual produk ni.  Dorongan dan semangat daripada kawannya ini,  akhirnya terciptalah Homemade Green Kimchi by Caramasak.Com.My.


Homemade Green Kimchi memang satu produk yang sangat hebat.  Sebab dia versatil.  Paling simple,  makan dengan nasi panas dan telur dadar pun dah terangkat.  Rasa masin-masin,  manis manis sayur,  pedas-pedas itu akan membuka selera kita.  Produk ini juga boleh menjadi penyedap untuk hidangan simple seperti maggi,  nasi ayam,  sup,  bubur nasi dan apa-apa sahaja yang come up to your mind.  Dan pada pendapat saya,  produk ini juga sangat bagus dijadikan travelling food.  Untuk berkelah ataupun semasa dalam perjalanan jauh dan percutian bagpack!

Produk homemade ini dibuat 100% bahan asli dan sayur sayuran segar.  Pihak CaraMasak.Com.My dalam proses untuk mendapatkan logo halal.  Kerlas!!

8.5.14

Kekasih Gelap Akak

Hello u olls,

Hari ni saja nak share cerita gedik gedik ni.  Akak sekarang ni dah feeling jatuh cinta verver merembes semua dah dengan seorang jejans yang haruslah sangat kendu.  Setelah mengenali dia,  akak terus kata kat dalam hati dah....confirm aku masuk neraka sebab perasaan cinta aku kat dia ni.

Haaaaaa drastik tak akak? Sebenarnya kekasih gelap yang akak maksudkan ialah seorang pelakon dalam Game of Thrones iaitu yang belakon watak Khal Drogo.  Akak macam ketinggalan sikit,  lani baru akak download semua cerita GOT ni and nak feeling feeling layan drama series ni.  So bila first time akak tengok Khal Drogo ni,  pekpek akak teruih muik muik u olls.  HAHAHAH nakhariam betui la.


Click read more

6.5.14

Let It Go by Jumie Samsudin




Dont Rain On My Parade by Jumie Samsudin




Sifat Manusia Yang Suka Menghentam Orang Lain

Lately saya perasan ramai orang sangat berani dan lantang dalam menghentam orang lain apabila melihat sesuatu perkara yang tidak enak dan tidak sesuai dengan nilai hidup dirinya sendiri.  Media sosial seperti Facebook menjadi salah satu medan utama untuk manusia manusia ini membuat hentaman.  Daripada soal kecil seperti rupa bentuk badan dan pakaian orang lain hinggalah kepada kes kes besar yang melibatkan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.

Setiap pagi bila baca Timeline Facebook,  saya macam merenung seketika.  "WOW...ramainya kawan kawan aku yang vocal,"  "Macam mana depa ni boleh pikiak sampai macam ni sekali?  Depa ingat depa ni baguih sangat ka apa ka?"  "Tudia beraninya kata kat orang,  ampa tak pikiak esok lusa apa pulak nak jadi kat anak cucu ampa,"

Inilah yang terlintas di hati saya setiap kali membaca komen dan status berani daripada rakan rakan di Facebook.

Sedihnya,  dahulu saya juga seperti itu.  Saya sangat 'bitter' dan seringkali menggunakan medan media soaial untuk menghentam mana-mana pihak yang mana tidak sesuai dan tidak sedap di mata saya.  Ada peluang sahaja,  saya akan berkata dan menyuarakan pendapat.  Ada kalanya pendapat saya itu tidak berasas dan menyebabkan individu tertentu rasa kecil hati.  Hakikatnya,  acapkali status berkenaan memang ditujukan kepada golongan tertentu.

Artikel saya tentang ulasan fesyen 'terutamanya' sering menjadi kesukaan ramai kerana keberanian saya mengutuk filihan fesyen para selebriti.  Sehinggalah saya sendiri 'terasa' apabila saya membaca status rakan pereka fesyen yang berkata "Orang yang tiada pendidikan dalam bidang fesyen tidak layak untuk memberikan komen,"

Daripada bersifat seperti manusia bertamadun,  kata-kata saya menghentam dan mengutuk orang lain tanpa batasan akhirnya memberikan effect yang negative kepada saya.  Antaranya,  orang beranggapan bahawa saya seorang yang negative,  suka bergaduh dan 'buat best'.  Saya juga menyedari bahawa adakalanya saya digunakan oleh individu lain untuk meluahkan hal hal yang mereka tidak berani untuk luahkan.


Click Read More

5.5.14

Miss Teen USA Dress Sama dengan Baju I

Hello u olls,

Thanks to anak ayam Eizhal Azami sebab share information ni.  Katanya Miss USA pakai baju sama dengan dress I olls yang kerlas itu.  I pun tengok la gambar tu.  I tak kenal pun mana satu Miss USA tu tapi gambar ni di share dalam page FACEBOOK MISS USA OFFICIAL la.  U olls tengok la sendiri.  Sekian!

Love,
Jumie Samsudin

Miss Teen USA tiga dari kiri

I olls,  yang tengah dan meleps itu dikelilingi students USM yang meleps.

Sorry Im Not Working Today


Semua orang tau i olls sangat obses dengan Beyonce? HAHA.  I also perasankan diri dengan menyatakan Beyonce adalah sepupu kepada I olls.  Wells,  people can be very very crazy apabila berkenaan dengan bintang pujaan mereka.  For me,  i memang minat Beyonce sejak dari zaman dia feeling No No No dengan Destiny'd Child lagi.  I suka suara dia and energy dia apabila buat performance.  Yes i memang gila kat dia.  Paling gila sekali adalah i olls telah membeli tiket paling mahal untuk concert I Am Beyonce di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lampau.  Namun,  Beyonce (antara 100 orang paling berpengaruh di dunia - TIMES) telah meng-kengselkan kongset beliau itu kerana Malaysia menetapkan restriction untuk memakai pakaian yang beradap sopan untuk membuat persembahan terbuka di negara ini.

Well,  i sokong tindakan Beyonce walaupun hakikat duit I olls RM400 something burn macam itu sahaja.  I tak redeem pun balik tiket itu.  I masih simpan tiket itu (dah leminate).  I rasa tindakan Beyonce itu memang bertetapan dengan prinsip WHO RUN THE WORLD nya.

I olls tetap sukakan wanita ini.

Click Read More


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE