20.5.14

Cerpen : Kisah Hati

Assalamualaikum Kak Jumie,

Thank you sebab sudi baca email saya hari ini. Perkongsian ini amatlah berharga dan ingin saya catatkan sebagai kenangan terindah walaupun amat pahit juga kisahnya. Saya ingin kongsikan kepada akak diharapkan akak editla apa yang patut dan masukkan dalam blog akak yang vouge ini.




Nama saya Syazrin. Berusia 27 tahun. Selepas sekolah, saya tidak bernasib baik macam kawan-kawan yang lain. Sambung belajar ke kolej dan universiti. Saya terpaksa pikul tanggungjawab menjalankan perniagaan keluarga. Selepas sekolah, ayah dan kakak saya mengajar saya selok belok untuk run our business. Alhamdulillah, after so many years, saya dah boleh berdikari dan jaga business keluarga kami ini.

Kisah yang saya ingin saya kongsikan ini bukan kisah perniagaan keluarga saya. Tapi kisah hati saya.

Click read more

Selepas zaman persekolahan, saya sempat mengikuti kem PLKN. Inilah satu satunya peluang saya mengenali dunia luar, selain dunia sekolah dan dunia keluarga saya. Untuk pengetahuan Kak Jumie, keluarga saya amatlah strict dan tak benarkan saya bergaul dengan orang sembarangan kecuali sanak saudara terdekat. So bila masuk kem PLKN ni, memang saya belajar banyak benda la kak.

Saya kenal ramai kenalan lelaki. Saya ni takdak la lawa and segak mana pun kak. Kulit hitam manis, badan pun gempal gempal. Tapi entahlah, ramai juga lelaki suka nak berkawan dengan saya. Tapi saya kawan dengan diorang ni semua atas dasar persahabatan and suka suka. Takder lebih dari itu.

Entah bagaimana, menerusi kawan-kawan baru ini, saya kenal seorang lelaki bernama Daniel. Daniel ni baik orangnya. Dia handsome, tinggi, hitam manis, rambut lebat dan hitam dan paling saya suka mata dia. Bulu kening dia tebal and anak mata dia besar. Sekali pandang, memang saya dah feeling dia macam Remy Ishak.  Nak dijadikan cerita, dalam satu gathering majlis hari jadi, saya berkenalan dengan Daniel.

Saya perhati Daniel ni amatlah pendiam dalam majlis tu. Dia duduk sahaja dan tak banyak bercakap. Sekali sekala dia sama sama ketawa dengan teman-teman lain. Saya curi curi lihat ke arah dia. Tapi, saya sungguh tak sangka, lepas majlis hari jadi teman kami tu, saya dihubungi oleh teman kami, 

”Rin, ko ingat tak Daniel? Sepupu Aizat?”

”Haa kenape?” tanya saya. Pelik.

“Dia minta no ko....”

“Biar betik!!” saya memang amat terkejut dengan penyataan kawan saya itu.

”Betul la. Aku nak tipu buat pe. Ni aku nak tanya ko ni. Boleh tak aku bagi no ko kat dier. Dia duk minta sangat....”

Tanpa fikir panjang saya pun membenarkan teman saya memberikan no telefon saya kepada jejaka bernama Daniel tu. Tak sampai lima minit lepas tu, telefon saya berbunyi. Wassap mesej masuk dari satu no yang tak dikenali. Saya ambil masa untuk tengok gambar profile untuk nombor itu. Sah sah itu ialah Daniel.

Tapi kak, saya taknakla tunjuk yang saya ni terhegeh hegeh sangat kan. Nanti dia ingat saya gedik. So saya pun biar lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........saya tak balas wassap dia tu.

Lepas 2 jam, Daniel mesej lagi ”Hey...ada tak ni.......naper tak balas....”

Saya diamkan diri lagi. Saya biar semalam kak. Esok pagi, lepas subuh baru saya balas. Dan sejak itu, kami tak henti bermesej-mesej.

Masa saya kenal dengan Daniel ni, umur saya baru 20 tahun. Dan Daniel baru sahaja 19 tahun. Dia baru sahaja habis SPM dan dia sedang berkira-kira untuk sambung belajar. Walaupun dia muda daripada saya, tapi Daniel bagi saya amat matang.

Mungkin sebab sifat dia yang pendiam dan lebih banyak memerhati, setiap perkataan dan perbuatan yang Daniel buat menjadi satu tunjuk ajar dan contoh yang baik untuk saya. Saya banyak belajar dari Daniel.

Kami tidak pernah keluar berdua-duaan. Selalu berteman. Dia akan bawa kawan-kawan dia, dan saya akan bawa kawan-kawan saya. Lama-kelamaan, Daniel memberanikan diri untuk bawa saya berjumpa dengan keluarga dia. Pada mulanya saya amatlah takut dan nebes, tapi saya beranikan diri saya.

Sebenarnya, keluarga Daniel juga sama macam keluarga saya. Tak membenarkan anak-anak berkawan dengan orang tak tentu hala. Especially duduk kat KL ni, kalau tak jaga anak-anak, macam-macam benda tak elok boleh jadi.

Tapi yang ajaibnya, bila Daniel perkenalkan saya kepada keluarganya, sambutan yang diberikan adalah amat baik sekali!! Especially ibu dia.  Ibu Daniel juga minta saya panggil dia IBU...bukan aunty.

“Daniel dah bawa Rin jumpa family Daniel....Rin bila nak bawa Daniel jumpa your family?”

ISHHH BUDAK NI!! Banyak kali saya tolak permintaan dia kakak. Bukan saya taknak, bukan saya sombong, tapi saya lebih kenal family saya. Saya taknak nanti family saya salah sangka.

And seperti yang saya bagitau tadi, keluarga saya sangat skeptikal dengan rakan-rakan saya. Saya jarang bawa kawan-kawan ke rumah. Sebab parents saya suka tengok my friends atas bawah dan always prasangka dengan teman-teman saya. Nanti, daripada saya boleh berkawan, last last terus tak dapat berkawan dengan sapa sapa lagi.

Satu hari, nak dijadikan cerita, Daniel muncul di hadapan restoran yang diusahakan oleh keluarga saya. ASTAGHFIRULLAH. Saya macam nak pitam bila tengok My REMY ISHAK duk posing depan kedai dengan spek mata and porch kat tangan. Hampir nak terjatuh dulang kek yang saya duk bawa dari dapur. Lemah lutut saya kak.
Cepat cepat saya pergi ke meja Daniel.

”Kenapa u datang sini?????” tanya saya dengan gelisah.

“Ehk...kenapa pulak tak boleh?” tanya Daniel

”U tak nampak ke i sibuk macam ni. Haa tengok i serabai macam ni. I malu la.....”

“I tak kisah. Dah banyak kali i nak jumpa your family. U tak bagi kan? Haa....pasai restoran ni pun, Aizat baru pecah lobang kat I. Kalau tak i tak tau pun family u ada restoran,” kata Daniel sambil duduk dia pun duk tengok keliling. Macam mencari seseorang.

”U duk tengok aper je....”

“Family u ada? Siapa ada? Ayah u ada?”

”Ayah i baru balik.....kakak i ada.....” jawab saya gelisah.  Tiba tiba, kakak saya muncul kat sebelah.

”Haaa Rin....siaper ni?  Hemsem nye...pakwe ke???”

”Ish kak ni.........giler ke apa pakwe,” muka saya dah merah padam time tu akak. Saya dengan kakak sulong saya ni memang rapat. Dia banyak tau cerita saya. Tapi saya seganla dengan dia. Nanti dia pikir apa la pula pasai saya ni.

”Assalamualaikum kak. Nama saya Daniel. Kawan Rin. Saja la datang nak makan-makan kat sini. Orang cakap kat sini masak lemak cili api dia memang meletops. Tu la nak rase...” jawab Daniel yang tiba tiba bercakap banyak dan mesra alam nak mampos. Selalunya mamat ni punyala pendiam. Eeee geramnya saya bila teringat cara Daniel time tu....

“Ohhhhh waalaikumsalam. Bagus bagus. Mai support restoran Rin ni. Actually restoran ni baru je buka. Rin yang handle. Semua hiasan kat kedai, menu and resepi pun semua Rin yang develop sendiri. Nanti bagitau la kawan-kawan lain,” 

 ”Of course kakk........Erm......makanan ni semua Rin masak jugak ke?”

“Macam nasi and lauk lauk biasa tu, kita ada tukang masak kiter la. Tapi yang masak lemak cili api tu, memang Rin buat sendiri. Kitorang dah train dier dah. Mak kitorang dah bagi GREEN LIGHT sebab tu dia boleh jual kat restoran ni. Kalau tak...buat malu kat orang je...” celoteh akak sulong saya pun menjadi jadi.

”Haaa Rin. Ko terjegat je kenapa. Tanyala kawan ko nak makan apa? Nak minum aper,” sergah kakak i. Hampir tertelan lidah sendiri saya rasa masa tu.

”U nak minum aper...” tanya saya kepada Daniel. Daniel senyum kat arah saya dengan senyuman paling MISCHIVES yang pernah saya tengok. EEeee geramnya saya kat dia masa tu kak....

”I nak teh o ais limau. Makan......i nak makan lauk yang u masak je. Apa pun takper. I nak makan. Tapi yang u masak je tau....” kata Daniel.

Saya pun beredar ke dapur membawa tubuh badan saya yang macam tong drum ini. Sambil mengomel sendiri saya pun duk fikir la apa nak hidang kat mamat ni. Jadi buntu saya jadinya akak. Macam mana kalau family saya soal siasat saya pasal jantan ni. Tak pasal pasal kawan laki datang kedai. Tak pernahnya saya perkenalkan kawan kawan saya pada keluarga. Apatah lagi kawan lelaki.

”Haa......ko dah bengong ke apa Rin,” sergah kakak saya lagi.

”Eeee akak ni. Kenaper!!!”

”Sapa mamat tu? Dia yang ko duk mesej malam malam tu ehk? Haaa...aku bagitau kat mak,”

”Janganla akak....saya kawan kawan je dengan dia. Ni nak hidang apa kat dier ni?” 

”HAHAHAHA....” kakak saya gelak panjang. “Ko ni dah angau ke aper? Takper. Ko pergi amik pinggan. Hidang nasi, lauk masak lemak tu, kerabu perut dengan ulam raja. Sambal kuinin pun ko letak sikit. Air nanti akak bawak. Ko pergi la layan kawan ko tu. Promot sikit business ko. Nanti dia bawak lagi ramai kawan,”

Dikisahkan, saya pun temanlah Daniel makan hari itu. Dia makan dengan sungguh berselera sekali. Dia tambah nasik bukan sekali, tapi 3 kali!!! Dia memang tak malu tak segan. Sambil makan, kami pun berborak dan bergurau. Memang saya tengok Daniel lain sangat hari itu. Dia tak macam Daniel yang saya kenal 1 tahun 5 bulan yang lalu. Dia sangat relaks and LET IT GO sangat.

Malam itu, sebelum saya tidur, saya membelek mesej wassap saya. Memang sebelum saya tidur, saya akan baca wassap dahulu. Kot kot la ada berita sensasi dari teman teman rapat.

”Hai Rin...buat apa tu? " wassap dari Daniel masuk.

“Nak tidur ni....”

“I nak tidurr...tapi i duk teringat lauk ikan tilapia masak lemak cili padi u masak kat i tu.....”

”Mengadanyaa u ni....esok datang la lagi”

“U bagi ke i datang hari hari?”

”U jangan nak mengada!!””HIHIHIHI.....kan best kalau u dapat masak macam tu kat i hari hari....”

I tak jawab wassap itu. I biar dia KRIK KRIK sat. I rasa macam tak tau nak balas apa kat dia. Apa maksud dia kak? Nak suruh saya masak kat dia hari hari? Dia nak saya kawen dengan dia ke? Gila ke apa. Saya ni dah la tak cantek. Gemok gedempol. Lagipun mana saya boleh kawen dengan dia kak!! Dia tu tahap Remy Ishak.

Tiba tiba telefon i berdering. Daniel called saya. Saya pun jawab.

“Rin...naper u diam,”

”I duk baca blog Kak Jumie ni,” saya menjawab dengan penipuan.

“Rin...i nak cakap satu benda boleh tak?”

”Aper dier?” jantung i bergedup laju kak. Saya tarik nafas perlahan dan tahan nafas itu. Apa juga yang Daniel nak cakap, saya tak tau, tapi hati kecil saya macam boleh mengagak. Kalau betul apa yang dia nak cakap tu sama dengan apa yang saya fikirkan, jantung saya akan pecah meletop akak.

”Daniel nak hidup dengan Rin sampai bila bila. Daniel janji, lepas habis belajar, Daniel nak beli rumah, beli kereta, and Daniel nak hidup bersama-sama dengan Rin. Rin kena jaga Daniel okay.....”

Pada saat itu juga, jantung saya meletop.










PART II

Perhubungan antara saya dan Daniel masih kuat. Tapi kami tidak pernah declare diri kami sebagai couple atau pasangan kekasih. Walaupun dah banyak kali Daniel bagi hint kat saya.

Dia bagi saya hadiah. Dia selalu bagi ayat ayat cinta. Tapi semua tu saya tak balas kak. Saya bukan takut kak. Saya bukan nak lari dari realiti. Ya, saya akui saya suka kat Daniel. Mungkin dalam hati kecil ini berkata, saya cinta kat Daniel. Seikhlas hati saya. Tapi saya tidak mahu memberikan harapan kepada lelaki ini kerana saya ingin jaga hati saya dahulu.

Saya masih ingat apa yang akak tulis dalam blog akak tak lama dulu. Kata-kata ini mungkin terlalu open dan keras, tapi saya pegang kata-kata akak ini. “Puki kita boleh bagi kat 1000 lelaki. Tapi jangan bagi hati kita senang senang kat laki lain. Kerana silap langkah, bila hati kita dipermainkan, jangan sibuk nak salahkan orang lain”
Saya sedar saya tak cantek. Saya ni orang biasa je kak. Kalau nak bandingkan diri saya dengan Daniel, saya pasti kat universiti dia tu, ramai gila awek awek yang teringin nak kenal kenal dengan dia. Tapi kenapa dengan saya jugak yang dia mau?

”Rin, Daniel tak kisahla Rin nak kata apa pun pasai Daniel. Tapi selagi Daniel boleh tunggu. Daniel akan tunggu Rin sampai bila bila,”

Itulah kata-kata berhantu dari Daniel yang saya akan ingat sampai mati kak.

Teman-teman rapat juga mencemburui saya. Ada yang kata, saya dah letak ubat guna guna kat Daniel sampai Daniel jadi macam ni. Paling tragis sekali, apabila seorang perempuan ni, model popular juga kat Malaysia ni, pernah ajak Daniel keluar. Dia memang nak flirt dengan Daniel. Tapi senang-senang je Daniel cakap dia dah berpunya. Bila tanya siapa, Daniel tanpa segan silu sebut nama saya. Terbahak bahak orang gelakkan Daniel.  Tapi Daniel langsung tak malu.

Cerita ini diceritakan oleh teman teman kami juga.

“Apa yang ko buat kat Daniel tu Rin........memang giler dia setia kat ko.....macam anak anjing ikut tuan dier...” tanya kawan saya seorang wanita pondan jugak.

“Tak baik ko cakap macam tu Lynda. Aku pun tak tau la. Aku biasa je dengan dia. Tapi yelah...aku mengaku. Aku memang take care pasal dia. Dia sakit demam, exam, study dia...semua aku tolong jaga dia. Memang dah macam couple. Family dia pun dah macam izinkan hubungan kami. Kalau Daniel demam ke apa ke kat asrama, mak dia minta tolong aku gi hantar makan. Sebab Daniel cakap dia kempunan nak makan apa yang aku masak je....”

”Yela.......aku pun tak tau la nak komen aper.  Ko feeling je la nyah....Cuma aku kesian la kat Daniel tu. Ha...ko ni duk buat jual jual mahal. Ko tak jeles ke kalau ramai perempuan duk kenal dengan dia semua,”

Persoalan Lynda itu menjadi satu titik permulaan baru dalam hubungan kami. Pada tahun akhir pengajian Daniel. Dia memang jadi teramat sibuk. Dia kena stayed back kat studio sampai lewat pagi dan tak ada masa untuk borak borak dengan saya lagi. Apatah lagi nak jumpa jumpa.Ada satu time tu, saya duk contact dia banyak hari tapi dia langsung tak jawab. Wassap dia pun tak berbalas. Dia punya last seen pun menyatakan dia tengok fon pada 2 hari yang lalu.

Saya jadi gusar akak! Malam tu saya tak boleh tidur. Pada jam 2 pagi, saya curi curi keluar rumah dan terus drive pergi cari Daniel kat studio tempat dia belajar. Daniel belajar architecture. Saya pernah pergi tempat tu. So saya gagahkan diri pergi ke sana.  Walaupun kalau ikut ikutkan saya memang takut gila nak datang masuk bangunan tu malam malam.  Tapi,  saya nak tengok apa yang dia buat. Dia betul ke ada kat sana.

Dalam perjalanan tu, saya drive macam hantu. Macam macam yang terbayang dalam kepala otak saya. Antara yang paling saya takut adalah melihat Daniel merendek dengan perempuan lain.  Tapi apabila saya tiba kat studio tempat Daniel bekerja, saya terus jerit nama dia “DANIEL!”

Tiba tiba dari timbunan kertas kertas putih dan sclupture bangunan yang bertimbun timbun, Daniel berdiri. Muka dia pucat dan lesi.  Saya terus meluru arah Daniel. “U pi mana? Awat i duk called u semua tak jawab?”

“I ada sinila...i duk buat kerja.  Minggu ni dateline. I nak kena siap banyak benda,” muka Daniel amat lemah. 

Saya tengok sekeliling, memang Daniel ada sorang je kat situ.


”Takdak saper kat sini, budak budak lain dah balik. U datang sorang ke?”

”Aha....”

”Sayang jugak u kat i yee...u rindu kat i kan?” tiba tiba Daniel buat senyuman nakal.

”U jangan nak mengada. Naper muka u pucat?”

”Yeke....mana tak pucat. I tak makan apa pun. I duk minum kopi dengan air coke je since last night. Aderla ni Mc Donalds burger i makan....lapik perut sikit,”

Saya pun tengok keadaan sekeliling meja Daniel yang penuh dengan kertas balut burger dan cawan kertas Starbucks dan Coke McD.

”Kenaper u nak kena buat semua ni teruk teruk. Tolongla jaga diri juga. Study tu study la....” saya duk merungut kat Daniel.

”Sayang...nak buat macam mana. Inikan pilihan mak bapak I. I nak belajar sungguh sungguh sebab ini yang mak bapak I suruh i buat. Dulu i tak mau amik course ni, tapi u yang pujuk i. U suruh i ikut cakap Ibu....lepas degree sambung master plaks” saya tersentak mendengar kata-kata Daniel.

”Rin...kalau ini yang Rin nak Daniel buat. Daniel buat. Tapi Rin kenalah faham. Inilah kerja kitorang. Kalau datang projek apa apa yang penting. Kami kena focus betul betul. Rin kena faham dari sekarang...nanti kalau kita dah.................”

“Dah...u jangan nak mengada ngada,” i terus potong kata kata Daniel. I suruh dia kemas semua barang dan beg dia. Malam itu juga saya ajak dia balik rumah saya. Lantak la mak saya and bapak saya nak marah pun, tapi saya nak bagi Daniel makan. Saya tak kisah apa pun.

Memang Daniel ikut saya balik ke rumah. Saya masak nasik and panaskan lauk pauk yang ada. Saya goreng telur dadar untuk Daniel. Saya bancuh air teh o panas untuk dia. Daniel duduk di meja makan dengan sopan. Sebelum makan, saya suruh dia pergi basuh muka.

Kami berdua tak cakap sepatah haram pun. Sebab dua dua tahu, apa yang kami buat ni mungkin akan membuatkan mak bapak saya naik berang.

Lepas membasuh muka, Daniel membaca doa makan.

”U taknak makan sekali?” tanya Daniel.

”U makan dulu....” kata saya perlahan.

Belum sempat Daniel nak jamah suapan pertama. Tiba tiba terdengar suara ibu saya berdehem di belakang. DAMNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!








PART III

Esoknya saya kena soal siasat yang amat panjang dengan mak dan bapak saya. Nasib baik diorang tak naik berang depan Daniel. Depa hormat tetamu. Walaupun tetamu yang tak diundang. Lepas saya nyatakan yang Daniel ialah kawan saya. Dia baru habis study. 3 hari tak keluar studio. Saya nak bagi dia makan.

Tapi mak dan bapak saya tanya macam-macam kat saya. Sejak bila saya kenal. Sejak bila saya kawan. Dia duduk mana? Umur berapa? Mak ayah dia kerja apa? Dan macam-macam lagi. Paling memeranjatkan saya adalah apabila ayah saya tanya “Korang berdua ada buat apa apa benda tak senonoh?”

Astaghfirullah. Tentunya tidak. Saya dan Daniel, pegang tangan pun tak pernah akak. Sumpah! Walaupun kami dah banyak kali keluar tengok wayang, pergi membeli baju. Saya sendiri pernah tengok Daniel salin baju depan saya, dia nak try satu baju ni, dia ajak saya masuk fitting room sekali. Dia londeh semua akak. Tapi kami tak buat apa pun. Cuma saya terkedu seketika tengok tubuh badan seorang lelaki. Balik tu saya mandi hadas. HAHAHA

Lepas disoal siasat panjang-panjang, nasib baik kakak sulong saya mai back up. Dia pun bagitau yang Daniel ni selalu datang kedai and makan semua. Dia bagitau yang Daniel ni budak baik and bukan jenis peleseran.

Keputusannya, mak dan bapak saya benarkan saya berkawan dengan Daniel. Dengan syarat, lain kali nak datang rumah, bagitau mak dan bapak dulu. Jangan curi curi bawak masuk macam tu!

Pejam celik pejam celik. Sudah 6 tahun kami berkawan. Persahabatan yang terjalin ini memang betul betul membuatkan kami berdua amat rapat. Macam - macam kenangan susah dan senang yang kami lalui bersama. Begitu juga saat sedih dan ketawa yang dikongsikan.

Daniel masih juga Daniel yang saya kenali 6 tahun yang lalu. Cuma sekarang dia sudah bekerjaya. Dia bekerja dengan firma jururunding pembinaan yang dijalankan oleh ayahnya. Walaupun company bapak dia sendiri, tapi bapak dia tetap layan dia macam anak majikan lain. Memang bagus betul la bapak dia treat and latih dia. Bukan senang senang bagi kemewahan.
Saya ingat lagi masa mula mula Daniel dapat gaji pertama dia yang hanya RM2000. Dia datang jumpa saya kat depan rumah masa tu and hulurkan satu gumpalan duit. 

”Nah...ini untuk Rin...”

Saya pun tengok gumpalan duit tu. Ada RM300.

”Ehk...naper Daniel bagi duit ni? Ni kan gaji Daniel. Tadi pun dah belanja makan semua first gaji. Tak mau la duit ni,”

”Dulu masa Daniel study. Daniel susah aper semua. Rin yang tolong. Sakit demam Daniel. Rin belikan ubat. Inilah time Daniel balas balik jasa Rin. Rin ingat tak? Apa janji Daniel....Daniel nak beli rumah and nak beli kereta untuk Rin..and kita akan hidup sama sama k.....”

Ayat berhantu itu bermain lagi dalam benak hati saya.

Untuk pengetahuan Kak Jumie, saya tak pernah guna sekupang pun duit yang Daniel tu. Akak tau apa saya buat? Saya beli baju, seluar, tali leher,  perfume,  pen apa apa je la....and bagi balik kat Daniel. Saya cakap saya beli hadiah kat dia. Padahal tu semua duit yang dia bagi kat saya. Entahla kak, saya rasa apa yang saya tolong kat dia selama ni adalah ikhlas. Saya tak minta apa apa balasan pun. Cukuplah selama ni dia sudi jadi kawan saya.

Susah nak gambarkan hubungan kami ni kak. Tipulah saya cakap setelah 6 tahun saya kenal Daniel saya takdak hati langsung kat Daniel. Memang saya dah taruhkan hati saya kat dia. Tapi akak kena dengar cerita saya sampai habis baru akak faham kisah saya ni. Saya bukan nak simpati dan belas kasihan dari orang lain. Tapi saya nak orang tau, saya juga sama macam manusia lain. Ada hati dan perasaan. Dan perasaan saya ini bukan dibuat buat. Perasaan saya ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ya, saya memang sayang pada Daniel.










PART IV

Suatu hari, tiba tiba Aizat, sepupu Daniel datang ke restoran saya. Ketika itu, saya memang dah bersiap siap nak tinggalkan kedai. Alhamdulillah perniagaan makin maju. Saya dah ada ramai pekerja. Kakak sulong saya pun tak perlu tolong saya lagi. :)

Aizat ajak saya pergi ikut dia ke satu tempat. Dia kata dia ada benda nak minta tolong dari saya. Pelik juga saya rasa. Aizat ni rapat juga dengan saya tapi takder la pernah minta tolong apa apa pun. Aizat ni bukan jenis suka merapu. Dalam kepala otak saya duk terbayang Aizat ni nak kena saman dengan sapa sapa ke and dia nak pinjam duit kat saya untuk settle luar mahkamah. Ish macam macam kepala saya ni.  

Aizat ajak saya pergi lepak kat satu kedai kek. Kami tak makan kat situ. Just bungkus je. Aizat kata dia nak bawak kat tempat yang sunyi sikit. Kat sini banyak orang boleh dengar.  Akhirnya, Aizat bawak saya kat satu tasik. Memang kat sini tak ramai orang. Kitorang pun park kereta dan terus lepak kat gazebo yang ada kat tepi tasik tu.

Mula mula kami pun berborak ringan dan gelak gelak. 

”Haa...ko nak cakap apa sangat dengan aku ni!! Dari tadi aku duk tunggu,” desak saya.

”Aku nak cakap benda ni kat ko Rin. Tapi aku tak tau nak cakap macam mana. Aku dah pikir banyak kali dah. Serba salah aku jadinya....”

”Apa dier....”

”Ko tau tak yang Daniel dah bertunang. Dia nak bernikah and sanding hujung bulan ni,”

TIBA TIBA TERUS SAYA RASA MACAM SELURUH DUNIA SAYA MENJADI HITAM....................................................................................................saya dah tak nampak muka Aizat lagi. Saya rasa macam badan saya terbang ke angkasa lepas.
“Rin....ko okay ke tak ni??? Ko dengar tak apa aku cakap?”

“Haaa......yerr.....aku dengar,”

”Ko tau tak?”

“Tau aper?”
“Daniel dah nak kawen...”

”Er.....aku tak tau. Ini aku baru tau....” saya menjawab dengan lemah. Memang saya dah takdak tenaga dah masa tu kak. Saya tunduk jer. Masa tu memang air mata saya mengalir kak. Saya malu nak tunjuk kat Aizat. Saya tunduk je kak. Ya Allah, hanya tuhan yang tahu perasaan saya masa tu.

”MEMANG BANGSAT LA DANIEL TU!!!! Aku dah agak dah. Aku dah banyak kali tanya dia. Tapi dia mengelak dari aku!”

Lepas pertemuan pedih itu,  Aizat hantar saya pulang.  Saya tidak bermaya langsung. Saya terus duduk di dalam bilik. Inilah rasanya frust menonggeng kan?   Memang frust yang amat amat frust. Walaupun saya dan Daniel tak pernah couple? Dan tak pernah declare yang kami couple. Kami juga tidak pernah meluahkan kata I LOVE U. Tapi kenapa Daniel buat saya macam ni? 

Kenapa saya rasa sangat sedih dan perit di hati lepas Daniel buat macam ni kat saya? Kenapa saya perlu rasa tidak tentu arah? Kenapa saya perlu rasa saya perlu diberitahu apabila dia hendak berkahwin?

Hari hari yang mendatang. Saya jadi macam zombie. Jasad saya bergerak. Tapi jiwa dan roh saya entah ke mana.  

Oh ya, kalian pasti bertanya tentang Daniel kan? Dia contact saya tak? 

YES!! Dia tetap contact saya setiap hari macam hari hari biasa.

Dia tanya saya dah makan ke tak? Saya duk buat apa? Saya pakai baju apa hari ni? Restoran semua okay tak? Dia juga called and cerita pasai masalah kat tempat kerja dia. 

MACAM BIASAAAAAAAAAAAAAAAAA!! Dan saya pun layan dia macam biasa.

Entahlah la kakak. Saya tak tau apa yang saya sedang buat ni. Saya ni patung ke kak? Daniel ni sayang kat saya ke tak? Kenapa dia buat macam ni?Aizat muncul lagi di restoran saya. Dia ajak sembang dengan saya lagi.

”Aku dah bagitau Daniel pasal benda ni. Aku dah cakap yang ko dah tau pasai dia nak kawen,” kata Aizat.

”Sorryla Rin. Kalau aku yang emosi. Aku tak tau apa yang korang berdua lalui. Tapi aku kenal korang berdua kawan dah lamer. Daniel tak boleh buat macam ni kat ko....” Aizat berkata kata sambil memandang ke arah lain. Asap rokok keluar berkepul kepul dari mulut dia.

”Relaks Aizat. Siriesly. Aku tak marah sikit pun kat dier. Aku faham. Dia mesti ada sebab kenaper buat macam ni. Lagipun kami kawan biasa je. Tak dak apa apa pun. Kenapa dia nak kena minta kebenaran aku ke kalau dia nak kawen? Kami bukan KAPEL pun,”

”Takderla.....ini bukan soal kapel ke apa ke. Tapi dah sampai lagi sebulan nak kawen pun dia tak cerita apa apa. Ehk...kalau best friend pun...bukan ko ke patut tau first sekali benda gembira ni?”

Saya tidak dapat jawab lagi kata kata Aizat. Saya serve dia minum. Pastu saya terus busykan diri saya di dapur. Saya tengok, tak lama lepas tu, Aizat pun beredar.

Lewat petang, sebelum Maghrib saya pun tiba di rumah dari restoran. Lepas mandi dan solat, saya pun turun ke ruang tamu untuk tonton berita di TV dengan bapa. Ini memang rutin kami.

Tiba tiba, mak datang dengan sekeping sampul warna emas.

”Rin....ni tadi Ibu datang. Dia jemput kenduri kawen Daniel, lagi dua minggu. Kat Dewan Felda,”

Ya Allah. Dugaan apa yang ko berikan pada aku ni. Aku pun menarik nafas perlahan. Aku berlakon selamba. Aku ambil kad sambil tersenyum. Aku buka kad itu yang tertulis ‘Walimatur Urus...DANIEL dan FARRA’

”Amboiihhh sampai bagi kad ni semua. Daniel ni nak angpau lebih la ni....” aku berseloroh. Saya sembunyikan perasaan saya yang sebenarnya. Mak saya duk perhati muka saya dari tadi akak. Tapi syukur, Allah tutup aib saya. 

Kalau ikutkan hati,  saya dah lama nak meraung dan koyak-koyakkan kad tu.

”Mak tak taupun Daniel nak kawen. Ko tak pernah cakap pun,”

”Ehkk...yeke tak pernah cakap? Saya rasa dah cakap la...Mak yang tak ingat kot....” saya menipu mak saya. Minta maaf Mak.

“Nanti kita pergi kenduri sekali ehk?” tanya mak saya lagi.

”Hari apa kenduri tu mak?” saya buat buat tanya.

”Hari Sabtu,”

“Sabtu kan saya bukak kedai. Takpa...mak pi dengan bapak. Saya pi sendiri dari kedai. Maybe saya datang dengan Dewi,” kata saya merujuk kepada seorang pekerja kedai yang selalu teman saya ke sana ke mari.

Malam itu, saya tidak tidur langsung akak. Saya menangis. Saya ambil wuduk dan terus menangis di sejadah. Lepas buat solat sunnat, saya baca Quran dan berdoa agar Allah kuatkan hati saya. Selama ni saya duk tengok ja macam mana pelakon duk menangis atas sejadah sambil berdoa. Kali ini saya sendiri pun macam tu. Saya rasa macam tragis sangat. Doa yang saya bacakan diselang seli dengan esak tangisan saya.

Daniel terus menghubungi saya.

Tapi sejak malam itu, saya langsung tidak menjawab sebarang mesej dia. Perbuatan saya mendiamkan diri ini membuatkan Daniel lagi tak senang duduk. Dia called saya banyak kali. Kadang-kadang satu satu masa tu bila saya tengok fon, ada 115 missed called. 75 sms! Wassap apatah lagi. 

Dia cuba datang kat kedai saya. Tapi saya dah bagitau siap siap kat semua pekerja saya, sapa yang nampak kelibat Daniel ataupun kereta dia, mai bagitau saya cepat cepat. Sapa yang bagitau dulu dapat RM100. Memang saya buat macam tu. Banyak kali juga Daniel datang. Boleh kata sekali sekali. Ada tu dia akan tunggu sampai sejam. Saya sembunyi kat stor. Saya tak mau jumpa dia. Pekerja saya semua tipu kata saya takdak dan keluar pergi beli bahan masak.

Sampai satu saat, saya memberanikan diri untuk jawab call Daniel. Masa tu dah lewat malam.

”Hai Rin...kenapa Rin mendiamkan diri. Rin tak rindu kat Daniel ke?”

”Daniel. Mulai saat ni, Daniel jangan cuba hubungi Rin lagi,”

”Kenapa?”

”Sebab Daniel dah nak kawen....lagi seminggu lagi!”

Kami berdua terdiam!! Lamaaaaaaa juga. Tapi kedua dua masih menunggu dalam talian telefon.

“Rin......please faham Daniel. Daniel tak bermaksud nak bagi Rin sedih. Ibu yang pilih perempuan tu. Ibu yang aturkan semua. Daniel ikut jer.....Daniel tak boleh buat apa dah...”

”Rin bukan couple Daniel. Rin bukan kekasih Daniel. Daniel nak kawen dengan sapa sapa pun tak perlu kebenaran dari Rin.....,”

”Rin...boleh tak...lepas Daniel dah kawen pun...kita tetap kawan macam ni...sampai bila bila”

“Daniel u gila ke..................u ingat ni semua main main ke....Rin ni apa dalam hidup Daniel? Rin ni sampah ke dalam hidup Daniel,” saya meninggikan suara saya. Sepanjang hidup saya. Saya tak pernah rasa rendah diri dengan tubuh badan saya yang gemok. Saya tak pernah rasa malu dengan perawatakan saya yang tak berapa lawa. Tapi pada saat itu, saya terus menitiskan air mata, kerana saya terfikir, adakah sebab aku gemok dan tak lawa Daniel buat aku macam ni? Orang tak lawa macam saya ni tak layak untuk dihormati ka?

Tiba tiba saya dengar suara Daniel turut menangis.

”Rin...maafkan Daniel. Daniel tak tau nak buat apa. Daniel dah lama nak bagitau Rin. Tapi Daniel takut Rin akan tinggalkan Daniel. Daniel tak mau kehilangan Rin,”

JANTAN GILA. Pentingkan diri sendiri. Itulah sumpah seranah saya dalam hati. 

”Memang Daniel dah hilang Rin. Aku bukan barang perhiasan dalam hidup ko,” saya terus picit punat telefon. Hang up. Dan terus saya tutup telefon saya. Malam itu saya tidur dengan air mata. Malam itu, hati saya yang telah saya berikan pada Daniel, telah hancur lebur.









PART V

Sehari sebelum pernikahan Daniel. Teka siapa datang kat restoran saya?

”Ibu................................ Ya Allah...naper datang tak bagitau,”

“Ehk...nak jumpa anak Ibu pun kena bagitau ke. Rin sihat? Kenapa lama tak datang rumah....”Ya Allah kenapa la ko tanya aku soalan ini. Kak, memang hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya masa tu. 

 ”Saya busy la Ibu. Ibu pun.....tak busy ke. Esok kan Daniel menikah....kenapa ibu datang sini ni...,” kata saya cuba untuk bergurau gurau dengan ibu. Seperti yang saya biasa lakukan apabila bersama dengan Ibu, ibu kepada Daniel. Insan yang amat istimewa dalam hati saya.

“Ha....nila Ibu nak cakap ni......esok Daniel nak menikah. Rin kena datang tau....korang kan kawan rapat....” tersentak hati saya dengan ucapan itu.

”Esok tak boleh la ibu......Rin...siii....” belum sempat saya sambung ayat saya. Ibu menarik jari keliking hujung saya dan menggengam tangan saya dengan erat.

”Rin kena datang tau....ini untuk Rin.....untuk Daniel. Rin kena datang. Nanti apa orang cakap kalau Rin tak datang. Kalau Rin sayang Daniel...kalau Rin sayang ibu....Rin kena datang.....please,” Ibu menitiskan air mata. YA ALLAH.....drama MistresHermanas pulak kat restoran aku ni. 

 Saya pun menangis la akak. Saya peluk Ibu. Saya memang tak boleh nak cakap apa lagi. Tapi dari apa yang Ibu ucapkan tadi, aku tau yang Ibu mengerti apa yang berlaku dalam benak hati aku. Apa yang berlaku dalam benak hati anaknya.

Esoknya, aku datang! Ya kak. Saya datang ke majlis pernikahan Daniel dan Farra yang diadakan di sebuah hotel di KL ni. Saya tak tau apa kekuatan yang saya dapat pagi itu. Saya inform all my staff, saya kata saya tak datang kedai. 

Saya berpakaian serba putih. Tapi bukan baju Melayu. Saya pakai something casual. Tapi all white. Biar sama dengan pengantin. Rambut dan solekan saya biarkan simple. Apabila saya sampai kat dewan, Ibu terus memeluk saya. 

 Dan dia terus terjerit, “Abang...Abang...Ni...Rin datang....Along...Angah...ni Rin...datang...” dia terus panggil kaum kerabat dia datang menjemput aku. 

 ”Terima kasih anak Ibu sebab datang,” kata Ibu yang terus mencium aku di pipi kanan kiri dan juga dahi ku. 

 ”Pengantin maner?” tanya saya dengan senyuman.

”Pengantin dah siap kat atas. Nanti bila semua dah ready....baru kita bagi qiu pengantin turun,”

Saya terus masuk ke dalam dewan hotel yang dihias megah sempena majlis perkahwinan anak lelaki bongsu dalam keluarga ini. Rona baldu off white disulami dengan bunga bunga kecil warna putih dan merah jambu menghiasi seluruh dewan. Di tengah tengah dewan, tersusun indah tempat duduk khas siap dengan microphone. Di situlah Daniel akan dinikahkan.

Di belakang tempat pernikahan, ada singgahsana kecil dihiasi dengan pasu pasu bunga seramik warna putih gading. Sarat dengan gubahan gubahan bunga kecil dan besar.  Ditengahnya ada sebuah kerusi bentuk cleopatra, saya jangka disitulah pengantin perempuan akan duduk. 

Saya tak nampak seorang pun kenalan aku dan Daniel dalam dewan tu. Entahlah. Semua orang pun tak tau yang Daniel akan kahwin ke? Saya terus mencari tempat yang sesuai untuk saya duduk. 

Kak Jumie pernah cakap, kalau ada masalah, jangan lari, kena hadapi masalah tu. Macam bola salji, kalau kita biar dia, makin lama makin besar, so hari itu, saya pilih untuk pecahkan bola salji itu. Dan ya, tempat duduk yang saya pilih betul betul bertentangan dengan tempat duduk Daniel masa bernikah nanti.

Tak lama selepas itu, laungan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan dilaungkan. Dari jauh, saya nampak kelibat pengantin lelaki memasuki dewan. Pancaran flash camera bagaikan kilat yang menyabung nyabung dalam hati saya. Dan nah..............itulah lelaki yang aku .....Lelaki yang aku......Daniel. Segak berbaju melayu, sampin warna pink muda dan tersongkok. Dia pun duduk di tempatnya. Dan apabila dia memandang terus ke depan, dia nampak AKU.

Muka Daniel pucat. Dia tak kejit mata pun. Wajahnya terpaku. Macam nampak hantu. Mulut dia sedikit melopong.Saya senyum kat dia akak. Pastu saya gunakan tangan saya dan buat isyarat senyum kat mulut saya. Saya suruh dia senyum.Daniel terpana.
Selepas itu, laungan selawat dan salam dilaungkan lagi, kali ini, bakal isteri Daniel pula masuk ke dewan. Memang patutlah Daniel menerima permintaan ibunya untuk berkahwin dengan wanita pilihan hati ibunya ini. Memang Farra seorang wanita yang anggun. Tinggi lampai. Badannya tak kurus dan tak gemok. Sedang sedang.  Solekannya nipis dan menampakkan wanita ini seorang yang terpelajar, bekerjaya dan bukan calang-calang. 

Kalau nak banding dengan aku........................................................................
Selepas selesai sesi pernikahan. Bacaan taklik. Tandatangan. Sesi batal air sembahyang dan macam macam lagi adat istiadat orang Melayu kita yang selama ini saya rasa macam sesuatu yang kagumi dalam dunia perkahwinan adat Melayu, kali ini saya rasa macam nak sumpah seranah semua benda benda ni. Semua perbuatan mereka menyakitkan hati saya. Ya Allah hanya tuhan yang tahu.

Tapi saya sabar akak. Saya tunggu jugak sampai semuanya selesai. Apabila selesai semua sesi di dewan pernikahan, pengantin dan para tetamu berarak ke dewan lain untuk upacara santapan.

Masa ini, saya jumpa ramai kenalan yang datang. Bolehlah saya makan sekali. Diorang semua macam terkejut tengok saya pun datang ke majlis tu. Ada yang terang terang bertanya kat saya. Ada pula yang hanya memberikan pandangan yang kesian plus I FEEL FOR U. Tapi saya kuatkan hati saya. Its okay. 

Saya tak kalah dan tak hilang apa apa pun.  Sebelum saya meninggalkan majlis, saya pergi bertemu dengan pasangan pengantin yang sedang bersantapan di meja beradap.

”Hai Daniel....Rin nak balik dah....”Daniel terkejut dan terus berdiri. Dia yang tadi nampak mesra dan gembira di sisi isterinya tiba tiba terkedu. 

Saya rasa dia panggil isteri dia dengan panggilan manja seperti sayang ataupun bee (macam pasangan bahagia lain)....tapi bila saya ada depan mata dia....terus semua panggilan manja itu hilang.

”Rin. Thanks for coming. I really appreciate it. Err,...inilah Rin yang i cerita kat u tu....” tiba tiba ayat itu tersombol dari mulut Daniel. Isterinya Farra tersenyum dan terus menghulurkan tangan kanannya kepada aku untuk bersalaman.

“I heard so much about you...i hope u can give me some tips to win his heart,” kata Farra. Fuh cakap English bunyi British sangat. And terus minta tips kat aku....motif?

”Senang je nak jaga Daniel ni. Kalau tak mau dia lari mana mana....ikat kat perut dia ni.....confirm dia tak akan pi mana mana,” kata saya dan terus mengundurkan diri.

Entahlah Farra boleh faham subtext yang saya cuba ceritakan. Sebagai seorang perempuan, dia tak rasa pelik ke kalau saya cakap saya tau macam mana nak ikat hati suami dia? Tapi semua tu, bukan masalah saya lagi.

Mulai saat itu, saya terus delete semua data dan info mengenai Daniel dalam hard disk dan ram hidup saya. Saya dah format hati saya. Saya nak mulakan hidup baru. Yes, Daniel banyak kali cuba hubungi saya. Tapi saya bagi dia sekali je warning, tolong hormati hidup aku seperti mana aku hormati hidup kau hang keluarga engkau. I think, Daniel masih ada akal. Dia faham benar apa yang saya maksudkan. 

Pengalaman ini benar benar mendewasakan hidup saya. Orang kata, sekali dalam hidup ni memang kita kena rasa frust cinta kau kau punya kan. Lepas ni, sakit macam mana pun nak datang, saya pasti boleh handle, sebab saya dah pernah rasa sakit yang paling perit sekali.

Saya harap perkongsian ini dapat memberikan semangat kepada semua orang di sana kerana saya percaya, sedalam mana pun kita jatuh, bukan pengukurnya, yang penting usaha kita untuk terus bangun dan daki ke atas. Saya hargai setiap masa dan kenangan yang saya kongsikan bersama Daniel.

Kenangan saya bersama Daniel saya akan simpan sampai bila bila.  Saya redha,  saya sedar siapa diri saya.  Mungkin,  cinta ini bukan milik kami.  Untuk saat ini,  di dunia ini.  Mungkin kami akan bersama,  nanti di atas sana.  Biarlah saya setia,  menjaga cinta ini selamanya.  Kerana cinta saya dan Daniel,  tak akan mungkin akan bersatu.  

Thanks Kak Jumie sebab sudi baca cerita panjang saya ini. 

 Oh ya, satu benda saya lupa nak ceritakan pada Kak Jumie tentang diri saya. 

Rin sebenarnya ialah seorang lelaki.

Okay thanks bye.

17 comments:

  1. ponek eh den baco cito si rin ni kak oi.... hadoi..

    ReplyDelete
  2. choi....argh...gerammmmmmmm baca cite ni...i tertipu.....

    ReplyDelete
  3. nakharey penat aku baca dok bayang pompuan strong la apa semua boleh pi wedding.. skali jantan.. sabarla rin.. cari la jantan lain..

    ReplyDelete
  4. dah agak dah laki. sebab dia bagitau dia tak pakai baju Melayu masa nak p kenduri Daniel tu.hahaha..

    ReplyDelete
  5. haroooonnnn salim bachik betoi..
    ayat 2nd last buatkami frust!

    ReplyDelete
  6. astaga....tipah tertipuuuuuuu.. hahahaaa

    ReplyDelete
  7. well ... saya amat menghayati cerita ini. dan saya yakin, cerita ini adalah kesah benar. ada yang berlaku sebegini di luar nun di sana ... ada ... pasti ada ...
    apa pun, rin ... stay strong! most important, terimalah diri rin seadanya sebagai satu pakej. pasti rin akan rasa lebih yakin dan sejahtera jiwa raga rin itu. SELF ACCEPTANCE!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Thank you all for commenting.

    Tak sangka ramai yang menyindir, mengetawakan dan mempersendakan kisah hati ini. Saya tidak berkecil hati. Tapi saya harap kalian semua tahu sebab saya menulis kisah benar ini untuk menyatakan bahawa saya cuba menengahkan kisah mereka yang tersepit dalam kisah hati seperti ini. Bukan untuk membuatkan kalian ketawa dan rasa tertipu. Banyak isu yang saya selitkan dalam kisah ini antaranya PENAFIAN.

    Kisah ini kisah besar. Kisah hati ini, walaupun bertentangan dengan norma kehidupan kebanyakan kita...namun peritnya dikecewa cinta tetap sama.

    Semua manusia diciptakan dengan perasaan. Tidak ada lebih. Tidak ada kurang.

    Maybe kalian sudi baca sekali lagi kisah ini dan FAHAMI maksud saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya kerana terlajak kata. mohon maaf. :)

      Delete
  10. aaarrrgggghhhhh... tension!!!!! hahahahahaha.. mohon dibuat pementasan teater... stress..haha :) tapi saya faham perasaan dia, yup, semua manusia berhak untuk ada perasaan cinta.. gituuuu

    ReplyDelete
  11. salam... kak jumie setelah saya membaca dgn penuh perasaan....agak kecewa ending dia... at the end kita adalah islam...

    ReplyDelete
  12. kisah2 macam ni wujud sebenarnya disebalik celah kehidupan yg masyarakat biasa tak tahu...setiap insan punya perasaan walaupun kdg2 perasaan itu salah dan melanggar norma kehidupan..nama pun manusia..akan senttiasa diuji dgn macam2 bentuk ujian..btw ending dia walaupun tak spt yg diharapkan..tp punya nilai positif yg kita renungkan...well done Jumie!!!

    ReplyDelete
  13. Kak jumie, i nangis baca citer ni. some of the story really related to my life... :(

    ReplyDelete
  14. dah lama sangat tak buka belog kak jumie nie.
    masa duk selak2 tadi terbuka cerpen nie...
    erm...tak nak komen pasal hukum hakam
    sebab kalau cite banyak pun memang dah sume orang tahu.
    hati dan perasaan..bukan bawah kawalan kita.
    bila kena nak nangis tawa sedih riang suka duka.
    tiada sapa yang tahu kerna bukan kuasa kita.
    hak untuk berkasih sayang hak semua makhluk Allah yang bernyawa.
    mungkin salah percaturan...tapi dia pun tak minta dilahirkan dengan perasaan macam tue.
    dia pun tak sangka yang suatu hari nanti dia akan jadi macam tue.
    siapa pun watak dan perwatakan dalam kisah nie...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran.
    siapa kita untuk judge semua orang sedangkan hakim yang ada kuasa untuk menhakimi orang pun perlu belajar undang2 ciptaan Allah swt inikan pula kita.
    walau apa pun dan siapa pun aku kau dia kita kami awak mereka.
    usah membandingkan.
    ambil pengajaran dan iktibar di sebaliknya.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...