15.5.14

I Am Julia Pereng

Dear all,

Baru baru ini selesai sudah tugas saya melakonkan watak Julia dalam pementasan teater berjudul Dalam Kehadiran Sofea.  Alhamdulillah,  pementasan dua hari kami mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Dua dua hari 100 more people came and watched us.

Julia Pereng tengah feeling.

Kepada u olls u olls yang mai tengok show kami,  akak nak ucapkan ribuan terima kasih atas masa dan duit tiket yang disumbangkan untuk projek pelajar tahun akhir ini.

Kesimpulannya,  persembahan kami alhamdulillah menemui kejayaan.  Ramai orang puji kata set cantek,  lakonan semua best dan depa rasa terhibur.  Skrip ini yang ditulis oleh orang kampung saya bernama Abang Lee ataupun Razali Ridhwan.



Kami (me and Abang Lee) dorang tak pernah bercakap.  Perbezaan umur kami lebih kurang sedekad.  Abang Lee ni batch abang dan kakak-kakak i.  Memang sejak dulu i olls hanya tengok sahaja abang Lee yang selalu aktif dengan persembahan boria dan apa apa sahaja persembahan kebudayaan di kampung kami apabila ada keramaian seperti hari raya dan sebagainya.


Meja mekap Julia yang akak hias sendiri.  Akak bawa props semua dari rumah.  Dengan frame gambar,  tempat gantung subang,  beg mekap dan tempat buat rambut semua.  Memang real.  Memang Julia bersiap kat sini.

Entah bagaimana,  kali ini saya berpeluang untuk belajar berlakon dan juga menjadi pelakon dalam teater yang menggunakan skrip hasil nukilan beliau.  Seorang lelaki yang baik hati,  supporting dan sangat relaks,  tapi dia banyak bagi ilmu lakonan kepada diri akak dan juga pelakon lain.

Di akhir pementasan kami,  setelah selesai semuanya,  segala tenaga pelakon dan produksi duduk dalam bulatan dan membuat sesi ucapan,  Ritual wajib dalam semua produksi saya rasa.  Apabila sampai kat turn abang Lee,  dia kata macam ni ;

"Saya nak ucap terima kasih kat Jumie.  Maybe ramai tak tau kami ni sekampung.  Kat kampung orang ingat kami ni macam siye.  Orang nampak kami macam tak guna.  Bila kami balik kampung,  kami ni jadi macam hobbit.  Orang tak pandang kat kami.  Tapi kat luar....orang tau kami macam mana,"  begitulah antara pengucapan Abang Lee yang membuatkan akak rasa kembang setaman.

I have a tall respect untuk beliau.

Akak dan Padil Riki School of Lawak.  Dia berlakon sebagai lelaki 1.

Begitula juga yang lain dalam produksi ini yang telah menyentuh hati saya.  Gelak dan menangis bersama.  I rasa inilah produksi yang paling 'berhantu' yang saya pernah join setakat ini.  Perjalanan kisah kami di belakang tabir,  hampir sama macam skrip Sofea.  Ada kala kami gembira.  Ada kala kami menangis bersama.

Untuk Intan,  ini saya punya ucapan rasmi untuk u olls.  Saya tak ucapakan pada sesi bulatan kita kerana saya sudah tidak sabar nak makan KFC.  I just want to say thank you so much sebab pilih  saya untuk melakonkan watak berhantu ini.  Bukan senang untuk melakonkan watak yang dibenci oleh semua orang sedangkan saya sebagai JUMIE SAMSUDIN mempunyai terlalu ramai teman gelak ketawa.  Saya harap persembahan kecil saya ini telah membuahkan hasil yang Intan impikan.  Kalau ada peluang lagi,  saya masih nak lakonkan watak ini.  Saya nak buat dengan lebih baik.

Semoga Intan terus berkarya.  Dan terus menghasilkan pementasan yang boleh menyentuh jiwa masyarakat.

To Myn,  thank yo so much sebab banyak bagi tunjuk ajar.  Walaupun bukan secara terus,  tapi saya belajar banyak benda dengan hanya memerhatikan cara kerja kamu.  Akak doakan hang terus sukses.  Nanti hang dah jadi bintang felem terkemuka kat Malaysia jangan lupa kami semua.  Jangan hilang pelat Sungai Petani hang.

To Angkel,  sorry aku cium pipi hang banyak kali.  Hang ni comel :)

To Daniel,  sorry aku marah hang tersangat teruk hari tu.  Aku harap hang ingat apa semua aku pesan kat hang sampai bila bila.  Ingat,  kita kena always usaha bukan sebab nak jadi baguih,  tapi sebab nak jadi manusia.

To lelaki 1,  thank you sebab hang selalu layan baik aku dibelakang set macam kakak sendiri.

To Danny,  Abang Zarul and Nik Syazne,  ampalah penyeri Dalam Kehadiran Sofea.  Mohon maaf kerana tak semua penonton boleh faham jiwa pondan.  Segelintir masyarakat kita ni,  apa sahaja yang pondan buat,  semuanya komedi.  Depa lupa,  pondan juga manusia.  Pelik kan?  Pondan buat muka takut,  penonton ketawa. I wonder.

Kak Baby,  Julia and Suzy.

To Tok Moh,  i nak botol tonik satu.

To Mama Regina,  thank you so much sebab bagi saya info tentang pemakaian and of course mama bagi saya baju macam macam yang meletops dan cantek untuk merealisasikan watak Sofea.  Sayangnya deres merah itu tak dapat ku pakai kerana pengarah kata sama dengan warna dinding.  So i pakai dress dress u yang lain!  Nanti kita lepak lepak lagi na.

To suami i,  thank you sebab izinkan saya berlakon.  I love u!  Terima kasih sebab relakan kena tinggal malam malam sebab mai prektis.  And sudi mai support tengok lakonan kami.  And yes,  thank you sebab tolong cari botol BLACK LABEL! HAHAHA

To the rest..................nanti kita buat Dalam Kehadiran Sofea di Dewan Budaya pula k!

Love,
Jumie Samsudin
I AM JULIA PERENG

3 comments:

  1. Tahniah kepada Jumie dan semua ahli produksi.
    Well done.

    ReplyDelete
  2. after Dewan Budaya, bawal produksi mai ke ISTANA Budaya pulak ya. kadi MeleTOP!

    ReplyDelete
  3. Congrats Jumie!
    Show kita waktu samalah..
    Kalaulah hang dok KL aku rasa hanglah ratu IB
    Bilalah dapat tgok show hang kat IB

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...