26.5.14

Pementasan Teater sempena Rintis 2014

Hello u olls semua,

Ini adalah artikel 'bayar hutang'. Seperti semua orang tahu, RINTIS 2014 baru sahaja selesai. RINTIS 2014 merupakan minggu khas di Pusat Pengajian Seni, USM yang akan memaparkan semua projek pelajar tahun akhir yang meliputi major Lakonan dan Pengarahan, Seni Halus, Muzik, Media Baru, Rekabentuk Produk dan Komunikasi Grafik.

Yang i olls nak kongsikan hari ini adalah pementasan teater bagi pelajar Lakonan dan Pengarahan yang mementaskan ada lima buah teater iaitu Wangi Jadi Saksi,  Sayang Sri Tanjung,  Anna,  Dalam Kehadiran Sofea dan Kena Main.

Saya dengan rasa bangga sebenarnya nak bagitau bahawa saya memang amat bangga dengan pementasan teater kat USM.  Tak kiralah yang dipentaskan oleh para pelajar atau kakitangan USM sendiri,  semua memang ada mutu dan kualiti yang boleh dibanggakan oleh pencinta dan pengikut seni teater Pulau Pinang.

Saya selalu duk tolong promot pasai pementasan kat blog dan Facebook saya.  Memang alhamdulillah,  sekarang ni pengikut teater dalam kalangan orang luar USM dah makin ramai.  Saya harap lepas ni kita ada lebih ramai pengikut seni teater.  

Especially daripada ahli keluarga USM sendiri.  Saya sendiri sebagai staff USM sebelum ini tidak pernah amik tau sangat pasai teater teater kat USM.  Before berlakon dalam teater Kasanova,  saya pernah sekali dua sahaja tengok teater kat USM.  Padahal kita kat USM ni belambak lambak punya teater duk ada.

I hope lepas ni,  pementasan teater kat USM mendapat tempat di hari ahli keluarga USM dahulu barulah lebih enak kita nak bercerita dan warwarkan kepada penonton di luar sana.  Feel tengok teater ni lain.  Lebih meletops berbanding tonton wayang.  Sapa yang dah pernah tengok teater sekali....mesti nak mai tengok lagi!

Dan harapan saya lepas ni pulak ialah kalau boleh lebih ramai orang menulis ulasan dan memberikan pandangan mereka tentang pementasan yang mereka telah tonton. 

Tak semestinya kita kena ada PhD dalam bidang ini untuk berikan ulasan.  Sekadar perkongsian ringan yang dicatatkan dalam Facebook / blog.  Apa yang anda suka?  Apa yang anda tak suka?  Lakonan siapa yang paling memberikan kesan?  Apa yang ampa paham dari cerita dan skrip yang disampaikan?  

Catatan ringkas itu boleh dijadikan panduan kepada kami semua,  paling berguna kepada para penggiat seni teater.  Dan kepada kita yang menulis pun,  ada banyak kebaikannya kerana penulisan boleh menajamkan minda. 

TERUTAMA sekali para pelajar USM.  Ampa ni semua duk belajar degree apa semua.  Duk tulis paper macam-macam untuk lecture and classes ampa,  tapi ampa duk mai nganga tengok teater ni semua tak boleh ka buat penulisan sikit review.  150 patah perkataan pun jadilah.  Ampa tau tak,  yang duk tulis skrip drama semua kat TV dan filem Malaysia semuanya orang orang standard SPM sahaja.  And skrip depa baguih baguih dan amat menyentuh jiwa.  Kalaulah skrip-skrip dapat ditulis dari kalangan kalian yang ada degree,  master degree ataupun Ph.D....kan lagi baguihh!!!!  



Okaylah,  here are the 5 teater yang telah dipentaskan.

Click to read more




Wangi Jadi Saksi 
Karya  :  U-Wei Haji Shaari
Lakonan : Eyta Laila (pelajar tahun akhir yang dinilai)
Arahan : Yusof Bakar
Skrip : U-Wei
Genre : Kontemperori
Klasifikasi : PG16
Sinopsis
Apakah benar Jebat dan Tuah bertarung selama tujuh hari tujuh malam? Apakah Jebat benar-benar mahu menuntut bela kematian Tuah? Apakah Tuah yang membunuh Jebat?
Kisah lagenda pertarungan dua sahabat di alam Melayu, ceritera Tuah dan Jebat sering menjadi bualan hikayat agung dari zaman ke zaman.

Kisah tragedi ini telah terakam dalam dua naskah besar Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Apakah kisah pertumpahan darah ini diceritakan secara telus? Atau mungkin masih tersembunyi cerita sebenar yang terpaksa disembunyikan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak?

U-Wei Haji Saari cuba mengupas cerita lagenda ini di sebalik sejarah yang ditanam difikiran kita melalui pandangan seorang wanita, isteri kepada Hang Jebat, Dang Wangi. Apakah yang telah disaksikan oleh Wangi?







Sayang Sri Tanjung *tak tau nak copy maklumat teater ni kat mana.  Tak jumpa pun facebook event dia.









Anna 
Arahan  :  Savinthran Mathavan
Lakonan  :  Yana Yahya
Karya  : Dato' Dr.  Haji Ahmad Kamal Abdullah [Kemala] (Sasterawan Negara)
Penasihat  :  Dr.  Mumtaz Begum
Penolong Pengarah  :  Mamat
Pelakon  : Danial,  Hafreez Amminuddin,  Atie Razak
Sinopsis  Benarkah Anna tidak bahagia hidup di samping pemuda melayu timur? Dapatkah Anna memahami kasih sayang antara seorang ibu dan seorang anak?  Memaparkan tentang kisah sebuah rumah tangga yang menghadapi krisis nilai dimana berlakunya gaya hidup yang berbeza iaitu orang timur dengan orang barat. Saksikan teater Anna oleh Pelajar Tahun Akhir Lakonan dan Pengarahan, Pusat Pengajian Seni, USM.





Dalam Kehadiran Sofea 
Karya  :   Razali Ridzuan
Pengarah yang Dinilai : Intan Farhanim Othman Tantan Othman
Dibintangi oleh :
Yoomyn Myn sebagai Sofea
Pirates Prince sebagai Hisyam
Jumie Samsudin sebagai Julia
Kayrol Unwar sebagai Mazlan
Tok Moh sebagai Tiger
Arezarul Niezam sebagai Baby
Danie Armizi sebagai Suzy
Nik Syazne sebagai Nancy
Zaytee Jefni sebagai Mona

Sinopsis 
Sofea dipuja oleh semua di sebuah pusat pelacuran milik Tiger. Kejelitaannya telah membuatkan banyak pelanggan tertarik, terutama sekali seorang lelaki bernama Mazlan.  Namun, konflik mula berlaku dengan kemunculan Hisyam dan Julia. Hanya Julia yang mengetahui rahsia Sofea. Apakah hubungan Hisyam dengan Sofea? Apakah rahsia yang disimpan oleh Julia?
Semuanya bakal dirungkai ….DALAM KEHADIRAN SOFEA…







Kena Main 
Karya  :  Khalid Salleh
Pengarah  :  Muhammad Afiq Md Asri a.k.a Mista Fixx (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Sinografer  :  Mohd Nur Afiq Bin Bejo a.k.a Wirawan Samar a.k.a Joe (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Menampilkan pelakon-pelakon teater dan juga pelajar di USM sendiri. Antara pelakonnya Nurul Fathin, Noor Rizuwan, Mazlan Razi, Tiaow, Shazli Resdong's, Sharifah Juairiah dan Daniel Lee.

Sinopsis  
Mengisahkan tentang orang buta yang mencari nafkah hidup dengan menyanyi di kaki lima.  


Okay u olls, sebenarnya ulasan i olls tak akan buat kat artikel ni.  I olls akan buat artikel asing-asing.  Satgi ampa baca la.  I post asing asing sebab tak mau nanti panjiang sangat.  But anyway,  i will only review Dalam Kehadiran Sofea,  Kena Main dan Wangi Jadi Saksi.  Sebab tiga ini sahaja saya tengok dan boleh review.
Berdasarkan poster-poster kat atas juga,  i nak bagi credit POSTER PALING GEMPAK kepada Kena Main.  Siriesly,  memang cantek.  Nampak mahal.  Nampak profesional dan memberikan sedikit cerita tentang teater itu sendiri.  Steady team KENA MAIN.

Okay,  setop sini dulu.  Sambung kat artikel lain.

#kthanksbye

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...