6.5.14

Sifat Manusia Yang Suka Menghentam Orang Lain

Lately saya perasan ramai orang sangat berani dan lantang dalam menghentam orang lain apabila melihat sesuatu perkara yang tidak enak dan tidak sesuai dengan nilai hidup dirinya sendiri.  Media sosial seperti Facebook menjadi salah satu medan utama untuk manusia manusia ini membuat hentaman.  Daripada soal kecil seperti rupa bentuk badan dan pakaian orang lain hinggalah kepada kes kes besar yang melibatkan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.

Setiap pagi bila baca Timeline Facebook,  saya macam merenung seketika.  "WOW...ramainya kawan kawan aku yang vocal,"  "Macam mana depa ni boleh pikiak sampai macam ni sekali?  Depa ingat depa ni baguih sangat ka apa ka?"  "Tudia beraninya kata kat orang,  ampa tak pikiak esok lusa apa pulak nak jadi kat anak cucu ampa,"

Inilah yang terlintas di hati saya setiap kali membaca komen dan status berani daripada rakan rakan di Facebook.

Sedihnya,  dahulu saya juga seperti itu.  Saya sangat 'bitter' dan seringkali menggunakan medan media soaial untuk menghentam mana-mana pihak yang mana tidak sesuai dan tidak sedap di mata saya.  Ada peluang sahaja,  saya akan berkata dan menyuarakan pendapat.  Ada kalanya pendapat saya itu tidak berasas dan menyebabkan individu tertentu rasa kecil hati.  Hakikatnya,  acapkali status berkenaan memang ditujukan kepada golongan tertentu.

Artikel saya tentang ulasan fesyen 'terutamanya' sering menjadi kesukaan ramai kerana keberanian saya mengutuk filihan fesyen para selebriti.  Sehinggalah saya sendiri 'terasa' apabila saya membaca status rakan pereka fesyen yang berkata "Orang yang tiada pendidikan dalam bidang fesyen tidak layak untuk memberikan komen,"

Daripada bersifat seperti manusia bertamadun,  kata-kata saya menghentam dan mengutuk orang lain tanpa batasan akhirnya memberikan effect yang negative kepada saya.  Antaranya,  orang beranggapan bahawa saya seorang yang negative,  suka bergaduh dan 'buat best'.  Saya juga menyedari bahawa adakalanya saya digunakan oleh individu lain untuk meluahkan hal hal yang mereka tidak berani untuk luahkan.


Click Read More


Lama kelamaan saya belajar daripada kesilapan itu.  Tidak salah untuk menyuarakan pendapat.  Asalkan pendapat kita mempunyai asas.  Saya masih tidak berhenti menulis.  Dan saya masih lagi rajin mengulas peristiwa semasa yang saya rasa saya ada 'benda' nak dipercakapkan.  Perkongsian ini lama kelamaan menjadi siapa saya hari ini.

Melihat dari mata burung,  bukan dari dalam tempurung.  Itulah yang kita semua kena jadi.  Hidup sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum,  bangsa,  agama dan pilihan seksualiti,  kita kena tahu cara menghormati.  Jangan hanya kerana kita ingin bersuara,  semua pendapat kita perlu diperdengarkan.  Kadang-kadang,  mendiamkan diri adalah lebih baik daripada berkata-kata.

Kembali kepada asas luahan hati saya hari ini,  lately saya perasan ramai orang sangat berani dan lantang dalam menghentam orang lain apabila melihat sesuatu perkara yang tidak enak dan tidak sesuai dengan nilai hidup dirinya sendiri.  Perkara ini terjadi kepada segolongan manusia yang hilang pedoman diri terutamanya kepada mereka yang 'sudah ada lebih'.

Maksud saya pada frasa 'sudah ada lebih' adalah subjektif.  Kekayaan,  kemewahan,  cahaya mata,  pendidikan,  pangkat,  populariti,  kecantikan malah keagamaan juga antara faktor yang melahirkan sifat manusia sebegini.  Mereka rasa 'sudah ada lebih' sebab itu mereka berani untuk mengutuk,  menghemtam,  mencercam  dan menghina orang lain sesuka hati.  Lebih menyedihkan apabila kata-kata itu dilemparkan kepada insan yang paling dekat dengannya seperti saudara ataupun sahabat rapat.

Saya pernah kenal seorang hamba Allah ni,  dulu dia punyalah duk kutuk ibu ibu baru yang seronok dapat anak.  "Aku rimaih tengokla orang orang yang duk post gambar anak dan gambar suami.  Hari hari duk post.  Awat nak tunjuk sangatkah yang hang tu bahagia?  Aku sampai nak termuntah,"  begitulah rungutan hamba Allah itu.

Tapi nenjiaaaaaaaaaaa.............hari ini?  Aku tengok album anak barunya (anak yang keempat dah...) dah melebihi 104 keping.  Satu hari dia post 23 keping gambar anak dia.  Kalau ada video pun dia bubuh juga.  Tak cukup itu,  gambar laki dia,  gambar dia....semua penuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kat timeline.  Boleh kata,  setiap 1 jam dia akan online dan update something.  Tula....jangan duk kata kat orang.  Senang-senang sahaja Allah kalih nasib hang terus hang lupa diri.  Lani hang lebih teruk daripada orang yang hang kutuk kutuk dulu.

For me i tak kisah,  kalau i ada anak nanti pun i akan penuh bubuh gambar anak I.  Senanglah kawan-kawan dan saudara nak tengok.  Sebab tula kita tak payah nak sakik-sakik hati ni,  lani kita pun ada baby baru.....tak ka rugi dulu kita duk kutuk kutuk orang?

Contoh kedua adalah mengenai kisah Wardina menegur Ustaz Don Daniyal.  Saya dah tengok kata-kata Wardina dan juga video yang diedit (menghimpunkan pengisian ceramah agama daripada Ustaz Don).  Pada saya,  kata-kata Wardina ada asasnya.  Dia punya point tu betui,  mana boleh kita suka suka hati menggunakan fakta tidak betul dalam ceramah ilmu apatah lagi ceramah agama oleh seorang ustaz yang mempunyai pengaruh dan ramai pengikut.  Tapi yang membuatkan orang hilang respect kepada Wardina adalah cara penyampaiaannya.  Daripada terus membuat teguran secara beradap dan tertutup kepada Ustaz Don,  dia membuatkan teguran yang boleh dikatakan mengaibkan iaitu secara terbuka. Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau seseorang itu mempunyai sifat rendah diri dan ikhlas.  Wardina kena tahu,  dia juga seorang yang berpengaruh di Malaysia.  Kata-kata yang dikeluarkan oleh beliau pasti dapat menggugat martabat dan maruah seseorang.

Contoh ketiga adalah ketika kematian Mendiang Karpal Singh.  I dont need to terangkannya lagi.  Kalian boleh baca status Facebook saya yang telah mendapat lebih daripada 300 likes.





Kesimpulannya,  sebelum kita ada apa-apa nak kata,  ingatlah dunia ini hanya pinjaman.  Esok lusa,  kita pun nak mati juga.  Besar mana rumah kita ada,  berapa banyak kereta kita pakai,  berapa banyak handbag dalam koleksi kita,  semua tu bukan ukuran untuk menunjukkan kita betul betul berjaya dan dihormati dalam hidup.  Apa guna kalau kita ada semua kemewahan dunia ni,  tapi bila kita susah,  satu batang hidung kawan pun takdak nak wassap kita?  Sedihkan?

Lani kita kena relaks sahaja.  Kalau tengok benda yang tak betul,  kalau patut kita tegur,  kita tegurlah.  Kalau nak tegur pun,  pastikan ada asas.  Jangan bagi orang sakit hati.  Tapi kalau kata-kata kita tu,  lebih membawa kepada pandangan negative,  baik kita duduk sengap sengap.

Okaylah,  cerita panjang-panjang pun,  macamlah ampa faham apa aku nak kata kan.  Sapa yang faham....fahamlah....

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

3 comments:

  1. Paham kak Jumie..
    Just love ur point of view. InsyaALLAH sy akan ingt kata2 kak Jumie ni.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...