5.5.14

Sorry Im Not Working Today


Semua orang tau i olls sangat obses dengan Beyonce? HAHA.  I also perasankan diri dengan menyatakan Beyonce adalah sepupu kepada I olls.  Wells,  people can be very very crazy apabila berkenaan dengan bintang pujaan mereka.  For me,  i memang minat Beyonce sejak dari zaman dia feeling No No No dengan Destiny'd Child lagi.  I suka suara dia and energy dia apabila buat performance.  Yes i memang gila kat dia.  Paling gila sekali adalah i olls telah membeli tiket paling mahal untuk concert I Am Beyonce di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lampau.  Namun,  Beyonce (antara 100 orang paling berpengaruh di dunia - TIMES) telah meng-kengselkan kongset beliau itu kerana Malaysia menetapkan restriction untuk memakai pakaian yang beradap sopan untuk membuat persembahan terbuka di negara ini.

Well,  i sokong tindakan Beyonce walaupun hakikat duit I olls RM400 something burn macam itu sahaja.  I tak redeem pun balik tiket itu.  I masih simpan tiket itu (dah leminate).  I rasa tindakan Beyonce itu memang bertetapan dengan prinsip WHO RUN THE WORLD nya.

I olls tetap sukakan wanita ini.

Click Read More




Okay,  baru baru ini i olls telah memekap seorang kawan I olls yang pernah bertugas sebagai pramugari untuk sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.  Dalam we olls duk feeling-feeling kak nam sambil bermake up,  i pun tanya soalan cepu emas kat kawan I olls yang meletops ni.

"Nyah,  sepanjang hang bekerja jadi pramugari,  sapa kah artist paling meletops ang pernah serve,"  tanya i olls.

"Haaaaaaaaaaaaaaaaa sepupu hang!! Beyonce,"  rahang akak jatuh ke riba.

"Tapi aku tak serve dia directly.  Masa tu Beyonce and her team semua buat show kat Singapore Grand Prix Party.  Semua hair dresser dia,  make up artist,  dancers dia semua naik satu flight kami.  Aku tak ingat depa turun mana?  New York or LA,"  akak terus berhentikan proses memblendingkan colour di muka kawan i olls.

"Hang tak serve Beyonce ka?" tanya i lagi eagerly.

"I tak serve dia.  Kawan aku serve dia.  Kawan aku kata,  1 jam flight dia tak tidok.  Dia duk tengok video performance dia kat laptop dan buat analysis.  Mak ayam tu kerja kuat.  Tapi yang makan hatinya,  bila wine glass dia empty,  dia tak panggil sterwardess untuk isi hang tau,  dia just tolak wine glass dia kat tepi...so kita kena faham faham la dia nak di isi,"  kerlasssssssssssss mak ayam i.  I terus terbayang muka kekwat mak ayam hitam ni duk tolak-tolak glass wine dia dengan jari kelingking.

"Nyah.....dia cantek tak?"

"Sorry nyah...dia tak cantek.  Kulit dia tak elok!!!! Rambut dia krekk krekkkkkkkkk!  Memang dia tak lawa................. So aku pun sembanglah dengan make up artist dia duduk kat belakang.  Jantan tu from Trinidad and Tobago.  Aku kata,  aku selalu amat suka dengan make up work for Beyonce.  Always flawless and still look lembut!  Head to toe polished!  Hang tau apa pondan tu kata?  Ohhh dear....it took me 7 hours to do her make up everytime!,"

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tujuh jammmmmmmmmmmm!!  Gila hang.  Kalau nak amik wuduk siap siap, pastu bila masuk waktu baru nak sembahyang pun tak boleh nyah.  Hang tahan ka kentut 7 jam?

Krek-krek bermaksud rambut yang kerinting halus dan menggerbang.

"Habis semua flight kami pun sampai nak depart dah.....pastu before Beyonce turun,  kami semua cabin crew pun tunggu la nak greet kat pintu cockpit kan?  Pastu kawan aku yang serve Beyonce pun kata la "Miss Beyonce,  can we take a picture with you,"  Pastu hang tau apa Beyonce celaka ni kata?"

"Sorry im not working today,"  kata Beyonce sambil menggeribas rambutnya dan pergi.

Begitulah kisah yang ingin akak sampaikan kepada u olls semua mengenai sepupu i olls yang amat kekwat ini.  Memang patutlah Beyonce selalu mendapat hate comment kat laman-laman sosial.  Memang orang dah terlalu banyak sangat kot experience benda benda bithcy pasai dia.

For me i dont care.  Dia nak bitch ka,  dia nak apa ka.  Yang penting mak memang suka kat pompuan ni. HAHAHA.  I olls amat memahami kenapa dia perlu bersifat bitch,  sebab dunia yang dia pilih untuk hidup adalah sebuah dunia yang sangat 'bitch' dan memerlukan sifat ultimate bitch untuk survive.  Dunia apa?  Dunia superstar!

3 comments:

  1. ahahaa....mati2 chek ingat kak jumie tak p kerja hari ni, baru nk tanya awat tak sihat ka apa ka? ....rupanya pasai beyonce....

    ReplyDelete
  2. tu dia aih.rupanya beyonce mmg xelok. depa xnatural beauty mcm jumie. pernah satu flight ngn marion counter.sangat cun.

    ReplyDelete
  3. kurlassssssssssssssssss mahhhh hayam!!!! hahhahahhahah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...