27.5.14

Ulasan Teater RINTIS 2014 : Wangi Jadi Saksi


Wangi Jadi Saksi 

Karya : U-Wei Haji Shaari
Lakonan : Eyta Laila (pelajar tahun akhir yang dinilai)
Arahan : Yusof Bakar
Skrip : U-Wei
Genre : Kontemperori
Klasifikasi : PG16


Sinopsis
Apakah benar Jebat dan Tuah bertarung selama tujuh hari tujuh malam? Apakah Jebat benar-benar mahu menuntut bela kematian Tuah? Apakah Tuah yang membunuh Jebat?
Kisah lagenda pertarungan dua sahabat di alam Melayu, ceritera Tuah dan Jebat sering menjadi bualan hikayat agung dari zaman ke zaman.

Kisah tragedi ini telah terakam dalam dua naskah besar Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Apakah kisah pertumpahan darah ini diceritakan secara telus? Atau mungkin masih tersembunyi cerita sebenar yang terpaksa disembunyikan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak?

U-Wei Haji Saari cuba mengupas cerita lagenda ini di sebalik sejarah yang ditanam difikiran kita melalui pandangan seorang wanita, isteri kepada Hang Jebat, Dang Wangi. Apakah yang telah disaksikan oleh Wangi?

Jom baca review I




Pengenalan

Cerita ini adalah pembukaan minggu pementasan teater.  I olls mai tengok pada malam kedua.  Mai tengok bersama anak ayam akademik i Azren dari Kuala Kangsar and Rusdi,  anak ayam ANGKASA i.  Depa dua adalah alumni dari USM dan memang dulu duk ikut sangat teater kat USM ni.  Kesempatan untuk balik ke Penang untuk membelanja mak ayam depa tidur-tidur hotel dan menyepa kan diri turut diselitkan dengan aktiviti menonton teater.  Wanita bangsawan sangat.

Cerita Wangi Jadi Saksi adalah kisah sejarah bangsa Melayu iaitu pergaduhan antara Hang Jebat dan Hang Tuah.  Siapa sebenarnya yang membunuh Hang Jebat?  Adakah Hang Tuah betul-betul sanggup membunuh saudaranya sendiri?  Dan bagaimana Wangi yang menjadi gundik istana dan mengahwini Hang Jebat menjadi saksi kepada kejadian malam itu?

Kisah ini adalah tentang belenggu seorang wanita yang cuba untuk survive dalam dunia dominasi lelaki.  Antara cinta,  keluarga,  maruah dan benci dan macam-macam feeling lagi yang selalu membelenggu hidup seorang wanita.

Seingat ingat saya,  inilah kali pertama saya menonton sebuah teater ekseperimentasi macam ni.




Komen

Okay berikut adalah i punya komen yang juga berdasarkan perbincangan antara I olls bersama Rusdi dan Azren.


  • Platform pertama yang digunakan oleh Wangi masa dia mula mula muncul di pentas iaitu di tepi kiri pentas adalah sama level dengan para penonton.  So we olls penonton yang duduk belakang sekali memang tak nampak lakonan Wangi time tu.  I hope kalau ada pementasan semula,  kemunculan Wangi di ketengahkan sebab Wangi adalah watak utama dan dia kena muncul depan depan sebagai tunjak.  Ini pendapat i. Tapi mungkin ada maksud tersendiri mengapa placing dia macam ni......



  • Set pentas tengah adalah sangat gempak.  Sesuai dengan konsep eksperimentasi.  Ada unsur pokok pokok kayu dengan lighting yang meletops membuatkan timbul unsur misteri nusantara gitu.

  • I juga suka konsep pintu yang seolah-olah layar kapal kat tepi tu.  Memang i sangat suka.  Dia macam moden tapi at the same time sangat nostaljia ala ala Semerah Padi gitu.



  • Lakonan Eyta Laila sebagai Wangi  :

    For me,  she did a very good job dalam pementasan ini. Kerana skrip itu adalah berat. Ini kisah lagenda bangsa kita yang diolah mengikut pandangan yang berbeza. Bukan senang nak pegang watak tu.

    Tapi persembahan beliau pada malam itu, tak sampai 100%. Bukanlah I olls kecewa tapi macam memasak menggunakan kayu api.  Api tu sat besar...sat kecik.  So nasik tu susah la nak masak. Ada kalanya I really dapat....ada kalanya tak dapat.

    Tonasi Eyta juga banyak kali macam flat. Maybe Eyta stress kot dan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan Wangi yang juga berkecamuk dalam skrip itu.

    Pada pandangan I olls,  yang telah menonton lakonan Eyta banyak kali,  di sini peranan seorang pengarah amat penting.  Sebagai pengarah,  dia bukan sahaja kena berikan panduan kepada pelakon untuk menghayati watak dengan baik malah pada masa yang sama kena tahu caranya untuk memberikan pelakon satu keyakinan dan kekuatan.

    Encik Usop duk stress Eyta sangat kot...sebab tu Eyta tak leh focus.  Jangan begitu Encik Usop....hihi



    Tambahan kecil,  saya harap nanti kena buat bagi nampak perut Wangi besar sikit walaupun dia tengah kurus.  Sebab orang mengandung tiga bulan selalunya dah boleh nampak dah.  Tapi benda ni kecik punya hal........pilihan pengarah untuk buat atau tidak.
  • Watak Pateh Kerma Wijaya pakcik Jawa dilakonkan oleh Abang Mid Gulai Kawah.  Bagi I olls lakonan Abang Mid memang meleps.  I sangat suka.  Especially tang dia duk gersang nak try Wangi.  Hareee betui.....

    Cuma.......pengucapan beliau tak jelas. Naik turun.  Mungkin sebab Abang Mid duk kena kontrol buat suara ala ala Pakcik Tanah Kubur pada masa yang sama kena maintain loghat Jawa.  Tapi mungkin juga sebab kita berlakon kat dalam Panggung Sasaran,  kita tak dak boom mic.  Ataupun....i olls sendiri yang pekak.  Sebab dua tiga tahun dulu,  i pernah hilang pendengaran belah kiri akibat jangkitan kulat.





  • Taufiq Sallehuddin Apek melakonkan watak Hang Tuah dengan baik.  Relaks,  tak melebih dan maintain macho.  Cuma sayangnya.................fizikal beliau adalah lebih kecik dan rendah berbanding Shazli Resdongs' yang memegang watak Hang Jebat.  Tapi Apek,  apa pun,  ramai adik-adik yang mai tengok show wangi bagitau depa taste kat hang.  HAHAHA

    Yang kiri tu Hang Jebat yang kanan tu Hang Tuah.

  • Last but not least,  Shazli Resdongs' as Hang Jebat.  Memang i olls tabik salute la brother ni.  I sendiri pernah berlakon dengan beliau sebelum ini dalam teater muzikal "Lawak Utagha The Musical" tapi perwatakan beliau yang relaks dan selamber sahaja membuatkan i olls rasa amat respect dengan beliau bila dia beraksi.  Dia memang berbakat.  Bukan senang nak bawa watak daripada seorang yang sangat romantis pada awal cerita tiba tiba menjadi bengis dan akhir sekali celaru.  

Kesimpulan
I sangat suka!!  Untuk orang orang yang IQ tinggi u olls pasti akan enjoy teater ini.  Biarlah orang kata apa pun,  anggaplah ini sebagai satu proses pelajaran.  Bagi i olls,  keberanian dan usaha Eyta dan seluruh tenaga produksi untuk mementaskan teater ini haruslah dipuji dan dipandang tinggi.  Sebab pementasan ini bukan pementasan tangkap muat.

Gambar ehsan dari Eyta Laila and blog En.  Yusof Bakar.

Bacaan tambahan di Arts for life!  :  http://arts4life.blogspot.com/2014/05/ulasan-yang-terpulas-teater-sempena.html

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...