Video Kak Senduk

Ampa semua tau dak sapa Kak Senduk?  Dia ni blogger idola I.  Ampa baca kat sini  :  http://meriahuoll.blogspot.com/.  Kak Senduk ni memang meriah.  Baca blog dia mesti rasa macam nak tergelak sampai nangis.  Tapi kata-kata dia memang betul dan tepat.  I suka.

Baru baru ni dia aktif buat video pulak.  I SUKAAAAAAAAA video dia pendek and ada mesej yang bagus dan simple.

Jom tengok!!



Sapa Pakcik Ni?

Lama jugak aku renung sapa la pakcik ni???


Pastu baru aku perasan,  ni pakcik guard yang maki dengan pemain bolasepak Mat Yo yang kendu.  HAHAH...gila la pakcik ni murah rezeki terus jadi duta!!  Takpa...takpaaa...Steady pakcik.  


Belenggu Cinta Dengan Kekasih Orang

Dear Kak Jumie, 
Saya kenal dia ni masa saya habis sekolah. Masa tu saya bekerja part time kat sebuah butik.  Dari situ kami kenal and rapat. After 9 bulan, saya dapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur. Dia ni orang JB. Tapi duduk Sarawak sebab engineer Petronas. Then saya sambung belajar and dia still kat Sarawak. Hubungan kami baik and sometime dia datang Kuala Lumpur melawat saya.

Hubungan kami kekal sampai la saya masuk semester 6 tahun kedua. Entah tak tahu apa jadi. Dia kerap tak reply mesej. Bila call tak angkat and benda tu berlarutan sampai selama 5 bulan. Saya keep cari dia tapi takder response. So saya give up and biarkan laa hubungan tu bergantung macam tu. Tapi sepanjang pengajian saya. Saya langsung tak pernah lupakan dia. Tiap masa saya pikirkn dia. 
Dan bila saya hampir tamatkan pengajian saya, baru saya sedar yang dia sudah berkahwin. Patut la dia menghilang dan menyepi. So saya buat keputusan untuk lupakan dia. Susah untuk buat tapi saya taknak sayang orang yang sudah berpunya. And I make it. Tu pun selepas setahun saya berusaha melupakan dia kak. Sakit hanya Allah yang tahu. Sebab saya sayangkan dia. 
Masuk tahun 2014, saya terima satu mesej dari someone dan wish birthday saya. Saya langsung tak tahu sapa and orang tu langsung tak bagitau dia sapa until saya find out itu adalah dia. 

Click to read more

Bertahan atau Bangkit dan Pergi ?

Salam Kak Jumie,

Pertama sekali saya ingin ucapkan syabas kerana mempunyai blog yang sungguh menarik setiap artikelnya. Saya selalu follow blog akak even x sign up as a member..

Saya mempunyai dilema kekasih yang mempunyai kekasih lain. Saya bercinta dengan dia dari zaman kolej.  Tetapi 3 tahun lepas kami kerap bergaduh. On off on off kiranya. Jadi dalam tempoh kami break tu,  dia telah mencari pengganti saya tanpa saya ketahui. Then awal tahun ni saya berbaik semula dengan dia kerana perasaan sayang tu masih ada dan bertaut kembali.

Masalahnya dalam tempoh tersebut dia sudahpun memiliki kekasih yang baru. Baru-baru ini saya mengetahui hal tersebut,  dan telah menghubungi perempuan tersebut(terlalu ikut emosi..) 

Sekarang ni kami berdua seolah2 cuba berebutkan kekasih kami.  Yang menjadi persoalan pada saya sekarang,apakah perlu saya berundur atau terus bertahan kerana saya tidak boleh lupakan dia.. 

Adakah perasaan kekasih saya menebal lagi pada saya walau dia sudah mempunyai kekasih yang lain? Harap K.Jumie sudi memberi pendapat ..

Akhir sekali terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi idea..

Yang Benar,

Wiwi



Jom baca jawapan Kak Jumie

Simpanlah Suami U olls Dalam Peti

Kisahnya Diana Daniele cemburu sebab Nora Danish pi post gambar dia dan Farid Kamil pegang tangan dalam IG dia untuk promote filem terbaru depa bersama iaitu Pengantin Malam.  Dalam paparan itu,  Diana berkata "sdsds"

Kalau dah laki akak elok macam Farid Kamil tu tentu-tentulah berjabu jubur akak apabila orang lawa dan mak janda pulak itu seperti NORA BAGI BINTANG telah mengepost gambar-gambar macam tu dengan laki akak.  Akak yang ada laki tahap-tahap En.  Khafi ni pun dah habis tabur kubur keliling badan dia setiap kali dia nak keluar rumah...haaa...caner??


Tapi la kan.. bagi akak tindakan Diana ni agakla emosi u olls.  Laki hang dan hang sendiri adalah pelakon.  Kerja ampa memang buat benda benda macam ni.  Pasaipa ada timbul masalah cemburu?  Kalau hang tak bagi laki hang nak pegang ka apa ni semua,  hang simpan laki hang dalam peti.  ABIH CERITA.

Okay,  lani Diana pun dah minta mahap apa bagai.  Farid Kamil yang gentleman ni pun,  minta maaf kat semua bagi pihak isteri dia.  Kerlas sangat jantan ni.

ps/  ni semua tektik nak promo filem terbaru!! Sekian!

Princess Elsa Versi Manusia

Hello u olls,

Nak tanya sat kat u olls yang ada anak-anak kecik kat rumah.  Anak ampa hari hari duk suruh pasang lagu Let It Go lagi dak?  Depa tak berenti lagi ka?  Hihihihi.  Tak taula pasaipa budak budak sangat suka lagu tu.  Padahal kalau nak ikutkan,  lagu Do You Wanna Built A Snowman lagi best and catchy.  Sekali lagi hanya DISNEY yang pegang rahsia formula kegilaan ini.

Last time I pi kenduri kawen anak menakan I olls kat KL tu,  I olls nyanyi lagu LET IT GO gilaaaa teruihh semua budak budak mai kerumun tempat karaoke.  Aku jadi macam maskot teruih rasanya.  Itu baru lagu.  

Macam mana kalau budak-budak ni dapat tengok manusia yang muka sebijik macam Elsa?  Boleh bayang tak kegilaan ini?



Click read more

Himpunan Cerita Seram dan Misteri di Universiti Sains Malaysia

Hello u olls,

Yes seperti dalam post di bawah,  saya telahpun warwarkan idea ini sejak Mei yang lalu.  So far saya dah terima 8 cerita secara lisan dan bertulis.  Saya akan edit dan paparkan cerita-cerita ini weekly.

Kepada kalian yang mempunyai pengalaman misteri dan seram sepanjang di Universiti Sains Malaysia,  please emailkan soalan anda ke jumiess@gmail.com.  Kerjasama untuk emelkan kisah anda dengan ejaan yang TIDAK SHORFORM saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Love,

Jumie Samsudin




Melayari Instagram Melalui Desktop PC / Laptop

Hello kawan-kawan,

Hari ini saya nak ajar u ols semua untuk melayari Instagram melalui Desktop PC/ laptop pula.  Ini adalah kerana,  sambil sambil buat kerja ni,  kalau sat-sat duk tengok PC...pastu bila boring nak tengok handphone pulak kan.  Susah u olls.  Ataupun u olls punya handphone adalah sangat canggih macam I,  sampai tak boleh nak download aplikasi Instagram pada phone kan.  Haa...mai sini I olls nak ajar u olls untuk melayari Instagram melalui Desktop PC/Laptop.




Nak tau?  Jom kita check it out.  Click read more.

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part VI (Abang Long)



Abang Long
Kategori ini adalah untuk umur 26 - 29.  Depa ni mungkin dah kawen and ada anak.  Tapi depa masih nampak muda.  And perwatakan depa memang macam cool and tak berapa nak menunjuk hemsem sangat.  Sebab inilah perwatakan abang long.  Relaks bersahaja tapi still tau nak have fun.  I suka kategori ni.


Jom kita check it out!!

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part V (Abah Abah)



Abah Abah
Kategori ini adalah berumur 29 dan ke atas.  Depa ni macam dah tua sikit.  Tapi masih hot.  Yang penting depa ni adalah dah kawen ataupun dah ada anak. Perawatakan depa sangatlah abah-abah yang hot duk dukung anak semua.  I know ramai yang taste abah abah ni....maybe sebab bila tengok abah abah ni,  kita rasa macam secure and matang.


Jom kita tengok list ni pulak

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part IV (Bad boy)



Bad boy
"Bad boy bad boy...what chu gonna do.  What chu gonna do when he comes for you"
Bad boy ni tak semestinya hemsem.  Actually muka muka depa ni,  memang muka nak kena penampak sahaja.  Muka tak buleh nak dipercayai.  Tapi depa ni ada tarikan tersendiri.  Kalau tengok depa,  macam ada benda yang depa buleh buat untuk usik hati kita.  Jom tengok senarai budak budak bad boy yang menjadi pilihan hati akak.




Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part III (Good Boy)



Good Boy
Good boy ini macam nerd tapi still hemsem.  Muka yang amat membuatkan mana mana perempuan cayak.  Depa ni mak mak tengok,  mesti teruih teringin nak buat menantu.



Depa ni semua time sekolah,  kalau jadi pengawas....mesti adik adik junior semua akan merembessssssss..

Click read more

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part II (Manehhh)


Kategori Maneh

Maneeehhhh ni adalah 'manis' dalam bahasa Penang.  Depa ni sangatlah sweet.  Tapi tau la kan....manis manis ni bahaya!  Depa-depa yang i olls pilih dalam kategori ni semuanya mempunyai senyuman yang amatlah maneh melecaih.  Jom berkenalan dengan depa ni semua.




Click read more

Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak Part I (Intro)


Dear u olls,

Seperti yang dijanjiikan,  pada hujung minggu yang lalu,  akak telah mengabdikan diri akak dihadapan laptop ini untuk membuat research dan penyenaraian pemain World Cup 2014 yang kacak siap dengan segala butiran untuk tatapan u olls semua.  Sungguhlah gigih akak membuat senarai ini hinggakan akak punya research memakan masa dan membuatkan suami akak sendiri menjadi pereng kerana bukan sahaja nama dia tidak tersenarai dalam list ini malah dia juga telah kehilangan perhatian dari akak sepanjang minggu ini.

Akak kena bagi settle buat senarai ni secepat mungkin sebab lepas ni....kita dah nak puasa...tak elok la kita tengok gambar gambar jantan elok time puasa kan.  HAHAHA

Entahlah,  dulu akak kalau buat apa-apa research untuk tulis artikel macam senang and cepat ja.  Sekarang ni,  satu artikel pun nak kena tunggu 4 jam.  Adakah ini sindrom dah tua.  HAHAHA oh nooo.

Okay dah dah.  So hari ini akak akan publish beberapa artikel bertajuk "Senarai Pemain World Cup 2014 Yang Kacak".  Semuanya ada 6 part termasuk artikel ini.


Click read more

Future Skin Malaysia

INFO PRODUK

About
Future Skin Malaysia : Super Gluta Honey Soap ll dan Super Moisturizer ll : Double Effect dan Alami Kesan Berganda

Deskripsi
Future Skin Malaysia adalah Peneraju set penjagaan kulit yang menjimatkan masa dan berasaskan bahan-bahan semulajadi tempatan seperti ekstrak buah delima,  kulit manggis,  madu kelulut dan gluthatione (informasi di bawah) dengan Kuasa Berganda.  Alami kecerahan seawal dua hari tanpa pengelupasan dan tidak melekit,  sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur malah selamat pada kulit bayi.

Impressum
Future Skin Malaysia 'Alami Kesan Berganda' Set Exclusive Super Moisturizer ll dan Super Gluta Honey Soap ll Peneraju produk skincare menjimatkan masa.




Click read more

PROMO JUN 2014 - IKLAN BLOG JUMIESAMSUDIN


Click read more untuk Senarai harga

Repeat Order Jun 2014 | Dermalite Comedone Control Essence

Dear all,

Ingat tak dulu akak pernah share kat ampa pasai satu produk dan terus membuka order untuk kalian yang berminat nak beli produk meletops yang sangat bagus untuk orang kulit berminyak and berjerawat ni.


CLICK READ MORE

Make Up Maleficent

Hello u olls,  ampa dah baca ka ulasan Dendam Siluman Ungka.  Mesti ampa tertanya-tanya akak berlakon sebagai apa dalam teater tu?HAAAA mai nak bagitau,  actually akak jadi watak sampingamn sahaja.  Bukan sampingan pun,  tapi watak picisannn sahaja. HAHAHA takdak skrip pun u olls.  Akak berlakon jadi JANDA HITAM yang mempunyai kuasa sakti tersimpan di dalam kalung ajaib.  Kalung itu terletak di dada Janda Hitam.  Andika (watak hero) dalam cerita ini kena mai rampas kalung ajaib untuk jadi berkuasa dan melengkapkan pembelajaran silat dia.

Tapi nak mai kat Janda Hitam ni bahaya sikit,  dia akan goda Andika sampai Andika jadi tertipu.  Pastu kalau silap langkah,  dia akan mati kena makan dengan Janda Hitam.  Haaa begitula.

So,  Janda Hitam ni actually dalam bahasa orang putih is Black Widow la.  Spider u olls.  Tapi selepas mendapat kebenaran pengarah,  I olls tak mau jadi labah-labah,  i nak jadi Maleficent.  Kisahnya,  i pun feeling pakai dress hitam dan buat make up effek and buat tanduk cucuk macam mana ka buat cekak.  Ampa tengokla hasilnya.  First day and second day!




Click read more

Ulasan Teater Dendam Siluman Ungka

Hello u olls,

Baru baru ini I olls terlibat dengan satu lagi pementasan teater iaitu Dendam Siluman Ungka di bawah produksi Persatuan Teater Resdong's yang amat popular di Penang dan selalu membawakan teater genre komedi.

I have to say,  saya sangatlah berasa terharu kerana inilah kali pertama saya dijemput untuk berlakon dengan Persatuan Teater Resdong's walaupun hakikat watak saya tak sampai 3 minit pun dan tak memerlukan sebarang dialog.

Seperti biasa saya sangat happy dan gembira apabila bersama dengan team ini kerana dua hari saya akan bergelak ketawa seperti orang gila.

Jom baca ulasan dan tengok gambar-gambar saya.

Aktiviti Memakan Durian Di Hujung Minggu

Hello u olls semua,

Seperti yang ampa semua tau,  lani Penang dah start dah musim durian.  Yeaaahhaaa.  Masa kami duk sibuk sibuk pementasan teater Dendam Siluman Ungka,  ada la hamba Allah yang pi beli durian beberapa bijik untuk bagi crew and cast makan.




Pastu depa semua duk gegeh la panggil i makan sekali.  I yang sedang lepak di sofa bilik rehat pun menjawab dengan malasnya

Click read more untuk sambung baca cerita

Go Head Go Stunt Depan Permaisuri Agong

Naharriaaammm benda ni lawakk aku sampai nangihhhh!!






Rekagrafik Dalam Talian Yang Mudah dan Percuma - www.canva.com

Terima kasih kepada boss i,  Dr.  Pitt yang kendu tapi macam krekko sedikit,  beliau yang memberikan saya website ini untuk start design-design apa-apa sahaja benda kecik-kecik yang nak bubuh kat poster ataupun hebahan secara online.  Selama ni i duk guna aplikasi mudah Photoscape sahaja and hasilnya,  tak berapa nak memuaskan.  Tapi sejak ada website ni,  aiiiyooo memang haruslah i olls punya design makin meletops.  Nampak macam profesional,  HD dan yang paling penting,  siap orang mai tanya kat I,  i duk design pakai apa...sebab nampak meleps!

Berikut antara design yang i olls buat lately,  meletops tak?






Meletops kan?  Nampak macam Amerika ka macam mana ka......Nak tau macam mana?

Jom click bawah!

All The Foreign Ladies...Ohh Ohh Ohhh




We Are Sorry

Selepas membuat segala pertimbangan dan perkiraan, kami telah membuat keputusan untuk menghentikan produksi Kuih Kacang Mazola by Jumiess untuk Aidilfitri tahun ini.

Kami ingin memohon maaf sekiranya terpaksa mengecewakan harapan peminat semua. Mungkin tahun ini, saya and suami boleh buat lebih banyak ibadah di bulan Ramadhan.

Insya Allah tahun tahun hadapan kita jumpa lagi

#kuihkacangmazolabyjumiess #pengumuman #hariraya2014


Kisah Penceraian Kedua Abby Abadi

Kisah ini dah habis berminggu yang lalu.  Bukan sebab lupa nak tulis pasai benda ni tapi rasa macam MALAIHHNYAAAAA.  Kisah ustazah Pas ni memang amat memalukan wanita Muslim Melayu.  Bongkak,  tidak boleh ditegur dan tidak tahu menjaga aurat.

Tapi masa duk duduk sorang sorang dalam jam siang tadi,  I olls terpikir panjang pasai kes ini and decide untuk coret sesuatu tentang apa yang telah berlaku dalam kes ini.  Suatu yang saya pelajari.

Kita tengok balik kisah penceraian kali pertama beliau dengan bekas suami Norman Hakim.  Apabila dia menyerang Norman di lokasi penggambaran,  Norman tampil senyap tanpa sebarang kata-kata.  Hanya Abby yang tidak henti henti memarah dan memaki hamun Norman.  Sendu dan tangisannya membuatkan mana-mana wanita turut berasa marah dan sedih dengan apa yang ditanggung oleh beliau.


Wedding Shafiq and Ain in Kuala Lumpur

So after pit stop di Ipoh,  kami pun tiba di Kuala Lumpur.  Sebab kenduri kawen anak menakan I olls iaitu Shafiq Zulkifli dengan pasangannya Ain.  Majlis diadakan di rumah family di Taman Keramat dengan meriahnya. Ada karaoke and the food was so good!! Orang-orang KL, akak sangat mengrekemen ampa membuat tempahan makan kenduri dengan pihak
Fari's Catering di alamat no. 60, Lorong Delapan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia. No contact : 017-8886188.

I olls memang sangat suka majlis kenduri kendara family i olls.  Masa ni la nak jumpa sepupu sepapat ku yang semuanya gila gila and supporting belaka.  To Shafiq and Ain,  selamat pengantin baru and semoga u olls kuat!  Sama-sama susah sama sama senang ya.  Love u olls!


So here are some of our pictures and video yang akak nak share dengan u ollls!

Click read more

Kafe Rimbunan Serai, Jalan Ampang Baru, Ipoh

Hello u olls,

Sapa sini orang Ipoh?  Haaaaaaaaaaaa sapa sapa sini yang orang Ipoh saya nak wajibkan ampa semua untuk pi makan kat restoran milik sepupu saya,  Kafe Rimbunan Serai yang beralamat di 27 Jalan Ampang Baru 6C,  Pusat Perdangan Ampang Baru,  31400 Ipoh,  Perak.  Dibuka setiap hari dari jam 8am hingga 11am (untuk makan pagi) dan 6 petang hingga 12 malam (dinner).

Kafe Rimbunan Serai ini diusahakan oleh sepupu saya Kak Anna dan juga suami beliau Abang Hasnol yang merupakan mantan chef di Hotel Casuarina Ipoh (Impiana Casuarina Hotel).  So...faham fahamla kalau bekas chef hotel yang memasak kan?  Of courselah meletops u olls.  



Klik read more

Mee Kicap, Jalan Dato' Onn Jaapar, Ipoh

From my father side, kami punya saudara saudari ada menetap di Penang, Ipoh and Kuala Lumpur. 2 bandar ini iaitu Ipoh dan KL memang menjadi persinggahan bapa I olls untuk mengunjung keluarga kakak-kakak beliau. Kami anak-anak pun memang dua negeri ini lah kami akan bertemu dengan sepupu-sepupu kami.

Banyak kenangan manis dalam kunjungan keluarga keluarga ini. Walaupun kami duduk berjauhan tapi kami semua amat rapat sekali.

Dan kalau turun Ipoh, bapak saya mesti tak akan terlepas untuk bawa kami makan Mee Kicap di Jalan Dato Onn Jaapar. Memang our favorite sejak dulu.


Jom click read more.



Happy Father's Day




Ulasan World Cup 2014 Opening Ceremony

Hello u olls,

Seperti yang u olls tahu,  i olls sangat suka menonton majlis pembukaan sukan yang antarabangsa ni.  Hari tu untuk Olympic u olls baca kan ulasan I olls.  Haa...kali ni I olls nak buat ulasan pasai World Cup pulak.

So ampa semua dah tengok ka majlis pembukaan World Cup 2014 ini?  Pelbagai kontroversi telah diwarwarkan dalam laman-laman sosial tentang rakyat Brazil yang tidak suka apabila negara mereka menghabiskan banyak uwang untuk pesta sukan peringkat dunia dimana sepatutnya negara depa patut fokus kepada penambahbaikan kebajikan para rakyat jelata yang rata-rata adalah rakyat marhein.  Depa buat stadium berjuta-juta,  arca yang tidak tahulah apakah akan jadi lepas pesta ini berakhir kelak dan macam mana nak jaga semua bintang bintang sukan dunia yang nak mai main kat duduk kat Sao Paolo dalam tempoh ini.  Im sure team team besar dengan bintang bintang sukan nak demand macam-macam,  semua itu telan belanja u olls.


Click Read More

Pementasan Teater Komedi Aksi 'Dendam Si Luman Ungka" 13 dan 14 Jun 2014 di Dewan Budaya

Hello u olls,

Kepada peminat dan penyokong seni teater Pulau Pinang mai la support pementasan teater komedi aksi berjudul Dendam Si Luman Ungka pada 13 dan 14 Jun 2014 (Jumaat dan Sabtu) di Dewan Budaya USM.

Pementasan ini adalah dengan kerjasama Persatuan Teater Resdongs' dan Dewan Budaya USM dan dibintangi oleh Mamak Cuit Rajalawak 6, Mamu Abu Rajalawak Mega, Shazli Cuit Rajalawak 6, Oss Dj Pi Mai FM, Aida Othman, Jumie Samsudin dan ramai lagi!



Cara Upload Gambar Ke Instagram Menggunakan PC Desktop

U olls semua suka main Instagram kan?  Perasan tak sejak tahun ini 2014,  i olls tiba tiba macam sunyi sepi daripada laman IG.  Sebabnya,  i olls dulu pakai Motorola.  Pastu phon tu jatuh retak seribu macam mana ka.  Mula mula i duk pakai jugak phone retak seribu tu.  Tapi lama lama dia jadi pekak tuli pulak.  Makanya kenala beli hanphone baru.



Pastu i olls pun pergilah ke Perangin Mall.  Cari punya cari.  (I olls bajet tak besar ya).  Macam mana ka jumpa satu phone ni bertajuk Lenovo A369i.  Katanya berharga RM350 sahaja.  I pun teruja.  I tanya kat brother Cine tu..."Semua boleh download ka tauke?"

"Semua boleh...Ini Lenovo baguss...takdak hang punya! Lagi bagus dari Samsung semua...." gila betuila.  Mak pun terus termakan budi bicara Cine tu terus mak pun beli handphone tu.

Rupanya.....balik balik rumah....INSTAGRAM tak boleh download. NOT APPLICABLE TO THE PHONE.  Nohorom betui.

Maka hidup i olls yang kuat selfie ni tak berapa la nak menjadi sangatlah dengan phone Lenovo A369i ni.  Camera pun tak berapa cantek katanya.  Tapi sampai lani i tak tukar tukar lagi handphone sebab siriesly LENOVO sangat bagus.  Tahan lasak.  Lajiuuuuuuuuuuuuuuuuuu (walaupun yang i olls beli ni ram kecik je) and paling penting takdak hang-hang sangkak.  Ramai kawan-kawan I olls lani duk pakai LENOVO.

Berbalik kepada penulisan asal artikel ini (HAHAHAHAH),  disebabkan i olls tak boleh upload gambar kat IG menggunakan HP makanya i olls sekarang (setelah beberapa bulan) telah mengetahui cara-cara untuk mengupload gambar menggunakan PC Desktop.


Jom belajiak.

Click read more.

Selamat Pengantin Baru : Fiqah and Pian

Fiqah!!!

SEPPPPRAAAIIISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!

Mintak mahap sebab Kak Jumie tak dapat nak menghadiri jemputan kenduri kahwin you yang meletops ini kerana I olls kena attend kenduri kawen anak menakan di KL.  Kalaulah boleh back to the future ka macam mana ka,  sudah tentunya i olls akan bersama memeriahkan majlis u olls dengan anakanda yang lain seperti Along,  Ezal,  and Zainal Zain tu.

Tapi tak mengapa,  kalau pun tak dapat mai,  yang penting doa yang terbaik untuk u olls dan pasangan.

Akak ingin ucapkan selamat pengantin baru untuk u olls dan suami.  Selamat mengharungi bahtera rumahtangga yang penuh dengan pelbagai ujian.  Ampa dua kena kuat and kita orang perempuan kena lagi kuat!!  Walau apa jadi,  susah sama sama.  Senang pun biarlah bersama.  Kena selalu saling menghormati.  Kena tau batas-batas (sebab lani dah jadi isteri orang).  Dan yang paling penting,  kalau apa pun dugaan yang datang,  jagalah aurat diri dan suami sebaik mungkin.   Biarlah apa orang nak kata,  ini rumah ampa dorang.  Sikit sama sama makan sikit.  Besar,  sama sama rasa gembira.

Harap hang faham kata-kata akak ini.  Love u olls so much!!  Hope kita jumpa nanti naa......

Love,
Your mak ayam.......
Jumie Samsudin

segak anak ayam i....

Click untuk tengok lebih banyak gambar

Ulasan Cerpen Kisah Hati

Dear all,

Hari tu ampa semua baca dak artikel Cerpen : Kisah Hati.  Sapa yang tak baca lagi kena pi baca cerpen ni.  Tapi kalau ampa baca ulasan ini dulu baru ampa nak pi baca cerpen itu pastinya perasaan ampa akan berasa berbeza daripada kalian yang telah membacanya buat pertama kali tanpa sebarang pemberitahuan awal dari saya (terutamanya).



Seikhlasnya,  selepas membaca komen-komen daripada kalian semua yang telah membaca cerpen itu amat mengecewakan hati saya.  Ampa punya komen kebanyakannya berkata ampa sangatlah rasa terbuang masa apabila membaca pengakhiran cerita ini.

Saya rasa kecewa sebab kenapa u olls rasa BUANG MASA dan CHOI dan BUANG KAREN dan SERRR dan HAMPEH lepas dapat tahu yang Syazrin itu ialah seorang lelaki sedangkan saya kat sini yang mengkisahkan cerita ini dan tahu cerita ini bukan cerita main main dan tipu tipu merasakan betapa susahnya perasaan Syazrin ini.

Just because ampa semua straight dan heteroseksual,  ampa semua rasa ampa perfect ka? Dan hanya kerana ampa semua dilahirkan dengan perasaan 'tidak songsang' ini ampa terus anggap perasaan hati orang macam Syazrin ini adalah satu pembuangan masa?

Ampa tak rasa ka kesian kat orang orang yang dilahirkan dengan perasaan macam ni?  Setiap hari depa bangun tidok bukan sahaja bergelut untuk hidup (cari duit cari makan macam kita semua) tapi nak kena bergelut nafsu dan perasaan sebab depa punya naluri adalah bertentangan daripada ajaran agama dan tatasusila masyarakat.

Tapi saya hanya rasa kecewa sahaja.  Saya tak marah kat kalian semua.  Komen dan juga reaksi kalian semua adalah GENUINE dan asli.  Tidak dibuat buat.  Kalau inilah komen pertama ampa makanya tidak ada apa apa yang boleh aku ubah lagi.  Ampa sendiri fikir dan renungkanlah.

Cerpen ini sengaja aku tulis sebegini caranya sebab aku sendiri nak tengok reaksi kalian semua di akhir cerita ini.  Sebab selama ini,  bila aku bercerita pasai betapa pentingnya kita perlu ada rasa hormat kepada semua orang lelaki,  perempuan,  maknyah,  gay,  lesbian.....and ampa semua always setuju and sokong sahaja apa yang aku kata tu.

Tapi bila aku buat cerpen ni,  secara tak langsung aku buleh tengok unconscious mind ampa tentang issue ini.  :)

I rest my case.

ps/  ampa tak perlu ubah apa-apa.  Tapi bagi aku,  semua kisah hati perlu dihormati.

Love,
Jumie Samsudin

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

PETALING JAYA: Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.
Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub, berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.
Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.
Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.
"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.
Pada malam Ahad, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menahan 17 orang mak nyah pada majlis perkahwinan di Bahau, Negeri Sembilan.
Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan kerana masih di bawah umur.
Mahkamah Syariah pada Selasa telah menjatuhkan hukuman terhadap 16 daripada mereka dengan denda RM950 setiap seorang dan tujuh hari penjara di bawah Seksyen 16 Enakmen Syariah Enakmen Jenayah 1992.
Berita asal  :  Mstar.Com.My


Click read more

Demam Game of Thrones

Hello ampa semua,

Sapa sini duk follow Game of Thrones.  AKAK TENGOK!!!!! Akak amat mencadangkan ampa semua follow cerita ni.  Tapi the moment aku nak suruh ampa tengok cerita ni pun dah masuk season ke 4 dah!  Melainkan ada antara ampa yang IQ tinggi macam I olls yang reti nak download-download ni.  HAHAHA oleh itu I olls amat mengalu-alukan ampa pi tengok cerita ini.  :)



Cerita Game of Throne or GOT ni adalah sebuah drama adaptasi daripada novel A Song of Ice and Fire yang ditulis oleh George R. R. Martin yang menceritakan tentang perebutan takhta dalam kalangan keluarga-keluarga bangsawan yang ingin menjadi raja di Seven Kingdoms.  So dalam perebutan takhta ni ada macam-macam drama la yang berlaku.  Kisah cinta,  dendam,  cemburu dan iri hati,  kepandaian dan kebijaksanaan,  ketamakan,  kebodohan dan macam-macam lagi.

click read more

ETUDE HOUSE ROSY TINT LIPS by MIMO MOMI

Thanks to Mimo Momi sebab bagi i olls hadiah Etude House Rosy Tint Lips warna English Garden.  


I really like the texture tint lips ni,  rasa macam pakai bedak kat bibir.  Colour dia appear very sweet and simple.  Memang sesuai untuk orang yang nak simple make up untuk ke pejabat or acara santai.



Wedding Dress Kim Kardashian (with Kanye West)

Hello u olls,

Punya duk tunggu tunggu akhirnya, kawen jugak Kim K and raja ego Kanye West.  Untuk pengetahuan u olls ini adalah perkahwinan kali ke 3 buat Kim K and kali pertama buat Kanye West.  Depa kawen kat Forte di Belvedere,  Florence,  Italy.

Katanya,  perkahwinan yang sungguh bangsawan ini dikawal rapi oleh.....jeng jeng jeng...Kanye West sendiri. Yang yang control semua (selalunya pengantin perempuan yang over kan?)

Bercakap pasal wedding dress Kim K (yang i olls duk tunggu tunggu) dicustome-made oleh Givenchy Haute Couture yang dikatakan berharga USD 400k.

Apa pendapat u olls tentang dress ni?





Tengok lebih banyak gambar kat sini.  Click read more.

Sambal Belacan BARA BERE by Wilayah Mak Tok Trading

Hello u olls,

Baru baru ini I olls telah merasa sambal belacan yang sangat meletops bertajuk Sambal Belacan BARA BERE.  Gilerrrla orang Malaysia sekarang ni......memang creative dan sangat modal insan gitu....sambal belacan pun u olls komersialkan.  Im not really a big fan of sambal belacan tapiiiiiiiiiiiiii lepas rasa Sambal Belacan ni masya Allah punyalah sedap.  Duduk rumah,  masak nasi goreng kosong,  goreng telur mata kerbau,  potong timun segar dan letak sambal belacan BARA BERE satu camca kecik.  TERANGKATTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!

Jom baca cerita lanjut tentang produk meletops ni!!


Ulasan Filem : Maleficent (2014)

Hello u olls,

Akak baru balik daripada menonton filem yang I olls tunggu dah lama dah untuk keluar iaitu Maleficent.  I olls pi tengok tadi dengan kawan-kawan.  At first,  dah beli dah tiket semua.  I ajak la En.  Khafi join we olls.  Tapi dia kata "Apalaaa suruh aku tengok cerita budak budak,"

Cisss...takpalah.  Biak pi la kalau dia tak mau pi.  So we olls pi ramai ramai.  So jom baca ulasan daripada I olls.

*  Artikel ini mengandungi SPOILER.  So sapa-sapa yang tak tengok lagi and dont want to know the details please jangan baca. 



Jalan Cerita

Sapa sini suka menonton cerita fantasi Disney?  I olls memang membesar dengan cerita-cerita princeses Disney.  Maybe sebab itu sampai lani I olls kuat feeling.  Sebab sapa yang membesar dengan cerita cerita Disney yang sangat banyak kisah kisah cinta putera puteri,  pasti sampai lani duk feeling.

Click Read More

Project Appreciate-You Don't Have To Wait Until It's Too Late

Hello u olls semua,

Hari ini i olls nak share satu video projek tahun akhir pelajar PP Komunikasi yang bertajuk Project Appreciate - You Don't Have to Wait Until...



Ketua projek ni dan juga pengarah video ialah Ms.  Sarah Lois yang juga merupakan salah seorang finalist pengacara 3R.  

Video ni menunjukkan bagaimana mereka membuat satu eksperimen kepada 4 pasangan/kumpulan manusia yang mempunyai perhubungan persahabatan,  ibu dan anak,  ayah dan anak dan adik beradik.

Salah seorang daripada pasangan/kumpulan ini diinterview tentang perasaan sayang mereka kepada pasangan mereka.  And mereka ditanya dengan soalan apa yang kamu ingin kata kepada orang itu sekiranya orang itu telah mati.  Soalan-soalan ini ditanya secara 'spontan'.  Depa semua tak tau pun apa jenis soalan yang akan ditanya kepada mereka.

Selepas temubual dibuat,  video temuduga itu ditunjukkan kepada pasangan mereka.......haaa....haruslahhhh....menangiss u olllls!!

Nahhh ampa tengok la video ni......Click read more!!

Ulasan Teater RINTIS 2014 : Kena Main




Kena Main
Karya  :  Khalid Salleh
Pengarah  :  Muhammad Afiq Md Asri a.k.a Mista Fixx (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Sinografer  :  Mohd Nur Afiq Bin Bejo a.k.a Wirawan Samar a.k.a Joe (Pelajar tahun akhir yang dinilai)
Menampilkan pelakon-pelakon teater dan juga pelajar di USM sendiri. Antara pelakonnya Nurul Fathin, Noor Rizuwan, Mazlan Razi, Tiaow, Shazli Resdong's, Sharifah Juairiah dan Daniel Lee.

Sinopsis  
Mengisahkan tentang orang buta yang mencari nafkah hidup dengan menyanyi di kaki lima. 

Jom baca review i olls tulis.

Introducing.... YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

Hello u olls,

Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau,  maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor,  Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.  Orangnya tinggi lampai,  badan agak kurus,  tapi muka beliau sangat komersial.  Biasalah,  family kerabat Johor memang segak segak belaka.  Kalau tak salah,  sejak dahulu lagi,  empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan Belanda dan British untuk tujuan perlindungan,  perdangan dan sebagainya.  Dan disebabkan itu,  ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.  Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem.

Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris (x BF Nur Fazura).  Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

#merembes


Okay,  jom click read more untuk tengok gambar gambar beliau! 

Lyana Dee, Make Up Artist Pereng

Hello u olls semua,

Nak dijadikan kisah,  pada minggu lalu,  sapa sapa yang follow akak kat Facebook pasti terbaca satu post akak share dengan u olls semua tentang akak membalas komen kurang bijak oleh seorang make up artist dari Kuala Lumpur.  Tidak disangka komen akak yang berbaur geram itu dibalas dengan bermacam-macam kata kata yang bagi akak sungguh memboringkan.  Akak tidak membalas apa-apa pun,  just diam sahaja sebab daripada apa yang i baca,  i rasa they olls tu macam kurang sihat sahaja.

Kalau ikutkan zaman Kak Merr akak aiiiyoooo hanguslah beliau ni.  Akak akan tagged segala mak mak ayam keyboard warrior kat Facebook ni semua untuk serang beliau balik.  Tapi entahlah,  itu dulu dulu semua.  Kita sekarang dah tak gunalah taktik bodoh tu semua.  Bagi i,  i cakap sekali jer,  pastu benda tu memang akan kena setepek punya.  Tak perlu akak nak kata apa apa dah.  Sebab tu akak diam jer terus.  Sebab bagi i,  lepas baca dia punya komen reply balik....MACAM NOT WORTH IT untuk akak reply kat dia balik.

Melainkan dia betul betul minta maaf and jelaskan yang komen beliau itu actually bergurau dan sebagainya.  Ini takdak.....dia duk merapu la sorang sorang.

Oleh itu,  mai sini akak nak share dengan u olls rentetan kisah Lyana Dee ni.



Jom click read more


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...