13.6.14

Cara Upload Gambar Ke Instagram Menggunakan PC Desktop

U olls semua suka main Instagram kan?  Perasan tak sejak tahun ini 2014,  i olls tiba tiba macam sunyi sepi daripada laman IG.  Sebabnya,  i olls dulu pakai Motorola.  Pastu phon tu jatuh retak seribu macam mana ka.  Mula mula i duk pakai jugak phone retak seribu tu.  Tapi lama lama dia jadi pekak tuli pulak.  Makanya kenala beli hanphone baru.



Pastu i olls pun pergilah ke Perangin Mall.  Cari punya cari.  (I olls bajet tak besar ya).  Macam mana ka jumpa satu phone ni bertajuk Lenovo A369i.  Katanya berharga RM350 sahaja.  I pun teruja.  I tanya kat brother Cine tu..."Semua boleh download ka tauke?"

"Semua boleh...Ini Lenovo baguss...takdak hang punya! Lagi bagus dari Samsung semua...." gila betuila.  Mak pun terus termakan budi bicara Cine tu terus mak pun beli handphone tu.

Rupanya.....balik balik rumah....INSTAGRAM tak boleh download. NOT APPLICABLE TO THE PHONE.  Nohorom betui.

Maka hidup i olls yang kuat selfie ni tak berapa la nak menjadi sangatlah dengan phone Lenovo A369i ni.  Camera pun tak berapa cantek katanya.  Tapi sampai lani i tak tukar tukar lagi handphone sebab siriesly LENOVO sangat bagus.  Tahan lasak.  Lajiuuuuuuuuuuuuuuuuuu (walaupun yang i olls beli ni ram kecik je) and paling penting takdak hang-hang sangkak.  Ramai kawan-kawan I olls lani duk pakai LENOVO.

Berbalik kepada penulisan asal artikel ini (HAHAHAHAH),  disebabkan i olls tak boleh upload gambar kat IG menggunakan HP makanya i olls sekarang (setelah beberapa bulan) telah mengetahui cara-cara untuk mengupload gambar menggunakan PC Desktop.


Jom belajiak.

Click read more.



1.   First sekali ampa kena masuk website ni  http://gramblr.com/uploader/.  Pastu satu file akan diautomatic download ke PC u olls.  Kalau dia tak automatic download,  ampa tengok bahagian kiri,  ada satu link dia tulis "Want to start using Gamblr?" haaa...ampa click kat situ.  Bila dah dapat file tu masuk your PC,  ampa click one by one kat situ.  Ala macam biasala...download application kat PC kan.  Kalau tak tau nak buat macam mana,  suruh orang lain tolong buat.   



2.  Bila ampa dah download aplikasi ni kat PC,  ampa boleh start guna aplikasi ni kat PC ampa.  First sekali dia akan keluar macam gambar kat bawah ni.


3.  Pastu ampa masukkan Username dan Password IG ampa.  And click Login.



4.  Pastu,  bawa cursor ampa ke Choose File untuk cari file gambar yang ampa nak upload dari PC ampa.  Tetapi,  ada syarat seperti berikut

i)  gambar tu ampa mesti dah edit siap siap (menggunakan apa sahaja aplikasi yang ampa suka la).  
ii)  jenis file JPEG atau JPG sahaja
iii)  kena resize dia jadi 650px by 650px (atau lebih rendah dari itu dan size tak lebih dari 500kb


5.  Bila ampa dah pilih file yang ampa nak upload,  ampa click Upload,  lepas tu ampa akan jumpa macam ni pulak.

6.  Ruang kosong yang Caption tu adalah tempat yang ampa boleh tulis tajuk/caption yang ampa nak tulis.  Pastu ampa click Save Caption.  Bila ampa click kat Save Caption barulah gambar itu akan diupload.  

7.  And bila gambar ampa telah diupload,  icon akan berubah jadi macam ni.  And ampa boleh upload lagi gambar dengan click pada button Upload Another.


Okay,  happy uploading.  Nanti i olls ajar pulak aplikasi mudah untuk Instagram on PC :)

5 comments:

  1. cam na nak buad . taa reti aihh . tolong ajaq sat . susah aihh . hehe .

    ReplyDelete
  2. Saya nk buat caption panjang, dan memerlukan tekan button enter. Macam mana tu ye ?

    ReplyDelete
  3. tq soo much jumieee ... its help a lot. May Allah swt ease everthing 4 u..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...