12.6.14

Demam Game of Thrones

Hello ampa semua,

Sapa sini duk follow Game of Thrones.  AKAK TENGOK!!!!! Akak amat mencadangkan ampa semua follow cerita ni.  Tapi the moment aku nak suruh ampa tengok cerita ni pun dah masuk season ke 4 dah!  Melainkan ada antara ampa yang IQ tinggi macam I olls yang reti nak download-download ni.  HAHAHA oleh itu I olls amat mengalu-alukan ampa pi tengok cerita ini.  :)



Cerita Game of Throne or GOT ni adalah sebuah drama adaptasi daripada novel A Song of Ice and Fire yang ditulis oleh George R. R. Martin yang menceritakan tentang perebutan takhta dalam kalangan keluarga-keluarga bangsawan yang ingin menjadi raja di Seven Kingdoms.  So dalam perebutan takhta ni ada macam-macam drama la yang berlaku.  Kisah cinta,  dendam,  cemburu dan iri hati,  kepandaian dan kebijaksanaan,  ketamakan,  kebodohan dan macam-macam lagi.

click read more


Cerita ini bermula sejak tahun 2011,  tapi i olls tak pernah ambil kisah.  Tapi pelan lama,  ada satu watak iaitu Khaleesi selalu disebut-sebut dalam laman-laman sosial and membuatkan i olls tertarik untuk download semua episod cerita ini.  Naaahhh haaaiii memang sejak itulah i olls memang tak boleh berenggang dengan cerita ini.

Inilah watak Daenerys Targaryen yang juga dikenali sebagai Khaleesi (queen) yang menarik perhatian i olls untuk tonton cerita ni.

Memang sejak first time tengok tu,  i olls tengok tak berenti.  Ada satu time tu,  bila mai weekend i olls akan layan tengok cerita ni sampai pagi sampai malam balik sampai tengahari.  Makanya timbullah amarah dalam hati suami I olls.  Ada satu time tu,  my husband is the outstation.  I kat rumah sorang sorang,  pastu dia wassap.

"Duk buat apa?  GOT?"

"Yalaa....duk ada rumah ni"

"Tipuu...hang mesti duk cuur dengan kawan kawan"

Suami i tak percaya ingat i duk keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan i semua.  I pun terus capture gambar ni and wassap kat dia.



Haa u ollss.  Satu lagi aspek menarik pasai GOT ini adalah cerita ini mengandungi babak-babak erotik yang tidak melampau tapi untuk kita kita orang Malaysia ni memang dah tahap 7 kuasa kuda dah la.

Watak Paling I Suka
Lepas nonton semua cerita ini (termasuk yang terbaru season 4) watak yang paling i olls suka adalah Arya.  Sebab dia bukan budak perempuan yang cengeng-cengeng dan feeling princess.  Dia kuat dan pandai.  Dia juga selalu belajar dari semua kejadian yang jadi kat diri dia.





Watak Paling I Benci 
Of course,  Sersei!!  Bila la pompuan ni nak mampuih!  I nak tengok dia mampuih kena bunuh dengan Arya.  YEAAAHHHH!!




Okaylah,  harap sangat ampa semua cepat-cepatlah pi cari cara untuk tengok and layan cerita ini.  Sebab akhirnya,  laki i olls pun dah belajar suka tengok cerita ni.  Mula-mula dulu dia tak suka.  Dia kata cerita ni banyak 'sembang' and kurang 'fight',  pastu i pun kata "Memanglah...cerita ni untuk orang IQ tinggi sahaja".  Mungkin sebab cabaran itu,  dia terus gigih nonton cerita ini juga.

Sekian,  bye bye u olls semua!

Love,
Jumie Samsudin

7 comments:

  1. iols mmg peminat setia crt ni dari season 1. tiap2 mgu tgu dpn tv nak tgk. tp masuk season 4 xsmpt nak tgk sbb umah xdak astro. nak donlod rumah xdak laptop. sedeh tau. kt ofis xleh nak donlod. so byk terpaksa bca spoiler dlm intenet ja nak tgk pekembangan crt ni.

    n yes watak iols plg i gilaa dlu ialah khal drogo. dari 1st episod dah jtuh cinta smpaikan ms becinta dgn laki iols pn duk nmpak muka khal drogo kdg2. jason momoa tu mmg taste i sgt. hahahaha.

    xsangka ada jugak geng minat crt yg sama. i plg suka part joffrey mampuih. paling meluat watak dia sbb jahat gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gilaa kan benda ni>???? Anytime wanna meet up. I can bring my lappy and u can copy my files! Sirieslyyyyy kita kena share kegilaan ini

      Delete
  2. hahahahah saya tak layan langsung GOT bukan apa sy mmg kurang minat cita yg theme political. mcm tudors, spartacus. asyik tertido je tgh jalan. hahahhaha

    ReplyDelete
  3. cerita feverat gak ni....tak penah miss lagi setakat ni. i pun sama, benci giler dgn cersei tu. termasuklah anak dia joffrey...sib baik dah goal!

    ReplyDelete
  4. Kak Jumieeee! saya peminat setia GOT!!! sejak season first lg! iolsss sgt suka bila Geoffrey mati masa wedding day diaaaaaaaaaaaa! (melompat2 atas sofa, sambil cursing *&^$#@!@#$^& ofkossssssss!) cite nih mmg xleh nk ada expectation, sumenya beyond the box! okayla, tu je nak cite! lols.

    ReplyDelete
  5. haha, saye mmg follow pun citer ni kak jumie.. asal kuar episode bzru je saye download terus.. best giler kot.. akak layan vampire diaries tak..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa...akak follow cerita ni dengan Walking Dead jee :)

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...