11.6.14

Greek Gala Night 'Carpe Noctem'

Hello u olls semua,

Kalau ampa nak tau, kami kat International Office USM terpaksa buat student gala night setahun 2 kali maknanya 1 dinner untuk 1 semester untuk pelajar-pelajar exchange program yang mai tiap tiap semester. Maknanya, setakat ini walaupun i olls baru 8 bulan kat sini, i olls dah kena attend 2 gala night dah.  Tiap tiap dinner ada tema tertentu and boss kami akan bagi anugerah khas untuk best dress untuk staff.  Makanya,  kalau sapa yang feeling nak buat baju meletops and dapat hadiah,  melaboklah duit tiap tiap semester buat baju.

Masa first semester dulu,  tema gala night adalah Hollywood Glamor akak menang best dress katanya.  Baca kat sini : International Office Gala Night Hollywood Glam 2013 @ Park Royal Penang [ Akak menang best dress u olls! ].

Untuk semester II,  SA 2013/2014,  tema depa pilih adalah Greek Goddes.  At first akak feeling nak pakai lagu ni  :  Dinner Tema Greek Goddess.  HAHAHAH berani mati tak nak pakai lagu ni?  HAHAH actually akak bergurau je.  Akak tak spend time,  duit or any effort pun untuk dressing dinner tema ini.  Sebab akak sibuk u olls.  Lagipun,  kalau tiap tiap semester nak kena melabur duit untuk buat baju baju ni semua mampuih la aku u ollls!


Click Read More


So kisahnya,  akak tampil dengan memakai dress simple warna hitam dengan eksesori emas (koleksi peribadi akak ya....).  I olls memang minat pakai emas kuning.  Semua tu memang original punya u olls.  Akak tak pakai selalu.  Simpan dalam safety deposit.  Kalau nak pakai kena bok keluar kat bank.

En.  Khafi (suami I) tanya,  hang pakai Greek style apa ni?  I jawab...ini ahli sihir zaman Greek!

Okaylah....ampa tengokla gambar-gambar kami ni.

ps/  Semester depan,  katanya tema adalah "WEDDING" aaahahahahaha nak mammmffossss

Love,
Jumie Samsudin
Gambar masa dinner.  Ampa tengok la sendiri.  Ahli sihir la sangat.













No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...