3.6.14

Introducing.... YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

Hello u olls,

Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau,  maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor,  Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.  Orangnya tinggi lampai,  badan agak kurus,  tapi muka beliau sangat komersial.  Biasalah,  family kerabat Johor memang segak segak belaka.  Kalau tak salah,  sejak dahulu lagi,  empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan Belanda dan British untuk tujuan perlindungan,  perdangan dan sebagainya.  Dan disebabkan itu,  ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.  Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem.

Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris (x BF Nur Fazura).  Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

#merembes


Okay,  jom click read more untuk tengok gambar gambar beliau! 


Macam Amy Search pulak masa muda muda dulu.



New hairstyle by Alan from Prossum. #TJ









Oh ya,  tambahan story untuk meng-hotkan beliau lagi ialah seorang inspektor polis dan menjalani latihan dengan PDRM Malaysia sekitar tahun 2011 ketika tragedi 'demam taun dalam kem PDRM di KL' tu.  Haaa...sekali training dengan anak ayam i la,  Mohd Fadzli Zainol.  Kerlas!!




06.01.2011, Jumaat - Tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim kerana telah berjaya menamatkan kursus Latihan Inspektor siri 1/2011. Tunku Jalil merupakan putera ketiga Sultan Johor diputerakan pada 05.07.1990. Kebiasaannya kita selalu mendengar anak-anak raja dihantar menyertai tentera tetapi Tunku Jalil agak unik sedikit kerana memilih bidang kepolisian. Tahniah diucapkan kepada Tunku Jalil kerana telah menamatkan latihan inspektor beliau dan kini bergelar Inspektor Tunku Jalil.


Okaylah,  ni jer mak nak share dengan u olls semua.  Kalau u olls nak taste dia ke,  nak berebut dia ke...i tak kisah.  I tak taste dia.  I taste abang dia je...OPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPSSS...

#okaythanksbye

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. taste kita sama la kak :) TMJ in heart hihhihihi

    ReplyDelete
  2. memang hensemmmm...tp mcm kurus sgt mcm sakit..kalau dia naikkan berat badan buff up sket mesti idaman malaya..hehehe khennnnn....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...