18.6.14

Kisah Penceraian Kedua Abby Abadi

Kisah ini dah habis berminggu yang lalu.  Bukan sebab lupa nak tulis pasai benda ni tapi rasa macam MALAIHHNYAAAAA.  Kisah ustazah Pas ni memang amat memalukan wanita Muslim Melayu.  Bongkak,  tidak boleh ditegur dan tidak tahu menjaga aurat.

Tapi masa duk duduk sorang sorang dalam jam siang tadi,  I olls terpikir panjang pasai kes ini and decide untuk coret sesuatu tentang apa yang telah berlaku dalam kes ini.  Suatu yang saya pelajari.

Kita tengok balik kisah penceraian kali pertama beliau dengan bekas suami Norman Hakim.  Apabila dia menyerang Norman di lokasi penggambaran,  Norman tampil senyap tanpa sebarang kata-kata.  Hanya Abby yang tidak henti henti memarah dan memaki hamun Norman.  Sendu dan tangisannya membuatkan mana-mana wanita turut berasa marah dan sedih dengan apa yang ditanggung oleh beliau.






Tidak lama selepas itu keluar pula kisah Norman Hakim dan Memey ditangkap khalwat.  Akak punyalah emosi masa tu,  dan tulis satu artikel amarah kepada Norman Hakim dengan tajuk Norman Kencing Bertabur.  Penulisan itu penuh dengan kebencian kepada kaum lelaki seperti Norman yang pada mata akak,  hanya nak bebas lepas kerana nak puaskan nafsu sendiri.  Sanggup pijak and biarkan kaum hawa seperti kita diinayai.

Melalui artikel berkenaan,  akak menerima banyak komen.  Tapi ada dua komen yang akak ingat sampai hari ini.  Entah kenapa.  Tapi hari ini Tuhan bagi akak jawapan kenapa dua komen ini yang akak masih ingat sampai hari ini.

Komen pertama adalah daripada seorang anonymous yang menulis dalam ruangan komen blog akak.  Lebih kurang begini  "Akak,  saya ialah saudara kepada Norman Hakim.  Memang sekarang semua orang benci dengan Abang Norman tapi hakikat kami sekeluarga sahaja yang tahu.  Kalaulah kalian semua dapat tau apa kisah sebenarnya pasti kalian tidak akan membenci sebegini"

Komen kedua adalah dari Mama Regina yang mengomen ringkas "Tak baik Jumie....."

Selepas beberapa tahun,  Norman and Memey dah selamat bahagia bernikah.  Depa relaks.  Takdak cerita apa.  Takdak gossip apa.

Lain pula dengan Abby.  Mula mula pakai tudung.  Pastu masuk Pas.  Pastu carut orang sana sini menggunakan nama agama.  And berkahwin lelaki muda yang terang-terang langsung tidak secocok dengan dia.  (Come onla.....I olls ni kalau tengok orang tu sekali ja....instict i dah boleh kata depa dua ni serasi atau tidak.  Ramai perempuan pun ada instict macam ni).  Pastu tiba tiba lani issue bercerai.

Yang buruknya kisah ini,  Farhan bekas suami Abby buat report polis dan tunjuk pulak kat wartawan bekas bekas luka dicakar oleh Abby Abadi.

La haula wala...........

Kesimpulannya kat sini,  dulu dia susah payah buat macam macam bagi aib Norman and Memey diketahui umum.  Satu Malaysia benci Norman and Memey.

Tapi tak payah nak tunggu lama....nenjia sat sahaja Tuhan pusing lani Abby sendiri buka pekong and kisah dalam kainnya.  Tak perlu suruh sapa sapa buat.  Kalau betul dia ada iman yang tinggi,  macam mana dia boleh ada kekuatan nak lontar kemarahan macam syaitan lagu tu?

Setahu aku,  perempuan jahat lahar macam aku sahaja yang boleh maki hamun and buat benda benda yang hanya ahli neraka boleh buat.  Habih ni apa?

Pengajaran untuk diri saya,  jangan tak pasai-pasai nak benci orang tu kalau kita tak tau cerita di dua dua belah pihak.

And peringatan untuk kita semua,  sempena bulan Ramadhan yang nak mai makin dekat ni.  Menutup aurat ni bukan soal soal fizikal sahaja (bertudung dan berbaju litup),  percakapan,  hati and jiwa kita juga kena jaga auratnya.  Saja la tulis lagu ni,  sebab walaupun aku pakai sumingfu pi Perhentian and bubuh dalam Facebook bagi satu dunia tengok,  tapi kisah dalam kain aku dan laki aku.......hanya aku laki aku and Dia sahaja yang tahu.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Bet Jumie, kdg2 tu kita mudah terpengaruh dgn apa yg kita nampak aje. Emm hari ni pun saya dpt tahu seorang kawan lelaki 'didera' isterinya. Dipukul ditendang dan dimaki masa tgh solat. Baru je kawen sebulan dua. Tah apa la nak jadi. Ganaz2 pompuan skrg.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...