12.6.14

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin

PETALING JAYA: Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.
Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub, berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.
Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.
Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.
"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.
Pada malam Ahad, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menahan 17 orang mak nyah pada majlis perkahwinan di Bahau, Negeri Sembilan.
Salah seorang daripada mereka telah dibebaskan kerana masih di bawah umur.
Mahkamah Syariah pada Selasa telah menjatuhkan hukuman terhadap 16 daripada mereka dengan denda RM950 setiap seorang dan tujuh hari penjara di bawah Seksyen 16 Enakmen Syariah Enakmen Jenayah 1992.
Berita asal  :  Mstar.Com.My


Click read more

Tak tau sama ada u olls semua telah membaca kisah ini tapi kalau anda sudah baca apa pendapat u olls tentang perkara ini?

Apa yang boleh dibuktikan apabila kepala mereka telah dibotakkan?  Adakah mereka rasa mereka dapat membetulkan apa yang dirasakan tidak betul?

Bagi saya perbuatan ini tidak ada faedahnya selain membuatkan 'mak nyah' yang tertangkap ini rasa lebih marah dan benci dengan pihak berkuasa malah rakan-rakan mereka juga akan turut merasakan perasaan yang sama terhadap tindakan yang penuh diskriminasi ini. 

Apa yang telah dibuat oleh pihak berkuasa ini tidak lebih daripada menyebarkan sikap HOMOPHOBIC dalam kalangan masyarakat kita. 

Banyak benda musibat lagi yang i olls boleh perkatakan dalam hal ini tapi pada masa yang sama saya rasa kalau lagi banyak saya kata tidak ada bagusnya.  Dalam hati,  saya rasa amat sedih kenapa mereka diperlakukan seperti ini hanya kena ingin nampak cantek dalam kebaya.  Sedangkan dalam pementasan komedi di dalam Astro Ria,  Astro Warna dan lain lain,  para pelakon komedi lelaki bebas sahaja berlakon dalam watak-watak wanita dan berpakaian perempuan.

BULLSHIT!! 

2 comments:

  1. merapu semua ni.. nyah depa nak p botak kepala.. yang china doll takdak permit depa tangkap awat depa takmau p botak kepala gak???

    ReplyDelete
  2. Mengambil kata2 my friend "If u cant respect them as a transgender, at least respect them as a human being". Lebih2 lagi mereka bukan melacur kat majlis perkahwinan orang, sah2 la yang mai tuh geng2 mak andam tuh pi buat mekap, baju, pelamin segala. Tindakan macam nih takleh mengubah apa2 ke arah kebaikan malah menimbulkan kebencian, apatah lagi bila orang yang diaibkan dan teraniaya berdoa agar yang dok buat musibat tuh dapat anak cam depa, baru depa tau!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...