17.6.14

Mee Kicap, Jalan Dato' Onn Jaapar, Ipoh

From my father side, kami punya saudara saudari ada menetap di Penang, Ipoh and Kuala Lumpur. 2 bandar ini iaitu Ipoh dan KL memang menjadi persinggahan bapa I olls untuk mengunjung keluarga kakak-kakak beliau. Kami anak-anak pun memang dua negeri ini lah kami akan bertemu dengan sepupu-sepupu kami.

Banyak kenangan manis dalam kunjungan keluarga keluarga ini. Walaupun kami duduk berjauhan tapi kami semua amat rapat sekali.

Dan kalau turun Ipoh, bapak saya mesti tak akan terlepas untuk bawa kami makan Mee Kicap di Jalan Dato Onn Jaapar. Memang our favorite sejak dulu.


Jom click read more.




Sapa orang Ipoh yang pernah makan kat sini?

Mee kuning dan taugeh dicelur dengan sup kosong (stok ayam dan fish cakes dan tauhu kering) lepas tu dia letak tokyu (kicap) dan makan bersama sup kosong tadi dengan sedikit sambal. Rasa dia simple tapi mengenyangkan.


Ehk...laki sapa ni?  Eloknya.


Kami mai makan sini, tak ramai orang order mee ni.  Entahlah....orang dah tak berapa suka kot.  Hope lepas ni mee kicap ini terus dijual.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...