5.6.14

Project Appreciate-You Don't Have To Wait Until It's Too Late

Hello u olls semua,

Hari ini i olls nak share satu video projek tahun akhir pelajar PP Komunikasi yang bertajuk Project Appreciate - You Don't Have to Wait Until...



Ketua projek ni dan juga pengarah video ialah Ms.  Sarah Lois yang juga merupakan salah seorang finalist pengacara 3R.  

Video ni menunjukkan bagaimana mereka membuat satu eksperimen kepada 4 pasangan/kumpulan manusia yang mempunyai perhubungan persahabatan,  ibu dan anak,  ayah dan anak dan adik beradik.

Salah seorang daripada pasangan/kumpulan ini diinterview tentang perasaan sayang mereka kepada pasangan mereka.  And mereka ditanya dengan soalan apa yang kamu ingin kata kepada orang itu sekiranya orang itu telah mati.  Soalan-soalan ini ditanya secara 'spontan'.  Depa semua tak tau pun apa jenis soalan yang akan ditanya kepada mereka.

Selepas temubual dibuat,  video temuduga itu ditunjukkan kepada pasangan mereka.......haaa....haruslahhhh....menangiss u olllls!!

Nahhh ampa tengok la video ni......Click read more!!






Decided to do our final year project a little different than the usual.

If you liked it, share and hashtag #projectappreciate

Director: Sarah Lois
Director of photography: Hadi Hamid
Production Manager: Riyadh Zuhdi
Production Designer: Yun Chin Goh
Logistics: Syafiq Syazuan

Contact: misslois.dorai@gmail.com; @sarahloisdorai (twitter)

Soundtrack: Say Something (instrumental)- A Great Big World ft Christina Aguilera Goodbye- Paperplane Pursuit

Haaa...sapa menangis sila angkat tangan?

I olls rasa,  kita generasi Malaysia tak ramai yang dibesarkan dalam kelompok keluarga yang affectionate.  I takdak data hasil kajian.  Tapi i rasa semua orang setuju dengan penyataan ini.  Mak bapak,  adik beradik dan kawan kawan kita,  saling sayang menyayangi.  Tapi kita jarang berpelukan apatah lagi ucapkan sayang secara lisan tanda penghargaan dan cinta.

Contohnya,  i yang baru 3 tahun kawen,  rasanya dah kurangggggggggggggg kata sayang dan cinta kat suami I olls.  Suami i olls pun sama.  Kami ni dah macam terlalu asyik dengan kegembiraan kami sampai kami take advantage atas keselesaan ini.

Saya petik balik apa yang Salah Lois kata dalam video ini "Action are louder than words,  but there is something strong about the spoken words which cannot be explained"

Betullll sangat!!

Oleh itu,  balik rumah.  Ajarlah anak anak kita untuk peluk kita setiap hari untuk ucap sayang.  And kita juga kena buat benda yang sama kepada anak-anak kita.

Kita juga kena buat pada orang orang yang kita sayang.  Kata-kata cinta ini pastinya akan memberikan suntikan semangat dan menerangkan satu warna yang tanpa kita sedari telah pudar dalam hubungan kita.

Love u olls semua!!

Thank you Sarah Lois dan kawan kawan.  Video ni sangat best.  Lain kali kalau nak buat video video meletops macam ni...jemputla I........bolehla i tumpang glammmerr....HAHAHAHAHA

Truly,
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...