6.6.14

Sambal Belacan BARA BERE by Wilayah Mak Tok Trading

Hello u olls,

Baru baru ini I olls telah merasa sambal belacan yang sangat meletops bertajuk Sambal Belacan BARA BERE.  Gilerrrla orang Malaysia sekarang ni......memang creative dan sangat modal insan gitu....sambal belacan pun u olls komersialkan.  Im not really a big fan of sambal belacan tapiiiiiiiiiiiiii lepas rasa Sambal Belacan ni masya Allah punyalah sedap.  Duduk rumah,  masak nasi goreng kosong,  goreng telur mata kerbau,  potong timun segar dan letak sambal belacan BARA BERE satu camca kecik.  TERANGKATTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!

Jom baca cerita lanjut tentang produk meletops ni!!



Sambal belacan BARA BERE, pengeluaran Wilayah Mak Tok Trading, bermula daripada resipi keluarga yang dicipta oleh seorang ibu dan nenek yang lebih dikenali sebagai Maktok, yang mempunyai minat terhadap pengeluaran makanan tradisional Malaysia. Anak perempuan ketiga Maktok ini, Ms. Izzah Rahman adalah yang pertama untuk menyedari tentang potensi komersil sambal belacan ibunya. Ms. Izzah telah menyedari tiada sambal belacan yang dikomersilkan di pasaran yang mudah dibawa ke mana-mana dan mempunyai kualiti rasa dan kepedasan. Oleh itu, dengan sokongan seluruh keluarga, sambal belacan BARA BERE dilahirkan pada awal 2014 dan kini diuruskan oleh Maktok dan anak-anaknya.


Saiz Cucu (50g) berharga RM 4.50



Saiz Maktok (180g) berharga RM11






Produk ini dibuat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi. Apa yang membuatkan rasa sambal belacan BARA BERE begitu enak juga terletak pada satu ramuan rahsia di sebalik belacan yang digunakan. Di setiap pengeluaran, Maktok akan memberi rawatan khas kepada belacan-belacan tersebut menggunakan bahan-bahan asli yang lain supaya rasa dan baunya akan lebih "terangkat".

Fokus penonjolan sambal belacan BARA BERE adalah pada tahap kepedasannya. Nama pun BARA, ye tak? Tetapi disebabkan rasanya yang enak, ada pelanggan Maktok yang pernah memberitahu walaupun dia tidak gemar memakan benda-benda pedas, dia sangat suka sambal belacan BARA BERE ini.

Dari segi cadangan hidangan, sambal belacan BARA BERE boleh bersama ulam-ulaman segar seperti petai, kacang panjang, kubis, kacang botol dan lain-lain di samping dengan nasi berlauk.





Malah sambal belacan BARA BERE juga boleh digunakan sebagai perencah dalam nasi goreng, asam pedas rebus, kangkung belacan (dan lain-lain sayuran berdaun).

Sambal belacan bara bere disediakan dalam dua saiz, saiz Maktom (180g) dan Saiz Cucu (50g). Pembungkusan comel Saiz Cucu menjadikannya sesuai untuk dibawa ke mana-mana contohnya melancong, berpiknik atau dihadiahkan kepada kawan-kawan. Setiap jar saiz Cucu dapat dihidangkan untuk satu keluarga.


Sambal belacan BARA BERE di Australia



Berikut adalah testimoni dari pelanggan








Sambal Belacan BARA BERE

Untuk pertanyaan dan tempahan, SMS / CALL / WhatsApp Ms Izzah Rahman di 012-2343922. Pembeli korporat dan ejen juga dialu-alukan. Layari juga Facebook (Sambal Belacan BARA BERE) dan Instagram (@sambalbelacanbarabere) mereka untuk promosi dan resepi.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...