13.6.14

Selamat Pengantin Baru : Fiqah and Pian

Fiqah!!!

SEPPPPRAAAIIISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!

Mintak mahap sebab Kak Jumie tak dapat nak menghadiri jemputan kenduri kahwin you yang meletops ini kerana I olls kena attend kenduri kawen anak menakan di KL.  Kalaulah boleh back to the future ka macam mana ka,  sudah tentunya i olls akan bersama memeriahkan majlis u olls dengan anakanda yang lain seperti Along,  Ezal,  and Zainal Zain tu.

Tapi tak mengapa,  kalau pun tak dapat mai,  yang penting doa yang terbaik untuk u olls dan pasangan.

Akak ingin ucapkan selamat pengantin baru untuk u olls dan suami.  Selamat mengharungi bahtera rumahtangga yang penuh dengan pelbagai ujian.  Ampa dua kena kuat and kita orang perempuan kena lagi kuat!!  Walau apa jadi,  susah sama sama.  Senang pun biarlah bersama.  Kena selalu saling menghormati.  Kena tau batas-batas (sebab lani dah jadi isteri orang).  Dan yang paling penting,  kalau apa pun dugaan yang datang,  jagalah aurat diri dan suami sebaik mungkin.   Biarlah apa orang nak kata,  ini rumah ampa dorang.  Sikit sama sama makan sikit.  Besar,  sama sama rasa gembira.

Harap hang faham kata-kata akak ini.  Love u olls so much!!  Hope kita jumpa nanti naa......

Love,
Your mak ayam.......
Jumie Samsudin

segak anak ayam i....

Click untuk tengok lebih banyak gambar













* Siti Nur Afiqah a.k.a Fiqah ialah anak ayam I olls yang tersayang ni (yang lain lain pun i sayang jugak...jangan duk cemburu cemburu).  Dia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan hati pada minggu lalu.  Memang hajat di hati dia nak saya make up dia.  Tapi tak ada rezeki sebab saya kena pi KL anak menakan kawen.  Makanya,  inilah ucapan seprais untuk dia.  Saya nak share gambar-gambar cantik anak ayam I olls ni dan suami masa hari perkahwinannya yang dirakam oleh Adam Fadly Photography.


Link asal  :

Pernikahan | Afiqah + Suffian

Persandingan | Afiqah + Suffian

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...